You are on page 1of 6

Berdasarkan pemerhatian saya, sebahagian besar kawasan Bukit Sentosa terdiri daripada

bentuk muka bumi tanah pamah dan sedikit bukit bukau. Bentuk muka bumi ini telah

mempengaruhi aktiviti dan pekerjaan penduduk. Selain itu, bentuk muka bumi Bukit Sentosa

berpotensi untuk dimajukan mengikut aktiviti penduduk. Perbandingannya pula, Pulau Jawa,

sebahagian besar kawasan Pulau Jawa terdiri daripada tanah tinggi dan gunung berapi. Hal

ini menyebabkan kawasan Pulau Jawa amat berbahaya jika berlakunya letusan gunung berapi.

Kejadian ini boleh menyebabkan kemusnahan dan merosakkan harta benda mahupun tanaman

yang menjadi kegiatan ekonomi utama negara tersebut. Saya amat bersyukur dan berbangga

akan tempat tinggal saya kerana bebas daripada sebarang bencana alam berbanding dengan

perbandingannya Pulau Jawa yang cukup berbahaya itu.


Kawasan Bukit Sentosa terdiri daripada kawasan tanah pamah. Hal ini menyebabkan

kawasan ini sesuai dan berpotensi dimajukan sebagai kawasan petempatan baru.

Mempunyai tanah pamah yang rata membolehkan kawasan ini terus dimajukan dengan

petempatan kerana kos pembinaan yang rendah. Hal ini membolehkan kawasan ini

dijadikan tarikan kepada penduduk untuk tinggal di sini. Selain itu, kawasan ini juga

berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan perindustrian. Hal ini boleh mewujudkan

peluang pekerjaan kepada penduduk di sini. Seterusnya, kawasan ini juga sesuai

dimajukan dalam sektor pengangkutan. Tanah pamah yang rata menyebabkan sistem

jaringan pengangkutan di sini amat baik sekali. Dengan itu, pengangkutan awam seperti

bas amat lancar beroperasi . Bagi perbandingan Pulau Jawa pula, kawasannya terdiri

daripada kawasan tanah tinggi. Hal ini membolehkan kawasan Pulau Jawa dimajukan

sebagai kawasan pertanian. Kawasan ini sesuai untuk penanaman padi. Disamping itu,

tanih lava bes gunung berapi yang subur membolehkan padi ditaman di lereng- lereng

gunung. Penanaman berteres di lereng gunung dapat membantu mengurangkan hakisan

tanih. Selain itu, kawasan Pulau Jawa juga berpotensi dimajukan sebagai pusat

perlancongan. Mempunyai keindahan alam membuatkan kawasan ini sesuai untuk

kegiatan tersebut. Saya berasa amat berbangga dan lebih menyayangi dengan tempat

tinggal saya kerana bebas daripada sebarang bencana alam berbanding dengan

perbandingan Pulau Jawa yang tempatnya penuh sekali dengan gunung berapi dan cukup

berbahaya.
Kawasan Bukit Sentosa mempunyai satu halangan bentuk muka bumi iaitu mudah banjir.

Hal ini kerana saliran dan peparitan di sini amat teruk. Hakisan tanih ke dalam sungai

menyebabkan sungai menjadi cetek. Hujan untuk beberapa hari boleh menyebabkan air mula

bertakung. Kekurangan kawasan tadahan juga menjadi kepada permasalan ini. Hal ini boleh

menyebabkan kegiatan manusia disini terhenti. Bagi perbandingannya pula, Pulau Jawa, sering

menghadapi halangan letusan gunung berapi. Hal ini boleh mengancam nyawa serta

merosakkan harta benda dan tanaman. Selain itu, Pulau Jawa kekurangan tanah pamah. Jadi,

penduduk di sana terpaksa membuat tanaman padi secara berteres. Saya amat bersyukur dan

cinta tempat tinggal saya kerana di sini tidak mengalami halangan yang teruk seperti Pulau

Jawa.
Terdapat banyak kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Di Bukit Sentosa,

antaranya adalah seperti kepupusan flora dan fauna. Hal ini kerana banyak kegiatan

pembalakkan diadakan untuk tujuan pembangunan. Kegiatan seperti ini boleh menyebabkan

berlakunya tanah runtuh. Selain itu, perkara ini juga boleh menyumbang kepada

pemendapan sungai. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air. Perkara ini

boleh membuatkan kehidupan akuatik pupus. Bagi kawasan perbandingan, Pulau Jawa,

perubahan landskap merupakan kesan daripada kegiatan manusia. Bukit- bukit di sana

diteres untuk kegiatan pertanian. Hal ini kerana kekurangan tanah pamah untuk kegiatan

tersebut. Hal ini juga boleh menyumbang kepada hakisan tanah. Disamping itu, kawasan

tadahan disana juga terjejas. Hal ini disebabkan semua gunung dan bukit telah diteres

untuk kegiatan pertanian. Dengan ini, menyebabkan saya rasa lebih sayang dan cinta

kepada alam sekitar. Hal ini adalah penting agar alam dapat dikekalkan selama- lamanya.
Terdapat banyak langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia

terhadap alam sekitar. Misalnya, di Bukit Sentosa, tanaman tutup bumi boleh dilakukan

untuk menghindari tanah runtuh. Hal ini amat penting untuk mengelakkan lebih banyak lagi

nyawa terancam dan mengurangkan pencemaran. Selain itu, pembinaan parit boleh

mengurangkan banjir. Langkah ini amat penting dan bagus untuk mengelakkan kerugian dan

kerosakkan yang terpaksa ditanggung daripada kesan banjir. Disamping itu, di Pulau Jawa,

haruslah dilakukan tanaman tutup bumi agar kawasan tadahan disana dapat dibaik pulih.

Selain itu, penanaman semula juga penting dilakukan sebagai langkah untuk membaiki

semula landskap disana. Kita seharusnya bersyukur dan berbangga dengan tempat

tinggal saya kerana di sini kurang mengalami pencemaran berbanding Pulau Jawa.

You might also like