You are on page 1of 6

Kesedaran Kendiri

Apakah kesedaran kendiri Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya. Ia juga bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya.

Kepentingan kesedaran kendiri Untuk mengetahui : Siapakah anda

Tabiat anda

Keperibadian anda

Anda mampu menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan orang dan persekitaran

Mengetahui kekuatan dan kelemahan dalaman bagi membuat satu strategi mencapai apa yang dicita-citakannya.

Kekurangan pengetahuan dalam kesedaran kendiri Jika anda kekurangan pengetahuan dalam kesedaran kendiri, anda tidak dapat :

Menjelaskan tindakan dan tingkah laku anda Mengenali tabiat anda Memahami peribadi anda Melakukan penyesuaian yang perlu apabila berhadapan dengan orang lain Memberi keprihatinannya kepada persekitaran

Masalah yang anda akan hadapi jika anda tidak mengambil berat mengenai kesedaran kendiri : Menjadi keliru dalam peranan anda sebagai seorang remaja Mempunyai konflik dalam sikap dan tingkah laku anda Menjadi kurang empati dan kurang penyayang Tidak berupaya untuk menampilkan diri anda sepenuhnya Membuat keputusan dan tindakan secara terburu - buru

Langkah langkah Mengetahui segalanya mengenai diri anda Mendapat pandangan ikhlas dari kawan-kawan anda Belajar daripada orang lain contoh ahli keluarga, jiran tetangga dan kawan - kawan Kaji dan fahami kehendak emosi anda

Tingkatkan kemahiran mendengar anda, empati dan penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain Berusaha untuk kemajuan dalam apa saja yang anda lakukan

Jikalau anda berjaya memiliki kompentensi kesedaran kendiri maka anda: Sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya Sedar kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan pertuturan Mempunyai kesedaran tentang matlamat hidup Berkeyakinan, berketerampilan Membuat satu strategi mencapai apa yang dicita-citakannya.

PENGURUSAN KAWALAN KENDIRI Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti : Kawalan kendiri Amanah ketekunan kebolehsuaian inovasi

KAWALAN KENDIRI Maksud : sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya: 1. mengurus perasaan dan emosi negatif dengan baik 2. tenang dan positif semasa tertekan 3. berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan AMANAH Maksud : Sesuatu individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya: 1. bertindak secara beretika mengikut peraturan 2. membina keyakinan melalui keboleh percayaan dan autentisiti

3. mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain 4. mengekalkan pandangan yang ada prinsip walaupun tidak popular KETEKUNAN Maksud : Sesutu individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri. . Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya: 1. mempunyai komitmen dan menunaikan janji 2. bersifat akauntable untuk memenuhi objektif 3. teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas KEBOLEHSUAIAN Maksud : Ini bererti sesuatu individu itu luwes (fleksibel) dalam menangani perubahan . Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya: 1. menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan pertukaran yang kerap 2. menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering berubah 3. luwes dalam presepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku INOVASI Maksud : Sesuatu individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru . Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya: 1. mencari idea baru daripada pelbagai sumber 2. memikirkan penyelesaikan kreatif terhadap masalah-masalah 3. menjana idea baru

4. mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran

You might also like