You are on page 1of 1

Ini keluarga Huda. Keluarga Huda menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perayaan ini disambut pada 1 syawal pada setiap tahun. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat islam di seluruh dunia. Perayaan ini diraikan selepas sebulan umat Islam berpuasa di bulan Ramadan. Pelbagai aktiviti menjadi kebiasaan dalam perayaan ini, dimulakan dengan solat sunat hari raya berjemaah di masjid atau surau-surau berdekatan. Kemudian diikuti melawat pusara ahli-ahli keluarga yang telah tiada. Disusuli dengan berkunjung ke rumah sanak-saudara dalam pakaian yang serba baru. Masakan yang lazat akan disediakan bagi menjamu tetamu yang datang berkunjung . Kebiasaannya golongan yang mampu akan memberi duit raya kepada kanak-kanak. Selain itu, mereka akan bersalam-salaman dan saling bermaafmaafan sesama mereka bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

You might also like