You are on page 1of 31

http://wikisource.

org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Peruntukan_Sementara_dan_Peralihan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Peruntukan Sementara dan Peralihan


Jump to: navigation, search

Perkara 162. Undang-undang yang sedia ada. (1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara ini dan Perkara 163, undangundang yang sedia ada hendaklah, sehingga dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan ini, terus berkuat kuasa pada dan selepas Hari Merdeka, dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dibuat dalamnya di bawah Perkara ini dan tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dibuat oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri. (2) Jika mana-mana undang-undang Negeri meminda atau memansuhkan sesuatu undang-undang yang sedia ada yang dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, maka tiada apa-apa jua dalam Perkara 75 boleh menidaksahkan pindaan atau pemansuhan itu sematamata oleh sebab undang-undang yang sedia ada itu, yang berhubungan dengan sesuatu perkara yang berkenaan dengannya Parlimen dan juga Badan Perundangan sesuatu Negeri mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, ialah undang-undang persekutuan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Perkara 160. (3) Sebutan dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada mengenai Persekutuan yang ditubuhkan oleh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan wilayah-wilayahnya, dan mengenai mana-mana pegawai yang memegang jawatan di bawah Persekutuan itu atau mengenai mana-mana pihak berkuasa atau badan yang ditubuhkan di dalam atau bagi Persekutuan itu (termasuklah apa-apa sebutan yang kena ditafsirkan sebagai sebutan sedemikian menurut kuasa Fasal 135 Perjanjian tersebut) hendaklah ditafsirkan, berhubung dengan bila-bila masa pada atau selepas Hari Merdeka, sebagai sebutan mengenai Persekutuan (iaitu, Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957) dan wilayah-wilayahnya dan mengenai masing-masing pegawai, pihak berkuasa atau badan yang bersamaan; dan Yang diPertuan Agong boleh melalui perintah mengisytiharkan pegawai, pihak berkuasa atau badan yang manakah yang hendak dikira bagi maksud Fasal ini sebagai persamaan dengan mana-mana pegawai, pihak berkuasa atau badan yang disebut dengan mana-mana undang-undang yang sedia ada. (4) (Dimansuhkan).

(5) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah Fasal (4) boleh dipinda atau dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai perkara yang dimaksudkan oleh perintah itu. (6) Mana-mana mahkamah atau tribunal yang memakai peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada yang belum diubahsuaikan pada atau selepas Hari Merdeka di bawah Perkara ini atau selainnya boleh memakainya dengan apa-apa ubah suaian yang perlu untuk menyelaraskan dengan peruntukan Perlembagaan ini. (7) Dalam Perkara ini "ubah suaian" termasuklah pindaan, penyesuaian dan pemansuhan. Perkara 163. Penerusan buat sementara Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948 Dimansuhkan. (Dimansuhkan). Perkara 164. Fungsi sementara Majlis Perundangan-Dimansuhkan.) (Dimansuhkan). Perkara 165. Peruntukan sementara kewangan - Dimansuhkan. (Dimansuhkan). Perkara 166. Pewarisan harta. (1) (Dimansuhkan). (2) (Dimansuhkan). (3) Mana-mana tanah yang terletak pada hak Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang yang sebaik sebelum Hari Merdeka telah diduduki atau digunakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Baginda Ratu atau oleh mana-mana pihak berkuasa awam bagi maksud yang mengikut peruntukan Perlembagaan ini menjadi maksud persekutuan hendaklah pada dan selepas Hari Merdeka diduduki, digunakan, dikawal dan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh pihak berkuasa awam yang tersebut, selagi tanah itu dikehendaki bagi maksud persekutuan, dan
(a) tidaklah boleh dilupuskan atau digunakan bagi apa-apa maksud selain maksud persekutuan tanpa persetujuan Kerajaaan Persekutuan; dan (b) tidaklah boleh digunakan bagi maksud persektuan yang berlainan daripada maksud yang baginya tanah itu telah digunakan sebaik sebelum Hari Merdeka tanpa persetujuan Kerajaan Negeri itu.

(4) (Dimansuhkan). (5) (Dimansuhkan). (6) (Dimansuhkan). (7) (Dimansuhkan). (8) Mana-mana harta yang, sebaik sebelum Hari Merdeka, kena rad kepada Baginda Ratu berkenaan dengan Kerajaan Melaka atau Kerajaan Pulau Pinang hendaklah pada Hari Merdeka kena rad kepada Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang, mengikut mana-mana yang berkenaan. Perkara 167. Hak, liabiliti dan obligasi. (1) (Dimansuhkan). (2) (Dimansuhkan). (3) (Dimansuhkan). (4) (Dimansuhkan). (5) (Dimansuhkan). (6) Peguam Negara hendaklah, atas permohonan mana-mana pihak yang berkepentingan dalam apa-apa prodising undang-undang selain prosiding antara Persekutuan dengan sesuatu Negeri, memperakui sama ada apa-apa hak, liabiliti atau obligasi adalah menurut kuasa Perkara ini suatu hak, laibiliti atau obligasi Persekutuan atau sesuatu hak, liabiliti atau obligasi sesuatu Negeri yang dinamakan dalam perakuan itu, dan mana-mana perakuan sedemikian hendaklah bagi maksud prosiding itu menjadi muktamad dan mengikat semua mahkamah, tetapi tidaklah berkuat kuasa untuk menjejaskan hak dan obligasi Persekutuan dan mana-mana Negeri antara sesama mereka sendiri. (7) Persekutuan hendaklah membuat pembayaran tahunan yang sama sebagaimana yang kena dibuat sebelum Hari Merdeka di bawah Perkara II Triti yang dibuat pada enam hari bulan Mei tahun seribu lapan ratus enam puluh sembilan antara Baginda Ratu pada satu pihak dengan Raja Siam pada pihak yang satu lagi berkenaan dengan Negeri Kedah. Perkara 168. Prosiding undang-undang-Dimansuhkan. (Dimansuhkan). Perkara 169. Perjanjian, dsb., antarabangsa yang dibuat sebelum Hari Merdeka. Bagi maksud Fasal (1) Perkara 76

(a) apa-apa triti, perjanjian dan konvensyen yang dibuat sebelum Hari Merdeka antara Baginda Ratu atau pendulu-pendulunya atau Kerajaan United Kingdom bagi pihak Persekutuan atau mana-mana bahagiannya dengan suatu negara lain hendaklah disifatkan sebagai suatu triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan negara yang lain itu; (b) apa-apa keputusan yang diambil oleh sesuatu organisasi antarabangsa dan diterima sebelum Hari Merdeka oleh Kerajaan United Kingdom bagi pihak Persekutuan atau mana-mana bahagiannya hendaklah disifatkan sebagai keputusan suatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; (c) berhubung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, perenggan (a) dan (b) hendaklah terpakai dengan menggantikan sebutan mengenai Hari Merdeka dengan sebutan mengenai Hari Malaysia dan menggantikan sebutan mengenai Persekutuan atau mana-mana bahagiannya dengan sebutan mengenai wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri-Negeri itu atau mana-mana bahagiannya.

Perkara 170. Peruntukan sementara bagi orang yang layak mendaftar sebagai warganegara di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Fasal 126 Dimansuhkan. (Dimansuhkan). Perkara 171. Bahagian pilihan raya bagi pilihan raya pertama - Dimansuhkan. (Dimansuhkan). Perkara 172. Mahkamah yang sedia ada-Dimansuhkan. (Dimansuhkan). Perkara 173. Sementara menanti rayuan ke Majlis Privy - Dimansuhkan. (Dimansuhkan). Perkara 174. Jawatan kehakiman dan Peguam Negara-Dimansuhkan. (Dimansuhkan). Perkara 175. Pengarah Audit hendaklah menjadi Ketua Audit Negara yang pertama. Orang yang memegang jawatan sebagai Pengarah Audit sebaik sebelum Hari Merdeka hendaklah, mulai dari hari itu, memegang jawatan sebagai Ketua Audit Negara atas terma-terma

dan syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum Hari Merdeka. Perkara 176. Pertukaran pegawai. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan mana-mana undang-undang yang sedia ada, semua orang yang berkhidmat berkaitan dengan hal ehwal Persekutuan sebaik sebelum Hari Merdeka hendaklah terus mempunayi kuasa yang sama dan menjalankan fungsi yang sama pada Hari Merdeka atas terma-terma dan syarat-syarat yang sama seperti yang terpakai bagi mereka sebaik sebelum Hari Merdeka. (2) Perkara ini tidak terpakai bagi Persuruhjaya Tinggi atau Ketua Setiausaha. Perkara 177. Mengetepikan atau menagguhkan sumpah jawatan jika pelantikan diteruskan di bawah Bahagian ini. Seseorang yang, dibawah mana-mana peruntukan Bahagian ini, memegang jawatan di bawah Persekutuan oleh sebab orang itu telah menjadi pemegang suatu jawatan yang bersamaan sebaik sebelum Hari Merdeka boleh, sehingga diperuntukan selainnya oleh Parlimen, melaksanakan fungsinya tanpa mengangkat sumpah yang dikehendaki dalam hal pemegang lain jawatan itu. Perkara 178. Saraan selepas Hari Merdeka. Sehingga diperuntukan selainnya oleh Parlimen, saraan yang kena dibayar kepada orang yang memegang jawatan Perdana Menteri dan jawatan Menteri-Menteri yang lain hendaklah masingmasingnya sama seperti yang kena dibayar, sebaik sebelum Hari Merdeka, kepada Ketua Menteri dan Menteri-Menteri lain Persekutuan. Perkara 179. Sumbangan berkenaan dengan perkhidmatan bersama. Apa-apa perjanjian yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka yang berhubungan dengan perkadaran saraan yang kena di bayar oleh Persekutuan dan mana-mana Negeri berkenaan dengan apa-apa pekerjaan yang disebut dalam Fasal (2) Perkara 133 hendaklah terus berkuat kuasa sehingga digantikan dengan suatu perjanjian atau undang-undang persekutuan yang baru. Perkara 180. Pemeliharaan pencen, dsb. (1) Jadual Kesepuluh kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, hendaklah terus berkuat kuasa pada dan selepas Hari Merdeka, tetapi dengan ubah suaian bahawa apa-apa sebutan dalamnya mengenai Persuruhjaya Tinggi hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong. (2) Jadual tersebut hendaklah bagi maksud Perlembagaan ini disifatkan sebagai undang-undang persekutuan dan boleh, tertakluk kepada peruntukan Perkara 147, dipinda dan dimansuhkan dengan sewajarnya.

(3) Dalam pemakaiannya bagi mana-mana undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (2), Perkara 147 hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah sebutan dalamnya mengenai sesuatu imbuhan termasuk pampasan.

http://nuarrualhilal.wordpress.com/2009/09/16/agama-islam-dalam-perlembagaan-malaysia/

Agama Islam Dalam Perlembagaan Malaysia


Posted on September 16, 2009 | 2 Comments

Islam adalah agama rasmi Malaysia. Ini diperuntukkan di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi: Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan. Namun begitu, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. (Perkara 3(1)). Agama Islam merupakan agama rasmi bagi penduduk-penduduk di Semenanjung Malaysia atau Tanah Melayu semenjak abad ke 13 lagi. Pada masa itu, agama Islam bukan sahaja diterima dalam bentuk ibadat tetapi dalam bentuk undang-undang negeri. Ini boleh dilihat di dalam Hukum Qanun Melaka, Qanun Laut Melaka, Qanun Pahang, Undang-undang Johore, Undangundang Riau, Undang-undang Kedah, Undang-undang Lima Fasal Riau, Undang-undang Sembilan Puloh Sembilan Perak dan sebagainya yang berkuatkuasa di negeri-negeri di Tanah Melayu. Undang-undang ini melibatkan undang-undang jenayah, pentadbiran, perdagangan (muamalat), perwarisan, undang-undang keluarga dan sebagainya. Walaupun setelah kedatangan kuasa-kuasa barat Portugis, Belanda dan Inggeris, undangundang Islam ini masih lagi diamalkan oleh penduduk-penduduk tempatan. Ini dinyatakan sendiri oleh Hakim Thorne dalam kes Ramah lwn Laton dan Syaikh Abdul Latif lwn Ilyas Bux. Walau bagaimanapun, undang-undang Islam telah digantikan dengan undang-undang Inggeris melalui First Charter of Justice 1807, Second Charter of Justice 1826 dan Third Charter of Justice 1837 di negeri-negeri Melayu. Seterusnya dicengkam kuat dengan Civil Law Enactment, Civil Law Ordinance dan Civil Law Act. Ini dapat dilakukan melalui peranan yang dimainkan oleh penasihat-penasihat/residen-residen Inggeris di dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Persoalan yang boleh ditimbulkan adalah: Bagaimana hal perkara ini boleh berlaku? a) Adakah Sultan-sultan dan Pembesar-pembesar Melayu telah ditekan oleh pihak penjajah bagi melaksanakan undang-undang Inggeris, sebagai balasan kedudukan dan kepentingan mereka dijamin dan diiktiraf oleh Inggeris? Atau,

b) Adakah pentadbiran undang-undang Islam yang tersedia ada ketika itu di tanah Melayu tidak efisien dan tidak semaju undang-undang Inggeris sehingga memungkinkan ianya perlu diganti dengan undang-undang Inggeris? Atau, c) Adakah pada masa itu tiada pentadbir-pentadbir dan pembesar-pembesar Melayu, ulamaulama dan pemikir-pemikir Islam yang berupaya untuk berjuang bagi melindungi kedudukan undang-undang Islam daripada digantikan oleh undang-undang Inggeris? Atau, d) Adakah pada masa itu di Tanah Melayu tiada atau kekurangan pakar-pakar dalam undangundang Islam bagi melaksanakan pentadbiran undang-undang Islam dan memajukannya? Atau, e) Adakah tujuan sebenar Inggeris datang ke Tanah Melayu untuk mengubah undangundang Islam, dan seboleh mungkin menguasai ekonomi dan politik Tanah Melayu bagi kepentingan dan hegemoni mereka berdasarkan prinsip God, Gold, Glory? Setakat ini, pada hemat saya, tidak ada penyelidikan-penyelidikan dan sumber-sumber khusus yang boleh menjawab persoalan-persoalan akademik di atas. Menurut Perlembagaan, semua rakyat Malaysia berhak memilih mana-mana agama yang mereka sukai. Ini dinyatakan dalam Perkara 11 (1). Perkara ini juga ditekankan dalam Perkara 12(3), yang berbunyi: Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada agamanya sendiri. Namun begitu, Perkara 11(3) Perlembagaan, memberi hak kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain ke atas orang-orang Islam. Selanjutnya kebebasan agama ini tertakluk, menurut Perkara 11(5), kepada undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak. Bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 belas tahun, agamanya ditentukan oleh ibubapa atau penjaganya. Ini dinyatakan di dalam Perkara 12(4). Suatu persoalan boleh diutarakan menurut peruntukan-peruntukan di atas, iaitu: a) Apakah yang dimaksudkan dengan agama persekutuan ini? Dan,

b) Adakah maksud agama di sini melibatkan juga undang-undang, dasar, pembangunan dan pentadbiran di Malaysia mesti tertakluk kepada ajaran-ajaran agama Islam? Kebanyakan undang-undang di Malaysia adalah undang-undang sekular. Undang-undang tersebut pada asasnya adalah undang-undang Inggeris. Ini dinyatakan secara jelas dalam Akta Undang-undang Sivil 1956 dan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang Islam menurut peruntukan Perlembagaan hanya bertumpu kepada soal undang-undang personal (seperti perkahwinan, perceraian, wakaf, zakat, pengurusan masjid, baitul-mal dan perwarisan)

sebagaimana yang dinyatakan di dalam Senarai II (1) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan enakmen-enakmen pentadbiran undang-undang Islam negeri-negeri. Seterusnya undang-undang Islam ini hanya dikuatkuasakan oleh negeri-negeri di Persekutuan. Hanya negeri-negeri yang mempunyai bidang kuasa dalam menggubal dan melaksanakan undangundang Islam itu menurut enakmen-enakmen pentadbiran agama Islam masing-masing. Namun bidang kuasa Negeri dan Mahkamah Syariah negeri-negeri tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan (Senarai I, Senarai Persekutuan) dan undang-undang persekutuan yang lain. Menurut Suruhanjaya Reid (Report of the Federation of Malaya Constitutional Comission, London, Her Majestys Statitonery Office, 1957 No. 330 or the Reid Commission Report) mengenai agama Islam: The observation of this principle shall not impose any liability on non-Muslim natives professing and practising their religions and shall not imply that the State is not a secular State(emphasis added). Begitu juga dengan kenyataan daripada Hakim Abdul Hamid, salah seorang ahli Suruhanjaya Reid mengenai Islam as a State Religion, di mana kata beliau, pada perenggan 11: It has been recommended by the Alliance that the Commission should contain a provision declaring Islam to be the religion of the State. It was also recommended that it should be made clear in that provision that a declaration to the above effect will not prevent the State from being a secular State(emphasis added). Jelas berdasarkan kenyataan di atas, fungsi agama Islam hanyalah sebagai agama rasmi Persekutuan. Fungsinya tidak akan menidakkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Sekali lagi pemahaman di atas telah diikat lagi menurut saranan Kertas Putih (White Paper) iaitu: There has been included in the Federal Constitution a declaration that Islam is the religion of the Federation. This will not in no way affect the present position of the Federation as a secular state(emphasis added). Seterusnya, pernyataan-pernyataan di atas telah diperkuatkan dalam Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ 55. Di dalam kes ini, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa undang-undang Islam hanya terpakai untuk perkara-perkara mengenai perkahwinan, perceraian dan perwarisan untuk orang-orang Islam sahaja. Dengan perkataan lain, agama Islam hanyalah wujud sebagai suatu majlis penting (ceremonial significance) sahaja, tidak melibatkan pelaksanaan undang-undang Islam secara menyeluruh di dalam pentadbiran negara. Mahkamah Agung juga memutuskan bahawa apabila negara telah mencapai Kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan, melalui Perkara 162, menegaskan untuk meneruskan pemakaian undang-undang sekular sebagaimana yang telah diamalkan sebelum penguatkuasaan Perlembagaan. Namun begitu, selepas Che Omar, selepas 12 tahun kemudian, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Meor Atiqulrahman bin Ishak & Lain-lain lwn Fatimah bte Sihi & Lain-lain [2000] 5 MLJ

375, memutuskan bahawa agama Islam adalah suatu cara hidup yang sempurna (a complete way of life) Lanjutan daripada maksud radikal yang diputuskan dalam Meor Atiqulrahman, timbul beberapa persoalan baru. a) Sama ada niat yang telah dicetuskan dalam Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih mengenai Perkara 3 melibatkan maksud agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam telah ditolak? b) Sekiranya niat atau maksud yang dinyatakan dalam Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih itu telah ditolak, bolehkah maksud baru (iaitu agama Islam adalah suatu cara hidup yang sempurna) yang dicanangkan di dalam Meor Atiqulrahman diguna pakai? c) Tidakkah dengan penolakan maksud yang diniatkan oleh Suruhanjaya Reid dalam Meor Atiqulrahman itu telah melanggar Perlembagaan itu sendiri sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Reid and Kertas Putih itu? d) Bolehkah Malaysia bertitik tolak daripada keputusan Meor Atiqulrahman melaksanakan agama Islam ini dalam ertinya yang sebenar iaitu sebagai suatu cara hidup yang sempurna termasuk melaksanakan undang-undang Islam? Sebenarnya pihak Inggeris telah separuh berjaya dalam misi mereka untuk menjadikan Tanah Melayu atau Malaysia sebagai bukan sebuah negara Islam atau dengan perkataan lain sebuah negara sekular. Untuk menyalahkan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu juga tidak tepat. Ini adalah kerana syarat-syarat yang ditetapkan oleh Inggeris perlu dipenuhi. Sekiranya tidak, Inggeris mungkin tidak akan memberikan kemerdekaan kepada kita. Mendapatkan kemerdekaan amatlah penting, supaya apabila Merdeka, rakyat Malaysia sendiri yang akan mengurus, mentadbir dan membangunkan negera berdasarkan nilai dan keperluan tempatan. Pada hari ini rekod menyaksikan negara kita Malaysia telah mengecapi pelbagai kejayaan dalam lapanganlapangan kehidupan, baik daripada segi ekonomi, pendidikan, sosial dan pembangunan. Kejayaan ini mungkin tidak dapat dicapai sekiranya negara kita masih lagi di dalam cengkaman penjajahan dengan masalah rakyat yang tidak bersatu, tidak berkompromi dan saling bermusuhan serta berselisih pandangan dalam menentukan syarat-syarat kemerdekaan. Dalam hal ini, berdasarkan fakta ketika itu dan berdasarkan alasan on the balance of probability dan maslahah ammah (kepentingan umum) tindakan berkompromi pejuang-pejuang kemerdekaan untuk mendapatkan kemerdekaan tertakluk kepada syarat-syarat Inggeris, adalah tepat. Boleh juga dihujahkan bahawa fakta ini semacam fakta yang berlaku dalam perjanjian Hudaybiah dahulu antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir Quraish Mekah. Mungkin juga terdapat pandangan bahawa negara Malaysia bukan sebuah negara Islam kerana kedudukan Islam hanyalah sebagai agama rasmi dan bukan bermaksud merangkumi keseluruhan kehidupan termasuk undang-undang. Ini dapat dibuktikan melalui peruntukanperuntukan di dalam Perlembagaan Negara, contohnya Perkara 3(1), (4), Perkara 4, Senarai I (4) (Senarai Persekutuan) dan Senarai II (1) Jadual kesembilan (Senarai Negeri) daripada Perlembagaan Persekutuan, dan peruntukan-peruntukan di dalam Akta Sivil 1965 (khususnya

seksyen 3 dan 5). Dengan perkataan lain, kedudukan agama Islam di Malaysia masih lagi tidak jelas dan kabur, atau separuh Islam, separuh lagi tidak Islam (sekular). Seterusnya tiada ketegasan politik dan kekurangan political will dalam soal ini terus membelenggui maksud agama rasmi itu. Pandangan ini ada benarnya. Kita seharusnya berfikiran positif dalam menafsirkan maksud agama rasmi sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan. Memang benar menurut Suruhanjaya Reid, Kertas Putih dan Che Omar, agama rasmi ini hanya berbentuk ritual dan tidak merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk undang-undang, dasar-dasar kerajaan dan pentadbiran negara. Namun begitu, selepas 12 tahun kemudian, Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi di Malaysia) di dalam Meor Atiqulrahman, mengambil pendekatan berbeza, iaitu agama Islam itu bermaksud a way of life. Ini juga boleh dihujahkan, undang-undang di Malaysia perlu juga berlandaskan kepada ajaran-ajaran Islam. Dengan lain perkataan, pendekatan ini dalam Meor Atiqulrahman akan membuka ruang yang lebih luas kepada agama Islam untuk diamalkan bukan setakat amalan ritual, malahan dalam ruang lingkup yang lebih luas lagi, termasuk undang-undang. Secara alternatifnya, kita perlu menggunakan pendekatan terbaru ini secara optimum dalam membangunkan agama Islam dan umat Islam di Malaysia. Ini juga merupakan pendirian alMarhum Profesor Emeritus Ahmad Ibrahim. Selanjutnya pada saya, sebagaimana undang-undang, Perlembagaan Negara juga adalah suatu living document. Maksudnya, walaupun peruntukan-peruntukan Perlembagaan merupakan suatu undang-undang asas Negara, namun ianya boleh diubah dan disesuaikan menurut keperluan dan kehendak tempatan. Ia bergantung kepada kehendak dan keinginan rakyat Malaysia amnya dalam mencorak dan membentuk sesuatu peruntukan itu. Justeru, selepas 52 tahun Merdeka, terdapat pelbagai penggubalan undang-undang melibatkan Perlembagaan Persekutuan bagi menyesuaikan dengan keperluan-keperluan tempatan. Sebagai contohnya, penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah menurut Perkara 121 (1A) dan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Sivil yang bukan hanya tertakluk kepada peruntukan undang-undang, malahan bergantung kepada peruntukan-peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008. Perlu diketahui bahawa pemakaian undang-undang Inggeris hanya setakat ianya tidak berlawanan dengan keperluan tempatan. Sekiranya, menurut keperluan tempatan dan selagi dibenarkan oleh penduduk tempatan, sesuatu undang-undang Inggeris itu tidak terpakai dan tidak sesuai, kita boleh menggunakan undang-undang lain termasuk undang-undang Islam. Ini dinyatakan dengan jelas menurut proviso seksyen 3(c) Akta Undang-undang Sivil 1956. Melihat kepada perkembangan agama Islam sejak negara kita mencapai kemerdekaan, pembangunan agama Islam dan umat Islam berlaku amat pesat sekali. Ini amat membanggakan, berbanding dengan kedudukan agama Islam dan umat Islam sebelum Merdeka. Kejayaan ini bukan datang menggolek, malahan kejayaan ini merupakan hasil berkat perjuangan keras orangorang terdahulu, khususnya mereka yang terlibat dalam mencapai Kemerdekaan daripada Inggeris dan berhimpus-pulas menyediakan tapak baru untuk suatu negara yang baru Merdeka. Merekalah yang merupakan pembuat-pembuat dasar dan pelaksana-pelaksananya, sehingga

hasilnya kita nikmati kini. Ini termasuk meletakkan agama Islam itu sebagai agama rasmi Persekutuan. Sebagai status agama rasmi, Islam diletakkan dalam kedudukan yang istimewa. Secara ringkas, ingin saya jelaskan beberapa fakta penting mengenai agama Islam dan kesannya yang diletakkan dalam kedudukan istimewa ini. 1) Kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara telah memberikan pelbagai bentuk keistimewaan kepada agama dan umat Islam untuk kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai kemajuan Islam; 2) Kerajaan telah meninggikan martabat Islam dengan melantik seorang Menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan tanggungjawab berhubung hal ehwal Islam; 3) Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Undang-undang Syariah dan Sivil. Jawatankuasa ini memantau perundangan Negara, jika ada undang-undang sivil atau peraturan yang bertentangan dengan syariah, maka undang-undang sivil atau peraturan itu akan dibatalkan; 4) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan seorang Ketua Pengarahnya telah ditubuhkan; 5) Mahkamah Syariah pula diwujudkan di tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Kedudukan Mahkamah Syariah telah dijamin dalam sistem perundangan Negara menurut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuanl 6) Jaminan dalam Perlembagaan mengenai pengeculian undang-undang Islam daripada tertakluk kepada undang-undang darurat menurut Perkara 150 (6A) Perlembagaan Persekutuan; 7) Yang di Pertuan Agong, Raja dan Sultan adalah ketua agama Islam. Dalam menjalankan tugas baginda sebagai ketua agama Islam, baginda mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO); 8) Menurut Perkara 153 (1) adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang-orang Melayu. Disebabkan Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak boleh dipisahkan menurut Pelembagaan, maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk melindungi agama Islam itu sendiri. Begitu jugalah hal keadaannya mengenai Sumpah Bagi Yang di Pertuan Agong bagi memelihara agama Islam; 9) Kerajaan telah meninggikan syiar Islam dengan melaksanakan penerapan nilai-nilai Islam dalam semua bidang kehidupan sejak Merdeka. Antaranya ialah: a) Tilawah al-Quran yang mendapat sambutan baik dari seluruh dunia, kini menjadi acara tahunan dalam kalendar rasmi negara;

b) Akta Pelajaran 1961 menetapkan subjek Agama Islam mesti dimasukkan ke dalam jadual waktu pelajaran biasa bagi murid-murid beragama Islam di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan selama 120 minit seminggu. Guru-guru agama juga dilantik bagi mengajar subjek itu; c) Silibus subjek agama Islam bagi sekolah rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6 mengandungi bab aqidah, ibadat, akhlak, sejarah rasul dan bacaan al-Quran; d) Bagi sekolah menengah pula (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6), silibus subjek agama Islam meliputi Tauhid, Fiqah, Sejarah Islam, ayat al-Quran dan Hadis. e) Minuman arak dilarang dalam majlis-majlis rasmi dan jamuan negara dan juga di mesmes pegawai polis dan tentera. f) Penubuhan kelas-kelas KAFA dan Fardu Ain kepada pelajar-pelajar sekolah.

g) Sokongan kerajaan atas program-program keagamaan sebagai contoh Maal Hijrah, Maulid Nabi, cuti untuk hari-hari kebesaran Islam misalnya Hari Nuzul al-Quran dan Awal Ramadan. Langkah-langkah kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai program kemajuan hal ehwal Islam telah memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Islam dan meneguhkan lagi pegangan mereka kepada agama. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi ini juga telah membolehkan Kerajaan Persekutuan menggunakan wang dari Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan (Federal Consolidated Fund) pada peringkat Persekutuan dan Negeri untuk tujuan membiayai perkembangan agama Islam. Ini terbukti apabila kerajaan telah mewujudkan beberapa institusi Islam seperti penubuhan pusat pendidikan Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Bank Islam (M) Berhad, Sistem Insurans Islam (Takaful), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan sebagainya termasuk institusi-institusi/agensi-agensi Islam negeri-negeri dan badan-badan swasta serta badan-badan sukarela (NGOs). Semuanya ini bertujuan mengembangkan syiar Islam dan sekaligus membangunkan umat Islam dalam segala aspek kehidupan harian. Ingin saya juga tekankan bahawa walaupun kedudukan agama Islam ini adalah istimewa yang mengharuskan mendapat pelbagai layanan kelas pertama daripada Kerajaan, namun ini tidak menjejaskan sedikit pun akan kebebasan melaksanakan agama-agama lain oleh penganutpenganutnya. Jelas benar, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dihayati sepenuhnya oleh masyarakat dan kerajaan kita. Sebagai mengakhiri tulisan ini, pada pandangan saya, bagi melaksanakan agama Islam sepenuhnya di negara kita, termasuk menjalankan undang-undang Islam, bukan hanya setakat peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diubah, tetapi yang paling penting adalah keazaman politik (political will) dan kesedaran masyarakat/ummat Islam di Malaysia tentang peri pentingnya mengamalkan ajaran Islam perlu diwujudkan dan pergiatkan

bagi melaksanakan program-program dan projek-projek besar Islam yang bersesuaian dengan kehendak-kehendak Islam itu sendiri. Justeru, perjuangan bagi memartabatkan agama Islam masih lagi terus berlangsung, belum berakhir. Perjuangan ini perlu lagi diteruskan. Perjuangan ini memerlukan kader-kader baru, pentadbir-pentadbir, pejuang-pejuang, pemikir-pemikir dan pekerja-pekerja baru bagi mengisi kemerdekaan dan melaksanakan agama Islam, dakwah Islam, pemahaman Islam dan programprogram keislaman di segenap pelusuk lapangan kehidupan, termasuk undang-undang, di Malaysia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerintahan_beraja

Pemerintahan beraja
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian dari siri politik mengenai

Pemerintahan beraja

Kepelbagaian [tunjuk] Sejarah [tunjuk] Topik berkaitan [tunjuk]

Portal Pemerintahan beraja

pbs

Rencana ini adalah sebahagian dari siri-siri politik

Dasar Pemerintahan Kerajaan

Senarai bentuk kerajaan


Anarki Aristokrasi Demarki Demokrasi Demokrasi tulen Demokrasi perwakilan Demokrasi kesepakatan

Despotisme Diktator Autokrasi Autoritarianisme Junta ketenteraan Totalitarianisme

Epistemokrasi Etnokrasi Exilarki Federalisme Feudalisme Gerontokrasi Junta ketenteraan

Kleptokrasi Komunisme Konfederasi Korporatokrasi Kratokrasi Kritokrasi Kritarki Logokraki Meritokrasi Geniocracy

Minarkisme/Night Watchman Monarki Raja berperlembagaan Raja mutlak Diarki/Kerajaan sama

Negara boneka Negara Konsosiasional Nookrasi Oklokrasi/Mobokrasi Oligarki Panarkisme Pemerintahan Diktator Diktator ketenteraan

Plutokrasi Puak Republik Crowned Capitalist Constitutional Federal Parliamentary

Federal

Negara Sosialis Sosiokrasi Teknokrasi Siberokrasi Netokrasi

Teokrasi Teodemokrasi Timokrasi

Portal politik
pbs

Pemerintahan beraja atau Monarki (dari bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan. Perbezaan diantara Raja dengan Presiden sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya, manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara persekutuan seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif. Monarki demokratik atau dalam bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya (hereditary monarchies). Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta monarki demokratik. Bagi kebanyakan negara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta Panglima Besar angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam,

manakala di United Kingdom dan negara di bawah naungannya, Ratu Elizabeth II adalah ketua agama Kristian Protestan. Selain Raja, terdapat beberapa jenis pemerintah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas seperti Maharaja dan Kalifah.

http://sahabatmantap2.wordpress.com/2007/05/13/bab-18/

BAB 18 : Pemerintahan Beraja atau Republik?


Janganlah kita silap untuk memahami tujuan puak pelampau. Mereka tidak puas hati dengan Malaysia yang kita kenali. Malaysia yang kita telah bina. Mereka mahu meruntuhkan seluruh binaan dan membinanya semula kemudian kelak. Menurut apa yang saya dengar, mereka berazam hendak menghapuskan pemerintahan beraja dan menubuhkan sebuah republik. Menurut pelampau-pelampau itu, perbelanjaan bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong dan RajaRaja adalah membazirkan wang. Dan dengan kerana itu mereka mahu jawatan Sultan di semua negeri dihapuskan. Mereka mendakwa bahawa kebanyakan negara lain telah membuang pemerintahan beraja, dan menyatakan bahawa wang yang dibelanjakan untuk menegakkan kebesaran dan kedaulatan Raja-Raja itu membazir semata-mata. Saya suka mengingatkan bahawa dalam negara yang telah menegakkan pemerintahan republik bagi menggantikan pemerintahan beraja, wang yang telah diselamatkan itu telah diboroskan dengan cara lain. Sesunggohnya banyak negara yang telah melakukan perubahan sistem pemerintahan dan. kemudian mendapati diri mereka menghadapi kekurangan wang sekalipun mereka tidak payah lagi membuat peruntukan bagi perbelanjaan diraja. Sebenarnya negara-negara itu juga tidak boleh menyelamatkan wang negara sekalipun mereka tidak perlu lagi mengadakan peruntukan diraja kerana jika negara itu tidak ada Raja dan bercorak republik. ia mesti mempunyai seorang Presiden, dan taraf serta kedudukan Presiden itu perlu dipelihara sama seperti Raja itu juga. Di zaman pemerintahan penjajah dulu, negara-negara itu dapat menyimpan wang dari hasil mahsulnya sekalipun mereka kena mengadakan peruntukan bagi Raja-Raja, dan memberi sumbangan mereka kepada khazanah Kerajaan penjajah yang memerintah mereka. Sekarang mereka menjadi miskin sekalipun mereka tidak ada Raja dan penjajah. Ke manakah segala kekayaan itu ghaib? Lihat sahaja sekeliling dunia. Kenapa negara-negara yang mempunyai raja berperlembagaan pada umumnya kaya dan makmur. Kita boleh misalkan sesebuah negara itu sebagai rumah bagi penduduknya, sama seperti sebuah rumah itu sebagai tempat duduk bagi seseorang. Jika orang itu berbangga dengan tempat kediamannya, maka tentulah dia akan mencurahkan wangnya untuk menghias rumah itu supaya dapat menikmati keselesaan dan keindahan.

Begitu jugalah rakyat sesebuah negara boleh berbangga bukan sahaja dengan cara ia ditadbir, bahkan juga cara bagaimana dapat mempertahankan adat-resam dan istiadat. Mereka berbangga dengan cara pemerintahan beraja yang mereka pusaka kerana Raja menjadi simbol kebanggaan mereka. Di Eropah, Britain, tiga buah negeri dalam gabungan Scandinavia, Belanda, Belgium dan Greece semuanya mempunyai pemerintahan beraja. Di Timor Tengah dan Afrika, Saudi Arabia, Iran, Jordan. Morocco dan Habshah ialah negara-negara beraja. Di Timor Jauh, Jepun, Thailand, Laos dan Malaysia juga beraja. Dan di Kampuchea mereka mempunyai pemerintahan beraja cara mereka sendiri. Dalam kebanyakan negara tersebut, perubahan yang penting telah dilakukan. Maharaja atau Raja tidak lagi mempunyai kuasa mutlak. Mereka menjadi simbol adat dan kebesaran sesebuah negara. Di Malaysia, orang Melayu sentiasa taat kepada dalam sepanjang sejarah kita, kerana kita sentiasa mengakui Sultan sebagai ketua negeri. Orang Melayu yang tidak pernah mendapat kesempatan mempunyai sebuah negara itu telah hidup dalam Semenanjung yang terbahagi kepada beberapa buah negeri, setiap negeri mengamalkan satu corak pemerintahan yang serupa iaitu kesemuanya mempunyai Raja. Keadaan telah berubah dalam zaman moden ini. Malaysia sekarang telah menjadi satu negara yang berupa Persekutuan Negeri-Negeri. Dalam sesebuah Persekutuan sebagaimana di Amerika Syarikat atatau Kanada; sesebuah negeri itu mempunyai seorang gabenor dan ada perlembagaannya sendiri yang berlainan daripada Perlembagaan Persekutuan. Dan mana-mana Perlembagaan jua pun berkehendakkan supaya ada seorang Ketua Negeri, yang nama dan tandatangannya menjadi meteri kekuasaan yang mutlak bagi undang-undang dan kerajaan. Apa yang telah kita lakukan di Malaysia ialah mencantumkan sistem yang lama dan yang baru. Daripada 13 negeri dalam Persekutuan, sembilan mempunyai Raja dan empat mempunyai Gabenor sekalipun gelarannya berlainan Mereka yang dipanggil pelampau itu kesemuanya terdiri daripada orang Melayu, iaitu satu kaum yang sentiasa mempunyai adat-resam beraja. Kehormatan yang diberikan oleh orang Melayu kepada Raja mereka telah menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka. Oleh yang demikian payah hendak difahami kenapa pelampau-pelampau ini mahu menghapuskan adat yang telah menjadi darah daging orang Melayu. Sebilangan pelampau ini telah menuntut di England dan berkahwin dengan perempuan Eropah. Saya tidak dapat memahami kenapa orang yang telah mendapat ilmu pengetahuan di England tidak membuka mata mereka semasa berada di sana untuk memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Semasa saya tinggal di England selama 12 tahun, saya sangat tertarik hati dengan cara orang Inggeris menumpahkan taat setia mereka kepada Raja dan Ratu mereka. Sebenarnya orang Inggeris sentiasa membentuk cara hidup mereka menurut zaman pemerintahan Raja-Raja mereka. Misalnya mereka merujuk kepada mana-mana generasi dengan menyebut zaman pemerintahan seseorang Raja.

Sebagaimana yang dunia ketahui, orang Inggeris adalah bangsa yang terpe1ajar; tetapi mereka juga tahu apa yang baik untuk masyarakat mereka. Dengan kerana itu pemerintahan beraja tidak pernah luput daripada sejarah mereka. Pada zaman ini mereka tidak lagi menyifatkan Raja sebagai pelindung mereka seperti zaman silam, atau pun mencari perlindungan untuk keselamatan di bawah naungan Raja itu. Mereka cuma menerima Raja sebagai simbol kemegahan mereka di masa lampau dan untuk memenuhi kehendak perlembagaan. Tidakkah pelampau-pelampau yang berdarah muda ini dan yang menggelar diri mereka bijak pandai dapat melihat semua itu semasa mereka berada di sana? Apabila saya bertanya apakah yang mereka akan buat bagi menggantikan Raja supaya orang Melayu sentiasa merasai diri mereka anak watan, terjamin dan ada perlindungan, mereka menjawab bahawa mereka akan memikirkan hal itu apabila sampai masanya. Saya tidak dapat memahami apakah tujuan jawapan mereka itu. Memanglah benar bahawa politik yang dijalankan atas asas-asas demokrasi tidak dapat menjamin seseorang ahli politik itu terpilih lagi dalam pilihan raya yang akan datang, atau pun parti itu juga yang akan dipilih memegang kuasa. Ahli-ahli politik dan parti politik naik dan turun, tetapi Raja tetap di atas takhta masing-masing. Raja dapat menimbulkan rasa kepercayaan di sisi semua orang dan dapat mengadakan pemerintahan yang berturun-temurun dalam sejarah sesebuah negara. Bagi orang Melayu pula, Raja dapat menimbulkan rasa keperibadian mereka. Sesungguhnya perasaan keperibadian orang Melayu yang bertali dengan Raja mereka menjadi sebab kenapa parti-parti pembangkang bukan Melayu telah bertubi-tubi melancarkan kemnpen pilihan raya menentang hak-hak orang Melayu. Adakah pelampau ini mahu memainkan politik yang sama dengan pembangkang bukan Melayu itu? Mengenai dengan wang yang dibelanjakan kerana memelihara kedudukan Sultan, saya sendiri berpendapat bahawa wang itu telah dibelanjakan dengan mendatangkan faedah kepada negara kerana pada hari ini kita menjadi salah sebuah negara yang termakmur. Di Asia. Dan Raja-Raja telah memainkan peranan dengan cergas menurut Perlembagaan. Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen, dan melakukan upacara pembukaan penggal baru bagi persidangan Parlimen dengan memberi titah ucapan yang mengandungi dasar yang Kerajaan akan laksanakan. Bagindalah yang menjadi puncak kehormatan negara dan tunggak keadilan Baginda bertindak dengan nasihat Perdana Menteri. Persetujuan Baginda mestilah diperoleh terlebih dahulu untuk melantik Perdana Menteri dan menubuhkan Kabinet. Ringkasnya, Yang di-Pertuan Agong adalah sumber yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Rakyat Malaysia telah mempersetujui sebuah Perlembagaan dan dalam Perkara 7 Perlembagaan tertulis bahawa Persekutuan hendaklah menjamin hak Rara-Raja setiap negeri menaiki takhta Kerajaan Negeri itu dan haknya memegang, memakai dan menjalankan hak dan kelebihannya sebagai Raja Negerinya menurut Perlembagaan Negeri itu. Pertelingkahan berkenaan dengan hak menaiki takhta kerajaan sesuatu negeri itu hendaklah diputuskan semata-mata oleh pihak yang tertentu dan dengan cara yang ditentukan oleh Perlembagaan Negeri itu.

Perlembagaan mengatasi segalanya dan mestilah dipatuhi oleh semua orang, daripada Yang diPertuan Agong hinggalah kepada rakyat jelata. Jika sebarang pindaan hendak dilakukan dalam Perlembagaan, maka pindaan itu cuma boleh dibuat atas syarat-syarat mengenai pentadbiran harian. Bencana yang besar akan menimpa sesebuah negeri kiranya dilakukan sebarang percubaan hendak membuat pindaan yang besar ke atas Perlembagaan. Oleh yang demikian Perlembagaan yang diletakkan di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agong itu adalah menjadi satu jaminan yang kekal bagi meneruskan pentadbiran yang teguh. Pelampau-pelampau yang terdiri daripada orang muda ini tidak menghiraukan tentang keteguhan yang Malaysia nikmati sejak merdeka. Mereka seolah-olah tidak memahami apa ertinya keteguhan itu dan pentingnya untuk kemajuan dan pembangunan yang orang Melayu mendapat faedah daripadanya. Mereka menuntut supaya diadakan perubahan tanpa menghiraukan sebarang akibat yang akan timbul. Tidak ada salahnya hendak mengadakan perubahan dengan syarat perubahan itu akan menghasilkan keadaan yang lebih baik kepada kita semua, tetapi jika perubahan itu semata-mata kerana sesuatu muslihat dan untuk kepentingan sesuatu pihak sahaja, maka tidaklah ia mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara. Perubahan yang seumpama itu tentu-lah akan merosakkan corak penghidupan kita. Jika pelampau-pelampau itu berkeras hendak mengadakan perubahan yang besar itu, maka mestilah mereka sanggup bertanggungjawab di atas bencana yang akan menimpa negara. . Saya nasihatkan pelampau-pelampau ini supaya jangan menghambat bayang-bayang. Marilah kita semua berpuas hati dengan apa yang kita telah capai sehingga hari ini kerana seluruh dunia memandang tinggi dan memuji di atas apa yang telah kita capai. Marilah kita bersyukurr dengan segala rahmat Tuhan.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerintahan_beraja

Pemerintahan beraja
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian dari siri politik mengenai

Pemerintahan beraja

Kepelbagaian [tunjuk] Sejarah [tunjuk] Topik berkaitan [tunjuk]

Portal Pemerintahan beraja

pbs

Rencana ini adalah sebahagian dari siri-siri politik

Dasar Pemerintahan Kerajaan

Senarai bentuk kerajaan


Anarki Aristokrasi Demarki Demokrasi Demokrasi tulen

Demokrasi perwakilan Demokrasi kesepakatan


Despotisme Diktator Autokrasi Autoritarianisme Junta ketenteraan Totalitarianisme

Epistemokrasi Etnokrasi Exilarki Federalisme Feudalisme Gerontokrasi Junta ketenteraan Kleptokrasi Komunisme Konfederasi Korporatokrasi Kratokrasi Kritokrasi Kritarki Logokraki Meritokrasi Geniocracy

Minarkisme/Night Watchman Monarki Raja berperlembagaan Raja mutlak Diarki/Kerajaan sama

Negara boneka Negara Konsosiasional

Nookrasi Oklokrasi/Mobokrasi Oligarki Panarkisme Pemerintahan Diktator Diktator ketenteraan

Plutokrasi Puak Republik Crowned Capitalist Constitutional Federal Parliamentary Federal

Negara Sosialis Sosiokrasi Teknokrasi Siberokrasi Netokrasi

Teokrasi Teodemokrasi Timokrasi

Portal politik
pbs

Pemerintahan beraja atau Monarki (dari bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada

jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan. Perbezaan diantara Raja dengan Presiden sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya, manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara persekutuan seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif. Monarki demokratik atau dalam bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya (hereditary monarchies). Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta monarki demokratik. Bagi kebanyakan negara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta Panglima Besar angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam, manakala di United Kingdom dan negara di bawah naungannya, Ratu Elizabeth II adalah ketua agama Kristian Protestan. Selain Raja, terdapat beberapa jenis pemerintah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas seperti Maharaja dan Kalifah.

http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-5/bab-7-sistem-pemerintahan-dan-pentadbiran-negara-malaysia/ 1. Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ( a ) Konsep Raja Berperlembagaan

Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Yang Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri. Yang di Pertuan Agong di pilih daripada kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah negeri. secara bergilir-gilir

Pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia


( b ) Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia.

Yang di Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan (Legislatif), badan pemerintahan (eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari) Yang di Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, dan kehormatan Raja- Raja Melayu Sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X jika mendapati keselamatan negara terancam Berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan
( c ) Kepentingan Raja Berperlembagaan

Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja
2. KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA .

Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan

Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yangdiperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
( a ) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia

Senarai Persekutuan Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya Hal ehwal luar negeri(hubungan luar) Pertahanan Keselamatan dalam negeri Pentadbiran dan keadilan Kerakyatan negara Pilihanraya negara Kewangan Perniagaan, perdagangan dan perusahaan Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan Jabatan Ukur, penyelidikan Kerja raya dan tenaga pusat Pelajaran Kesihatan Keselamatan buruh dan sosial Orang Asli Hal-hal lain

( b ) Senarai Negeri

Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya Undang-undang Islam Tanah Pertanian dan perhutanan Kerajaan Tempatan Perkhidmatan tempatan Kerajaan negeri Hari cuti negeri Undang-undang negeri Senarai Bersama Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya. Kebajikan sosial Biasiswa Taman Negara Perancangan bandar dan wilayah Penjagaan haiwan Kesihatan dan kebersihan awam Parit dan tali air Pemulihan Hiburan awam Perhubungan

Rumusan Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan. Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Persekutuan dalam m embantu mengurangkan perbalahan etnik Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.
3. PERBANDINGAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI. ( a ) Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

Perlembagaan persekutuan peruntukkan kuasa yang luas kepada kerjaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri Badan eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada. Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan terletak kepada Yang di-Pertuan Agong Kabinet dan Jemaah Menteri menjalankan kuasa Eksekutif dan diketuai oleh Perdana Menteri.
( b ) Bidang kuasa Kerajaan Negeri

Peruntukan kuasa eksekutif kepada Kerajaan negeri oleh Perlembagaan Malaysia. kuasa Eksekutif terletak kepada Raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri di lantik oleh Sultan atau Yang diPertua Urusan Pentadbiran terletak kepada Perlembagaan Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan iaitu setiausaha Kerajaan negeri, Pegawai kewangan negeri dan Penasihat undangundang negeri.
( 3 ) LAMBANG-LAMBANG NEGARA

Tujuan Rakyat dapat menunjukkan kesetiaan terhadap tanah air Rakyat sanggup berkorban dan kecintaan terhadap tanah air

Rakyat sentiasa bersemangaat simbol perpaduan Lambang kemegahan penduduk Membezakan Malaysia dengan Negara lain Melambangkan kedaulatan sesebuah Negara Taat kepada pemerintah Terdiri daripada Jata Negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.
( a ) JATA NEGARA

Menjadi lambang kemegahan penduduk negara Setiap lambang mempunyai maksud tersendiri Lima bilah keris lambang negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang dikenali sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang. Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka. 2 ekor harimau melambangkan keberanian. Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut. Bulan sabit agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang empat belas gabungan 14 buah negeri Persekutuan. Empat jalur berlainan warna merujuk negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri Melayu Bersekutu. Hitam putih lambang negeri Pahang. Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor. Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak. Warna merah, hitam, kuning lambang negeri Sembilan

( b ) BENDERA KEBANGSAAN

Menggantikan bendera Union Jack pada tengah malam 31 Ogos 1957 Pada tahun 1949 ditubuhkan Jawatankuasa reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu Adakan pertandingan mereka bentuk bendera dan 373 peserta mengambil bahagian. Encik Mohamad Hamzah telah terpilih sebagai pemenang. Pada 26 Mei 1950 buat pertama kali Bendera Persekutuan berkibar di perkarangan istana Sultan Selangor. Bendera Persekutuan dikenali juga Jalur Gemilang. Dikibar di majlis rasmi dan adapt istiadat rasmi, seperti hari keputeraan Yang di- Pertuan Agong dan Hari Kebangsaan. Warna merah- keberanian Warna putih kesucian Warna biru Perpaduan Warna kuning lambang kedaulatan Raja-raja Melayu Bulan sabit lambang agama Islam sebagai agama rasmi Bintang berpecah empat belas-lambang gabungan empat belas negeri. 14 Jalur warna merah dan putih lambang gabungan negeri.
( c ) LAGU KEBANGSAAN.

Sebelum Merdeka lagu kebangsaan ialah God Save the Queen Lagu kebangssan negara kita dikenali juga lagu Negaraku yang dicipta pada tahun 1957 Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur Pasukan pancaragam polis Di raja telah memperkenalkan 4 buah lagu. Lagu Terang Bulan iaitu lagu kebangsaan negeri Perak dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.

Majlis Raja-Raja Melayu memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut Lagu terang bulan dipilih sebagai asas lagu kebangsaan Digubah semula oleh En. Saiful Bahri Lirik lagu menggambarkan kesetiaan rakyat kepada negara. Lirik lagu menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air Membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara Semua rakyat mesti berbangga dengan lagu kebangsaan.

You might also like