You are on page 1of 4

2.

0 PEMERHATIAN AMALAN GURU DI DALAM BILIK DARJAH Amalan dalam pengurusan bilik darjah bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan pembelajaran yang kondusif. Kebolehan guru berbuat demikian merupakan gambaran bahawa beliau adalah seorang yang profesional, berwibawa dan berilmu. Hasil pembelajaran yang dirancang boleh dicapai secara optimum melalui pelaksanaan amalan baik guru dalam bilik darjah. Seorang pendidik yang profesional sentiasa berusaha mengubah aspek pengajaran dan pembelajaran supaya ianya berkesan dan berkualiti . Berikut ialah ulasan yang diperoleh melalui pemerhatian yang telah dibuat semasa Mentor, Pn Rohayu Binti Salam menjalankan proses P&P di dalam kelas tahun 3 UKM. 1. Amalan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah: Guru telah masuk kelas tepat pada masanya dan beliau memastikan bilik darjah bersih dan ceria, Murid diberi masa selama dua minit untuk membersihkan bahagian lantai dan memastikan kemudahan susunan kerusi dan meja mesti fleksibel, Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi,

2. Amalan Pengajaran & Pembelajaran : Guru mengadakan set induksi yang menarik dan mengamalkan

pengurusan masa yang baik, Mempelbagaikan strategi, kaedah dan teknik mengajar, Melaksanakan aktiviti murid dan pengajaran dan pembelajaran yang dinamik Menggunakan pelbagai deria rangsangandalam pengajaran, Menggunakan contoh-contoh yang mewujudkan unsur kecindan dalam bilik darjah, Mengadakan sesi penutup yang merumus idea-idea utama.

3. Amalan Motivasi & Peneguhan: Guru memberi galakan dan pujian, Guru juga mengenali dan mengingati nama murid, Menarik minat dan perhatian murid dengan bertanyakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Murid memberi tindak balas dengan menjawab soalan yang dikumukakan. Guru juga memberi layanan yang adil dan saksama, bertimbang rasa terhadap perasaan murid. Disamping itu guru turut memberi peluang kepada murid yang lemah untuk mencuba dan mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa

4. Amalan Komunikasi Mendengar secara aktif, bersuara lantang dan jelas serta mengamalkan interaksi dua hala. Guru menerang dengan jelas dan tepat. Menggunakan bahasa yang mudah

5. Amalan Budaya Berfikir Guru menggalakkan murid banyak bertanya, menggunakan satu siri soalan yang berkaitan, mengamalkan teknik dan kaedah penyoalan yang baik, berfikir secara sistematik dengan menggunakan alat berfikir 6. Amalan Penilaian Memberi maklum balas berdasarkan penilaian, menggunakan skema permarkahan dalam menilaim,memberi komen yang bernas terhadap jawapan murid, membuat penilaian dan pemantauan secara berterusan 7. Amalan Pengawasan Guru mengutamakan kebersihan dan keceriaan kelas, menekankan disiplin. penyimpanan rekod murid yangkemas kini, menggunakan teknik mengumpul maklumat secara piawai, menggunakan pendekatan

berhemah dalam segala tindakan, mengadakan rutin dan peraturan yang bermakna dan mudah diikuti menyatakan tingkah laku yang diinginkan. 8. Amalan Penampilan Diri : Pengurusan kendiri yang baik, dan menunjuk contoh teladan yang serta prihatin dan peka terhadap masalah murid. baik

2.1 KESIMPULAN Tugas mengajar dan mendidik adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Kejayaan amalan baik ini dalam usaha memperkasakan budaya kerja dalam kalangan para pendidik adalah satu tanggungjawab yang perlu dihayati bersama. Di samping itu, amalan ini perlulah mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak bagi membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh,progresif, beretika, berpengetahuan dan berkemahiran. Bagi mencapai hasrat ini,para guru perlulah dapat memperkasakan diri mereka sendiri bagi menjadi gurusebenar yang sentiasa mengamalkan pelakuan ke kelas tidak jemu, mengajar tidak lesu.

You might also like