You are on page 1of 27

SQ3R TEATER PEMBACA

KWLH

BIMBINGAN

LINGKARAN

MENJANGKA
TATACERITA

SOALAN

Teknik Membaca SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961), merupakan sistem membaca yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian pengetahuan yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan mencari sesuatu yang perlu diselesaikan.

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca.

Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambargambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.

Question (soal atau


tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya.

Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalansoalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalansoalan yang telah disenaraikannya sebelum ini.

Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya.

Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga.

Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Teknik KWLH adalah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca perlu mengingat terlebih dahulu apa yang telah diketahui; membayangkan atau menentukan apa yang ingin diketahui; melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) untuk mengetahui apa yang diperlukan dari pembacaan yang baru saja dilakukan; kemudian menentukan lagi apa yang perlu diperoleh. Teknik membaca akan memudahkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang tersedia dengan apa yang telah dibaca kemudian menentukan apa yang telah diperoleh dari hasil membacanya, lalu menentukan lagi bahan yang perlu dibaca untuk mendapatkan pengetahuan tambahan

Lingkaran soalan
Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop skop tertentu.

i.
ii.

Perkara (P)- Segala soalan yang dikemukan ditumpukan kepada tajuk atau
teks bacaan secara langsung.. Individu (I) - . Individu merujuk kepada orang yang terlibat membaca teks atau orang yang soalan tersebut ditujukan, misalnya pelajar. Soalan tersebut perlulah dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatian, atau pandangan individu tersebut Luar individu (LI)-Merujuk kepada skop di luar individu (pelajar) seperti masyarakat, komuniti, manusia sejagat, kawasan, daerah, negeri dan mungkin juga luar negara sesuai dengan pengalaman yang ada pada pelajar tersebut. Soalan ini perlulah dirujuk kepada luar individu tetapi masih lagi berkisar di kalangan tema yang sedang dibincangkan

iii.

Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).


P - Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim. I - Pada pendapat anda, buah- buahan apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar - besaran ? LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap industri buah -

buahan di Malaysia ?

Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).


Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan soalan berfikir. 1 = Perkara. 2 = Individu. 3 = Luar individu. 4 = Perkara + individu. 5 = Individu + luar individu. 6 = Perkara + luar individu. 7 = Perkara + individu + luar individu.

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu). Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat dimajukan ?

Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu). Pada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya membeli durian dari Negara Thai (LI) ?

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu). Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buahbuahan dari luar negara (LI) ? Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar individu). Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah buahan negara bukan tropika (LI) . Adakah anda (I) bersetuju dengan pendapat ini ? Beri alasan anda.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU


TEATER PEMBACA TEATER BERCERITA

TEATER PEMBACA -Satu aktiviti drama yang melibatkan sekumpulan pelajar membaca sebuah cerita dengan intonasi yang betul disertai dengan penghayatan yang tinggi. - Aktiviti ini menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami. -Aktiviti mengutamakan penggunaan suara,sebutan,gerak badan dan mimik muka. -Pelakon tidak perlu menghafal dialog kerana persembahan sepenuhnya dengan membaca teks.

-Teater pembaca sesuai melatih ketrampilan berbahasa kerana melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja. -Teater pembaca tidak melibatkan set dan prop yang berat. -Guru hanya menyediakan prop mudah seperti memperkenalkan identiti watak dengan meletakkan tanda nama atau pakaian di kepala yang diperbuat daripada kertas atau bahan terbuang.

TEATER BERCERITA -Satu bentuk drama naratif bercorak cerita bercorak cerita yang disampaikan secara spontan untuk menghiburkan penonton. -Aktiviti ini dijalankan dengan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. -Pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita. -Pencerita akan menyampaikan cerita sementara pelakon akan beraksi mengikut watak cerita tersebut.

-Pelakon juga boleh membina dialog sendiri di mana sesuai bagi menjadikan cerita lebih menarik dan realistik. Tujuan -Menghiburkan pelajar sambil belajar -Melatih kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) , membaca(memahami) dan menulis. -Menambahkan perbendaharaan kata, pembentukan ayat, ungkapan, peribahasa dll.

-Memupuk sikap bekerjasama, bertolak-ansur dan membentuk disiplin pelajar.

Cara pelaksanaan
Sebelum -Guru menyediakan skrip cerita dan diberikan terlebih dahulu kepada pencerita(pelajar) untuk dibaca dan dihayati. -Ruang lakon ditentukan oleh guru.

-Guru mengatur kedudukan pelajar(pencerita,penonton,dan para pelakon) sebelum aktiviti dijalankan dalam bentuk separuh bulatan menghadapi ruang lakon. -Penyediaan prop, kostum mudah , alatan, dan muzik boleh dilakukan oleh guru untuk menjadikan persembahan lebih menarik. Semasa - Pencerita duduk di sebelah kiri penonton dan membaca cerita

Semasa cerita disampaikan , pencerita akan menyebut nama watak dalam cerita . -Pelajar akan beraksi mengikut cerita dan watak yang telah ditentukan dan duduk semula bila tidak terlibat lagi dalam cerita. -Aktiviti diteruskan sehingga cerita berakhir -Guru berperanan sebagai pembimbing dan membuat aktiviti susulan untuk membina kemahiran berbahasa yang sesuai dengan aktiviti.

DR-TA ( aktiviti membaca berfikir terarah ) - Diperkenalkan oleh Russel Stauffer ( 1969/75) - Teknik ini membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan. ( teks,simbol,imej,grafik ) - Setelah dibaca lalu idea diproses. - Pendekatan oleh guru utk membimbing pelajar : a) Menggerakkan pemikiran pelajar. Apakah pendapat anda tentang tajuk / teks yang di baca.?

- Mencabar idea pelajar . Mengapakah anda berpendapat begitu .? - Mengumpulkan bukti . Pelajar dikehendaki membuktikan hujah atau idea mereka berdasarkan pemahaman mereka. Tujuan teknik DR-TA : Memberi peluang kpd pelajar untuk membaca bahan bacaan secara kritis dan reflektif. Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca bahan bacaan/teks.

Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang dibaca. Pelajar dapat mengenalpasti, mengasimilasikan maklumat, dan memahami bahan bacaan /teks yg dibaca. Guru kaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca. Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar. Guru dan pelajar membuat rumusan , pertimbangan , penilaian dan membuat keputusan terhadap bahan yang dibaca.

You might also like