You are on page 1of 3

CONTOH-CONTOH LARAS BAHASA

Laras Iklan Pangsapuri Rendah, Panorama Indah! Lokasi Hebat Kediaman yang ideal. SD Tiara Apartment terletak di kawasan eksklusif, berjiran dengan Taman Dr. Ismail dan Bandar Utama, berhampiran Damansara, Petaling Jaya dan Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur. Kemudahan Hebat Nikmatilah kemudahan yang sedia ada di Bandar Sri Damansara sama ada untuk urusan perniagaan, kerja atau pun beriadah bersama keluarga di hujung minggu. Bandar Sri Damansara memiliki segala-gala yang anda idamkan! Nilai Hebat Milikilah rumah impian anda dengan harga daripada RM 89,176. Anda juga bakal menikmati kemudahan pembandaran yang serba lengkap dalam memenuhi gaya hidup anda! (Dipetik daripada iklan Kediaman Eksklusif di Bandar Sri Damansara, Utusan Malaysia,18 jun 1999).

1. 2.

Perhatikan gaya yang terus-terang serta maklumat yang dikemukakan seperti lokasi, kemudahan, dan nilai. Perhatikan penggunaan partikel dalam kata nikmatilah dan milikilah. Contoh di atas sesuai dengan tujuan iklan sebagai wacana untuk memberi maklumat, menawarkan barang atau perkhidmatan, memujuk khalayak umum atau khusus untuk membelinya. Justeru itu, maklumat hendaklah disampaikan dengan jelas dan disusun dengan rapi (satu demi satu dengan subjdul yang jelas) serta menarik (memberi fokus kepada kelebihan barang atau perkhidmatana dan tawaran menarik). Selain maklumat iklan juga mengandungi unsur-unsur estetika dengan format dan gambar yang menarik.

Laras Ekonomi Bursa saham jatuh lagi, dan ia berlaku bukan pada kadar biasa. Jatuhnya pada kadar dua peratus, tiga peratus dan sehingga empat peratus sehari. Sepanjang minggu lalu sahaja, kejatuhan Indeks Komposit, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) adalah sebanyak 65.60 mata. Minggu sebelum itu, ia turut ditutup rendah selepas mencatat urusniaga ganas, jatuh sebanyak 39.65 mata. Minggu ini tidak kurang buruknya apabila urus niaga pada hari Isnin (9 Ogos) menyaksikan kejatuhan melebihi empat peratus atau sebanyak 34.88 mata untuk BSKL ditutup pada paras 668.21 mata, tahap terendah dalam masa tiga bulan. Seperti biasa, sebaik sahaja kejatuhan berlaku, para penganalisis mula melihat ke arah pelabur asing. Tentulah, selama ini merekalah yang menjadi bantal belasahan setiap kali petanda negatif kelihatan di pasaran saham. Kadangkala kita terlupa bahawa pegangan asing dalam BSKL tidak pernah melebihi 30 peratus dan sesuatu berita yang tidak diingini kedengaran biarpun punca dan kesahihannya belum disahkan pelaburan tempatanlah yang paling cepat mengikut gerak hati untuk mengikut orang lain terjun dari kapal. (Dipetik daripada Kesan Label Ke Atas Ahli Korporat , oleh Mohd. Asuki Abas, Massa, Bil. 202, Tahun 5, Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd.)

1.

Perhatikan penggunaan kosa kata dan ungkapan seperti bursa saham jatuh, Indeks Komposit, BSKL, 60.65 mata, urus niaga,dan paras 668.21 mata. Perhatikan kerapian susunan maklumat dan kejelasannya dengan huraian dan contohnya. Di samping itu, perhatikan juga penggunaan bahasa kiasan yang agak khusus seperti urus niaga ganas, bantal belasahan, dan terjun dari kapal.

Laras Kajian Perniagaan Tujuan perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan dengan mewujudkan nilai ke dalam pengeluaran produk dan perkhidmatan. Tujuan pengurusan adalah untuk merancang, mengorganisasi, menyelaras dan memimpin firma supaya memperoleh keuntungan. Teknologi maklumat telah mengubah cara firma mewujudkan nilai dan bagaimana pengurus mengurus sebuah firma. Firma pengurusan tradisisonal mempunyai struktur pengurusan yang terbentuk hierarki dan berpusat yang bergantung kepada satu set prosedur operasi yang standard untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan secara massa. Gaya firma perniagaan yang baru adalah bersifat rata (flatten), terpancar (decentralises), dan lebih fleksibel. ia bergantung kepada maklumat untuk menghantar produk dan perkhidmatan massa mengikut kehendak pengguna yang unik. Ini merupakan satu pola baru dan boleh menjadi satu kenyataan dengan kewujudan teknologi maklumat. Pengurusan tradisional bergantung kepada rancangan formal, pembahagian tugas, peraturan-peraturan formal dan kesetiaan pekerja untuk menjamin satu operasi licin. Sebaliknya, pengurus baru bergantung kepada komitmen informal dan rangkaian (network) untuk menubuhkan matlamat, penyusunan pasukan dan individu yang bekerja dalam pasukan petugas (task force), tahap profesionalisme dan pengetahuan yang tinggi untuk menjamin firma beroperasi dengan baik. Kesimpulannya, teknologi maklumat sedang membawa perubahan di dalam organisasi. Ia menyebabkan sesebuah firma lebih bergantung kepada pengetahuan, pembelajaran, dan pembuatan keputusan pekerja individu. (Dipetik daripada Pengajian Perniagaan STPM, oleh Teng Yoon Soon et. al. (Subang Jaya: Pustaka Sarjana))

1.

Perhatikan penggunaan kosa kata dan ungkapan seperti mendapat keuntungan, produk, hierarki, prosedur operasi, pasukan petugas, rangkaian dan sebagainya.

You might also like