You are on page 1of 5

Latihan Kemahiran Tatabahasa (Peribahasa) Kelas : 4 Amanah Tarikh/Hari : 22 Julai 2011 / Jumaat 1.

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nayatakan peribahasa yag sesuai dengan ayat-ayat tersebut. i. Nurul amat kecewa lalu menangis sendirian setelah mengetahui dia gagal dalam temu duga.

ii. Sumaihah menceritakan keburukan keluarganya sendiri kepada rakannya tetapi akhirnya rakan itu menggunakan isu yang sama untuk memalukannya.

iii. Kerja mencuci cermin bangunan yang tinggi amat sukar, namun mereka dapat menyiapkannya kerana sudah selalu melakukan perkara tersebut.

iv. Semua orang memuji tingkah laku Munira yang lemah lembut seperti ibunya.

v.

Mesyuarat yang diadakan untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah syarikat tidak dapat jalan penyelesaiannya kerana semua ahli lembaga pengarah bertelagah sesama sendiri.

vi. Pelajar baharu itu berasal daripada kerabat diraja tetapi dia dapat bergaul dengan pelajar-pelajar dalam kalangan orang biasa.

2.

Berikan maksud peribahasa di bawah ini.

i. seperti abu di atas tunggul .......................................................................................................................................... ........................................................................................................................................ ii. tanam lalang, tak akan tumbuh padi .......................................................................................................................................... ........................................................................................................................................ iii. malas menggerit, perut perit .......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... iv. rumah sudah, pahat berbunyi .......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... v. naik seperti semut, turun seperti ribut .......................................................................................................................................... ..........................................................................................................................................

PROGRAM KECEMERLANGAN (Khusus untuk pelajar 5 Rajin dan 5 Adil) Tarikh/Hari : 25 Julai 2011 / Isnin Topik : Merumus Karangan

RUMUSAN KARANGAN: Petikan membincangkan manfaat makan coklat kepada kesihatan manusia. Antara faedah makan coklat adalah mengandungi beberapa zat makanan yang diperlukan oleh badan.Selain itu,pengambilan coklat boleh melegakan otot dan memberikan perasaan terlalu gembira kepada pemakannya serta mampu merehatkan minda pemakannya. Di samping itu, coklat dapat menimbulkan perasaan relaks kerana bahan teobrobima dapat memberikan rangsangan psikologi. Coklat juga boleh memanjangkan usia seseorang. Antara cara memajukan industri coklat adalah memberikan insentif kepada para petani untuk mempertingkatkan penanaman koko dan mempelbagaikan kegunaan coklat dalam industri makanan. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah mengambil manfaat daripada khasiat coklat agar industri coklat dapat menjana ekonomi negara.

SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA a) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya? Adakah Encik Amran hendak ke muzium Negara? Adakah Encik Amran hendak ke Putrajaya? (ii) Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan. Pendebat itu petah berhujah. Pendebat itu bijak mematahkan hujah lawan. (iii) Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja. Siswazah (itu) berpandangan jauh. Siswazah (itu) tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja. b) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ. (ii) Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat sahaja. (iii) Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Jawapan: i) ii) iii) Wakil Rakyat Mensyorkan e-mail menyampai anti-dadah dilancar Wakil rakyat mengesyorkan e-mel menyampaikan antidadah dilancarkan

c) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan kesalahan penggunaan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Sederetan rumah-rumah (sederetan rumah /rumah-rumah) telah musnah dalam kebakaran di tapak (di kawasan/di taman) perumahan tersebut. Anggota pasukan bomba telah bergegas ke tempat kejadian supaya (bagi/untuk) memadamkan api yang sedang mara (marak). Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami (dialami oleh pemilik-pemilik rumah) belum dapat ditafsirkan (ditaksirkan). d) Isikan tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai. Pilih jawapan yang sesuai daripada pilihan jawapan di bawah ini: i. Aur dengan tebing ii. Air dicincang tak akan putus iii.Kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya iv.Seperti abu di atas tunggul v. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat vi.Rumah sudah, pahat berbunyi Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan muridmurid di samping bekerjasama bagai aur dengan tebing. Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya. Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana bulat air kerana pembetung, buat manusia kerana muafakat.

You might also like