You are on page 1of 5

Rancangan Pengajaran Harian Nama Guru Mata Pelajaran Tarikh Tunjang Tajuk Sub-Tajuk Objektif : Elicia Anak Jonil

: Pendidikan Kesihatan : 25 Julai 2013 : Kesihatan : Gaya Hidup Sihat : Pemakanan Sihat : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. Kognitif a. Menyebut sekurang-kurangnya tiga jenis makanan bagi setiap kategori dalam piramid makanan. b. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua kepentingan pemakanan seimbang. c. Menulis sekurang-kurangnya satu jenis sajian pemakanan yang baik untuk pertumbuhan badan. 2. Afektif a. Menunjukkan sikap toleransi dalam kerja kumpulan. b. Memperlihatkan keyakinan diri dalam sesi pembentangan kumpulan. Pengalaman Sedia Ada Nilai Murni Kemahiran Berfikir Bahan Bantu Belajar : Murid biasa melihat dan memakan pelbagai jenis makanan. : Bekerjasama, tolak ansur. : Mengingat- mengingat maklumat sedia ada. Kreatif- menjana idea. : Gambar, carta piramid makanan, lembaran kerja.
1

Tahun Bil. Murid Masa

: 5 Anggerik : 37 orang : 0830-0930

Bahagian Permulaan/ Induksi Set 0830-0835 (5 minit)

Strategi Pembelajaran/ Aktiviti 1. Guru menunjukkan gambar pemakanan tidak seimbang dan seimbang kepada murid-murid seperti dalam Lampiran 1. 2. Guru membawa murid-murid memerhati dan berbincang tentang jenis-jenis makanan yang terdapat di dalam gambar. 3. Guru memberitahu murid tajuk pelajaran iaitu Pemakanan Sihat.

Isi Pelajaran Mengenal pelbagai jenis makanan.

Catatan BBB- gambar.

Langkah 1 0835-0850 (15 minit)

Kemahiran Berfikir (kritis) 1. Guru menayangkan carta piramid makanan seperti dalam Lampiran 2. 2. Guru menerangkan kandungan piramid makanan. 3. Murid diminta memberikan beberapa contoh makanan lain bagi setiap kategori makanan dalam piramid makanan. 4. Guru bertanya kepada murid-murid akan kepentingan makanan seimbang.

Mengenal pasti kandungan piramid makanan.

BBB- carta piramid makanan.

Mengetahui kepentingan pemakanan seimbang.

Nilai murni : Bekerjasama Tolak ansur

Langkah 2 0850-0910 (20 minit)

Pembelajaran Konstruktivisme Kemahiran Berfikir (kreatif) 1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan. 6 orang murid dalam setiap kumpulan. Hanya ada satu kumpulan yang mengandungi 7 orang ahli. 2. Guru mengedarkan kad manila dan keratan gambar yang mengandungi gambar pelbagai jenis makanan kepada murid-murid. Keratan gambar seperti dalam Lampiran 3. 3. Guru meminta murid-murid melukis piramid makanan dan melekatkan gambargambar makanan yang bersesuaian pada piramid makanan mereka. 4. Berdasarkan piramid makanan yang dibina, guru meminta murid-murid menyenaraikan satu contoh sajian sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam yang sihat.

Mencadangkan hidangan pemakanan sihat dan seimbang.

BBB- lembaran kerja, keratan gambar.

Nilai murni : Bekerjasama Tolak ansur

Langkah 3 0910-0925 (15 minit)

Pembentangan Kumpulan 1. Setiap kumpulan diminta membentangkan carta piramid makanan masing-masing di hadapan kelas.

Membentangkan hasil kerja kumpulan iaitu piramid makanan.

Nilai murni : Bekerjasama

Penutup 0925-0930 (5 minit) Refleksi :

1. Guru bertanya tentang perkara yang telah dipelajari pada hari berkenaan. 2. Guru merumuskan isi pelajaran.

Merumuskan pelajaran.

Catatan Guru Pembimbing :

You might also like