You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Ke-1 : Pertama : 15 Julai 19 Julai 2013

Tarikh/Peristiwa Kejadian Tajuk Jurnal

: Minggu Pertama Di SK Seri Sekamat

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi saya sebagai insan yang bakal bergelar guru. Hari pertama menjalani latihan praktikum fasa 2. Ini merupakan saat-saat yang dinantikan bagi mendidik saya menjadi seorang pendidik yang berguna. Segala persiapan awal telah dilaksanakan dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran yang mendatang. Setibanya saya di sekolah, saya bersama 5 orang rakan disambut oleh guruguru sekolah serta guru penolong kanan yang lain. Kami menghadiri perhimpunan pagi dan telah diperkenalkan kepada semua warga sekolah tentang kehadiran kami di sekolah ini. Pengerusi Majlis mengucapkan selamat datang kepada kami dan mengingatkan kepada murid-murid supaya memberi kerjasama yang sebaiknya kepada kami sepanjang kami menjalani latihan di sini. Seterusnya, saya telah diberi taklimat oleh guru besar SK Seri Sekamat berkenaan sejarah sekolah, latar belakang guru-guru, sesi pengenalan diri serta peraturan sekolah. Guru penolong kanan mengatur jadual kelas bagi saya dan rakan menjalankan sesi pengajaran di sekolah ini. Saya dan rakan seperjuangan saya iaitu Muhd Safuan akan dibimbing oleh Encik Jeffri bin Jusoh sepanjang 8 minggu menjalani latihan di sekolah ini. Selain itu juga, dengan kecekapan guru-guru di sekolah ini dalam membimbing kami, mereka telah berjaya menyerahkan jadual waktu kelas untuk sesi pengajaran yang bakal saya jalani. Saya telah diberi amanah untuk mengendalikan kelas tahun empat dan lima. Sesungguhnya saya berjanji akan melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya. Mengikut perancangan, setelah menerima jadual kelas daripada guru

penolong kanan, saya sepatutnya telah memulakan sesi pengajaran yang pertama

bersama murid sekolah ini. Walaubagaimanapun, saya telah membuat keputusan untuk mengadakan sesi pengenalan dengan murid kelas untuk mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang tahap keupayaan dan pencapaian murid kelas tersebut terutamanya dalam aspek perkembangan jasmani dan penguasaan pengetahuan mereka berkenaan pendidikan kesihatan. Alhamdulillah, tahap keupayaan mereka agak memuaskan dan ini memudahkan lagi tugas saya untuk menjalankan sesi pengajaran pada hari-hari berikutnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like