You are on page 1of 1

KELEMAHAN KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE

1. Bradford dan lippit menyatakan bahawa pemimpin Laissez-Faire bersikap deskriptif. Iaitu mereka sedaya upaya mengelak untuk mempengaruhi orang bawahannya. 2. Pemimpin seperti ini tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk menyelia. 3. Mereka banyak bergantung kepada orang bawahannya, tidak menetapkan matlamat yang jelas dan tidak membantu subordinat/pekerjanya untuk membuat keputusan. 4. Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang2 bawahan untuk membuat keputusan. Oleh itu, keadaan yang sangat bebas dan liberal ini menunjukkan seolah-olah sesebuah kumpulan itu tidak mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara sendiri. 5. Jika ramai orang bawahannya kurang matang, maka hasil kerja kumpulan ini sangat tidak memuaskan kerana mereka kehilangan pembimbing yang

menunjukkan arah dan panduan. 6. Para pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan tidak mempunyai perancangan yang rapi. 7. Jika kepimpinan jenis ini diamalkan di sekolah boleh menyebabkan guru-guru dan kakitangan tiada panduan kerja, disiplin sekolah akan merosot dan keadaan sekolah tidak bersistematik kerana guru besar tidak mengambil berat mengenai urusab sekolah.

You might also like