You are on page 1of 20

Perlaksanaan Dan Perkembangan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah-sekolah Menengah Di Bandar Dan Luar Bandar Daerah Kota

Bharu.

Penyelidik Hj. Zahran (Ketua) En. Baharuddin (Pembentang) En. Zamery ( Pembantu Penyelidik)

Abstrak Kajian ini bertajuk Perlaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah-sekolah Menengan Di Bandar dan Luar Bandar, Daerah Kota Bharu. Ia bertujuan untuk mengetahui tahap perlaksanaan dan perkembangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup terutama di Daerah Kota Bharu. Sampel kajian ini terdiri daripada 66 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dari tingkatan satu hingga tingkatan 3. Alat kajian yang ddigunakan ialah soal selidik, temubual an lawatan ke bengkel-bengkel Kemahiran Hidup untuk mendapatkan data dan maklumat yang ddiperlukan. Data yang diperolehi dianalisi secara manual dan dibuat secara peratusan. Hasil kajian menunjukkan perlaksanaan dan perkembangan pengajaran Kemahiran Hidup masih di tahap sederhana dan perlu ditingkatkan dari aspek kemudahan fizikal (68.8%) bersetuju, masalah pengajaran guru (34.6%) mempunyai masalah, minat pelajar terhadap pelajaran Kemahiran Hidup (26.5%) pelajar tidak berminat dan aspek bebanan tugas guru. Kesemua masalah berikut diharapkan dapat diatasi mengikut cadangan-cadangan yang dikemukan oleh pengkaji bagi tindakan pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan mata pelajaran ini.

1.0

Pendahuluan Hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020

banyak bergantung kepada perlaksanaan program-program pendidikan yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap masyarakat di peringkat akar umbi. Negara berhasrat untuk menjadi bukan sahaja sebagai negara pengguna kepada teknologi baru malah menjadi penyumbang utama kepada penghasilan teknologi baru tersebut, seperti mana yang dinyatakan dalam cabaran yang keenam dalam rangka mencapai wawasan 2020, iaitu cabaran untuk mewujudkan masyarakat sainstifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan berpandangan kehadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sainstifik dan teknologi masa depan ( 1991 Dr. Mahathir Mohamed). Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Teknik (JPT) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) memikul amanah yang berat untuk melaksanakan hasrat dan cita-cita kerajaan bagi menjelmakannya dalam Falsafah Pendidikan Negara melalui pelbagai kurikulum dan ko-kurikulum yang dibina. Salah satu strategi perlaksanaan ialah melalui kurikulum teknik dan vokasioanal yang dilaksanakan di negara kita dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah rendah dan menengah sebagai satu strategi awal jangka panjang persediaan negara mencapai status negara maju menjelang 2020. Rekabentuk mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH) yang telah dilaksanakan sepenuhnya di sekolah mulai tahun 1991 adalah bercorak pravokasional yang menitikberatkan pembelajaran toeri dan kerja praktis. ( Wan Zahid Mohd. Nordin, 1991). Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah yang proaktif bagi memacu hasrat pencapaian negara ini, namun demikian hasrat dan cita-cita kerajaan mungkin tidak akan kesampaian

jika kemudahan dan kelengkapan pengajaran pembelajaran di sekolah tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Permasalahan yang wujud dalam perlaksanaan pengajaran pembelajaran Kemahiran Hidup sedikit sebanyak akan memberi impak kepada hasrat dan citacita negara, pemupukan minat pelajar serta sumber tenaga kerja negara di masa hadapan. Menurut Jaafar Muhamad ( 1988), konsep mata pelajaran Kemahiran Hidup menyediakan garis panduan untuk kehidupan seharian. Lantaran itu segala permasalahan yang wujud disekitar perlaksanaannya perlu dikaji, diselidik dan dianalisis bagi memastikan ianya berada pada landasan yang betul.

1.1

Latar Belakang Kajian. Hasil daripada pengalaman mengajar selama lebih dari 15 tahun,

pengamatan dan perbincangan dengan guru-guru Kemahiran Hidup semasa menyelia latihan praktikum di seluruh negeri Kelantan, menunjukkan bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup yang sedang berjalan masih menghadapi pelbagai masalah dalam perkembangan dan perlaksanaannya walaupun perlaksanaan sepenuhnya telah bermula sejak tahun 1991 lagi. Antara permalasahan yang sering menjadi bahan perbincangan ialah mengenai perlaksanaan dan perkembangan berhubung dengan kemudahan bengkel, beban tugas guru, sikap pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup itu sendiri dan masalah pengajaran guru. Manakala kajian ini dijalankan untuk melihat dan mengenalpasti permasalahan yang mungkin wujud dalam perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah yang dipilih iaitu di sekitar bandar dan luar bandar Daerah Kota Bharu.

Sebanyak 15 belas buah sekolah telah dikenalpasti dengan 60 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dijadikan sebagai populasi kajian. Kedudukan sekolah yang dipilih mewakili kawasan bandar dan luar 3

bandar bagi Daerah Kota Bharu dengan tujuan untuk melihat dari segi perbandingan tentang perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup antara dua lokasi tersebut. Adalah diharapkan melalui kajian ini akan memberi satu gari panduan bagi membantu pihak yang bertanggung jawab menangai masalah dalam perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah dan langkah-langkah penambahbaikan diambil secara drastik supaya perlaksanaannya berada pada landasan yang betul.

1.2

Pernyataan Masalah. Mata pelajaran KH yang diajar di sekolah menengah rendah khasnya

bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran peringkat asas bagi membantu pelajar mengendalikan kehidupan seharian dengan lebih produktif dalam dunia teknologi yang semakin hari semakin ruwet dan sentiasa mengalami pembaharuan terutama dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan serta peningkatan dalam penggunaan ICT. Mata pelajaran ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 dengan program Kemahiran Hidup Peralihan (KHP). Pada tahun 1991 telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh Malaysia pada peringkat sekolah menengah dengan program Kemahiran Hidup Bersepadu ( KHB ) sehinggalah sekarang telah menjangkau selama 11 tahun. Sehubungan dengan itu maka kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan dan permasalahan yang timbul dalam perlaksanaannya iaitu: 1. Apakah kemudahan-kemudahan fizikal bengkel Kemahiran Hidup yang ada di sekolah-sekolah mencukupi? 2. Pada tahap manakah beban tugas guru dalam pengajaran dan penyelenggaraan bengkel? 3. Bagaimanakah respon pelajar terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup?

4.

Apakah permasalahan guru dalam perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup?

1.3

Persoalan Kajian. Persoalan kajian adalah untuk mengetahui: 1. Apakah kemudahan fizikal bengkel KH berada pada keadaan yang baik? 2. Sejauh manakah tugas guru dalam pelajaran dan penyenggaraan bengkel membebankan mereka.? 3. Pada tahap manakah minat pelajar terhadap mata pelajaran KH? 4. Apakah guru-guru KH menghadapi masalah perlaksanaan dan pengajaran mata pelajaran KH?

1.4

Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Untuk mengenalpasti kemudahan-kemudahan fizikal bengkel KH di sekolah. 2. Untuk mengenalpasti bebanan tugas guru dalam pengajaran dan penyenggaraan bengkel. 3. Untuk mengenalpasti respon pelajar terhadap pembelajaran mata pelajaran KH. 4. Untuk mengenalpasti masalah perlaksanaan dan pengajaran guru-guru KH.

1.5

Rasional Kajian

Ucapan Y.A.B Perdana Menteri di Persidangan Malaysian Business Council Held (1991) yang bertajuk The Way Foward telah menegaskan bahawa pembangunan sumber manusia adalah berkait rapat dengan sistem pendidikan negara. Di mana sumber tenaga yang cekap an mencukupi merupakan aset penting untuk pembangunan dan kemajuan negara. Penentuan kemajuan negara menjelang 2020 adalah bergantung kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan samada bersifat dinamik dan futuristic sesuai dengan keperluan masyarakat akan datang. Oleh itu reformasi pendidikan yang telah mula dilaksanakan sejak tahun 1982/83 menjurus kearah persediaan asas pembangunan sumber manusia yang bersifat komprehensif, seimbang dan sepadu seiring dengan falsafah pendidikan negara. Sehubungan dengan itu mata pelajaran KH yang diperkenalkan pada tahun 1989 tidak terkecuali daripada direformasikan semula oleh Kementerian Pendidikan berkonsepkan pendidikan pra-vokasional yang menjadi asas kepada keperluan sumber manusia dan sekali gus menjadi sumber aset yang tak ternilai terhadap negara. Menyedari akan kepentingan mata pelajaran Kemahiran Hidup kepada negara. maka penyelidik merasakan amat perlu dibuat satu kajian mengenai status perlaksanaan dan perkembangan pengajarannya, mengenalpasti permasalahan yang wujud disekitar perlaksanaan dan pihak yang mempunyai kapasiti perlu mengambil daya usaha untuk mengatasi sebarang kekurangan dan kelemahan yang mungkin wujud.

1.6

Skop Kajian Kajian ini merupakan satu tinjauan kepada perlaksanaan dan

perkembangan mata pelajaran KH yang dihadapi oleh tenaga pengajar di 15 buah sekolah menengah Daerah Kota Bharu samada dalam bandar atau luar Bandar. Aspek-aspek kajian adalah selaras dengan objektif kajian yang merangkumi perkara-perkara berikut: 6

1.

Mengenalpasti perlaksanaan mata pelajaran KH yang berkaitan dengan kemudahan fizikal bengkel KH dan bilik-bilik khas.

2.

Melihat bebanan tugas guru dalam pengajaran dan penyenggaraan bengkel.

3. 4.

Melihat minat pelajar terhadap mata pelajaran KH. Mengenalpasti permasalahan guru dalam pengajaran mata pelajaran KH.

1.7

Limitasi Kajian Limitasi atau batasan kajian bagi kajian ini ialah: 1. Kajian ini hanya tertumpu kepada aspek kemudahan fizikal bengkel KH di sekolah, beban tugas guru KH dalam pengajaran dan penyenggaraan, minat pelajar terhadap mata pelajaran KH dan masalah pengajaran mata pelajaran KH di kawasan yang dikaji sahaja. 2. Kajian ini tidak boleh dianggap sebagai satu keumuman mewakili keseluruhan subjek kajian di negara kita iaitu sekolah di seluruh negara kerana kajian hanya tertumpu di Daerah Kota Bharu sahaja. 3. Tentang sikap responden sendiri semasa menjawab soalan-soalan kajian dan bagaimana sikap ini mempengaruhi tingkahlaku mereka. Jawapan mereka mungkin dipengaruhi oleh persepsi, masa dan keikhlasan responden itu sendiri ketika menjawab soalselidik.

1.8

Definisi Istilah

1.8.1 Perkembangan Perkembangan dalam kajian ini bermaksud pertumbuhan atau kemajuan yang telah dicapai dalam perlaksanaan dan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.8.2 Mata pelajaran Kemahiran Hidup

Mata pelajaran Kemahiran Hidup ditakrifkan sebagai kemahirankemahiran asas berfungsi yang dibekalkan kepada pelajar-pelajar untuk membolehkan mereka bertindak mengendalikan kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Bersifat inovatif, inisiatif dan berdikari dalam pelbagai keadaan ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989).

1.8.3 Sekolah Sekolah adalah tempat untuk menerima pelajaran iaitu tempat belajar bagi murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah dari tahun satu hingga ke tingkatan enam. Dalam kajian ini sekolah yang dimaksudkan ialah sekolah-sekolah terpilih di Daerah Kota Bharu, Kelantan samada sekolah dalam bandar atau luar Bandar.

1.8.4 Penyelenggaraan Merupakan segala bentuk gerak kerja atau aktiviti untuk memastikan kemudahan fizikal, peralatan, mesin dan bahan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

1.8.5 Bengkel Kemahiran Hidup Merupakan satu tempat khas untuk membuat kerja-kerja amali yang dilengkapi dengan kemudahan peralatan tangan, mesi dan bahan bagi membantu perlaksanaan proses pengajaran pembelajaran.

1.8.6 Beban Tugas Menurut Eral dan rakan-rakan (1982), beban tugas diertikan sebagai tanggungjawab kerja yang mesti dilaksanakan oleh sesaorang yang berkaitan dengan tugas. Ia boleh diukur dengan jumlah masa yang digunakan. 2.0 Metodologi Kajian. 8

2.1

Reka Bentuk Kajian. Rekabentuk kajian ynag dijalankan oleh kumpulan penyelidik kami adalah

berbentuk diskriptif (keperihalan) bertujuan untuk mengenalpasti masalahmasalah yang ddihadapi oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahirann Hidup. Kajian diskriptif merupakan kajian yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

2.2.

Populasi Kajian Populasi kajian adalah terdiri daripada 66 orang guru yang mengajar mata

pelajaran Kemahiran Hidup di lima belas buah sekolah yang dipilih di Daerah Kota Bharu merangkumi sekolah di bandar dan luar Bandar dalam daerah tersebut. Daripada 66 orang responden yang dikaji, 33 orang terdiri guru lelaki dan 33 orang guru perempuan. Tujuan pemilihan responden sedemikan ialah untuk melihat kemungkinan wujud perbezaan antara guru lelaki dan perempuan dan mewakili lokasi bandar dan luar bandar bagi melihat realiti sebenar kajian.

Jadual Senarai Sekolah-sekolah Daerah Kota Bharu Yang Menjadi Lokasi kajian.

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Nama Sekolah Sekolah Menengah Pengkalan Chepa, Kota Bharu Sekolah Menengah Kota, Kota Bharu Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Bharu Sekolah Menengah Ahmad Maher Sekolah Menengah Panji, Kota Bharu Sekolah Menengah Kemumin, Kota Bharu Sekolah Menengah Tanjong Mas, Kota Bharu

9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Sekolah Menengah Raja Sakti, Kota Bharu Sekolah Menengah Mulong Sekolah Menengah Ketereh Sekolah Menengah Melor Sekolah Menengah Pangkal Kalong Sekolah Menengah Kok Lanas Sekolah Menengah Salor

2.3

Instrument Kajian Satu set soal selidik digunakan sebagai peralatan untuk mengumpulkan

data. Borang soal selidik ini dibentuk berdasarkan soalan-soalan kajian yang mengandungi Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah berkaitan latar belakang responden dan Bahagian B mengandungi 30 item yang menyentuh tentang aspek-aspek perlaksanaan dan perkembangan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Pengukuran dan penilaian item dibuat dengan menggunakan skala Linkert 5 mata untuk setiap maklumbalas.

Skor 5 4 3 2 1

Pernyataan Amat Bersetuju Bersetuju Hampir Bersetuju Tidak setuju Amat Tidak Setuju

10

Setiap respond hanya perlu menanda salah satu dari lima peringkat skor yang diberikan pada setiap soalan yang dikemukakan. Manakala pengagihan soalan-soalan Mengikut item adalah seperti berikut:

Bahagian B B1 B2 B3 B4 Kemudahan Fizikal KH Penyelenggaran peralatan tangan, mesin dan stor Minat pelajar terhadap mata pelajaran KH Masalah pengajaran guru KH 16 soalan 3 soalan 6 soalan 5 soalan

2.4

Tempat kajian Kajian ini dijalankan di sekolah menengah kerajaan di daerah Kota Bharu iaitu sebanyak 15 buah kesemuanya. Antaranya 5 buah di kawasan bandar dan 10 buah di kawasan luar bandar. Pengkaji memilih daerah Kota Bharu sebagai tempat kajian kerana ia adalah tumpuan sekolah-sekolah elit di bandar di samping beberapa buah sekolah di luar daripada bandar Kota Bharu sebagai satu perbandingan. Di samping itu maklumat-maklumat juga senang untuk dikumpulkan kerana ia berhampiran dengan tempat pengkaji dan senang berurusan.

2.5

Pengumpulan Data Data-data dikumpulkan melalui dua cara iaitu data primer dan data skunder. Data primer diperolehi dari tinjauan dengan menggunakan set soal selidik yang diedarkan kepada responden. Penyelidik juga menggunakan data skunder dari bahan-bahan seperti buku-buku rujukan, kertas kerja, jurnal, akhbar dan kajian-kajian lepas yang ada kaitan dengan kajian ini.

11

3.0

Analisis Data Data-data yang diperolehi dari soal selidik akan di kumpulkan dalam bentuk kualitatif. Maklumat dan data-data yang dianalisis akan ditukar dalam bentuk peratusan dengan menggunakan formula berikut:

Peratus

= X / N x 100

Di mana : X = bilangan maklumbalas responden N = bilangan responden atau sample yang terlibat.

Untuk bahagian B proses penganalisaan menggunakan skala Likert, di mana bilangan maklum balas responden dibahagikan dengan bilangan responden yang terlibat. Pilihan jawapan akan dikodkan semula daripada lima pilihan kepada tiga pilihan.

JUSTIFIKASI 85% 50% 0% 100% Baik 84% Sederhana 49% Lemah

4.0

Analisis, Perbincangan, Rumusan dan Cadangan. Analisis bagi kajian ini di bentangkan secara ringkas berdasarkan

keperluan seminar penyelidikan kerana sekiranya dibentangkan secara terperinci faktor masa adalah terhad.

12

Bahagian analisis yang penting ialah di bahagian b yang merangkumi kemudahan bengkel kemahiran hidup, penyelenggaraan peralatan tangan, mesin, stor penyimpanan alat dan bahan, minat pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup dan masalah pengajaran guru dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

4.1

Kemudahan Bengkel Kemahiran Hidup Jadual 1 Penyataan % Bersetuju 90.9(60) 9.7(46) 68.2(45) 37.9(25) 78.8(52) 62.1(41) 77.3(51) 63.6(42) 65.2(43) 81.8(54) 80.4(53) 80.3 (53) 80.3(53) 68.2(45) 40.9(27) 56.1(37) % Tidak Pasti 0(0) 0(0) 7.6(5) 15.1(10) 6.1(4) 6.1(4) 4.5(3) 3.6(9) 16.7(11) 0(0) 1.5(1) 4.5(3) 4.5(3) 4.5(3) 1.5(1) 9.1(6) % Tidak Bersetuju 9.1(6) 30.3(20) 24.2(16) 47(31) 31.8(21) 31.8(21) 18.2(12) 22.7(15) 18.2(12) 18.2(12) 18.2(12) 15.1(10) 15.2(10) 27.3(18) 57.6(38) 34.8(23)

1. 2. 3. 4.

Bengkel KM selamat digunakan . Alatan tangan mencukupi. Alatan tangan sedia digunakan . Alatan tangan untuk memotong sentiasa tajam. 5. Alatan tangan berada ditempatnya bila hendak digunakan. 6. Mesin gerudi di bengkel KM mencukupi. 7. Mesin jahit mencukupi . 8. Mesin jahit bersih dan diminyaki. 9. Mesin gerudi sedia digunakan . 10. Ruang kerja mencukupi. 11. Meja kerja mencukupi 12. Pencahayaan mencukupi. 13. Pengudaraan mencukupi. 14. Stor alatan/bahan mencukupi. 15. Stor penyimpanan projek mencukupi. 16. Bahan rujukan mencukupi.

Daripada jadual 1 menunjukkan 90.9% guru bersetuju bahawa bengkel KH selamat untuk digunakan berbanding hanya 9.1% yang mengatakan tidak selamat. Ini menunjukkan bengkel KH dalam keadaan selamat untuk digunakan. Seramai 69.7% guru menyatakan kemudahan alatan tangan di bengkel mencukupi manakala 30.3% menyatakan tidak mencukupi. Sejumlah 68.2%

13

guru bersetuju menyatakan alatan tangan sedia untuk digunakan, 24.2% menyatakan tidak bersetuju dan 7.6% menyatakan tidak pasti. Berkaitan dengan penrnyataan mengenai alatan tangan untuk memotong sentiasa tajam untuk digunakan di mana seramai 37.8% guru menyatakan bersetuju berbanding dengan 47.0% menyatakan tidak setuju dan 15.1% guru menyatakan tidak pasti. Begitu juga berkaitan pernyataan alatan tangan berada di tempatnya bila hendak digunakan, 78.8% guru bersetuju berbanding dengan 15.1% guru menyatakan tidak bersetuju dan 6.1% tidak pasti. Data-data ini menunjukkan bahawa alatan tangan dibengkel mencukupi, sedia digunakan dan berada ditempatnya bila hendak digunakan. Tetapi alatan pemotong tidak sentiasa tajam untuk digunakan. Menyentuh pernyatan kemudahan mesin gerudi yang mencukupi di bengkel, 62.1% menyatakan setuju berbanding 31.8% guru tidak bersetuju 6.1% menyatakan tidak pasti. Sejumlah 77.3 % guru menyatakan mesin jahit dibilik-bilik khas mencukupi berbanding dengan 18.2% tidak bersetuju dan 4.5% tidak pasti. Berhubung dengan pernyataan mengenai mesin jahit berkenaan bersih dan diminyaki sejumlah 63.6% guru bersetuju berbanding dengan 22.7% guru tidak bersetuju dan 13.6% tidak pasti. Manakala dalam hal mesin gerudi di bengkel sedia digunakan, 65.2% guru bersetuju berbanding 18.2% tidak bersetuju dan 16.7% pula tidak pasti. Keadaan ini menunjukkan kemudahan mesin dan mesin jahit di bengkel pada umumnya adalah mencukupi, berkeadaan bersih, diminyaki dan sedia untuk digunakan. Untuk pernyataan meja kerja mencukupi, 80.4% guru bersetuju berbanding dengan 18.2% guru tidak bersetuju dan 1.5% tidak pasti. Begitu juga dengan pernyataan ruang kerja yang mencukupi, 81.8% guru bersetuju berbanding dengan 18.2% tidak bersetuju. Ini menunjukkan bahawa kemudahan meja kerja dan ruang kerja adalah mencukupi. Seramai 80.3% guru menyatakan pencahayaan di dalam bengkel adalah mencukupi berbanding 15.1% menyatakan tidak mencukupi dan 4.5% pula tidak pasti. Manakala 80.3% guru menyatakan pengudaraan di dalam bengkel 14

mencukupi berbanding 15.2% tidak bersetuju manakala 4.5% pula tidak pasti. Ini menunjukkan bahawa pencahayaan dan pengudaraan di dalam bengkel adalah mencukupi. Menyentuh tentang pernyataan tentang kemudahan stor alatan/bahan mencukupi, 68.2% guru bersetuju berbanding 27.3% tidak bersetuju dan 4.5% pula tidak pasti. Begitu juga dengan pernyataan kemudahan stor penyimpanan projek pelajar mencukupi, 40.9% guru bersetuju berbanding 57.6% tidak bersetuju dan 1.5% tidak pasti. Ini menunjukkan bahawa kemudahan stor alatan/bahan mencukupi tetapi kemudahan stor penyimpanan projek pelajar masih kurang mencukupi di kebanyakan sekolah. Berhubung dengan pernyataan kemudahan bahan rujukan mencukupi di bengkel, 56.1% guru bersetuju berbanding 34.8% tidak setuju dan 9.1% pula menyatakan tidak pasti. Ini menunjukkan pada umumnya bahan rujukan mencukupi namun begitu ia perlu ditingkatkan lagi keperluannya. Sebagai kesimpulannya dalam item kemudahan dan keadaan fizikal bengkel Kemahiran Hidup menunjukkan 68.8% guru menyatakan bahawa kemudahan dan fizikal bengkel di Daerah Kota Bharu adalah mencukupi berbanding 25.2% guru menyatakan tidak mencukupi manakala 6.0% guru tidak pasti samada kemudahan tersebut mencukupi atau tidak.

4.2

Penyelenggaraan Alat Tangan, mesin dan Stor. Jadual 2 Pernyataan % Bersetuju 80.3% (5) 56.1% ( 37) 86.4 (57) 74.3% % Tidak pasti 0 (0) 0 (0) 0 (0) 0 (0) % Tidak Bersetuju 19.7 (13) 43.9% (29) 13.6 (9) 25.7%

17. Melakukan kerja penyelenggaraan alatan tangan 18. Melakukan kerja penyelenggaraan mesin 19. Melakukan penyelenggaran stor alat/ bahan Peratus purata

15

Dari Jadual 2 didapati 80.3 % guru bersetuju mereka melakukan kerja kerja penyelenggaraan peralatan tangan berbanding dengan 19.7% guru menyatakan tidak bersetuju.Dalam penyataan berhubung guru melakukan kerja-kerja penyelenggaraan mesin, 56.1% guru setuju. Manakala dalam penyataan guru melakukan kerja-kerja penyelenggaraan penyimpanan stor alat/bahan 86.4% guru setuju berbanding dengan 13.6% guru tidak setuju. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru KH ada melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. Pada keseluruhannya (purata) berhubung dengan item kerja-kerja penyelenggaraan alatan tangan, mesin dan stor alat/bahan, 74.3% menyatakan bersetuju mereka melakukannya dan 25.7% guru menyatakan tidak setuju melakukan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

4.3

Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran KH Jadual 3 menunjukkan data-data mengenai minat pelajar terhadap mata

pelajaran KH.

2.0 2.1

Pelajar sangat berminat membuat kerja amali

90.9 (60)

0(0)

9.1(6)

Pelajar cuba menghasilkan projek yang terbaik. 87.9 (58) Pembelajaran teori kurang diminati Pelajar mendapat markah yang tinggi Pelajar bersungguh-sungguh mem buat amali

0(0) 12.1 (8)

2.2 2.3 2.4 2.5

37.9(25) 4.5(3) 42.4(28) 53.1(35) 4.5(3) 42.4(28) 85.4(57) 3(2) 10.6(7)

Sebahagian sahaja komponen KH yang diminati 63.6(34) 9.1(6) 27.3(18)

Peratus Purata

70

3.5

26.5

Dari jadual 3 didapati bahawa 90.9% guru menyatakan bersetuju pelajar mereka sangat berminat membuat kerja amali berbanding dengan 9.1% tidak setuju. Seramai 87.9 % guru menyatakan bersetuju pelajar mereka cuba meng hasilkan projek yang terbaik berbanding dengan 12.1% guru tidak bersetuju. Begitu juga dengan penyataan pelajar bersungguh-sungguh membuat kerja 16

amali, 86.4% guru bersetuju berbanding dengan 10.6% guru tidak bersetuju dan 3% guru tidak pasti. Ini menunjukkan mereka bersikap sederhana dalam membuat kerja amali serta persaingan menghasilkan projek yang terbaik dari kalangan mereka. Pada keseluruhannya (purata) berhubung dengan item minat pelajar dalam mata pelajaran KH, 70.0% guru menyatakan pelajar mereka berminat, 26.5% tidak berminat dan 3.5% pula guru menyatakan tidak berminat.

4.4

Masalah Pengajaran Guru Jadual 4 Pernyataan % Bersetuju % Tidak Pasti % Tidak Bersetuju 68.2 (45) 54.5 (36) 48.5 (32) 40.9 (27) 83.2 (57) 59.1

26. Sering kali menghadapi masalah pengajaran 27. Kerja kursus/projek pelajar membebankan. 28. Masalah menghabiskan sukatan pelajaran 29. Waktu pengajaran perlu ditambah 30. Penguasaan bahasa pelajar kurang Peratus purata

27.3 (18) 36.4 (24) 48.5 (32) 51.5 (34) 9.1 (6) 34.6

4.5 (3) 9.1 (6) 3.0 (2) 7.6 (5) 4.5 (3) 5.7

Berdasarkan jadual 4, menunjukkan purata dalam item masalah pengajaran guru seramai 34.6% guru menyatakan mereka mempunyai masalah dalam pengajaran KH, 5.7% tidak pasti samada mereka ada masalah atau pun tidak. Manakala 59.1% guru menyatakan mereka tidak mempunayi sebarang masalah dalam pengajaran KH.

17

4.5

Purata Peratus Mengikut Aspek Yang DiKaji Jadual 5

% Pernyataan Bersetuju

% Tidak Pasti

% Tidak Bersetuju 25.2 25.7 26.5 59.1

1. Kemudahan dan fizikal bengkel 2. Kerja penyelenggaraan 3. Minat Pelajar 4. Masalah Pengajaran Guru

68.8 74.3 70.0 34.6

6.0 0 3.5 5.7

Daripada jadual 5 didapati pada keseluruhannya 68.8% guru menyatakan kemudahan dan fizikal bengkel adalah mencukupi untuk proses pengajaran pembelajaran mata pelajaran KH, namun begitu 25.2% guru masih menyatakan bahawa kemudahan dan fizikal bengkel masih tidak mencukupi dan perlu ditingkatkan lagi bagi melaksanakan pengajaran yang berkesan. Berhubung dengan kerja-kerja penyelenggaraan 74.3% guru bersetuju bahawa mereka ada melakukan kerja-kerja penyelenggaraan manakala berkaitan dengan minat pelajar ke atas mata pelajaran KH pula didapati 70% guru menyatakan bahawa pelajar mereka berminat berbanding 26.5% menyatakan bahawa pelajar mereka kurang berminat. Berkaiatan aspek masalah pengajaran guru 34.6% menyatakan mereka mempunyai masalah dalam pengajaran mata pelajaran KH tetapi 59.1% guru menyatakan bahawa mereka tidak ada masalah. Oleh itu secara keseluruhan guru tidak menghadapi masalah dalam pengajaran cuma yang menjadi masalah ialah minat pelajar itu sendiri.

18

4.0

Cadangan dan Rumusan Daripada kajian yang dibuat serta temubual-temubual dan

pengalaman pengkaji sendiri semasa bertugas di beberapa buah sekolah di Kelantan mendapati perlaksanaan mata pelajaran KH di sekolah-sekolah perlu ditingkatkan lagi sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang ingin diterapkan oleh kerajaan ke atas para pelajar sesuai dengan maksud kemahiran hidup itu sendiri iaitu ilmu untuk kehidupan seharian. Antara cadangan yang perlu dilaksanakan ialah: 1. Mengadakan bilik-bilik khas KH meliputi rumah hotikultur/semaian, bengkel kerja paip dan bilik pengurusan diri serta segala kelengkapannya. 2. Menambah keseluruhan kelengkapan peralatan tangan, mesin dan stor. 3. Mengadakan jawatan pembantu stor/makmal untuk meringankan beban tugas penyelenggaraan bengkel seperti mana bengkel-bengkel sains atau bengkel komputer. 4. Memberikan kursus intensif/ peningkatan keilmuan kepada tenaga pengajar dari masa kesemasa sesuai dengan wawasan negara. 5. Memberi peluang kepaa pelajar untuk memilih elektif KH yang mereka minati semasa di tingkatan satu. 6. Memberi peluang kepada guru beropsyen KH untuk mengajar KH. 7. Membuat kajian penempatan guru beropsyen KH di satu-satu daerah agar tidak berlaku lebihan atau kurangan guru KH.

Kesimpulannya, pengetahuan, kemahiran dan pemikiran kreatif dalam bidang kejututeraan amatlah penting untuk melahirkan warga negara yang berpengetahuan teknologi selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju menjelang 2020. Oleh itu bidang pendidikan pra-vokasional melalui mata pelajaran KH ini haruslah diberi tumpuan yang sepenuhnya kerana ia merupakan dasar utama dan sebagai sumber aset kemajuan dan pembangunan negara.

19

BIBLIOGRAFI: 1. Laporan Jawatan kuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan dasar Pelajaran (1982). Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur. 2. Mohd Najib Ghafar (1996). Asas Penyelidikan Sains Sosial, Universiti Teknologi Malaysia. 3. Mohadi Bin Kamat @ Ahmat, Sejauh Manakah Perlaksanaan Dan Perkembangan Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup (1998), Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Tidak Diterbitkan. 4. Muhammad Burhanuddin (1992), Kemahiran Hidup Satu Pelajar Baru. Tesis Universiti Teknologi Malaysia : Tidak Diterbitkan. 5. Rubiah Sidin (1994): Pendidikan Di Malaysia, Cabaran Untuk Masa Depan, Kuala Lumpur: Fajar Bakti,Sulaiman Yasin, Azizah Abd. 6. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993) Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian . Kuala Lumpur: Nurin Entreprise. 7. Y.A.B. Dato Sri Dr. Mahathir Mohamad, (1991). Malaysia: The Way Forward, Paper Presented At The Inaugural Meeting Of The Malaysian Business Council Held: Kuala Lumpur.

20

You might also like