INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA) 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN

TEL: +609 695 7012 FAX : + 609 695 7429 http://www.ipgmksm.edu. my

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj. Kami : IPG KSM.TR(HP)0030/Jld.7( Tarikh : 25 September 2012 )

Pegawai Renjer Hutan, Daerah Besut, Terengganu. Tuan, PROGRAM GOTONG-ROYONG BINA INSAN GURU BAGI PELAJAR PENGAJIAN MATEMATIK PISMP SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2012. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Matematik akan mengadakan Program Gotong-royong bagi memenuhi keperluan Bina Insan Guru seperti butiran berikut: Tarikh : 02 Oktober 2012 (Selasa) Tempat : Lata Belatan Bil. Peserta : 21 orang guru pelatih dan seorang pensyarah pembimbing 3. Bersama-sama dengan surat ini dilampirkan tentatif program sebagai rujukan untuk pihak tuan. Kerjasama yang pihak tuan berikan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,

(KAMARUDIN BIN HASHIM) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu
s.k. 1. Ketua Unit Kokurikulum 2. Penyelaras BIG 3. Fail HEP 4. Fail Timbul

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful