You are on page 1of 10

PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

(SMIDEC)
Small and Medium Industries Development Corporation Malaysia

A. SMIDEC adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI) yang terlibat secara langsung dalam menggalakkan pembangunan Enterpris Kecil dan Sederhana
(EKS) Program pembangunan yang ditawarkan oleh SMIDEC termasuklah meningkatkan keupayaan
EKS melalui khidmat nasihat, latihan serta bantuan kewangan. Permohonan adalah dipelawa daripada
warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI, Gred E54 (Kontrak)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional


Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi
Gaji ditawarkan pada : P1T1 RM 5,164.86 - P1T8 RM 6,720.54
P2T1 RM 5,621.27 - P2T8 RM 7,335.57
Imbuhan Tetap Keraian (ITK) : RM 800.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM 900.00
Elaun Sara Hidup (COLA) : RM 300.00
Kekosongan : (i) Bahagian Komunikasi Korporat
(ii) Bahagian Perancangan Strategik

Syarat-syarat:

a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang
baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English)

d) Mempunyai pengalaman berkaitan tidak kurang 20 tahun.

Tugas Utama:

1) Bahagian Komunikasi Korporat :


Merangka dasar dan strategi aktiviti – aktiviti promosi melalui semua bentuk media, perhubungan awam, serta
penganjuran pameran dan lawatan dalam dan luar negara.

2) Bahagian Perancangan Strategik :


Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar – dasar serta mengkaji semua bentuk program – program
pembangunan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) yang dijalankan oleh SMIDEC, Kementerian/Agensi
Kerajaan dan sektor swasta, sama ada di dalam atau luar negara.

2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI, Gred E48 (Kontrak)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional


Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi
Gaji ditawarkan pada : P1T1 RM 4,352.22 - P1T8 RM 5,774.34
P2T1 RM 4,783.59 - P2T8 RM 6,322.61
Imbuhan Tetap Keraian (ITK) : RM 550.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM 700.00
Elaun Sara Hidup (COLA) : RM 300.00
Kekosongan : Unit Penerbitan, Bahagian Komunikasi Korporat

Syarat-syarat:

a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian atau Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang
baik dalam Bahasa Inggeris. (high proficiency level in English)

d) Mempunyai pengalaman berkaitan tidak kurang 10 tahun.

Tugas Utama:
Merancang, mereka, menerbit dan menyelaras kerja – kerja percetakan termasuk menyediakan input dalam
penulisan bahan – bahan promosi, laporan dan yang berkaitan dengan bahan penerbitan SMIDEC.
3. JURUTERA, Gred J48 (Kontrak)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional


Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
Gaji ditawarkan pada : P1T1 RM 4,428.75 - P1T8 RM 5,880.06
P2T1 RM 4,868.46 - P2T8 RM 6,436.67
Imbuhan Tetap Keraian (ITK) : RM 550.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM 700.00
Elaun Sara Hidup (COLA) : RM 300.00
Kekosongan : Unit Pembangunan Teknologi dan Innovasi,
Bahagian Pembangunan Enterpris dan Keusahawanan

Syarat-syarat:

a) Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang
baik dalam Bahasa Inggeris. (high proficiency level in English)

d) Mempunyai pengalaman berkaitan tidak kurang 10 tahun.

Tugas Utama:

Merangka, dan melaksanakan program berkaitan dengan teknologi dan inovasi untuk mengenalpasti,
memperkenalkan dan memperkembangkan teknologi termaju termasuk ICT melalui kerjasama dengan institusi
penyelidikan, universiti dan pihak swasta termasuk program menggalakkan aktiviti penyelidkan dan R&D dikalangan
pengusaha EKS.

4. AKAUNTAN, Gred W44 (Kontrak)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional


Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
Gaji ditawarkan pada : P1T1 RM 3,019.16 - P1T14 RM 4,990.87
P2T1 RM 3,339.21 - P2T14 RM 5,455.74
Imbuhan Tetap Keraian (ITK) : RM 400.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM 210.00
Elaun Sara Hidup (COLA) : RM 300.00
Kekosongan : Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan

Syarat-syarat:

a) Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c) Mempunyai pengalaman berkaitan tidak kurang 5 tahun.

Tugas Utama:

Bertangungjawab dalam merancang kerja – kerja perakaunan bagi peruntukan mengurus dan peruntukan
pembangunan SMIDEC meliputi penyeliaan dan pengawasan perakaunan SMIDEC.

5. JURUAUDIT, Gred W44 (Kontrak)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional


Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
Gaji ditawarkan pada : P1T1 RM 3,019.16 - P1T14 RM 4,990.87
P2T1 RM 3,339.21 - P2T14 RM 5,455.74
Imbuhan Tetap Keraian (ITK) : RM 400.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM 210.00
Elaun Sara Hidup (COLA) : RM 300.00
Kekosongan : Unit Audit Dalam, Pejabat Ketua Eksekutif
Syarat-syarat:

a) Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c) Mempunyai pengalaman berkaitan tidak kurang 5 tahun.

Tugas Utama:

Mengetuai Unit Audit Dalam SMIDEC termasuk menyediakan rancangan audit tahunan dan menjalankan semua
aktiviti dan laporan audit pengurusan kewangan/pematuhan di ibupejabat, pejabat wilayah dan pejabat negeri
SMIDEC.

6. PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT, Gred F44 (Kontrak)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional


Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
Gaji ditawarkan pada : P1T1 RM 3,020.56 - P1T14 RM 5,010.47
P2T1 RM 3,344.78 - P2T14 RM 5,497.45
Imbuhan Tetap Keraian (ITK) : RM 400.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM 210.00
Elaun Sara Hidup (COLA) : RM 300.00
Kekosongan : Unit Pengurusan Rangkaian dan Keselamatan,
Bahagian Teknologi Maklumat

Syarat-syarat:

a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-
institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Analisa Sistem (INTAN) atau Diploma
Sains Maklumat daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau

c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

d) Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

e) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
dan

f) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

g) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan sistem pangkalan
data (DBA) dan sistem pengoperasian UNIX/Linux.

h) Mempunyai pengalaman berkaitan tidak kurang 5 tahun.

Tugas Utama:

Bertanggungjawab untuk mengendalikan sistem pangkalan data (DBA) dan sistem pengoperasian UNIX/Linux.

7. PEGAWAI EHWAL EKONOMI, Gred E41 (Kontrak)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional


Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi
Gaji ditawarkan pada : P1T1 RM 1,693.06 - P1T27 RM 4,643.06
P2T1 RM 1,787.68 - P2T27 RM 4,921.33
P3T1 RM 1,886.48 - P3T27 RM 5,223.40
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM 300.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM 210.00
Elaun Sara Hidup (COLA) : RM 300.00
Syarat-syarat:

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institutsi-institutsi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institutsi-institutsi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau

c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

d) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

e) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau

f) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.

g) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; dan

h) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

i) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang
baik dalam Bahasa Inggeris.

Tugas Utama:

Mengurus, melaksanakan dan menyelaras program – program yang telah dirancang oleh SMIDEC termasuk
program – program yang mempunyai kaitan dengan pembangunan dan pemantauan EKS.

8. PENOLONG AKAUNTAN , Gred W32 (Kontrak)

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan


Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
Gaji ditawarkan pada : P1T1 RM 2,416.06 - P1T13 RM 3,595.78
P2T1 RM 2,626.30 - P2T13 RM 3,914.98
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM 160.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM 180.00
Elaun Sara Hidup (COLA) : RM 300.00
Kekosongan : Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan

Syarat-syarat:

a) Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau

b) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang
diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d) Mempunyai pengalaman berkaitan tidak kurang 5 tahun.

Tugas Utama:

Menyediakan laporan simpanan tetap dan laporan prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta
membantu Akauntan dalam penyediaan anggaran belanjawan dan urusan kewangan dan akaun SMIDEC.

9. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI, Gred E27 (Kontrak)

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan


Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi
Gaji ditawarkan pada : P1T1 RM 1,204.55 - P1T26 RM 3,027.10
P2T1 RM 1,274.13 - P2T26 RM 3,213.25
P3T1 RM 1,346.73 - P3T26 RM 3,405.26
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM 160.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM 180.00
Elaun Sara Hidup (COLA) : RM 300.00
Syarat-syarat:

a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

b) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerjaan daripada institut-institut pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

c) Diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tugas Utama:

Membantu melaksanakan dan menyelaras program – program operasi dan pembangunan yang telah dirancang oleh
SMIDEC termasuk program – program yang mempunyai kaitan dengan pembangunan dan pemantauan EKS.

B PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan ini adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan
yang berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke
semasa.

C. KEMUDAHAN DAN ELAUN

Calon yang dilantik adalah layak menerima berbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuatkuasa
di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

D. UMUR

• Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
• Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh
lantikan.

E. CARA MEMOHON

• Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SMIDEC yang boleh didapati daripada Ibu
Pejabat SMIDEC seperti alamat di bawah, atau boleh dimuat turun dari halaman web SMIDEC di
www.smidec.gov.my.
• Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah/Diploma (beserta transkrip keputusan
peperiksaan akhir) dan lain-lain sijil berkaitan serta kad pengenalan yang telah disahkan.
• Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua
Jabatan dengan mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2006.
• Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai kepada :-

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (SMIDEC)
Aras 15, West Wing, Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Sumber Manusia)

• Tarikh tutup permohonan : 10 November 2007

G. CATATAN AM

• Sebarang permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dilayan dan dianggap tidak berjaya.
• Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
• Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan
ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan
dikeluarkan oleh pihak SMIDEC.
• Pemohon yang mempunyai kelayakan ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan surat pengiktirafan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA).
BORANG SMIDEC/SM/1/98 (Pin. 1/2002)

GAMBAR
PERMOHONAN JAWATAN

Permohonan Bagi Jawatan:

1. MAKLUMAT-MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh (Huruf Besar) : ……………………………………………………………………………………………...

Nama-nama Lain (Jika ada) : ……………………………………………………………………………………………..

Alamat Surat Menyurat : ………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………… No. Telefon : ……………………………..

Umur : ………………………. Tarikh Lahir : …………………………….. Tempat Lahir : ……………………………

No. Kad Pengenalan : …………………………… Warna : ……………… Tempat Dikeluarkan : ……………………..

Kewarganegaraan : ……………………………… No. Sijil Kewarganegaraan : ………………………………………...

Tinggi : ………………………………………….. Berat : ………………………………………………………………..

Taraf Perkahwinan : …………………………….. Nama Suami/Isteri : …………………………………………………

Bil. Anak : ………………………………………. Jantina : ……………………………………………………………...

Keturunan : ……………………………………… Agama : ……………………………………………………………..

Nama Bapa*/Penjaga* : ……………………………………………… Pekerjaan : ……………………………………...

Alamat Bapa*/ Penjaga* : ………………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………………..
2. PENGAJIAN (Sila Lampirkan Salinan Sijil-sijil)

( A ) Maklumat-maklumat Mengenai Sekolah Yang Dihadiri

SIJIL SEKOLAH RENDAH SRP/LCE SPM/MCE/SPVM STP/HSC

TAHUN

PANGKAT

NAMA SEKOLAH

MATA GRED MATA GRED MATA GRED MATA GRED


PELAJARAN PELAJARAN PELAJARAN PELAJARAN
KETERANGAN MENGENAI
MATAPELAJARAN YANG
DIAMBIL

( B ) Maklumat-maklumat Mengenai Kolej/Universiti Yang Dihadiri

DIPLOMA/IJAZAH DIPLOMA DAN BIDANG IJAZAH DAN BIDANG LAIN-LAIN


KELULUSAN

TAHUN

KELAS

NAMA
KOLEJ/UNIVERSITI
MATAPELAJARAN YANG DIAMBIL

MATA PELAJARAN GRED MATA PELAJARAN GRED MATA PELAJARAN GRED


KETERANGAN MENGENAI

ANJURAN BIASISWA/DERMASISWA :
…………………………………………………………………………………
( C ) Kegiatan Luar Semasa Di Sekolah/Kolej/Universiti

KEGIATAN LUAR SEKOLAH KOLEJ/UNIVERSITI

3. PENGALAMAN

Sebutkan Butir-butir Jawatan Atau Pekerjaan Dahulu dan Sekarang

Jawatan Ringkasan Tugas-Tugas Nama & Alamat Majikan Gaji Pokok Sebulan Tarikh
Dari Hingga

4. REKOD LATIHAN/KURSUS

Sebutkan Butir-butir Latihan/Kursus Yang Diikuti

Nama Kursus Dari Hingga Anjuran Tempat Keputusan

5. MENAIP/TRENGKAS/MEMANDU

Kebolehan Menaip Kebolehan Trengkas Lesen memandu

Bertulis Bercetak Kelas Traikh Tarikh


Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Diperolehi Tamat
Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia
…………………. P.s.m. …………………. P.s.m.

Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris


…………………. P.s.m. …………………. P.s.m.
…………. P.s.m. …………… P.s.m. ………... ………… ………...
6. PENGAKUAN

Saya Mengaku Bahawa

1. Saya tidak ada halangan sekiranya pihak Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) berhubung
dengan Majikan saya sekarang atau yang terdahulu untuk mendapatkan maklumat-maklumat lanjut mengenai diri saya.

2. Bahawa maklumat-maklumat dan keterangan yang telah saya berikan dalam borang ini adalah betul dan benar sepanjang
pengetahuan saya. Sekiranya saya ditawarkan jawatan dan kemudiannya Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana (SMIDEC) mendapati keterangan yang telah saya berikan adalah palsu, maka SMIDEC berhak menamatkan
perkhidmatan saya.

Tandatangan Pemohon : ……………………………………………………………………………………

Nama Pemohon : ……………………………………………………………………………………

Tarikh : ……………………………………………………………………………………

SMIDEC
PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
SMALL AND MEDIUM INDUSTRIES DEVELOPMENT CORPORATION

Aras 15, West Wing,


Menara MATRADE,
Jalan Khidmat Usaha,
Off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur.

Tarikh : ………………………………

Permohonan tuan/puan bertarikh ………………… bagi jawatan ……………………………………………..


telah diterima serta mendapat perhatian. Terima kasih di atas minat tuan/puan untuk berkhidmat dengan
SMIDEC. Tuan/Puan akan dihubungi sekiranya berjaya dipilih untuk temuduga. Sekiranya tuan/puan tidak
menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup iklan, sila anggap permohonan
tuan/puan sebagai tidak berjaya.
Saya yang menurut perintah,

………………………………..
Ketua Eksekutif
SMIDEC
*Sila isikan tarikh dan jawatan dipohon
SMIDEC/SM 1/98(Pin. 1/2002)

PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA


SMALL AND MEDIUM INDUSTRIES DEVELOPMENT CORPORATION (SMIDEC)

PANDUAN
GUNAKAN SATU SALINAN BORANG SAHAJA WALAUPUN JAWATAN YANG
DIPOHON LEBIH DARI SATU.

SEMUA MAKLUMAT DI DALAM BORANG INI HENDAKLAH DITULIS DENGAN


HURUF BESAR BERCERAI

BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN, PERMOHONAN HENDAKLAH


DIKEMUKAKAN MELALUI KETUA JABATAN (LAPORAN SULIT DAN PENYATA
PERKHIDMATAN YANG KEMASKINI BOLEH DIBAWA SEMASA TEMUDUGA)

GUNAKAN KERTAS TAMBAHAN JIKA RUANGAN DI DALAM BORANG INI TIDAK


MENCUKUPI

TULISKAN TIADA PADA RUANG YANG TIDAK BERKENAAN

PERINGATAN
CALON-CALON YANG TIDAK MENGISI MAKLUMAT DENGAN TERANG DAN
LENGKAP, PERMOHONAN MEREKA MUNGKIN DITOLAK

SEKIRANYA ANDA TIDAK MENERIMA SEBARANG JAWAPAN DALAM TEMPOH


3 BULAN SELEPAS TARIKH TUTUP IKLAN, SILA ANGGAP PERMOHONAN
ANDA SEBAGAI TIDAK BERJAYA.

SEKIRANYA TERDAPAT MAKLUMAT PALSU/TIDAK TEPAT, MAKA


PERMOHONAN INI DIANGGAP TERBATAL DAN SEKIRANYA TELAH DILANTIK,
TUAN/PUAN BOLEH DIBUANG KERJA

BORANG-BORANG PERMOHONAN YANG TELAH DIPENUHI HENDAKLAH


DIKEMBALIKAN KEPADA:-

Aras 15, West Wing,


Menara MATRADE,
Jalan Khidmat Usaha,
Off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur.

SILA NYATAKAN JAWATAN YANG DIPOHON DI BAHAGIAN ATAS SEBELAH


KIRI SAMPUL KIRI

You might also like