You are on page 1of 49

TAJUK 6 : INDIVIDU YANG MENGALAMI MASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITY)

DIGOLONGKAN DALAM KETIDAKUPAYAAN INTEGRASI (RENCAT MENTAL)

KHAIRUL SYAHMI BIN RAMLI AMERA SURIYATI BT SAAD NURUL FATHINI BT IBRAHIM NURUL HIDAYATI BT ABU HASSAN SITI KHOLIJAH BT ISMAIL PISMP PJ (A) SEM 6

MASALAH PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanakkanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai.

DEFINISI
Masalah

dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.
Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997

Ini

satu

kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.
The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990

1. 2. 3. 4. 5.

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan : Kebolehan kognitif Tingkah laku sosial/perkembangan sosial Penguasaan bahasa (lisan/pertuturan) Keupayaan membaca Kemahiran Matematik Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

KECEDERAAN OTAK

PERSEKITARAN

KETURUNAN

KETIDAKSEIMBANGAN BIOKIMIA

a)

Kecerderaan otak
Berlaku sebelum kelahiran di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok dan semasa proses kelahiran(kurang oksigen)

b)

Keturunan
Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran.

c)

Ketidakseimbangan biokimia
Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah

c)

Persekitaran Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

CIRI-CIRI MASALAH PEMBELAJARAN


KOGNITIF

TINGKAH LAKU

AKADEMIK

SOSIAL/ EMOSI

1.

Kognitif
lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan.

2.

Akademik
Bermasalah dalam menguasai kemahiran 3M dan sering ketinggalan dalam pelajaran.

3.

Sosial dan emosi


Kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Harga diri rendah oelh sebab sukar dalam komunikasi dan akan bersikap negatif.

4.

Motivasi
Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Contohnya :

Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb).

5.

Tingkah laku
Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya.

KECACATAN YANG DIALAMI OLEH KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN


1) 2) 3) 4)

5)
6) 7) 8) 9) 10) 11)

Lembam ( akibat kecacatan otak) Autistik Dowm Sindrom Terencat Akal Ringan/sederhana Hiper Aktif Hipo Aktif Cerebral Palsy Emosi / Tingkah Laku Pertuturan Epilepsi Pelbagai Kecacatan

TERENCAT AKAL

DEFINISI
Kanak-kanak

yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran.

Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri.
Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri.

KATEGORI KECACATAN MENTAL

Berdasarkan ujian IQ (Intelligent Quotient), kanakkanak terencat akal dibahagikan kepada 3 kategori :

RINGAN SEDERHANA TERUK

Skor IQ 50-75
Skor IQ 30-50 Skor IQ 30 ke bawah

PUNCA KERENCATAN AKAL

Grossman (1983) mengenalpasti 9 faktor yang menjadi punca terencat akal : 1) Jangkitan dan toksik akibat minuman keras 2) Trauma 3) Metabolisme atau pemakanan 4) Jangkitan di otak 5) Pengaruh semasa hamil yang tidak dikenalpasti 6) Kromosom yang abnormal 7) Ganguan semasa hamil 8) Gangguan dalam aspek psikiatri 9) Pengaruh persekitaran

FILOSOFI PENJAGAAN DAN RAWATAN PESAKIT


YANG KERENCATAN AKAL

1)

Ibubapa memahami bahawa kerencatan akal berlaku bukannya kerana kesilapan mereka. Ibubapa akan diberi keterangan mengenai punca kerencatan akal dan apakah yang harus dibuat untuk menjamin keselesaan hidup pesakit dan keluarga. Menjamin pesakit dijaga di rumah keluarga dan bukannya di hospital atau rumah kebajikan.

2) Menjamin pesakit akan menerima bimbingan

dan pengajaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Misalnya seorang yang berkerencatan akal yang kurang serius tetapi mengalami masalah pendengaran patut diberi tunjuk ajar untuk menolongnya bercakap (terapi percakapan dan bahasa dan sign language) dan sekiranya diperlu alat pendengaran (hearing aids) patut di beli.

3) Menjamin pesakit diberi sokongan untuk belajar

mengguna alat-alat yang sedia ada untuk membuat kerja harian dan berfungsi seberapa normal yang boleh. Misalnya pesakit tidak boleh berjalan, kerusi beroda (wheel chair) dapat disediakan ataupun "calipers" untuk menguatkan kaki pesakit dapat disediakan. Kesemua alat-alat ini boleh diperolehi dari Jabatan Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy)

4) Memastikan

bahawa semua masalah perubahan yang berkaitan dengan kerencatan akal pesakit diberi rawatan yang tertentu tanpa kesan sampingan. Umpamanya sawan akan dirawati dengan ubat antikonvulsant, masalah muntah-muntah harus diberi perhatian, infeksi kencing dan sembelit mesti dirawati. Masalah psikologi tidak patut dihindarkan. Penilaian penglihatan dan pendengaran juga mesti dilakukan.

5) Memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada

didalam keadaan yang normal dan tidak terjadi kontraktur dan kelemahan. Pihak fisioterapi mesti memberi masa untuk mengajar dan menggalakkan ibubapa supaya senaman yang dipilih dapat dilakukan dirumah.

6) Menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan

tahap pencapaian pesakit. Misalnya pesakit yang buta boleh dididik di sekolah biasa dengan syaratsyarat tertentu. Pesakit yang mengalami kerencatan akal yang teruk boleh dijaga di pusatpusat seperti Pusat Spastik atau Wisma Harapan. Pesakit Sindrom Downs mempunyai persatuan tertentu 7) Memastikan soal kewangan mencukupi. Keluarga yang amat miskin boleh dirujuk kepada pihak kebajikan atau badan-badan sukarela

TERAPI

Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran. Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan secara normal (Kamus Perubatan Mosley, 2001)

Dalam

konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

KEPENTINGAN TERAPI
1) 2)

3)

4)

5)

Meningkatkan daya pengamatan murid-murid Meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid Guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. ( G. Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009).

JENIS TERAPI
TERAPI FISIO

TERAPI AIR

TERAPI KUDA

TERAPI PASIR

TERAPI PERTUTURAN

TERAPI MUZIK DAN PERGERAKAN KREATIF

CONTOH SOALAN
Seorang kanak-kanak kerencatan akal yang mempunyai masalah pergerakan serta mempunyai masalah pertuturan dan pengamatan.

AKTIVITI TERAPI
1)

Terapi motor kasar berjalan, berlari, gallop dan lompat di garisan lurus, di garisan bengkok dan menggunakan alatan seperti bangku.

2) Terapi pengamatan (visual, auditori dan tactile) melihat gambar bertindih, mencari benda tersembunyi dalam gambar, membeza bunyi-bunyian dan menyentuh/merasa jenis permukaan 3) Terapi motor halus memegang pensel dan menconteng atas kertas

4)

Terapi kuda menunggang kuda serta membetul postur badan dan perkembangan emosi.

5) Terapi pasir meramas pasir, menconteng atas pasir, bermain dengan pasir untuk kemahiran motor halus.
6) Terapi air bermain dengan bola dalam air bagi pengukuhan pergerakan dan perkembangan otot.

Kesimpulannya, guru-guru perlu didedahkan kepada aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan di sekolah atau di luar premis sekolah secara kumpulan atau individu bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.

PERSEDIAAN MENGAJAR BAGI MURID BEKEPERLUAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Murid khas adalah murid yang istimewa, oleh itu, guru yang mengajar mereka haruslah mempunyai kemahiran istemewa. Biasanya setiap guru akan menganalisis murid mereka dahulu sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Ini adalah proses di mana guru mengenali murid yang hendak mereka ajar. Oleh itu sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kanak kanak khas ini perlu mengambil kira ciri - ciri keistimewaan dan keperluan mereka bagi memberi pembelajaran yang bermakna bagi mereka.

Seorang guru itu perlu bijak mengatur sesi P&P. Guru tersebut perlu faham dan tahu menggunakan :

1.

Strategi dan pendekatan pengajaran

Merujuk kepada bagaimana kita seorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakan dan mengakhiri pengajaran. Merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah diterima pakai oleh banyak pihak. Perancangan ini termasuklah kawalan guru terhadap urutan perlakasanaan proses pengajaran yang akan dilaksanakan.

2.

Kaedah

3.

Teknik pengajaran

Sistem / mekanisme penyampaian ilmu dan kemahiran. Prosedur2 khusus pada skala kecil. Satu strategi yang boleh mengandungi beberapa teknik.

PENGAJARAN YANG BERKESAN


Keberkesanan seorang guru dapat dilihat apabila objektif pembelajaran yang dijalankan tercapai dan corak pengajaran yang mampu menarik dan mengekalkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran. Guru perlu sentiasa efektif dalam menyediakan perancangan pengajaran agar memberi faedah kepada murid-murid khas dengan berkesan.

CIRI-CIRI GURU YANG EFISIEN

Pengawalan dan pengurusan kelas yang baik

Konsep kendiri yang tinggi

Mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang

Mempunyai strategi pengajaran yang berkesan Memahami prinsip asas dalam proses pembelajaran

Mementingka n pencapaian murid

Berfikiran terbuka dan bersikap adil

Oliva dan Henson (1980)

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL OLEH GURU DALAM MENYEDIAKAN RANCANGAN P&P UNTUK MURID BEKEPERLUAN KHAS-KHUSUSNYA MASALAH PEMBELAJARAN (RENCAT MENTAL)

DRAF PENYEDIAAN RPH

Guru boleh menggunakan kaedah tunjuk cara.

Ini kerana murid bermasalah pembelajaran khususnya rencat akal ini memerlukan seseorang guru itu menunjukkan contoh bagaimana hendak melaksanakan aktiviti berulang kali supaya mudah untuk mereka melaksanakan aktiviti.

Adalah penting untuk guru mengehadkan kawasan aktiviti murid.

ini adalah bertujuan supaya murid mudah untuk dikawal dan guru boleh memerhati segala perlakuan murid dan memperbetulkan perlakuan murid.

Meletakkan penanda ataupun kawalan terhadap aktiviti yang dilaksanakan.

contohnya melukis garisan pergerakkan, meletakkan skitel, membunyikan muzik atau wisel dan lain-lain.

Berjalan Berjalan lurus Berjalan bengkangbengkok

Berlari

Melompat

skipping

Berlari Tanpa bebas alatan Berlari pecut Dengan alatan

Pastikan aktiviti hendaklah disusun mengikut pemeringkatan.

dari mudah ke susah

Pastikan guru menyediakan aktiviti mengikut kadar kemampuan murid. Guru tidak memaksa murid untuk melakukan aktiviti yang melebihi tahap kemampuan mereka. Tujuannya :

elakkasn berlakunya kecerderaan

Guru mestilah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik Guru juga boleh mengubahsuai permainan dengan cara yang lebih kreatif dan menarik perhatian. Contohnya :

menggunakan video dalam sesi P&P dapat menarik perhatian murid-murid ini. Menggunakan alatan yang dicipta sendiri yang lebih menarik dan selamat. buat daripada kertas bewarna dan lain-lain.

Selain, itu, guru juga perlu memastikan ada peruntukan masa untuk guru memperbetulkan setiap perlakuan murid supaya mereka tidak terus melakukan perlakuan yang salah Di akhir sesi P&P, guru juga boleh menguji murid suapaya dapat menilai adakah objektif P&P berhasil atau tidak.

RUJUKAN
Http://istimewapendidikankhas.blogspot.com/ http://www.upkkl.com/2011/04/pendidikan-khasbermasalah-pembelajaran.html http://nurulhidayah86hidayah.blogspot.com/2009/04/masalahpembelajaran.html http://pkbpskjalanbintang.blogspot.com/2011/01/pe ngajaran-dan-pembelajaran-pendidikan.html Jamila K.A Mohamed (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Professional Buku oum

You might also like