You are on page 1of 18

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mok Soon Sang (1990) menyatakan pula guru merupakan tenaga ikhtisas dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik pelajar di sekolah. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan Tuhan. Dengan ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa guru memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Suatu laporan iaitu Laporan Coleman (1996) menyatakan beberapa pemboleh ubah seperti tingkah laku, strategik pengajaran dan pembelajaran pencapaian untuk kumpulan kerana dan itu, mata pelajaran perlu yang berbeza

mempengaruhi

murid.

Oleh

guru-guru

meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sehingga menghasilkan pengajaran berkesan. Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi. Ia juga satu tempat di mana guru menyerlahkan kebolehan dan keupayaan mereka untuk mendidik generasi dan satu ruang kepada muridmurid bagi menjalani rutin belajar. Konsep bilik darjah berubah-ubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Konsep bilik darjah pada masa kini lazimnya ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikalnya. Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program yang dirancang oleh kerajaan seperti KBSR dan KSSR menekankan aktiviti pembelajaran murid secara kumpulan dan interaksi di antara guru dengan murid serta murid dengan murid. Dari segi strategi pengajaran, pendekatan pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah menggalakkan penglibatan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Hardin Classrooms should have classwide activities in which students are provided on opportunity to work together toward a common goal. Students acquire a sense of significance from doing significance things, from being active participants in their own education. Melalui kenyataan ini kita dapat mengetahui pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang diutamakan supaya murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Dalam hal ini guru yang memainkan peranan yang penting bagi memaksimumkan kadar penglibatan murid dalam segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk bilik darjah abad ke-21. Dalam abad ini, pendidikan merupakan whole child, the whole person. Maka,

kemahiran belajar abad ke-21 merangkumi kemahiran maklumat & komunikasi, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah dan kemahiran interpersonal & arah kendiri di mana mereka lebih didedahkan dengan masyarakat dan teknologi maklumat. Oleh itu, peranan guru adalah amat besar dalam perancangan mengikut peredaran masa.

2.0 PERANAN GURU YANG BERKESAN PADA ABAD KE-21

2.1 Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran

2.1.1

Kemahiran Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) Abad ke-21 iaitu sama ertinya dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi penting pada masa kini. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini dianggap penting dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya perlu diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang sememangnya tidak asing lagi bagi guru. Kepelbagaian dalam menggunakan alat bantu mengajar bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan pada masa kini. Perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi kini telah memberi cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru. Namun, ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi ini menjadi beban kepada guru apabila mereka tidak berjaya menguasai kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sememangnya penting pada abad ke-21 ini. Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar dan juga dapat menanam rasa cinta akan ilmu. Hal ini akan memaksimumkan kadar penglibatan murid dalam proses pembelajaran tanpa bosan. Di samping itu, guru juga dapat melahirkan modal insan cemerlang minda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP) melalui pengaplikasian ICT. Tanggungjawab ini sememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dan sanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut

pengorbanan yang besar dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatan dan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. ICT dalam pendidikan merujuk kepada penggunaan perkakasan dan perisian komputer yang diintegrasikan dengan multimedia dan internet yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam sekolah. Multimedia merupakan pelbagai media yang digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai yang merangkumi teks, grafik, audio, video, dan animasi. Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Hal ini menunjukkan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian maklumat, maka guru harus tidak teragak-agak menggunakan ICT untuk membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan P&P dalam bilik darjah. Justeru, para guru boleh melaksanakan tanggungjawab mendidik muridmurid dengan lebih berkesan dengan penggunaan ICT. Oleh itu, guru boleh menggunakan bahan-bahan multimedia seperti bahan visual, grafik, teks, muzik, video serta animasi sebagai alat bantu bagi membolehkan murid-murid lebih memberi perhatian terhadap apa yang akan ajar. Murid-murid juga dapat menghayati isi pelajaran dengan lebih jelas tanpa rasa bosan. Contohnya, penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor menimbulkan masalah dalam memberi penerangan terhadap bahagian-bahagian yang susah difahami dan juga menyebabkan murid kehilangan minat terhadap subjek tersebut. Maka, penggunaan multimedia dapat memudahkan pelajar memahami konsep yang abstrak dengan bantuan adunan elemen-elemen teks, audio, video, animasi, dan grafik. Ini menjadikan membolehkan sesuatu proses penerangan dilakukan dengan lebih mudah dan pantas.

Akhirnya, guru perlu menggunakan teknologi sebagai satu alat yang mencorakkan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Ia juga membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada murid-murid seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

2.1.2

Kemahiran Memilih Strategi dan Kaedah Seseorang guru perlu mengetahui pengertian kaedah pengajaran terlebih dahulu sebelum memikir dan menentukan apakah jenis kaedah yang ingin digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran adalah perancangan yang perlu diamalkan oleh semua guru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, terancang, dan teratur. Pengajaran yang akan disampaikan oleh guru perlu menggunakan kaedah dan strategi pengajaran yang pelbagai, bersesuaian dengan keadaan diri pelajar. Sebelum menentukan sesuatu kaedah guru harus terlebih dahulu memahami gaya pembelajaran setiap pelajar kerana gaya seseorang pelajar belajar adalah berbeza dengan gaya seseorang pelajar yang lain. Penentuan kaedah pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajar adalah penting dan perlu kerana setiap pelajar mempunyai perbezaan dari sudut kekuatan, kelemahan, kebolehan, minat dan kecenderungan. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. Kaedah mengajar yang digunakan dalam sesuatu pelajaran melibatkan kaedah soal jawab, kaedah perbincangan, kaedah permainan, kaedah penyelesaian masalah, kaedah penceritaan, kaedah latih tubi, kaedah demonstrasi, kaedah amali, kaedah luar kelas, kaedah sokratik, kaedah simulasi, dan lain-lain lagi. Sebelum ini, guru-guru hanya satu kaedah sahaja digunakan dalam proses pengajaran seperti ramai guru bergantung pada buku teks yang disediakan oleh kerajaan. Pelajar-pelajar pada abad ke-21 ini bijak mengakses maklumat dan menimba ilmu dengan sendiri. Mereka seharusnya mendidik dengan kaedah

yang berbeza supaya menarik minat dan tumpuan mereka. Oleh itu, guru harus memilih kaedah yang sesuai dan berbeza bagi setiap P&P untuk

memaksimumkan penglibatan murid dalam bilik darjah. Contohnya, kaedah pengajaran yang baik adalah kaedah yang dapat mengaitkan pengisian pengajaran dengan pengalaman pelajar. Ini kerana pelajaran akan lebih bermakna sekiranya dikaitkan dengan pengalaman yang ada pada diri pelajar. Pengisian pengajaran perlu disokong dengan contoh-contoh yang sudah ada pada diri mereka. Guru juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti secara koperatif dan kolaboratif dalam kalangan murid. Pembelajaran koperatif merujuk kepada pembelajaran murid-murid secara kerjasama, biasanya dalam bilik darjah. Sewaktu pembelajaran koperatif, murid-murid berinteraksi dan saling bantumembantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dan kolaboratif dalam pembelajaran kumpulan. Murid-murid akan suka aktiviti-aktiviti secara berkumpulan kerana dapat bergaul dengan rakan lain dan juga boleh berkongsi idea. Idea-idea daripada kalangan ramai akan mewujudkan hasilan yang berkesan. Mengikut Colen, pembelajaran kolaboratif mempunyai tiga matlamat yang utama iaitu matlamat intelek, matlamat sosial dan matlamat penyelesaian masalah disiplin bilik darjah. Melalui pembelajaran kolaboratif, keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan, nilai-nilai sosial dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik dan masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minimum. Guru yang prihatin dengan kepelbagaian kaedah pengajaran dan gaya pembelajaran pelajar akan sentiasa memimpin pelajar bagi menerima

pembelajaran mengikut kecenderungan dan minat masing-masing tanpa terikat dengan cara pengajaran guru. Kaedah yang berbeza memberi peluang kepada pelajar bagi membuat aktiviti di dalam kelas secara bebas dan aktif, sama ada dengan aktiviti perbincangan, pertukaran idea, pemindahan buah fikiran, keupayaan berhujah dan mengeluarkan pendapat. Kaedah yang berbeza mendatangkan pendekatan yang menyeronokkan dan dapat merangsang minat pelajar supaya terus belajar. Setiap guru perlu komited dalam menyediakan pelajar segala peluang pembelajaran yang strategik dan berkesan.

2.2 Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid yang melibatkan diri dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk belajar berterusan. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Marland (1975) menyatakan bahawa suasana fizikal bilik darjah adalah kawan atau musuh dalam sesuatu pengajaran. Maka ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Persekitaran bilik darjah adalah suasana yang sudah sedia ada dan terpaksa diterima oleh guru dan pelajar. Suasana yang paling penting bagi mewujudkan kerja berkualiti oleh seseorang guru. Oleh itu, guru perlu berusaha membuat sedikit perubahan bagi menghasilkan situasi pembelajaran yang lebih memberangsangkan. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, ruang atau sudut pembelajaran, pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. 2.2.1 Susun Atur Bilik Darjah Dalam susunan bilik darjah aspek yang paling penting perlu diutamakan oleh para guru adalah penyusunan kerusi meja murid. Hal ini membolehkan guru mengetahui kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Saiz kerusi dan meja dipilih oleh guru haruslah sesuai dengan tahap umur murid. Susunan meja secara berkelompok iaitu secara berempat memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Selain itu, ini juga menggalakkan pelajar berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Namun, guru harus memantau murid pada masa ke masa supaya boleh bekerjasama dan bukan mendatangkan kesan negatif semasa berada dalam kumpulan. Susunan yang ditetapkan itu harus sesuai untuk sebarang pergerakan murid dan guru. Di samping itu, bahan-bahan keperluan murid dan guru perlu disusun dengan teratur tanpa membahayakan murid-murid. Guru perlu menyediakan sudut-sudut khas khusus untuk aktiviti ataupun subjek- subjek tertentu bagi memberikan keselesaan kepada murid dalam melakukan sesuatu aktiviti dan menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Savage (1999) mengatakan menyusun atur

persekitaran fizikal akan mempengaruhi tingkah laku pelajar dan juga akan mempengaruhi sikap pelajar serta penyumbangan kepada akademi pelajar.

2.2.2

Pencahayaan dan Pengudaraan

Guru juga harus mengamalkan rutin pemeriksaan sebaik sahaja masuk ke kelas. Rutin ini mengambil masa yang singkat sahaja iaitu periksa cahaya, suhu dan kualiti udara di dalam bilik darjah. Berkemungkinan keadaan fizikal ini di luar kawalan guru dan mungkin juga dengan hanya memetik suis, membuka tingkap ataupun pintu guru dapat menimbulkan peredaran udara segar di bilik darjah. Faktor pengudaraan dan pencahayaan amat penting bagi mewujudkan bilik darjah yang kondusif dan harmonis. Jika tidak pembelajaran tidak akan berlaku secara berkesan dan baik. Terutamanya, pada waktu tengah hari papan hitam akan mengalami masalah silau yang menyebabkan murid-murid tidak selesa melihat papan hitam tersebut. Oleh itu, guru harus memikirkan cara atau jalan alternatif bagi mengatasi masalah tersebut supaya memaksimumkan tumpuan pelajar. Di samping itu, pembelajaran tidak dapat berlaku apabila pelajar kurang selesa dari awal lagi sebab terlalu panas ataupun terlalu sejuk atau kurang nampak kerana kurang cahaya. Ini akan menyebabkan murid berasa tidak selesa dan mengatuk pada masa P&P. Guru harus sentiasa mengenal pasti bilik darjah dalam keadaan yang kondusif dan baik pada setiap masa.

2.2.3

Ruang atau sudut pembelajaran

Pada abad ke-21 memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian di dalam bilik darjah selain faktor udara, perabot dan ruang. Penggabungjalinan unsur-unsur ini menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok bagi proses pembelajaran (Weinstein & Mignano, 2003). Sudut multi-media perlu berada di dalam setiap bilik darjah untuk membina persekitaran yang kondusif. Di sudut ini, sebuah komputer dengan jaringan internet perlu disediakan untuk kegunaan murid pada waktu pembelajaran. Sudut ini juga harus diletakkan berhampiran

meja guru supaya memudahkan murid mendapat bimbingan daripada guru semasa penggunaannya. Hal ini akan membantu guru untuk memantau muridmurid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat serta tidak menyalahgunakan. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multimedia. Hal ini kerana supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan. Dengan sudut ini, guru juga dapat melaksanakan proses P&P dengan menarik dan meningkatkan ilmu tentang kemahiran teknologi dalam kalangan murid. Selain sudut multi-media, sudut bacaan juga perlu diadakan di dalam bilik darjah. Dalam sudut ini, bahan-bahan bacaan seperti buku, kamus, peta, surat khabar, majalah yang diperoleh daripada sumbangan murid dan guru disusun dalam rak untuk bacaan umum dan rujukan murid. Guru boleh mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah dengan menetapkan peraturan semasa penggunaan sudutsudut ini.

2.2.4

Keceriaan Bilik Darjah

Bilik darjah yang kosong dan lapang akan kelihatan muram dan tidak terseri. Suasana kelas seperti ini cepat akan mempengaruhi guru dan pelajar. Maka, guru harus memainkan peranan penting dalam menceriakan bilik dan mengarahkan murid-murid bagi menceriakan bilik darjah mereka sendiri. Hal ini dapat mewujudkan suasana harmoni dalam bilik darjah apabila bilik darjah berkelihatan ceria dan cantik terutamanya bersistematik. Guru boleh

menggalakaan murid bagi menampal hasil-hasil mereka di papan kenyataan dan menceriakan dinding bilik darjah dengan melukis mural. Hal ini secara tidak langsung mencungkil pemikiran kreatif dan inovatif dari kalangan murid. Suasana bilik darjah yang ceria akan memupuk semangat belajar kepada murid-murid dan guru juga akan mengajar dengan penuh semangat.

2.3 Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif


2.3.1 Peraturan Bilik Darjah

Murid-murid sekolah pada masa kini sudah mula berdikari namun mereka masih memerlukan pemantauan di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan reaksi yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Erik Erison pernah menyatakan kanak-kanak pada peringkat ini mula memperoleh pengalaman baru dan memberi tumpuan kepada

pembelajaran pengetahuan. Namun, mereka juga memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Pada waktu yang sama, segelintir murid-murid bersifat agresif dan berkelakuan tidak baik dengan murid-murid lain waktu P&P. Hal ini akan merosakkan proses pembelajaran dan mengakibatkan murid lain juga tidak dapat menumpukan perhatian. Oleh itu, guru harus merancang peraturan dan prosedur bagi mentadbir aktiviti-aktiviti dan mengurangkan gangguan masalah disiplin serta meningkatkan pembelajaran yang kondusif. Contohnya, guru harus membentuk konsep house keeping ataupun ground rules sebagai peraturan bilik darjah. House keeping dan Ground rules adalah peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid semasa berada dalam bilik darjah. Guru harus memastikan murid- murid mematuhi peraturan-peraturan bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan kondusif. Guru perlu ingat bahawa peraturan mesti dilaksanakan dengan konsisten supaya berkesan, dan ianya bukan bertujuan untuk berhukum. Selain itu, peraturan yang biasa ditemui di dalam bilik darjah ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakanrakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dalam waktu yang telah ditetapkan dan murid perlu mengangkat tangan jika hendak menjawab sebarang pertanyaan. Mengikut Model Pengurusan Kounin, keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Unsur penting dalam pengurusan tingkah laku di dalam bilik darjah daripada pandangan Kounin adalah berkenaan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Guru harus peka untuk berupaya menjangka masalah yang akan timbul

dan selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius. Sekiranya peraturan bilik darjah tidak berkesan ataupun guru tidak memainkan peranan dalam hal ini, murid-murid tidak akan berdisiplin dan membuat masalah disiplin dalam bilik darjah. Di samping, suasana bilik darjah akan berkucar-kacir. Hal ini dapat menjadi persekitaran bilik darjah ataupun proses pembelajaran tidak kondusif. 2.3.2 Rutin Bilik Darjah Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Rutin bilik darjah yang sistematik dapat mewujudkan bilik darjah yang kondusif, semangat kekitaan, menjimatkan masa dan tenaga para guru. Rutin bilik darjah juga merujuk kepada aktiviti pengurusan bilik darjah yang hendak lakukan setiap hari persekolahan. Rutin ini diamalkan oleh setiap murid supaya para murid menunaikan tanggungjawab yang diarahkan dengan baiknya. Setiap bilik darjah perlu mempunyai rutin bilik darjah seperti jadual tugas dan jadual waktu. Ia adalah tanggungjawab para guru untuk disediakannya. Selain itu, guru juga perlu membentuk rutin untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Antaranya ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja rumah dan sebagainya. Guru perlu menjelaskan rutin tentang langkah-langkah atau prosedur yang perlu murid patuhi dalam aktiviti spesifik di dalam bilik darjah. Di samping itu, guru juga harus memantau murid-murid seperti adakah mereka melaksanakan rutin setiap hari dengan tepat. Rutin ini perlu dibuat peneguhan sehingga prosedur atau langkah perlu menjadi amalan kepada murid- murid. Peranan guru dalam konsep amat penting supaya pemantauan dan bimbingan guru dapat membentuk murid yang mengamalkan rutin dengan prosedur yang betul. Sekiranya guru melaksanakan tugasan dengan baik, rutin bilik darjah dapat memotivasikan murid, merangsang murid mengambil bahagian yang aktif dalam pelajaran, mewujudkan suasana bilik darjah yang harmonis serta mewujudkan disiplin kendiri dalam kalangan murid. Model Akibat Logikal Dreikurs juga menekankan kepentingan guru

memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

2.4 Persekitaran Psikososial


Psikososial merupakan hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Masalah disiplin akan wujud dalam kalangan murid jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru. Maka, guru haruslah menjadi seorang guru yang asertif untuk menguruskan keperluan psikososial setiap murid. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan asertif adalah pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan dan menetapkan peraturan dengan tegas. Di samping itu, beliau akan akan bersikap adil kepada semua murid. Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.

2.4.1 Keperluan Psikologi

Aspek yang dianggap paling penting dalam persekitaran psikososial ialah keperluan psikologi. Aspek ini mengutamakan hubungan sesama murid,

hubungan guru dengan murid, semangat kerjasama, kekitaan, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan, rasa selamat, layanan terhadap murid dan memenuhi keperluan murid. Dengan mempraktikkan keperluan psikologi muridmurid akan merasai yang mereka berada dalam tempat yang selamat dan penyelamatnya ialah guru. Guru juga secara tidak langsung memupuk konsep kendiri yang positif dalam diri murid yang masih dalam alam pembelajaran. Mengikut Model Tingkah Laku B.F.Skinner, guru harus memberi penghargaan dan pengiktirafan yang dapat merangsangkan minat dan semangat untuk belajar.

Contohnya,

sekiranya

murid-murid

memberi

jawapan

yang

betul

guru

seharusnya memberikan pujian atau hadiah. Guru juga perlu memastikan sifatsifat psikologi diterapkan dalam diri muridnya supaya mereka belajar dalam suasana yang selesa dan selamat.

2.4.2 Corak Kepimpinan

Corak interaksi guru dengan murid dan di antara murid, dalam sebuah bilik darjah bergantung pada jenis kepimpinan guru. Faktor emosi juga boleh di lihat melalui kepimpinan guru dalam proses P&P. Antara jenis-jenis kepimpinan yang biasanya diamalkan oleh guru dalam bilik darjah ialah kepimpinan autokratik, kepimpinan demokratik dan kepimpinan laissez-faire. Kepimpinan autokratik seseorang guru merujuk kepada coraknya menguruskan kelas dengan kuasa penuh. Guru yang bersifat autokratik menentukan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru dan tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Guru yang mengamalkan sikap kepimpinan demokratik ialah guru yang sedia berkongsi kuasa dengan murid-muridnya dalam pengurusan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Setiap aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah adalah hasil perbincangan di antara murid dengan bantuan dan bimbingan guru. Guru yang mengamalkan sifat kepimpinan laissez-faire pula ialah guru yang sudi memberi kebebasan sepenuhnya kepada murid-murid untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang difikirkan sesuai di dalam kelasnya. Dalam hal ini, guru tidak langsung merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru harus teliti dengan memilih corak kepimpinan mereka supaya ia akan membantu menjalankan pengajaran dengan baik dan mewujudkan suasana yang kondusif. Antara tiga jenis kepimpinan guru, kepimpinan bercorak demokratik merupakan jenis kepimpinan yang sesuai sekali digunakan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana kepimpinan demokratik akan meningkatkan interaksi antara guru dengan murid-muridnya. Peningkatan interaksi dua hala ini akan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis. Di bawah keadaan ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan bermakna dan keberkesanannya dapat dipertingkatkan ke peringkat yang optimum.

2.4.3 Komunikasi atau Interaksi Berkesan

Dalam konteks pendidikan, komunikasi boleh diertikan sebagai sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat antara dua individu, atau antara seorang individu dengan sekumpulan orang. Komunikasi merupakan sesuatu interaksi sosial antara orang melalui aktiviti pemindahan mesej secara lisan. Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanya berlaku antara guru dengan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, atau antara murid dengan murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Kewujudan interaksi dua hala antara guru dengan murid, dan murid dengan murid dalam bilik darjah adalah penting dan kondusif ke arah peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah berusaha mewujudkan interaksi yang boleh menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini akan menjadikan kerja pengajaran guru dan aktiviti pembelajaran murid lebih menarik dan menyeronokkan. Terdapat beberapa model komunikasi yang dikemukakan oleh pakar-pakar penyelidik adalah dianggap sesuai digunakan dalam bilik darjah. Antaranya, ialah Model Shannon dan Weaver, Model Simetri Newcomb dan Model Wilbur Schramm. Model Shannon dan Weaver adalah komunikasi dalam pengajaran matematik dan dikenali sebagai Teori Matematik Komunikasi. Model Simetri Newcomb dikenali sebagai Model Komunikasi Kemanusiaan. Mengikut model ini, proses komunikasi berasas daripada interaksi di antara dua orang individu terhadap mesej yang hendak disampaikan atau diterima. Model Schramm menghuraikan komunikasi sebagai interaksi antara dua pihak, iaitu kedua-dua pihak yang memainkan peranan sebagai penyampai mesej serta penerimanya. Maka, guru harus melaksanakan model yang sesuai dengan memahami tingkah laku murid supaya mewujudkan pembelajaran yang kondusif. Jika guru gagal berkomunikasi dengan berkesan serta ia akan menjejaskan

pembelajaran murid. 2.4.4 Motivasi

Motivasi adalah suatu tenaga kuat, mungkin yang terkuat dalam setiap situasi pembelajaran. Guru seharusnya menggerakkan tenaga ini dalam melaksanakan tugas pengajaran. Guru perlu merancang dan menyediakan

setiap pengajaran berlandaskan keperluan dan matlamat pelajar supaya keperluan ini dapat dipenuhi. Apabila pelajar diberi matlamat yang dapat dicapai, pelajar akan dapat menikmati kejayaan dan pulang dengan rasa puas serta cuba meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran seterusnya. Motivasi pelajar dapat dikekalkan jika minat mereka pada matapelajaran itu tidak berkurangan. Pengajaran yang baik dapat meningkatkan minat pelajar. Guru dihormati jika dia bersedia sepenuhnya bagi setiap pengajaran, tepat mengikut masa, sistematik dan prihatin terhadap pelajarnya. Daripada awal lagi pelajar dapat mengecam seseorang guru itu suka mengajar dan berusaha supaya semua pelajar menikmati matapelajaran yang diajarnya. Secara tidak langsung, guru guru harus

memotivasikan murid dengan tingkah lakunya. Selain itu,

bertanggungjawab dalam memenuhi keperluan murid dan memberi motivasi kepada murid jika mereka berputus asa ataupun tidak minat dalam sesuatu perkara. Apabila motivasi diberikan oleh guru kepada murid, murid itu dapat menyesuaikan dan juga menyelesaikan masalah. Hal ini juga membantu murid untuk mengelakkan masalah disiplinnya dan melahirkan pembelajaran yang kondusif.

2.5 Pentaksiran

Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator. Peranan guru dalam menguruskan bilik darjah bukan sahaja tertumpu pada pengurusan persekitaran pembelajaran yang kondusif, tetapi juga tentang pengurusan pentaksiran. Pentaksiran melibatkan tiga proses utamanya iaiti pengujian, pengukuran dan penilaian. Proses pengujian adalah sesuatu alat pengukuran dengan bertujuan mendapat maklumat tentang pencapaian murid-murid daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif. Pengukuran pula penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapaian pembelajaran individu. Penilaian adalah proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran. Proses pengujian dapat membantu guru memotivasikan murid yang memerlukannya dan menyediakan maklum balas kepada murid. Selain itu, proses ini dapat mendorong guru untuk mengukur keberkesanan pengajaran terhadap pencapaian murid dan mengukur kecergasan, kemahiran,

pengetahuan atau atribut psikologi para murid.

Pentaksiran juga dapat meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan (Klein, 2000). Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning), pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning). Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan proses

pembelajaran berterusan dijalankan bagi memastikan setiap murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak soalan supaya guru dapat membantu meningkatkan prestasi murid. Dalam konteks ini, para guru harus mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru harus mengenal pasti keperluan pembelajaran tertentu kepada kumpulan murid dan bijak memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber dalam P&P untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Guru juga boleh mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran untuk membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran. Pentaksiran sebagai pembelajaran pula memberi tumpuan terhadap peranan murid sebagai penghubung yang kritikal antara pentaksiran dan pembelajaran. Hal ini berlaku apabila murid memantau pembelajaran kendiri dan menggunakan maklum balas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan perubahan dalam apa yang mereka fahami. Peranan guru dalam pentaksiran ini adalah membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat serta memantau prestasi mereka. Guru juga perlu menyediakan persekitaran yang selamat bagi murid memperoleh peluang pembelajaran dan mendapat sokongan dari pihak sekolah. Pentaksiran kepada pembelajaran adalah berbentuk sumatif secara semula jadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang murid boleh lakukan. Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan pendidik menyediakan kaedah yang sesuai untuk membuat pentaksiran kepada pembelajaran tertentu dijalankan dengan betul. Ia juga adalah proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau kompetensi. Dengan bantuan guru, murid dapat mengharapkan tugasan pentaksiran kepada pembelajaran sebagai pentas untuk mereka mempamerkan

kompetensi dan juga halatuju persembahan pembelajaran dalam P&P. Dengan pelaksanaan pentaksiran guru dapat mengenalpasti kelemahan dan kelebihan setiap murid dengan baik serta dapat mengenalpasti tahap pencapaian murid dalam pengajaran. Sekiranya, proses penilaian ini tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati dan menimbulkan masalah disiplin.

Guru juga harus mengadakan ujian formal atau tidak formal semasa waktu pengajaran dan pembelajaran sebagai pentaksiran formatif bagi mengetahui sejauhmana objektif pengajaran tercapai. Dengan ini, guru juga dapat membetulkan kelemahan para murid dengan serta merta melalui menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus menjalankan pentaksiran formatif dalam setiap P&P untuk mencapai objektif pengajaran. Justeru, pentaksiran sumatif dilakukan bagi memberi gred untuk pencapaian murid dan mengesan pencapaian berdasarkan beberapa unit pembelajaran & pemeringkatan gred murid. Guru akan melaksanakannya selepas tamat suatu penggal atau satu peringkat pembelajaran merangkumi beberapa topik pembelajaran bagi menilai pencapaian murid. Dalam pentaksiran sumatif ini guru berperanan dalam menentukan pencapaian murid dan mengelaskan dengan kemampuan mereka. Sekiranya guru tidak dapat melaksanakan tanggungjawab ini, pencapaian para murid tidak akan direkodkan dan perkembangan mereka tidak dapat dianalisiskan bagi proses penilaian. Oleh itu, setiap guru harus berperanan penting dalam urusan pentaksiran ini supaya menjalankan proses pengajaran dalam suasana yang kondusif dan berjaya.

3.0 CADANGAN / HALANGAN Pada abad ke-21 ini, bilik darjah dibuat dengan berkonsep moden. Hal ini akan merumitkan para guru bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru-guru mengharungi banyak masalah dalam aktiviti P&P pada abad ke-21 di dalam bilik darjah. Abad ke-21 sememangnya sinonim dengan era digital. Letusan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan kepentingan kemahiran abad ke-21 semakin diberi penekanan pada masa kini. Guru merupakan tunjang utama dalam mempraktikkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta menyebarkan pengetahuan tersebut kepada pelajar. Penggunaan teknologi pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada pedagogi program pendidikan guru di zaman kini. Barulah, guru-guru akan menghadapi dunia pekerjaan dengan berani dan berperanan dengan baik. Pada abad ini juga ramai murid berpengetahuan dan bijak mengakses maklumat dengan sendiri bagi menimba ilmu. Mereka juga sudah menguasai kemahiran ICT dari kecil lagi. Oleh yang demikian, tidak wajar sekiranya kita menganggap kesemua pelajar akan memperoleh ilmu dalam masa yang sama melalui cara pengajaran dan kaedah yang sama yang digunakan beberapa tahun lalu akan memberikan impak yang sama pada hari ini. Penggunaan

teknologi digital sememangnya berlainan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain (Prensky, 2001). Pada masa sekarang, pelajar semakin memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang interaktif. Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memaksimumkan penglibatan murid-muridnya di dalam bilik darjah. Namun, kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komuniksi masih lagi berada pada tahap sederhana. Kejayaan dalam melahirkan guru yang mempunyai pakej lengkap dalam teknologi pendidikan serta penguasaan dalam kemahirankemahiran lain abad ke-21 akan memberikan faedah ke atas pelajar bagi memaksimumkan kadar penglibatannya dalam segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk bilik darjah. Oleh itu, saya berharap guru-guru dapat memainkan peranan secara berkesan dengan mencabar halangan-halangan yang dihadapi.

4.0 KESIMPULAN

Pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang paling penting untuk murid-murid dapat melibatkan diri bersama-sama dalam aktiviti pembelajaran di bilik darjah secara maksimum dalam abad ke-21. Oleh itu, setiap guru harus menguruskan bilik darjah secara berkesan dan moden mengikut peredaran masa bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Suasana bilik darjah yang kondusif dapat menyeronokkan dan memotivasikan para murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, guru-guru haruslah

bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi memahirkan diri dengan pelbagai teknik pembelajaran terbaru supaya dapat melaksanakan pengajarannya dengan berkesan. Guru-guru juga perlu mengaplikasikan model-model pembelajaran untuk meningkatkan penglibatan murid semasa sesi pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti murid yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir ini. Guru juga perlu melengkapi dirinya mengikut peredaran masa dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan serta menjalinkan hubungan yang baik dengan murid. Hal ini akan memastikan penglibatan murid dengan aktif dalam sesi pembelajaran.

You might also like