You are on page 1of 14

DISEDIAKAN OLEH : NADHIRAH ASMA SHAFIQAH

DEFINISI DAN KONSEP


Kurt Lewin (1952) Proses penyelidikan kajian merupakan satu kitaran tindakan kajian berlingkaran yang merangkumi empat peringkat, iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi.

Bogdan dan Biklen (1982) Penyelidikan tindakan merupakan satu inkuiri yang mengumpul maklumat secara sistematik dengan tujuan mengubah ataupun membaiki persekitaran sosial.

Kemmis (1982) Penyelidikan tindakan merupakan inkuiri refleksi kendiri dengan tujuan memperoleh kefahaman dan mengetahui rasionalnya situasi tindakan itu dilakukan,

Hopkins (1985) Penyelidikan tindakan merujuk kepada sesuatu inkuiri yang diusahakan oleh guru yang membuat tinjauan bersiri terhadap masalah yang ditemui dalam bilik darjah. Beliau berpendapat, dengan melakukan tinjauan bersiri ini, guru dapat membaiki kelemahan dan kekurangannya secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai prestasi cemerlang.

Ortrun Zuber-Skerritt (1992) Penyelidikan tindakan sebagai tindakan sesuatu inkuiri kritis dan kolaboratif yang dijalankan oleh seseorang penyelidik reflektif yang mempunyai akauntabiliti dan menghasilkan dapatan daripada inkuiri awamnya, disamping membuat penilaian kendiri dan melibatkan diri dalam penyelesaian masalah serta meneruskan perkembangan profesionalisme.

Carr dan Kemmis (1986) Penyelidikan tindakan merupakan sesuatu pendekatan alternatif untuk kajian sains sosial tradisi. Penyelidikan merangkumi unsur-unsur seperti praktikal, penyertaan dan kolaborasi, pembebasan, pembebasan, interpretatif dan kritikal.

McBride dan Schostak (1994) Penyelidikan tindakan sebagai refleksi pengajaran seseorang guru dan mengalami sesuatu kitaran proses perubahanfokus berpusat dalam penyelidikan ialah membaiki amalan pendidikan.

Satu pendekatan untuk memperbaiki mutu

pendidikan melalui perubahan P&P Dilakukan oleh guru atau pendidik dalam konteks tugas seharian Fokus utama ialah ke atas amalan diri guru iaitu dengan membaiki proses p&P guru Dilakukan dalam situasi sebenar bilik darjah Dilakukan secara sistematik iaitu dari satu langkah ke langkah seterusnya.

Grundy dan Kemmis (1981) Tiga pra syarat:

membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan merefleks dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang kawalan ke atas proses penyelidikan

Henry dan Henry (1982) Berbentuk kolaboratif di antara guru dengan guru,

guru dengan pelajar atau guru dengan ibubapa

Berbentuk kitaran aktiviti - merancang, bertindak, memantau dan mereflek serta menjana pusingan yang berikutnya (lebih daripada satu pusingan Elliot(1991) berkata sekurang-kurangnya 3 pusingan atau satu tahun pengkajian Menyumbang ke atas pengajaran pembelajaran memajukan proses

John Elliot menjelaskan penyelidikan tindakan sebagai

penyelidikan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Mempunyai matlamat pedagogi merangkumi semua aspek pendidikan yang baik (unggul) dan merangkumi semua mereka yang terikat dengan tanggungjawab untuk merealisasikan matlamat pedagogi tersebut di dalam amalan bekerja mereka,
Berfokus kepada mengubah amalan bekerja untuk

memastikan amalan tersebut menjadi lebih tekal (konsisten) dengan matlamat pedagogi, tekal atau tidak tekal dengan matlamat pedagogi

Mengumpulkan bukti-bukti sejauh mana amalan tersebut

Mengenalpasti dan menjelaskan ketidaktekalan

antara aspirasi dan amalan. Ketidaktekalan ini menimbulkan masalah andaian-andaian dan segala kepercayaan (teori) yang secara tidak disedari telah mengukuhkan amalan dalam bilik darjah. Melibatkan para guru (pendidik) dalam proses menjana dan menguji bentuk-bentuk tindakan yang baru untuk merealisasikan aspirasi mereka seterusnya membolehkan para guru membina semula teori-teori yang dijadikan panduan dalam amalan mereka. Ia merupakan proses pedagogi yang dicirikan oleh reflexivity (tindakan refleksif) guru. Dari perspektif penyelidikan tindakan, mengajar merupakan satu bentuk penyelidikan dan begitulah sebaliknya.

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya; dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan; dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;

meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan

kerja yang aktif dan efektif;

dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal,

kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum; membuat sebarang perancangan untuk tindakan; dan terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam

merapatkan tali silaturrahim di kalangan guru yang

You might also like