Professional Documents
Culture Documents
Hak Asasi Manusia
Hak Asasi Manusia
Senarai kandungan
[lipat]
1 Hak yang termaktub dalam UDHR 2 Latar belakang 3 Hak kemanusiaan dalam undang-undang antarabangsa 4 Pautan luar 5 Rujukan
Perkara 5 - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan; Perkara 9 - Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya. Perkara 13 - Kebebasan untuk bergerak; Perkara 20 - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan
Perkara 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
Perkara 16 - Hak untuk kehidupan berkeluarga; Perkara 23 - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah; Perkara 25 - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan; Perkara 26 - Hak untuk pelajaran; dan Perkara 27 - Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.
Pada tahun 1948,resolusi Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat[1] telah diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan tidak mengenakan kuatkuasa undang-undang, ia mendesak negara anggotanya supaya menegakkan sejumlah hak kemanusiaan, termasuklah hak sivil, hak ekonomi dan hak sosial. Resolusi ini juga menekankan bahawa hak berkenaan merupakan teras untuk mewujudkan "kebebasan,keadilan dan keamanan di Dunia". Perisytiharan ini menyarankan supaya kelakuan kerajaan terhadap rakyat seharusnya disempadankan bersamping tanggugjawab kerajaan terhadap rakyat diperjelaskan. Usaha untuk mewujudkan kuatkuasa undang-undang berkaitan dengan piagam ini,telah menimbulkan pendebatan antarabangsa mengenai apakah hak kemanusian yang harus diabsahkan. Tetapi pada akhirnya, 2 perjanjian antarabangsa telah diadakan. Yakni:
International Covenant on Civil and Political Rights (terbuka untuk ditandatagani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 23 Mac 23, 1976)[2] International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (terbuka untuk ditandatangani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 3 Januari, 1976)[3]
Bagi negara yang telah menandatangai perjanjian ini, mereka mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan hak kemanusian yang disenarikan dalam perjanjian yang berkenaan.
[sunting] Rujukan
1. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat - Universal Declaration of Human Right 2. International Covenant on Civil and Political Rights (terbuka untuk ditandatagani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 23 Mac 23, 1976) 3. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (terbuka untuk ditandatangani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 3 Januari, 1976)