You are on page 1of 5

Semantik dan Sejarah

Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah member focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik.
Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi member perhatian terhadap perubahan makna dan sebabsebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu.

Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakansejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan khalwat yang bermaksud berseorangan untuk mendekatkan diri kep ada-Nya telah disempitkan maksudnya kepada berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Perkataanpondokyang bermaksud tempat tinggal yan g usang pula telah dikembangkan maknanya menjadi tempat belajar. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamusbesar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuanpenggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

Fitur Makna dalam Bahasa Melayu Sifat Makna

1. Pilihan apabila murid bertemu guru ucapan selamat biasanya digunakan. - Ini kerana murid tiada pilihan untuk bertutur dengan guru mereka pada masa tersebut.
2 Kebudayaan- Jepun- pentingkan status umur ,masa bertutur mesti bersopan walaupun beza umur sehari - Melayu-tidak boleh bertutur dengan kata yang kurang sopan kepada orang lebih tua atau berkedudukan 3. Konteks- konteks ayat- merujuk kepada polisim (banyak makna ) - konteks situasi bergantung pada situasi

4. Unsur-unsur paralinguistik-mimik muka,gerak tangan dsbgnya


5. Ciri-ciri prosidi- intonasi,tekanan dan hada ketika bercakap

You might also like