You are on page 1of 5

Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan ORANG ASLI

Pengenalan
Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002)

KELAYAKAN AKADEMIK YANG RENDAH DAN KECICIRAN DALAM PENDIDIKAN Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004). Menurut JHEOA (1998), minat belajar di kalangan masyarakat Orang Asli masih berada di tahap yang rendah di mana insiden keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus). Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu terutama berkaitan berniaga menyebabkan mereka sering ditipu peraih semasa menjual hasil hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan peraih adalah jauh lebih rendah sehingga menyebabkan pendapatan Orang Asli terus merosot dan berterusan hidup dalam kekurangan

TAHAP PENDIDIKAN ISIRUMAH ORANG ASLI


Berdasarkan temubual dengan guru besar SK Pos Kuala Mu, Hj. Ahmad Bin Mohd Saad (51 tahun) yang telah bertugas lebih 10 tahun di situ mendapati: minat belajar di kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan, biarpun sedikit meningkat berbanding ketika awal beliau bertugas di situ pada tahun 1991. Ini turut didorong faktor persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah. Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan untuk mendapatkan telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit. Ini menyebabkan berlakunya gejala keciciran pelajaran yang agak serius di kedua-dua kampung.

Justeru, bagi meningkatkan minat anak Orang Asli terhadap pendidikan dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran pelajaran, pihak sekolah telah berusaha mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M (menulis, membaca dan mengira) kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan). Dengan cara ini, kehadiran dan minat anak Orang Asli mendekati pelajaran dapat terus dipertingkatkan seterusnya mengasuh mereka supaya sedar dan memahami peri penting ilmu terhadap masa depan mereka di kemudian hari.

You might also like