You are on page 1of 5

# 2 - Cara menanam cili (part 1- bahan-bahan)

Assalamualaikum, Hari ini kita akan mempelajari cara-cara menanam cili, pada bahagian pertama ini saya akan menerangkan tentang bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menjayakan penanaman cili ini. Bahan-bahan 1. Benih Cili terdapat banyak jenis2 cili yang terdapat di pasaran, tak kiralah sama ada di pasaraya, kedai benih mahupun di jaringan internet...... diantara jenis cili yang yang terdapat dikedai benih ialah: - F1 568 -hybrid 469 -hybrid 469s -kulai King -hybrid 477 -F1 151 -cili bangi -big Ipoh 833 dalam sesi ini saya akan menggunakan jenis F1 568 sebagai bahan pengajaran kita kerana jenis ini lebih mudah dijaga dan sesuai bagi yang baru berjinak-jinak dengan pertanian cili. 2. Bekas semaian (tray) terdapat 2 tray yang selalu dijual dipasaran, iaitu :3.Media semaian 4. Polibeg 5. Media tanaman 6. Pam air pemilihan pam air bergantung kepada berapa banyak pokok yang akan ditanam. sekiranya pam yang digunakan tidak sesuai, ia boleh menyebabkan paip yang diapasang akan tercabut atau air yang dipam tidak sampai ke pokok, atau air yang sampai ke pokok tidak mencukupi. pada sesi ini kita akan gunakan paip aquarium kerana kita akan tanam cuma 20 pokok sebagai permulaan 7.paip 16mm paip ini boleh dibeli di kedai hardware yang berdekatan. biasanya ia djual dgn harga 60

sen /meter.

8.dripper 9.nipple 10.microtube 11.Tong air oleh kerana hanya sedikit sahaja pokok yang akan ditanam, maka kita akan menggunakan tong sampah hitam sebagai tong air. tong sampah mestilah yang baru, jangan guna yang terpakai. 12.plastik penutup bumi/silvershine (optional) yang ni kalau tiada pun tidak mengapa 13.Tapak tanaman yang ini merupakan bahagian yang paling penting sekali dalam penanam cili mahupun apa-apa tanaman sekali pun.

3 - Cara menanam cili (part 2 - penyemaian biji benih)


Assalamualaikum, Bertemu kembali kita pada hari ini untuk mempelajari bahagian kedua dalam cara menanam cili. Mula-mula sekali kita memerlukan 4 bahan asas untuk kerja-kerja penyemaian, bahan tersebut ialah :1. Biji benih (saya memilih Benih F1 568) 2. Tray semaian 3. Media semaian 4. Penyiram (Bottle sprayer)

Cara menyemai, 1. Rendamkan biji benih kedalam bekas air, air yang digunakan mestilah air bertapis, atau lebih baik lagi gunakan air botol mineral. biji benih hendaklah direndam kan selama 8 jam atau semalaman bagi memudahkan proses percambahan biji benih. disini saya menekankan bahawa, kita tidak akan menggunakan sebarang racun untuk rawatan biji benih. ini kerana racun adalah sesuatu yang berbahaya walaupun ia dikatakan selamat untuk digunakan.

2. Sediakan tray semaian. tray yang ditunjukkan adalah tray semaian 82 lubang. untuk pengetahuan semua, anda juga boleh gunakan bekas kosong/kecil sekiranya ingin semai sedikit benih sahaja.

tray semaian 82 lubang

3. Isikan lubang tray dengan media semaian, isikan sehingga penuh atau 3/4 sahaja, untuk pengetahuan semua, media semaian ada di jual dikedai pertanian dan pasaraya besar di sekitar tempat tinggal anda. anda juga tidak perlu beli media semaian dalam pek besar, kerana di kedai pertanian telah menyediakan media semaian dalam beg kecil.

Medium semaian dalam pek kecil. harga sekitar RM4.00 hingga RM6.00

4. Tapis/tos kan biji benih yang telah direndam tadi. biarkan benih dalam keadaan kering(jangan terlalu kering), setelah kering, masukkan biji benih kedalam tray semaian, 1 biji bagi setiap lubang atau 2 biji satu lubang. elakkan meletak biji benih terlalu banyak didalam satu lubang. ini boleh menyebabkan pokok terencat/lambat membesar. bagi yang tidak menggunakan tray semaian, biji benih mestilah dijarakkan sejauh 5cm antara satu sama lain. setelah benih diletakkan, tabur sedikit media semaian keatas biji benih tadi. pastikan benih tidak berada dalam keadaan yang terlalu dalam.

5. Setelah selesai perkara tadi, semburkan air mineral/air tapis keatas tray semaian dengan menggunakan penyiram/bottle sprayer. tray semaian perlu disiram 2-3 kali sehari. pastikan tray sentiasa dalam keadaan lembab. 6. letakkan tray dibawah sinaran matahari, jangan letakkan tray dikawasan yang gelap. 7. benih akan bercambah dalam masa 3-7 hari. 8.Anak pokok sedia dipindahkan kedalam pasu atau polibeg selepas 25 hari.

Keadaan anak pokok yang sedia untuk dipindahkan ke dalam polibeg.

sekian, itu sahaja buat kali ini, berjumpa lagi dilain waktu.

Selamat Mencuba, Dan Semoga Berjaya

You might also like