You are on page 1of 13

Tahun 2010 A

Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan tertentu.

Apakah ciri-ciri utama sesebuah masyarakat? A. B. C. D. Masyarakat mengalami perubahan Masyarakat menonjolkan identiti maisng-masing Masyarakat mempunyai tanda pengenalan kolektif Masyarakat mengamalkan budaya yang hampir seragam

Berlaku apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat kumpulan dominan.

2. Pilih jawapan yang paling tepat berdasarkan pernyataan di atas. A. B. C. D. 3. Asimilasi budaya Asimilasi struktur Asimilasi politik Asimilasi biologi

Masayarakt plural merujuk kepada A. B. C. Masyarakat peribumi sesebuah negara Masyarakat peribumi yang berpindah ke negara luar Masyarakat pendatang yang menetap di sesebuah negara yang didatangi mereka D. Masyarakat yang mengandungi dua atau lebih unsur atau peringkat sosial dan terdapat saingan

4.

Modenisasi atau pembangunan mengandungi dua aspek iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Apakah matlamat pembangunan ekonomi yang ingin dicapai oleh Malaysia? A. B. C. D. menjadi sebuah negara maju mewujudkan sebuah negara perindustrian menggalakkan perkembangan k- ekonomi meningkatkan perekonomian dan kemakmuran negara

5.

Sebagai seorang pemimpin, apakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam melaksanakan modenisasi. l. II. III. IV. Aspek demografi Aspek keagamaan Ketetapan perlembagaan Kualiti hak mIlik kekayaan

A. B. C. D.

I dan II I dan IV II dan III III dan IV

6. Semenanjung Malaysia Melayu Cina India Sabah Sarawak

Kadazandusun Bajau Murut

Kayak Iban Bidayuh

Rajah di atas merujik kepada pelbagai etnik di Malaysia. Berdasarkan kefahaman anda, apakah pendekatan yang mesti diamalkan oleh etnik di Malaysia dalam menjamin keamanan dan kestabilan pentadbiran negara.

A. B. C. D.

Mengutamakan sekolah kebangsaan Menwujudkan kerjasama kaum menerusi politik Meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi Meningkatkan penguasaan ekonomi menerusi DEB

7. Pilih penyataan yang menerangkan maksud Perlembagaan Persekutuan dengan paling tepat. A. Dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi yang berfungsi panduan dan rujukan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran Dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang Dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi negara yang tidak Dokumen yang mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi

sebagai negara B. C D.

digubal bagi setiap negeri di Malaysia boleh digubal semula atau dipinda oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

8. Semua yang berikut ialah prinsip utama Islam Hadhari kecuali A. B. C. D. kehidupan berkualiti penguasaan ilmu pengetahuan pembelaan hak kumpulan majority dan wanita. pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.

Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama menuntut pembinaan intergriti individu, masyarakat dan negara

9.

Penyataan di atas merujuk kepada pemupukan hubungan etnik di negara kita. Pada pendapat anda, apakah pemangkin yang dapat menzahirkan Kkharmonian antara etnik tersebut ? A B C D Penguatkuasaan undang - undang negara Pengagihan sumber ekonomi secara adil Perkongsian nilai - nilai murni sejagat Penglibatan dalam pentadbiran awam

Rusuhan kaum 1969 10.

MAGERAN 1969

X 2006

Rajah di atas berkaitan peranan kerajaan dalam usaha memantapkan perpaduan dan hubungan etnik rakyat Malaysia. Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan X ? A B C D Rumah Terbuka Kelab Rukun Negara Skim Rukun Tertangga Dasar Kebudayaan Kebangsaan

BAHAGIAN B 1a. Kerajaan telah melaksanakan Perancangan Pembangunan Lima Tahun sebagai salah satu usaha membangunkan ekonomi Malaysia. Terangkan secara ringkas TIGA kesan yang jelas dalam pembangunan ekonomi daripada Perancangan Pembangunan Lima Tahun.

1b.

Dalam masyarakat yang pelbagai kaum, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada is-isu ekonomi yang berkait rapat dengan konteks sosial. Senaraikan EMPAT isu ekonomi tersebut.

2a.

Terangkan secara ringkas TIGA kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara.

2b.

Terdapat unsur-unsur tradisi yang diwarisi dan diserapkan dalam perlembangaan Persekutuan yang tidak terdapat dalam perlembagaan negara lain. Senaraikan EMPAT unsur tradisi tersebut.

Pendidikan asas dijadikan sebagai instrumen utama untuk mencapai tujuan mengintregasi kaum-kaum di Malaysia. Walaubagaimanapun fungsi pendidikan ini nampaknya tidak tercapai sepenuhnya. Polarisasi kaum tetap wujud. Tan You Sua 2007

a. Huraikan pandangan di atas berdasarkan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha pemupukan hubungan etnik di Malaysia..

b. Huraikan usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia.

*soalan tahun 2012 minta daripada Hasmah Mohammad Pra Sem 3 2013. Tq.
Tahun bila x tau BAHAGIAN B (Jawapan ada disediakan) 1. a Apakah matlamat perubahan pembangunan ekonomi dan pembangunan politik dalam konteks modenisasi di Malaysia Pembangunan Ekonomi:

Pembangunan Politik:

b.

Ketidakcekapan kerajaan mengurus perusahaan-perusahaan, termasuk perusahaanperusahaan yang memiliki monopoli serta disokong oleh kerajaan, memang telah diketahui umum. Sebaliknya, sektor swasta pada amnya lebih bermotivasi dan lebih cekap. Dengan demikian, diharapkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh perusahaan-perusahaan yang diswastakan menjadi lebih ekonomik dan lebih baik: Natijahnya ialah pembangunan negara menjadi lebih pantas dan ini amat relevan dengan Dasar Penswastaan. Tun Dr Mahathir Mohammad: 63: 2007 Terangkan secara ringkas EMPAT tujuan dasar berkaitan dapat menambahaktifkan pembangunan ekonomi di kalangan etnik di Malaysia

2. a

Dalam konteks hubungan etnik, setiap orang yang telah diterima menjadi warganegara berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan menurut peruntukkan Perlembagaan Persekutuan Terangkan EMPAT peruntukkan tersebut menurut Perlembagaan Persekutuan

b.

Terdapat unsur-unsur tradisi yang diwarisi dan diserapkan dalam perlembangaan Persekutuan yang tidak terdapat dalam perlembagaan negara lain.

Senaraikan EMPAT unsur tradisi tersebut.

C 1. a. Bandingkan pembentukan masyarakt pluralistik di Alam Melayu sebelum dan selepas kedatangan penjajah.

b. Zaman Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai zaman keemasan dan kemuncak keagongan kerajaan Melayu. Peranan sultan dan pembesar yang berpandangan jauh (visionary) berjaya memfokuskan pedagang dari merata pelosok dunia dan sekaligus Melaka popular sebagai The Venice of The East ( Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ; 2007 )

Berdasarkan kenyataan di atas, nyatakan faktor-faktor yang membawa kepada kemunchak masyarakat pluraliti pada zaman tersebut

B 1. a. Apakah matlamat perubahan pembangunan ekonomi dan pembangunan politik dalam konteks modenisasi di Malaysia Matlamat Pembangunan Ekonomi: Mencapai kemajuan dan pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan masyarakat perindusterian Pembangunan teknologi pengetahuan/penerapan saintifik dan teknik moden Pembangunan pertanian sara diri kepada komersial Urbanisasi perpindahan penduduk di bandar dan gaya hidup Matlamat Pembangunan Politik:

Pembinaan negara bangsa yang mempunyai Wilayah/sempadan, kerajaan dan pelbagai etnik Mempunyai sistem politik masyarakat

c.

Terangkan secara ringkas EMPAT tujuan dasar berkaitan dapat menambahaktifkan pembangunan ekonomi di kalangan etnik di Malaysia - mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan - meningkatkan persaingan, memperbaiki kecekapan - menambah produktiviti - merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian - mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam - membantu pencapaian matlamat DEB - menggalakkan banyak syarikat swasta Bumiputera dalam perindusterian - kurang bergantung kepada kerajaan

2. a.

Dalam konteks hubungan etnik, setiap orang yang telah diterima menjadi warganegara berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan menurut peruntukkan Perlembagaan Persekutuan Terangkan EMPAT peruntukkan tersebut menurut Perlembagaan Persekutuan i.dapat hak dan layanan adil ii.berpeluang memegang jawatan penting dalam negara contoh PM, menteri, Ketua Hakim Negara serta pelbagai jawatan lain dalam perkhidmatan Awam iii.menjadi anggota dalam pasukan berpakaian seragam negara ch, Polis, tentera dll iv.bebas bergerak v.dapat segala faedah dan kebajikan ch.Kesihatan, pendidikan dll vi. perlindungan dari negara walau di mana berada

2 b.

Terdapat unsur-unsur tradisi yang diwarisi dalam perlembagaan negara lain.

Senaraikan EMPAT unsur tradisi tersebut.

1 2 3 4

Bahasa Melayu Hak istemewa orang melayu Agama Islam Kedudukan raja

a. Bandingkan pembentukan masyarakt pluralistik di Alam Melayu sebelum dan selepas kedatangan penjajah. Sebelum kedatangan penjajah, secara semula jadi datang berdagang secara sukarela demi mencari kehidupan dan kekayaan mengambil keputusan untuk terus menetap di Alam Melayu bersetuju ahli keluarga yang ikut sama persetujuan tanpa paksaan menjamin ketenangan fikiran dan perasaan berjaya mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu amalan dan adat resam yang dibawa masuk oleh mereka juga diterima pakai oleh penduduk tempatan.

Selepas kedatangan penjajah pembentukan masyarakat pluralistik adalah mengikut kepada dasar pentadbiran penjajah. Contohnya, penghijarahan masuk orang Cina dan India adalah digalak oleh British memajukan ekonomi untuk mereka tumpuan dan hasrat kedatangan dan penuhi keperluan ekonomi British asimilasi budaya dan cara hidup antara kumpulan etnik tidak berlaku.

b. faktor-faktor yang membawa kepada kemunchak masyarakat pluraliti pada zaman tersebut i.Pemerintahan - institusi kesultanan : Hindu dan Islam mengukuhkan kedudukan raja -pegawai istana: terdiri dari campuran Melayu tempatan dan bangsa asing -perkahwinan campur: sultan dengan anak pemerintah china ii. Perdagangan -pusat perdagangan dunia: China, India, Timur Tengah, kepulauan Melayu -Pelabuhan : Entrepot, cekap -Perdagangan pelbagai dan pesat: jaminan keselamatan dan undang-undang -sokongan pembesar/pemerintah : proaktif iii. Agama Islam -pusat sebaran Islam: tumpuan pendakwah -undang-undang berasaskan Islam (Hukum Kanun Melaka/Hukum Laut Melaka) Menjamin keselamatan pedagang dan masyarakat Melaka iv.kebudayaan -kota multi budaya: setiap budaya mempunyai tempat masing-masing -wujud asimilasi/berinteraksi aktif : Pedagang Arab, Cina, India dengan penduduk Tempatan -Wujud masyarakat baru: Cina + Melayu = baba nyonya Portugis + Melayu = Serani Arab + Melayu = Syed/Sharifah India + Melayu = Mamak -Wujud kota metropolitan -pengaruh peradaban Kota Melaka

*Latihan jawapan disediakan

1) Tuliskan maksud bagi Perlembagaan:

a. Definasi Perlembagaan

: ______________________________________

b. Konsep Perlembagaan

: ______________________________________

Jawapan : a. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan

pemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara. Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

b. Perlembagaan merupakan satu set perundangan yang mengatur perhubungan antara pemerintah dan rakyat, juga antara rakyat dengan rakyat yang bersifat majmuk seperti Malaysia.

2) Nyatakan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union:

1._________________________________________________________ 2._________________________________________________________ 3._________________________________________________________ 4._________________________________________________________ 5._________________________________________________________

Jawapan : a. Semua negeri Melayu, termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu kerajaan pusat. Singapura tidak masuk dalam Malayan Union dan Kekal sebagai tanah jajahan dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat Undangan yang berasingan. b. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang diberi kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja. c. Pesuruhjaya Residen menjadi ketua pentadbiran tertinggi di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Beliau juga menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal-ehwal tempatan dan berada di bawah kawalan kerajaan pusat. e. Majils Mesyuarat Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor berkuasa untuk meluluskan atau membatalkan sesuatu undangundang. Semua undang-undang yang diluluskan tidak memerlukan tandatangan Sultan atau Raja untuk dukuatkuasakan.

3) Kandungan penting dalam Memorandum Parti Perikatan adalah:

__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

Jawapan : a. kewujudan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri. b. kewujudan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi. c. Majlis Raja-raja yang sedia ada diteruskan. d. Pembentukan Parlimen yang mengamalkan Sistem Dua Dewan. e. Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa. f. Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. g. Takrif Melayu dalam perlembagaan.

Esei:

1) Konsep Ketinggian Perlembagaan ialah:

Jawapan : Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tungguk semua undang-undang. Sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Semua undang-undang yang diggubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika wujud percanggahan, undang-undang berkenaan dianggap terbatal setakat bahagian yang bercanggah tersebut.

Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertnggi amat penting bagi sebuah Negara yang mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain, terutama Kerajaan Negeri. Seiring dengan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, Parlimen memperoleh kuasanya daripada Perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boelh membuat undang-undang untuk perkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang dululuskan oleh Parlimen jika undang-undang tersebut berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna mahkamah juga tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara, baginda juga tertakluk kepada Perlembagaab Persekutuan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan. Oleh itu, tidak ada institusi di malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan.

You might also like