You are on page 1of 15

PANTUN

DEFINISI
Sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi daripada nenek moyang Menggambarkan cara berfikir dan nilai- nilai masyarakat Melayu tradisi Koecharaningat menjelaskan pantun Melayu berasal daripada kepercayaan pada zaman purba bahawa bahasa yang berirama mengandungi kekuatan ghaib. Meluahkan rasa hati, keluhan jiwa dalam bentuk :
kasih- sayang cinta suka duka sindir menyindir berbagai- bagai perasaan hati

BENTUK
Mempunyai dua bahagian (pembayang dan maksud) Mempunyai rima yang terkawal pada hujung setiap baris Jika baris pertama membawa rima a, maka baris kedua akan membawa rima b, manakala baris ketiga kembali kepada rima a dan baris keempat kembali kepada rima b Struktur rima bercorak a/b/a/b Jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan. Jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata. Ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah). Bahasa yang halus , penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup. Sarat dengann ciri-ciri tradisional- penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang menggunakannya.

FUNGSI
Cara balas membalas dalam majlis keramaian sambil menyatakan perasaan masing- masing bertujuan mengusik (gadis dan teruna) Menyampaikan pengajaran (orang tua memberi nasihat kepada anak- anak muda) Corak komunikasi berseni Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan dan adat istiadat. Sindiran atau tempelak. Melepaskan rindu dan kasih-sayang. Menyatakan penghargaan atau terima kasih. Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran. Hiburan atau jenaka

JENIS PANTUN
Pantun dua kerat Dahulu parang sekarang besi Dahulu sayang sekarang benci

Pantun empat kerat Kalau padi katakan padi Jangan saya tertampi- tampi Kalau jadi katakan jadi Tidak saya ternanti- nanti

Pantun enam kerat Timang- timang keris di bukit Keris ditempa dari sempaka Keris pandan intan Laksamana Jika kukenang hatiku sakit Hendak dilupa tidak terlupa Tanda badan hendak merana

Pantun lapan kerat Sejak berbunga daun pandan Banyak tikus di permatang Anak buaya datang pula Daun selasih tambah banyak Sejak mula dagang berjalan Tidak putus dirundung malang Banyak bahaya yang merupa Namun kasih berpaling tidak

Pantun berkait Berkait dari serangkap ke serangkap yang lain berturut- turut dengan cara diulang balik pembayang dan maksud akhir setiap rangkap Contoh : Bunga dikarang di dalam kebun Permainan raja di Jedah Sahaya tidak tahu berpantun Memohon ampun barang yang salah Permainan raja di Jedah Anak- anak mandi di sangku (digunakan dalam upacara keagamaan Hindu Kaharingan dalam persembahyangan basarah Mohonkan ampun barang yang salah Minta maaf madah terlalu

Pantun kanak- kanak Memberi hiburan dan menggambarkan kesukaan Contoh : Anak kera pandai meniti Anak ayam disambar helang Tidak terkira besarnya hati Melihat ibu sudah pulang

Pantun Orang Muda Berkaitan luahan perasaan dan mempunyai keindahan bahasa yang tinggi nilainya. Contoh : Pantun Perpisahan Burung bayang di atas kota Mati dipanah Dewa Sakti Lemah rasanya seluruh anggota Berpisah dengan pujaan hati

Pantun Dagang Kerbau menguak di tengah padang Puyuh ditepi habis lari Kita beredar di tempat orang Budi bahasa baik dicari Pantun Cinta Angin bertiup sepoi bahasa Bintang bertabur berkelip- kelipan Ingin bertaut dengan adinda Adinda seorang jiwa pujaan

Pantun Orang Tua Pantun nasihat tentang budi bahasa Dari Pauh Permatang Tetak kayu papan kemudi Dari jauh saya datang Mendengar tuan baik budi Anak cina membawa madat (candu yang dimasak dan dihisap) Dari Perak langsung ke Deli Hidup di dunia biar beradat Bahasa tidak berjual beli

Pantun bercorak agama Banyak hari antara hari Tiada semulia hari Jumaat Banyaklah nabi antara nabi Tiada semulia Nabi Muhammad

Pantun Teka- teki Kalau tuan tombak rencana Ambil gantang sukat pala Kalau tuan bijak laksana Apa binatang tiada kepala?

You might also like