You are on page 1of 19

KOLEJ MATRIKULASI KEDAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUGASAN KUMPULAN KEMAHIRAN DINAMIKA SEMESTER ... SESI 20..../20.....

PENSYARAH : KELAS :
BIL 1 2 3 NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK

Pemarkahan Tugasan Bil 1 2 3 4 5 Elemen Isi Kandungan Kreativiti dan Kesesuaian Rekabentuk Tatabahasa Illustrasi Jumlah Markah ULASAN PENSYARAH Markah /10 /5 /5 /5 /5 /30

TARIKH HANTAR TANDATANGAN PENSYARAH

: :

Bil. 1. 2. 3. 4. 5.

Butir-butir KULIT DEPAN TAJUK SENARAI ISI KANDUNGAN 1.0 Penghargaan 2.0 Objektif Laporan

Muka surat (i) (ii) (iii) (iv) (v)

3.0 Laporan 3.1 Pengenalan 6. 3.2 Isi/Huraian 3.3 Rumusan 2 11 1

7. 8. 9. 10.

4.0 Refleksi 5.0 - Lampiran 6.0 - Rujukan

12 13 14

(iii)

(ii)

1.0- Penghargaan
Pertamanya, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kami dapat menyiapkan tugasan berkumpulan dengan jayanya bagi melengkapkan pengisian subjek Kemahiran Dinamika. Terlebih dahulu kami ucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa kami yang telah banyak memberi sokongan moral kepada kami serta pensyarah subjek Kemahiran Dinamika, ............................. kerana memberi kami panduan untuk melaksanakan tugasan berkumpulan bagi subjek Kemahiran Dinamika. Tidak lupa juga , rakan-rakan yang sudi memberi kerjasama dan berkongsi maklumat berkaitan tugasan ini. Akhir sekali, terima kasih juga kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu kami sepanjang pelaksanaan tugasan kumpulan ini.

Pohon sirih pohon selasih, Tumbuh merimbun di hujung laman; Kalungan budi junjungan kasih, Kekal abadi dalam ingatan.

(iv)

2.0-Objektif Kajian
Tugasan kumpulan ini telah dilaksanakan untuk memenuhi objektif berikut: 1. Mengetahui cara komunikasi berkesan dengan lebih mendalam 2. Mengkaji ciri-ciri komunikasi berkesan 3. Mengetahui skop-skop komunikasi 4. Mengkaji dan merungkai halangan komunikasi berkesan

(v)

3.0- Laporan
3.1-Pengenalan
DEFINISI KOMUNIKASI
1. Menurut Sillars (1988) dalam bukunya Success in Communication: Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual- atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut- supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibatS. S 2. Stevens, pakar psikologi memberikan definisi beliau: Komunikasi adalah satu respon oleh satu organisme kepada satu rangsangan (stimulus). Definisi ini mengatakan bahawa komunikasi berlaku apabila gangguan persekitaran (rangsangan) mempengaruhi satu organisme dan organisme tersebut berbuat sesuatu terhadapnya. Sekiranya rangsangan itu tidak dipedulikan oleh orang, jadi tidak ada komunikasi.

DEFINISI KOMUNIKASI BERKESAN


Komunikasi berkesan adalah satu kemahiran hubungan kemanusiaan yang mementingkan peranan hubungan manusia dengan wujudnya kelancaran dan kejelasan idea dan objektif.

3.2-Isi/Huraian
TUJUAN KOMUNIKASI
1.Mewujudkan perkongsian wawasan, nilai, misi dan objektif dalam organisasi 2. Menterjemahkan idea, maklumat dan kefahaman menjadi satu realiti 3.Mewujudkan persefahaman, keakraban dan rasa kekeluargaan dalam organisasi

PROSES KOMUNIKASI

PENGHANTAR : orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan. MESEJ : maklumat, idea atau pandangan yang datangnya dari minda penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak lain.

ENKOD : maklumat, idea atau pandangan diterjemahkan dalam bentuk-bentuk yang difahami oleh orang lain sama ada menggunakan perkataan, bahasa atau symbol.

SALURAN : mesej disalurkan kepada penerima melalui sama ada saluran iaitu percakapan atau melalui tulisan, visual atau pergerakan.

PENERIMA : orang yang menjadi sasaran mesej. 2

DEKOD : mesej diterima dan diterjemahkan atau ditafsirkan oleh penerima untuk memberi makna.

TINDAK BALAS : tindak balas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh penerima. Ia boleh jadi berbentuk lisan atau bukan lisan.

GANGGUAN : perkara-perkara yang mengganggu dan menghalang keberkesanan komunikasi. Akibatnya maklumat yang diterima mungkin tidak tepat atau disalah tafsir.

JENIS KOMUNIKASI (i) KOMUNIKASI INTRAPERSONAL Ialah komunikasi di dalam diri manusia yang melibatkan kita berfikir, mengingat atau berasa seperti cari jalan untuk menyelesaikan masalah dengan merancang apa yang dilakukan

(ii) KOMUNIKASI INTERPERSONAL Ialah komunikasi yang berlaku di antara dua pihak yang berperanan sebagai penghantar dan penerima mesej.

(iii) KOMUNIKASI AWAM Ialah komunikasi yang melibatkan individu dengan sebilangan besar manusia lain seperti memberi taklimat, ucapan, ceramah, media massa. (iv) KOMUNIKASI KUMPULAN
Ialah setiap interaksi dalam kumpulan yang difahami dan dimengerti serta menyebabkan adanya tindakbalas saling memberi maklumbalas di antara anggota-anggota kumpulan. Keunikannya ialah keupayaan memahami mesej yang berbeza, penyesuaian diri, tanggapan berbeza, kesukaran dan kebolehan menyumbang idea-idea serta kelakuan berhujah.

BENTUK KOMUNIKASI

(a) MENGGUNAKAN PERKATAAN (VERBAL)/LISAN

SUARA -Setiap perkataan yang diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pergerakan anggota badan, mimik muka dan gerak mata. (b) TANPA MENGGUNAKAN PERKATAAN (NON-VERBAL) BERTULIS BERCETAK PENGGUNAAN ISYARAT/SIMBOL PERGERAKAN TUBUH

CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN

1. kandungan

apabila dua orang berkomunikasi iaitu bertukar-tukar maklumat mereka terlibat dalam interaksi yang melahirkan makna.

kandungan sesuatu mesej itu mestilah mempunyai makna yang menghubungkan keduaduanya.

semakin banyak maklumat yang dikongsi semakin banyak makna dibentuk dan semakin meningkat kefahaman antara satu sama lain.

membolehkan mereka mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.

2. kejelasan

setiap individu yang terlibat dengan komunikasi perlu menyampaikan maklumat, menerima maklumat dan menyimpan maklumat.

maklumat yang dihantar seharusnya tidak mengelirukan. penting memilih kata-kata atau simbol yang digunakan. kejelasan maklumat adalah penting. individu mesti mendapatkan perhatian daripada pihak yang lagi satu untuk membolehkannya mengolah maklumat yang diterima.

untuk mendapatkan perhatian, maklumat mestilah jelas dan sesuai dengan keperluan.

3. konteks sosial (terbahagi kepada 3)

i. ciri sistem komunikasi :


merupakan satu bahagian yang memerlukan antara satu sama lain. ciri sistem komunikasi yang terbaik ialah sistem terbuka. iaitu setiap individu yang terlibat bersedia untuk menerima maklumat daripada persekitaran.

terdapat kemungkinan maklumat tersebut bertentangan dengan pendapatnya. individu harus perlu mengambil kira juga maklumat tersebut yang mungkin penting kepadanya dalam usaha membuat sesuatu keputusan yang akan mempengaruhi jalinan komunikasinya.

yang penting dalam konsep terbuka ini individu perlu digalakkan melahirkan pendapat, menyatakan fikiran dan perasaannya dan bukan menekannya.

ii. status yang seimbang :

untuk berjaya dalam komunikasi, status individu yang terlibat dlm komunikasi tersebut haruslah seimbang.

individu dari satu pihak janganlah menganggap statusnya lebih tinggi dari individu lain. lazimnya, ciri status hierarki ditekankan. contoh : antara guru dan murid. guru akan meletakkan statusnya lebih tinggi daripada murid. justeru guru akan mempengaruhi murid menerima pandangan dan cadangannya.

untuk memperolehi komunikasi yang baik, integrasi antara dua pihak sama ada yang berstatus tinggi atau rendah diperlukan.

pemisahan status ada ketikanya perlu hanya untuk tujuan melaksanakan sesuatu tugasan. perlu ada sifat prihatin dengan meletakkan diri kita sama seperti dalam keadaan orang itu untuk menyingkirkan perasaan perbezaan status.

iii. keputusan secara muafakat :

perkara yang dibincangkan mestilah diketahui oleh ahli yang hendak membuat keputusan.

ahli tersebut mestilah mempunyai kepakaran dalam perkara yang hendak diputuskan. sekiranya terdapat konflik, hal ini mestilah diselesaikan dengan maklumat yang sah dan boleh didapati oleh semua.

perbezaan pendapat jangan diselesaikan dengan menekan aspek arahan, status dan pangkat.

perbezaan konflik mestilah diselesaikan oleh semua ahli yang terlibat

4. kepercayaan

untuk sampaikan mesej yang berkesan, penyampai mestilah mendapat kepercayaan daripada pendengar.

penyampai mesti mempengaruhi pendengar bahawa dia seorang yang beramanah, boleh dipercayai dan mengambil berat tentangnya.

tunjukkan kebolehan, sampaikan maklumat dengan tenang tetapi serius dan bersungguhsungguh.

5. kaedah penyampaian

komunikasi dilakukan melalui beberapa saluran yang dipilih yang bersesuaian dengan tujuan penyampaian maklumat.

kejayaan penyebaran maklumat bergantung kepada saluran yang dipilih. pemilihan saluran pula bergantung kepada apa yang dikehendaki berlaku kepada sesuatu maklumat.

jika hendakkan penyebaran maklumat secara meluas, media massa menjadi pilihan utama kerana pantas dan meluas.

jika maklumat yang disampaikan berbentuk khusus, komunikasi antara individu adalah lebih sesuai.

6. kesinambungan

komunikasi adalah satu proses yang berterusan. ia memerlukan pengulangan untuk menarik perhatian. maklumat yang disampaikan dalam bentuk susunan ayat perlu ada hubungkait untuk melicinkan penerimaan pendengar. 7

kesinambungan maklumat akan mengukuhkan fakta yang disebutkan.

7. keupayaan pendengar

jika tinggi tahap keupayaan pendengar, maka penyampai boleh menggunakan ayat yang sesuai.

jika sebaliknya, ayat yang digunakan haruslah ringkas, mudah dan boleh difahami olehnya.

pendengar yang baik akan mendengar apa yang orang sampaikan, bukan mendengar apa yang hendak didengar.

tujuan mendengar adalah untuk memahami maklumat sebagaimana yang difahami oleh penyampai.

perlukan kebolehan menyelami perasaan dan tanggapan diri penyampai maklumat.

HALANGAN KOMUNIKASI BERKESAN 1. Sikap Penyampai & Pendengar Agresif/Kasar Asertif/Tegas tapi tidak menyakiti Sambil lewa Tidak memberi perhatian Tidak serius Tidak terbuka Pra-sangka/Pra-judis Khabar Angin Gossip 8

2. Suasana Persekitaran Bising Tidak kondusif Perbezaan gender (lelaki vs wanita) Susun atur pejabat Tidak mesra/harmoni 3. Jarak Lokasi antara pejabat terlalu jauh Pegawai dan staf bawahan berbeza tempat Akses talian telekomunikasi sukar Umur Pangkat/darjat Kelulusan Keturunan 4. Bahasa Tidak Jelas Bahasa bercampur aduk Penggunaan istilah yang tidak difahami Meleret Mengandungi pelbagai tafsiran/makna Sebutan kurang tepat Intonasi Dialek Bahasa ibunda

5. Persepsi
Contoh: Orang awam yang berpakaian biasa kurang mendapat layanan. Tetapi jika seseorang yang berpakaian kemas, bertali leher, berkot dianggap seperti VVIP dan diberi layanan istimewa.

6. Emosi Pemarah Ego Meninggi diri Putus asa Cepat bersedih Gementar Gugup

7. Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan Tidak Selari Contoh: Seorang pegawai yang ingin menasihati/menegur sesuatu kesalahan staf bawahannya, tetapi menunjukkan air muka yang tidak serius/ dan berjenaka.

8. Kekurangan Kemahiran Menulis Bahasa bercampur aduk Penggunaan istilah yang tidak difahami Meleret Terlalu umum Tujuan/objektif tidak jelas 10

9. Kekurangan Kemahiran Mendengar Mendengar sambil lewa Memilih perkara yang anda suka sahaja Merumus/menyimpul terlalu awal Dalam masa mendengar, pemikiran kearah lain Tidak memandang kearah penyampai Melakukan perkara lain semasa proses mendengar Kurang tumpuan tidak minat, tidak sihat

10. Kurang Persefahaman Tiada empati Tidak menghormati Kurang memberi dorongan Tidak berusaha membina perhubungan Mementingkan diri

3.3-RUMUSAN Jadi komunikasi adalah:Satu proses penyampaian maksud / mesej oleh individu kepada individu lain yang melibatkan: * pembentukan mesej * penghantaran mesej * penerimaan mesej 11

4.0-REFLEKSI
Sepanjang melaksanakan tugasan berkumpulan ini, kami telah dapat: 1. Keyakinan untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. 2. Memberi kami inspirasi untuk menampilkan diri di khalayak ramai melaluii komunikasi yang berkesan. 3. Sikap toleransi dan kerjasama terpupuk secara tidak langsung melalui percambahan dan pertukaran idea. 4. Dapat mempraktikkan cara komunikasi dengan berkesan seperti mengetahui maksud tersirat gerak tubuh , bahasa isyarat dan perlakuan sikap dan emosi.

12

5.0-Lampiran

13

13

6.0-Rujukan

1) http://www.slideshare.net/amirulnazrin1967/komunikasi-berkesan-1 2) http://www.scribd.com/doc/29390457/Proses-Komunikasi 3) http://pelatihanguru.net/apa-itu-jenis-jenis-tahap-komunikasi-dan-pengertian-proseskomunikasi 4) http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/halangan-komunikasi-berkesan.html 5) http://www.scribd.com/doc/2337683/AZMAN-KOMUNIKASI-BERKESAN-MUTIARAMOTOR 6) http://kebun-ilmu-anez.blogspot.com/2010/11/ciri-ciri-komunikasi-berkesan.html 7) http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/komunikasi.pdf 8) http://www.nre.gov.my/Malay/PusatInformasi/Info%20PTK/Bab_Komunikasi.pdf

14

You might also like