You are on page 1of 1

Haba pembakaran boleh didefinisikan sebagai tenaga haba yang dibebaskan apabila satu mol sesuatu bahan dibakar

dengan lengkap dalam oksigen berlebihan. Bahan api pula merujuk kepada bahan kimia yang menghasilkan tenaga haba semasa pembakaran. Pembakaran bahan api merupakan tindak balas eksotermik dan nilai H ialah negatif. Kesemua pembakaran bahan api melibatkan penggunaan oksigen. Nilai bahan api atau nilai haba adalah jumlah haba yang diukur di dalam kJ yang boleh didapati apabila 1g bahan api dibakar. Unit bagi nilai bahan api ialah kJ g-1. Bahan api yang berlainan mempunyai nilai bahan api yang berbeza. Semasa penentuan haba pembakaran, oksigen yang berlebihan mestilah dibekalkan supaya pembakaran boleh berlaku dengan lengkap. Jika oksigen ataupun udara tidak dibekalkan dengan lengkap maka haba yang dibebaskan akan kurang daripada haba pembakaran.

You might also like