You are on page 1of 14

SISTEM KAWALAN BAHANAPI ELEKTRONIK (EFI)

Sistem kawalan bahanapi elektronik mengunakan pelbagai penderia untuk mengesan keadaan enjin dan kenderaan. ECU mengunakan maklumat daripada penderia penderia ini untuk mengira isipadu pancitan bahanapi yang diperlukan oleh kenderaan tersebut. Sistem kawalan bahanapi elektronik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

L EFI

L bermaksud Luft atau udara di dalam bahasa Jerman. Di dalam sistem ini ECU mengukur kadar udara yang masuk samada secara jisim atau isipadu bagi menentukan kadar pancitan yang diperlukan.

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 1

D EFI

D bermaksud Druck atau tekanan di dalam bahasa Jerman. Di dalam sistem ini ECU mengukur kadar tekanan yang terhasil di dalam intake manifold untuk menentukan kadar pancitan bahanapi yang diperlukan.

Sistem EFI biasanya mengunakan beberapa komponen asas untuk membolehkan sistem mengira kadar pancitan bahanapi yang diperlukan. Komponen komponen tersebut ialah: Engine ECU Berfungsi untuk mengira jumlah bahanapi yang optimum yang perlu dibekalkan kepada enjin berdasarkan kepada maklumat dari penderia. Mengesan perubahan tekanan atau jumlah udara yang masuk ke dalam manifold Digunakan untuk mengesan kedudukan crankshaft dan kelajuan enjin Digunakan untuk mengesan kedudukan camshaft dan camshaft timing. Digunakan untuk mengesan suhu cecair penyejuk (coolant). Digunakan untuk mengesan sudut pembukaan throttle valve. Digunakan untuk mengesan kandungan oksigen di dalam gas ekzos.

Air flow meter or manifold pressure sensor Crankshaft position sensor Camshaft position sensor Water temperature sensor Throttle position sensor Oxygen sensor

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 2

Sistem bekalan bahanapi

Sistem ini berfungsi untuk menyedut minyak dari tangki bahanapi dan dibekalkan kepada pemancit (injector) sebelum semburan boleh dilakukan. Komponen utama system ini ialah: Tangki bahanapi (Fuel tank) Pam bahananapi (Fuel pump) Paip Penghantaran (Delivery pipe) Pemancit (Injector) Peredam (Pulsation Damper)

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 3

Pam bahanapi

Ditempatkan di dalam tangki bahanapi bersama sama dengan penapis bahanapi (fuel filter), Pressure regulator dan fuel sender gauge. Bilah pam (pump impeller) yang diputarkan oleh motor berfungsi untuk memampatkan bahanapi. Check valve berfungsi untuk mengekalkan tekanan di dalam pam untuk memudahkan enjin dihidupkan. Jika sekiranya tidak terdapat tekanan tinggal (residual pressure), vapor lock akan terhasil keadaan ini akan menyukarkan enjin untuk dihidupkan. Injap pelega tekanan (Relief valve) berfungsi untuk melepaskan tekanan di dalam pam apabila tekanan di dalam pam menjadi terlalu tinggi. Pengatur tekanan (Pressure regulator) Berfungsi untuk memastikan bahawa tekanan bahanapi sentiasa berada pada 324 kPa (3.3 kgf/cm2) (Nilai ini mungkin berbeza pada satu kenderaan dengan kenderaan yang lain). Ia juga berfungsi untuk mengekalkan tekanan tinggal di dalam sistem sama seperti check valve di dalam fuel pump. Komponen ini bekerja dengan 2 cara iaitu: Tekanan tetap Di dalam sistem ini pengatur tekanan akan menetapkan tekanan pada satu tekanan tertentu. Jika tekanan yang terhasil melebihi tekanan yang ditetapkan spring akan tertolak lalu menyebabkan bahanapi dialirkan semula masuk ke dalam tangki.

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 4

Pengatur tekanan yang dilengkapi dengan paip penghantaran. Prinsip operasi pengatur jenis ini adalah sama dengan jenis tekanan tetap, apa yang berbeza hanyalah ianya dilengkapkan dengan sebuah paip penghantaran yang berfungsi untuk menghantar tekanan ke dalam pengatur ini supaya tekanan bahanapi sentiasa lebih tinggi dari tekanan didalam intake manifold. Di dalam sistem ini pembukaan injap dikawal oleh tekanan vakum yang terhasil dari intake manifold. Jika sekiranya tekanan initake manifold adalah terlalu rendah berbanding dengan tekanan bahanapi injap akan terbuka dan bahanapi akan dialirkan semula ke dalam tangki.

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 5

Pulsation Damper Digunakan untuk menyerap perbezaan tekanan yang berlaku akibat daripada mampatan bahanapi oleh pam dan pancitan bahanapi.

Pemancit (Injector) Pemancit berfungsi untuk memancitkan bahanapi ke dalam selinder mengikut isyarat yang diberikan oleh ECU.

Isyarat dari ECU akan menyebabkan arus mengalir masuk ke dalam solenoid coil yang akan menyebabkan plunger tertarik, lalu membuka injap untuk memancitkan bahanapi. Disebabkan oleh lejang plunger adalah tetap, jumlah pancitan bahanapi dikawal mengikut jumlah masa arus dibekalkan kepada solenoid.

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 6

Fuel Filter/Fuel Pump Filter Fuel filter Berfungsi untuk mengasingkan kotoran dan bendasing yang dimampatkan oleh pam bahanapi. Fuel pump filter Berfungsi untuk menghalang kotoran dan bendasing dari memasuki pam bahanapi.

Litar kawalan pam bahanapi Operasi asas Pam hanya akan berfungsi jika enjin dihidupkan. Jika igniton switch pada kedudukan On sahaja, pam bahanapi tidak akan beroperasi.

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 7

Ignition switch On Apabila igntion switch berada pada kedudukan On, EFI main relay akan On.

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 8

Ignition switch Start Apabila ECU menerima isyarat STA dari starter motor, transistor yang terdapat di dalam di ECU akan On lalu menyebabkan circuit opening relay On dan seterusnya fuel pump akan mula berfungsi.

Engine cranking/running Apabila enjin telah dihidupkan, ECU akan menerima isyarat NE dari crankshaft position sensor, keadaan ini akan menyebabkan transistor akan terus On.

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 9

Jika enjin di matikan Apabila enjin dimatikan, Camshaft position sensor akan berhenti membekalkan isyarat NE kepada ECU. Keadaan ini akan menyebabkan ECU memutuskan bekalan arus kepada transistor yang berfungsi untuk mengawal circuit opening relay.

Fuel pump speed control Fungsi ini digunakan mengurangkan kelajuan fuel pump apabila jumlah bahanapi yang diperlukan adalah sedikit, seperti apabila enijn bekerja pada kelajuan rendah.

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 10

Apabila arus mengalir melalui contact B, di dalam fuel pump control relay, pam akan beroperasi pada kelajuan rendah. Sebaliknya, apabila enjin sedang cranking, kelajuan tinggi atau berada pada beban penuh arus akan dialirkan melalui contact A, lalu menyebabkan pam beroperasi pada kelajuan penuh. ON-OFF control with speed control (by engine ECU and fuel pump ECU)

Sesetengah enjin mempunyai fuel pump ECU bagi mengantikan circuit opening relay, fuel pump
control relay dan resistor. ECU ini turut dilengkapi dengan diagnostic function. Ia akan menghantar isyarat kepada ECU jika terdapat sebarang masalah pada pam bahanapi.

Fuel pump shut-off system

Sesetengah kenderaan turut dilengkapi dengan mekanisma dimana bekalan kuasa kepada pam bahanapi akan diputuskan apabila keadaan berikut terjadi: Airbag mengembang Apabila salah satu airbag mengembang, fuel shut-off system akan memutuskan bekalan kepada pam bahanapi. Apabila ECU menerima isyarat dari center airbag sensor assembly, bahawa pelanggaran telah
berlaku dan airbag telah mengembang ECU akan memutuskan bekalan kepada pam bahanapi. Untuk memulihkan semula kenderaan pemandu perlulah mematikan dan menghidupkan semula ignition switch untuk membolehkan pam bahanapi beroperasi semula.

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 11

Apabila kereta berlanggar atau terbalik Apabila kereta berlanggar atau terbalik, fuel pump inertia switch akan memutuskan bekalan kuasa kepada pam bahanapi untuk mengurangkan kebocoran. Fuel pump inertia switch ini terletak diantara fuel pump ECU dan engine ECU. Apabila bebola didalam suis ini berganjak dari kedudukannya akibat daripada perlanggaran yang berlaku. Contact di dalam suis tersebut akan terbuka lalu menyebabkan pengaliran arus ke pam bahanapi terputus. Untuk memulihkan semula keadaan, tekan reset switch yang berada diatas suis ini.

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 12

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 13

Abdul Shokor bin Abd Talib

Page 14

You might also like