You are on page 1of 21

< FAKULTI PENDIDIKAN >

< SEMESTER JANUARI / 2012 >

< HBSE1103 > < PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS >

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

< 800613065567001 > < 800613065567 > < 0122750455 > < hajiman1980@yahoo.com.my >

PUSAT PEMBELAJARAN

< SHAH ALAM >

HBSE1103 800613065567001

PENGENALAN Pendidikan Khas merupakan suatu pendidikan yang disediakan khusus bagi kanak-kanak istimewa yang memerlukan perhatian yang lebih berbanding kanak-kanak normal yang lain. Menurut Mansor (2005) pendidikan khas di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan bagi menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran , berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat. Sebagai tanda sokongan dan rasa prihatin kerajaan terhadap golongan ini, pada belanjawan baru-baru ini kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan bagi sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas. Peruntukan tambahan ini diberikan bagi membantu pihak Jabatan Pelajaran dan juga pengurusan sekolah dalam unit Pendidikan Khas meningkatkan lagi pencapaian kanak-kanak pendidikan khas ini. Kumpulan kanak-kanak yang berada di sekolah dikenali sebagai PPKI iaitu singkatan bagi Program Pendidikan Khas Intergrasi. Apa yang dimaksudkan dengan intergrasi di sini ialah menyediakan pendidikan bagi kanak-kanak istimewa untuk belajar dan bergaul bersama-sama kanak-kanak normal yang lain. Bagi melihat sejauh mana peruntukan ini dapat membantu dan bagaimana ianya digunakan, satu lawatan telah diadakan disebuah sekolah di Kuala Lumpur. Antara objektif utama lawatan ini diadakan adalah bagi melihat dan memilih program-program atau aktiviti yang dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada para pelajar istimewa ini. Sekolah yang dikunjungi ini menempatkan 52 orang kanak-kanak Pendidikan Khas dengan tenaga pengajar seramai 17 orang dan dibantu oleh 6 orang Pembantu Pengurusan Murid(PPM). Kumpulan kanak-kanak ini terdiri dari pelbagai masalah seperti Sindrom Down, Autisma, lembam,ADHD dan sebagainya. Apa yang menarik mengenai Program Pendidikan Khas di sini ialah adanya sebuah program yang dinamakan Terapi Renang. Berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh guru-guru dan Penolong Kanan Program Pendidikan Khas di sini, matlamat atau objektif utama program ini dijalankan adalah bagi membina keyakinan diri, meningkatkan kefungsian deria dan kemampuan motor kasar. Selain itu, program ini juga dapat mendedahkan para pelajar istimewa ini dengan dunia luar serta dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka. Melihat kepada matlamat dan objektif ini, saya dapat melihat bahawa program ini mampu memberikan manfaat yang berguna kepada para pelajar ini. Bukan sahaja matlamat atau objektif yang tersurat sahaja dapat memberikan manfaat tetapi juga

HBSE1103 800613065567001

yang tersirat. Apa yang saya maksudkan di sini ialah selain mendedahkan kanak-kanak ini dengan dunia luar, masyarakat juga dapat diberikan pendedahan dan kesedaran tentang kehadiran insan-insan istimewa ini dan dapat membina satu persepsi yang baru di kalangan masyarakat terhadap mereka. Selain itu, para pelajar ini juga dapat didedahkan dengan kemahiran menggunakan pengangkutan awam iaitu bas,yang digunakan sebagai pengangkutan ke kompleks renang yang dipilih. Nilai-nilai murni juga turut diterapkan kepada pelajar sepanjang menjalani program terapi ini seperti berkerjasama antara satu sama lain dan memelihara kemudahan awam. Jelas di sini bahawa banyak manfaat yang dapat diperolehi melalui program ini. Oleh itu sewajarnya program-program seperti ini diteruskan dan juga diguna pakai oleh sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas. Program yang dijalankan secara berjadual ini bertempat di kolam renang,komplek sukan Desa Tasik dengan kerjasama dari Dewan Bandara Kuala Lumpur( DBKL ) dan mendapat keizinan dan sokongan dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur( JPWPKL ) unit Pendidikan Khas. Sebagai tanda prihatin dari pihak DBKL, hanya bayaran kepada jurulatih yang disediakan sahaja dikenakan. Antara objektif yang ingin dicapai apabila program ini dilaksanakan adalah bagi membina keyakinan dalam diri pelajar ini terhadap persekitaran yang baru dan juga keyakinan di dalam air. Ini kerana terdapat sebahagian dari pelajar ini yang takut untuk berhadapan dengan persekitaran baru,dalam hal ini berhadapan dengan situasi di air seperti di kolam renang. Oleh itu melalui aktiviti ini diharap dapat meningkatkan keyakinan mereka. Program ini juga dapat membantu pelajar meningkatkan keupayaan fizikal terutamanya bagi pelajar kategori Cerebral Palsi. Dengan aktiviti renang, banyak pergerakan-pergerakan lomotor dan psikomotor dapat diransang sekaligus dapat meningkatkan kemahiran mengawal pergerakan lokomotor dan psikomotor bagi para pelajar ini. Bagaimanapun jika ditanya sebab utama mengapa aktiviti renangan menjadi pilihan ialah kerana aktiviti berenang melibatkan pergerakkan otot atas dan bawah anggota badan. Aktiviti air boleh membantu memberi input terhadap proprioceptive (kecepatan mahupun kemampuan menerima ransangan) dan tactile (berkaitan dengan deria sentuhan) kanak-kanak autisma. Aktiviti berenang boleh membantu dalam perkembangan koordinasai otot tangan dan kaki serta sistem pernafasan kanak-kanak. Ini kerana melalui aktiviti berenang, kanak-kanak Autisma perlu menggerakkan anggota badan mereka untuk membolehkan bergerakkan dalam air. Melalui aktiviti ini juga ia boleh membantu dalam meningkatkan sistem kognitif. Di mana dengan

HBSE1103 800613065567001

berenang, kanak-kanak perlu menggerakkan beberapa anggota badan atau sistem pernafasan dalam satu masa. Contohnya, kita perlu menggerakkan tangan dan kaki kita untuk membolehkan kita bergerak atau berjalan di atas air. Dengan latihan renang yang berterusan, kanak-kanak berupaya meselarikan keseimbangan gerakkan anggota badan dan sistem pernafasan untuk berada dalam keadan stabil. Aktiviti renang juga membantu dalam relaksasi diri. Air dikatakan merupakan salah satu bahan terapi yang baik untuk relaksasi atau ketenangan emosi/diri seseorang. Kaedah ini mungkin dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran pengawalan emosi kanak-kanak. Untuk kanak-kanak yang tidak suka air, aktiviti renang boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Aktiviti/latihan boleh dilakukan di atas daratan sebelum secara perlahan-lahan kanak-kanak itu dibawa ke dalam air. Melalui aktiviti berenang juga dikatakan mampu membina yakin diri kanak-kanak. Memberi peluang kanak-kanak khas ini melakukan seperti mana rakan mereka yang lain sebenarnya mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu, inilah peluang mereka untuk mengenal dunia luar dan mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka samada sesama rakan, guru mahupun dengan orang sekitar kolam renang. Kalaupun kanak-kanak ini belum mampu berinteraksi dengan orang lain, sekurang-kurangnya mereka memahami arahan/instruksi visual yang disampaikan oleh instruktor. Pada keseluruhannya, berenang bukanlah rekreasi semata-mata. berenang juga merupakan satu aktiviti luar bilik darjah yang boleh membantu dalam perkembangan kemahiran motor kasar,

HBSE1103 800613065567001

KERTAS CADANGAN Aktiviti Tempat Masa Peserta : PROGRAM TERAPI RENANG : KOLAM RENANG, KOMPLEKS SUKAN DESA TASIK : 8.00 pagi 11.00 pagi : GURU / 8 Orang Murid-murid / 25 Orang PEMBANTU PENGURUSAN MURID ( PPM ) / 4 Orang OBJEKTIF 1. Memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid Program Pendidikan Khas Integrasi persekitaran di luar sekolah. 2. Membolehkan murid-murid Pendidikan Khas meningkatkan tahap kecergasan fizikal, kefungsian deria dan kemampuan motor kasar melalui aktiviti Terapi Air. 3. Membolehkan kanak-kanak dengan keperluan Pendidikan Khas menerokai kemampuan diri sendiri. 4. Meningkatkan keyakinan diri murid-murid. MATLAMAT 1. Mendedahkan pelajar dengan masyarakat. 2. Memupuk sifat berani mencuba dalam diri murid-murid terhadap sesuatu yang baru. 3. Menerapkan semangat disiplin dan mematuhi peraturan apabila berada di tempat awam. SASARAN Program terapi air ini melibatkan kanak-kanak dengan keperluan khas yang memiliki tahap pembelajaran senderhana (mampu menguruskan diri sendiri) dan mempunyai aras kecacatan akal ringan.

HBSE1103 800613065567001

ATURCARA SEBELUM BERTOLAK. 1. 2. 3. 4. 5. Murid berkumpul di dewan Sekolah Kebangsaan Taman Segar. Guru memeriksa kehadiran murid. Guru meminta murid beratur sebelum menaiki bas. Murid mendengar taklimat awal daripada ketua rombongan sebelum menaiki bas. Murid beratur untuk menaiki bas sambil diawasi oleh guru dan pembantu pengurusan murid. 6. Guru membaca doa sebelum memulakan perjalanan dan diaminkan oleh murid-murid. 7. Murid-murid dikehendaki mematuhi arahan supaya duduk dengan keadaan diam di dalam bas. 8. Murid duduk ditempat masing-masing dengan iringan guru dan pembantu yang bertugas mengawasi mereka. ATURCARA SEMASA SAMPAI DI TEMPAT TERAPI AIR. 1. Murid-murid beratur untuk turun dari bas. 2. Murid-murid mendengar arahan daripada ketua rombongan sebelum memulakan sesi terapi renang. 3. Murid berjalan dengan iringan guru atau pembantu pengurusan murid yang telah ditugaskan untuk menjaga mereka ke kolam renang. 4. Murid menyalin pakaian renang. 5. Murid berlatih bersama jurulatih renang bertauliah. 6. Murid menamatkan latihan bersama jurulatih. ATURCARA SELEPAS SELESAI TERAPI RENANG. 1. Murid menyalin pakaian sukan. 2. Murid akan berkemas untuk menaiki bas. 3. Ketua rombongan akan mengira jumlah murid. 4. Murid menaiki bas dengan kawalan guru dan pembantu pengurusan murid. 5. Murid dan guru tiba di sekolah semula. 6. Guru akan memberi lembaran kerja kepada murid untuk dibuat di rumah. 7. Murid akan diambil oleh ibu bapa / penjaga. 8. Guru akan memastikan semua murid telah pulang, sebelum guru dan pembantu pengurusan murid boleh bersurai. 9. Guru-guru Pendidikan Khas akan mengadakan post mortem terapi air pada masa yang akan ditetapkan kemudian.

HBSE1103 800613065567001

ANGGARAN PERBELANJAAN 1). 2). 3). Kos Pengangkutan - RM 110 X 5 sesi Bayaran jurulatih - RM 60.00 X 6 terapi Fotografi, Dokumentasi dll. ( PCG ) - Filem - Bateri - Cuci filem = RM 550.00

RM 300.00

RM 50.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 900.00

HBSE1103 800613065567001

CARTA GANTT PELAKSANAAN AKTIVITI TERAPI RENANG


Aktiviti Bulan JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN

Menyediakan dan menghantar kertas kerja dan surat permohonan kepada DBKL dan JPWPKL.
Mengedarkan surat kebenaran kepada ibu bapa dan menerima kembali surat kebenaran. Membuat temujanji tarikh aktiviti dan menempah bas. Aktiviti Terapi Kali Pertama Aktiviti Terapi Kali Kedua Aktiviti Terapi Kali Ketiga Aktiviti Terapi Kali Keempat Aktiviti Terapi Kali Kelima

Petunjuk: Petak yang dihitamkan mewakili minggu aktiviti dijalankan. 1 petak mewakili 1 minggu.

HBSE1103 800613065567001

RUMUSAN Secara keseluruhannya, saya melihat program ini banyak memberikan manfaat kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti para pelajar berkeperluan khas ini seperti guru, ibu bapa dan juga masyarakat. Bukan sahaja ianya berkesan dan bermanfaat dari segi aktiviti terapi yang dijalankan tetapi juga dari setiap apa sahaja yang dilalui oleh para pelajar bermula dari memulakan perjalanan ke kolam renang sehingga mereka kembali ke sekolah. Apa yang dimaksudkan di sini ialah bagaimana para pelajar ini diterapkan dengan disiplin dan nilai-nilai murni contohnya beratur dan berdoa sebelum menaiki bas, berterima kasih kepada pemandu bas dan juga jurulatih serta menjaga tatatertib masing-masing. Bagaimana pula aktiviti ini bermanfaat kepada ibu bapa, guru dan masyarakat? Jika difikirkan dan dinilai, tidak ramai ibu bapa yang suka mendedahkan anak-anak istimewa mereka, mereka lebih suka untuk membiarkan anak-anak mereka berada di rumah dan sekolah sahaja. Ini menyebabkan masyarakat kurang berpeluang untuk mengenali kumpulan kanak-kanak ini sekaligus menjadikan mereka ini asing di kalangan masyarakat. Dengan adanya aktiviti ini, sekurang-kurangnya sebilangan kecil masyarakat dapat mengenali kumpulan ini dengan lebih dekat. Selain itu, ibu bapa dan para guru dapat mengenali potensi yang ada pada kanak-kanak ini yang mungkin sebelum ini tidak dapat dilihat. Berbalik kepada matlamat dan objektif asal terapi ini diadakan, kita dapat melihat peningkatan yang berlaku kepada para pelajar ini. Meskipun tidak semua pelajar menunjukkan peningkatan, namun dengan sebahagian besar pelajar ini menunjukkan perubahan sama ada dari segi keyakinan dan juga kemahiran kawalan lokomotor serta lain-lain , ianya sudah cukup untuk membuktikan keberkesanan program terapi ini. Jesteru itu saya menyarankan kepada mana-mana sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Intergrasi menjadikan program terapi ini sebagai salah satu dari aktiviti yang akan dilaksanakan kerana banyak manfaat dan faedah yang dapat diambil dari aktiviti ini. .

HBSE1103 800613065567001

Subjek yang dinilai Keyakinan diri

Pencapaian % Sebelum Selepas 20% dari kalangan 25 orang 16% dari kalangan 25 orang pelajar yang mengikuti pelajar yang mengikuti aktiviti ini kurang yakin untuk aktiviti ini masih kurang menuju ke tempat yang lebih yakin untuk menuju ke dalam. tempat yang lebih dalam.

Catatan Peningkatan sebanyak 6%. Penilaian dibuat dengan meminta pelajar menuju ke arah guru/jurulatih yang menunggu di tempat ditentukan. Peningkatan sebanyak 6%. Penilaian dibuat berdasarkan pemerhatian dan diputuskan oleh guru. Peningkatan yang ditunjukkan kurang ketara. Penilaian dibuat melalui aktiviti sukan. Penilaian dibuat berdasarkan tahap kesukaran guru mengawal pelajar. Peningkatan sebanyak 32%. Penilaian dibuat melalui soal jawab dan lembaran kerja.

Kemahiran sosial

20% dari kalangan 25 orang pelajar lebih suka untuk melakukan aktiviti secara bersendirian.

Kawalan lokomotor

Disiplin

Pengetahuan

16% dari kalangan 25 orang pelajar yang mengikuti aktiviti ini dapat melakukan aktiviti bersama rakan di kolam tetapi masih tidak dapat mengaplikasikan di sekolah. 24% (6orang)dari kalangan 25 24% dari kalangan 25 orang orang pelajar ini mempunyai pelajar yang mengikuti masalah kawalan lokomotor. aktiviti ini menunjukkan peningkatan dalam kawalan lokomotor. 16% dari kalangan 25 orang 4% dari kalangan 25 orang pelajar ini mempunyai pelajar yang mengikuti masalah disiplin yang lebih aktiviti ini menunjukkan ketara. peningkatan disiplin. 60% dari kalangan 25 orang 92% pelajar menunjukkan pelajar yang mengikuti peningkatan pengetahuan aktiviti ini tiada pengetahuan mengenai keselamatan. mengenai keselamatan. Jadual Penilaian Pencapaian Aktiviti Terapi Renang

HBSE1103 800613065567001

REFLEKSI Berdasarkan lawatan yang telah dilakukan, saya mendapati program yang disediakan oleh pihak pengurusan dan guru-guru pendidikan khas di sekolah tersebut amat baik dan berkesan serta banyak membantu meningkatkan pencapaian para pelajar. Bukan sahaja ianya aktiviti yang mampu memberikan keseronokan kepada pelajar khususnya dan guru-guru umumnya, tetapi ia juga dapat memberikan kepelbagaian suasana untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Melalui lawatan ini juga, saya telah didedah dengan suatu pengetahuan yang baru di mana saya dapati aktiviti P&P bukan hanya tertumpu di sekolah tetapi boleh juga berlaku dipersekitaran yang jauh berbeza. Saya juga diberi kesedaran bahawa terdapat pelbagai cara untuk kita meningkatkan keupayaan para kanak-kanak istimewa ini sama ada dari segi keupayaan akedimik dan juga keupayaan sosial dan tingkah laku mereka. Setelah melaksanakan sendiri program ini, saya dapat melihat keberkesanan aktiviti ini terutamanya dari segi meningkatkan keupayaan pelajar dan juga meningkatkan kerjasama dan hubungan di antara guru-guru dan ibu bapa. Bagaimanapun saya juga mengakui banyak usaha yang perlu dilakukan dalam melaksanakan aktiviti sebegini. Namun dengan kerjasama dan sokongan dari semua pihak seperti DBKL, JPWPKL, guru besar, ibu bapa dan pengusaha bas banyak membantu dalam melaksanakan aktiviti ini.

HBSE1103 800613065567001

LAMPIRAN

Guru memberi bimbingan kepada pelajar

Guru membantu pelajar menyalin pakaian

HBSE1103 800613065567001

Pelajar melakukan aktiviti bebas

Jurulatih sedang memberikan arahan

HBSE1103 800613065567001

HBSE1103 800613065567001

BORANG PS 1

PERATURAN PELANCONGAN SEKOLAH 1957 A. Borang PS1 dan PS2 hendaklah disediakan dalam 4 salinan serta ditambah 2 salinan bagi tiap-tiap negeri yang hendak dilawati dan dilalui (Rujuk LAMPIRAN1). Sila sampaikan borang PS1, PS2 dan PS3 ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (Unit Perhubungan, Pendaftaran dan Pendidikan Swasta) 6 minggu sebelum tarikh lawatan. (LENGKAPKAN BORANG DENGAN KEMAS DAN JELAS). B. Syarikat yang memasuki sekolah untuk mempromosi pakej pelancongan dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada Jabatan terlebih dahulu. C. Sila sertakan kertas kerja yang disokong oleh unit Ko-Kurikulum jika lawatan bertujuan mengadakan perkhemahan. Bagi Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan, kertas kerja berkenaan hendaklah mendapat sokongan daripada Unit Kurikulum. D. Bagi pelancongan ke luar negara, kebenaran untuk keluar negara bagi guru-guru dan murid perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum lawatan. 1. Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan TamanSegar No. Pigeon Hole/ Warna Zon : Merah 2. Nama Pengetua/ Guru Besar : Pn. Hjh Saminyah Bt. Hj Kamar 3. Nama Ketua Rombongan : Pn. Norhayati Bt.Maliki 710424-01-5334 4. Nama Pegawai/ Guru Pembantu/ 1. Pn. Khairulbariah Bt. Isa 811107-06-5306 No. Kad Pengenalan / Pasport : 2. Pn. Fauziah Bt. Mohamad 820428-10-5916 3. Pn. Norazila Bt. Ahmad Wazir 701211-08-5334 4. Pn. Amiza Bt. Wazir 800708-03-5774 5. Jenis kenderaan : Bas Sekolah / Bas Pelancongan / dll. (potong yang tidak berkenaan). No. Pendaftaran 1: WSP 1784 6. Tempat-tempat yang dilawati : Nama Tempat Kompleks Sukan Desa Tasik Kompleks Sukan Desa Tasik Kompleks Sukan Desa Tasik Kompleks Sukan Desa Tasik 7. 8. Tarikh Dari 10/05/2011 28/06/2011 12/07/2011 26/07/2011 Hingga Nama dan Alamat Penuh Tempat Bermalam Tiada Tiada Tiada Tiada

Sila sertakan jadual lawatan. Punca Pendapatan Wang : Bilangan Murid 25 orang X RM 50 PCG ( Dokumentasi) Punca lain Jumlah keseluruhan

= RM 1250.00 = RM 50.00 = RM 30.00 = RM 1330.00

HBSE1103 800613065567001

Sila sertakan butir perbelanjaan yang terperinci seperti tambang, penginapan, makanan, harga tiket dll. 9. Nama pegawai/ Guru yang diberi kuasa mengutip dan membelanjakan wang. Nama Pn. Amiza Bt. Mohd. Nazir Jawatan Bendahari No. K. Pengenalan/ Pasport 800708-03-5774 Alamat Kediaman No.39,Jln Mutiara 9,Tmn Seri Nilam, 43100, Hulu Langat,Selangor.

___________________________ Tandatangan Pengetua/ Guru Besar Nama :

Cop Rasmi Sekolah

HBSE1103 800613065567001

Rujukan Tuan : Rujukan Kami : JPWP-12-17 /SK/SMK/SJK Bil. ( Tarikh : 5 )

BORANG PS 2

Kepada, Pengetua/ Guru Besar, ___Sekolah Kebangsaan Taman Segar___ Tuan, Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 Kebenaran adalah diberi kepada ____8_ _ orang guru/ kakitangan dan ___ 25 ___ orang murid dari sekolah tuan terapi renang di Kompleks Sukan Desa Tasik pada : 10 Mei 2011, 28 Jun 2011, 12 Julai 2011 dan 26 Julai 2011. 2. Rombongan dibenarkan melancong ke tempat-tempat dan pada tarikh/ tempoh yang disebutkan dalam jadual yang dikembarkan ini sahaja. Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, b.p. Pendaftar Sekolah & Guru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Salinan: 1. Pendaftar Sekolah Perlis Kedah PulauPinang Perak Selangor Pahang Terengganu 2.Ketua Polis Negeri Perlis Kedah PulauPinang Perak Selangor Pahang Terengganu

Kelantan N.Sembilan Melaka Johor Sabah Sarawak

Kelantan N.Sembilan Melaka Johor Sabah Sarawak

3. Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan , Wilayah Persekutuan

HBSE1103 800613065567001

Peraturan-peraturan yang tercatat di belakang surat kebenaran ini hendaklah difahami dan dipatuhi. SURAT KEBENARAN INI HENDAKLAH DIBAWA OLEH KETUA ROMBONGAN. NEGERI PS1 PS2 PS3 KUALA LUMPUR 4 4 3 SELANGOR 6 6 3 PERAK 8 8 3 PAHANG 8 8 3 NEGERI SEMBILAN 8 8 3 SABAH 8 8 3 SARAWAK 8 8 3 MELAKA 10 10 3 TERENGGANU 10 10 3 PULAU PINANG 10 10 3 KEDAH 12 12 3 KELANTAN 12 12 3 JOHOR 12 12 3 PERLIS 14 14 3

LAMPIRAN 1

PELANCONGAN MURID SEKOLAH

Sila Ambil Perhatian :

HBSE1103 800613065567001

1. Bagi Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan, sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil : 12/2000. 2. Urusan penghantaran Borang PS1, PS2 dan PS3 kepada pihak-pihak yang berkenaan adalah tanggungjawab pihak sekolah yang memohon. 3. Pengagihan Borang PS1 dan PS2 adalah seperti berikut: Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, KL Jabatan Pendidikan Negeri yang dilalui dan dilawati Ketua Polis Negeri yang dilalui dan dilawati Simpanan Sekolah - 1 set - 1 set - 1 set - 1 set

4. Sila isi 3 salinan Borang PS3 untuk setiap bas yang digunakan. Borang PS3 adalah dikecualikan sekiranya menggunakan Bas Pelancongan. 5. Pihak sekolah digalakkan berhubung dengan Kementerian Pelancongan Malaysia untuk menganjurkan program lawatan sekolah bagi mendapatkan beberapa tawaran istimewa yang disediakan dari semasa ke semasa di alamat berikut: Malaysia Tourism Promotion Board Tingkat 25, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Sultan Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

BORANG PS 3 Rujukan Tuan : Rujukan Kami : JPWP-12-17 /SK/SMK/SJK Bil. ( 3 ) Tarikh : 5 JAN 2012 Kepada, Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur. ( u.p. : Bahagian Perdagangan Unit Bas ) Tuan, Pelancongan Murid Sekolah

HBSE1103 800613065567001

Adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan dimaklumkan bahawa Pengetua / Guru Besar ___________________Sekolah Kebangsaan Taman Segar________________________ dibenarkan untuk membawa satu rombongan murid/ guru sekolahnya ke _________Kompleks Sukan Desa Tasik____________________________________________________________ pada : _10 Mei 2011, 28 Jun 2011, 12 Julai 2011 dan 26 Julai 2011. Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

b.p. Pendaftar Sekolah & Guru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Rujukan kami : SKTS/01/06/002(2012/02) Tarikh : 9 Januari 2012 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Tingkat 14-15, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur (U/P: En.Nazari B Abu Samah) Tuan, PERMOHONAN MENGGUNAKAN KOLAM RENANG DI KOMPLEKS SUKAN DESA TASIK Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk, 2. Sukacitanya dimaklumkan Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Taman Segar telah merancang mengadakan aktiviti Terapi Renang di kolam renang Kompleks Sukan Desa Tasik. Permohonan penggunaan kolam renang adalah seperti maklumat di bawah:

HBSE1103 800613065567001

TARIKH 28 Februari 2012(Selasa) 22 Mac 2012(Khamis) 17 April 2012(Selasa) 10 Mei 2012(Khamis)

MASA 9.30 pagi hingga 11.30 pagi

BILANGAN MURID 25 orang

3. Untuk makluman pihak Tuan juga, murid-murid yang mengikuti terapi renang ini adalah murid yang berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik Tuan pengecualian pembayaran sewa kolam renang sepanjang terapi dijalankan sebagai meringankan beban kepada murid-murid istimewa ini. 4. Sebarang pertanyaan berhubung permohonan ini, pihak Tuan boleh berhubung di talian: i. Program Pendidikan Khas Intergrasi 03-91325803 ii. En Abdul Rauf B Ismail 012-2321009 Yang Menjalankan Tugas . (PN.NORHAYATI BT MALIKI) GPK PPKI ( SK Taman Segar)

RUJUKAN 1. K.A. Razhiyah ( 2008 ). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 2. Lee Shok Mee ( 1997 ). Psikologi Pendidikan 2: Teori dan Aplikasi Psikologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

HBSE1103 800613065567001

You might also like