BMM3101 RPH

You might also like

You are on page 1of 35

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, 75400, MELAKA

PROJEK PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM 3101)

NAMA UNIT SUBJEK

: NOR HALIMAH BINTI MAHAT : PISMP PENGAJIAN MELAYU JANUARI 2011 : BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BM SEKOLAH RENDAH

TARIKH TERIMA TARIKH SERAHAN

: 3 MAC 2011 : 4 APRIL 2011

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN ABSTRAK 1.0 2.0 PENDAHULUAN PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 2.1 2.2 2.3 2.4 3.0 Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa Pengisian Kurikulum Konsep 5P 2 5 5 7 i ii iii iv v 1

DAPATAN KAJIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) GURU 3.1 3.2 Pengenalan Transkripsi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Guru Analisis Penggunaan Kemahiran Bahasa Dalam P&P Analisis Penyerapan Ilmu dan Nilai Murni Dalam P&P Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam P&P 9 10 15 19 20 23 25 31 32 33

4.0

ANALISIS TRANSKRIPSI RPH GURU 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Analisis Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah Dalam P&P 18

Analisis Pelaksanaan Komponen Kemahiran Mikro Dalam P&P 22 Penambahbaikan Rancangan Pengajaran Harian Guru

5.0 6.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN P&P GURU 5.1 RUMUSAN

BIBLIOGRAFI REFLEKSI LAMPIRAN

KAJIAN PELAKSANAAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DALAM P&P Abstrak Sebagai persediaan ke arah penguasaan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, seorang guru haruslah menjana minda untuk mengetahui, memahami dan mengaplikasi konsep-konsep penting yang berkaitan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah berdasarkan input yang didapati daripada kuliah, modul dan juga bahan rujukan. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia), Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merangkumi kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Penumpuan kepada kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Pendidikan bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan menekankan pembelajaran masteri dan penyerapan kemahiran bernilai tambah. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menganalisis adakah guru bahasa Melayu di sekolah menerapkan penggunaan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Selain itu, kajian ini dijalankan juga untuk menganalisis sama ada guru bahasa Melayu mengaplikasikan kemahiran bernilai tambah dalam langkah pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajari mereka. Seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah telah bersetuju untuk dikaji. Analisis kajian telah diambil secara pemerhatian dan rakaman. Hasil kajian mendapati guru Bahasa Melayu melaksanakan pengajaran mereka seperti yang disarankan oleh Huraian Sukatan Pelajaran.

1.0

PENDAHULUAN Rakyat Malaysia telah didedahkan dengan cabaran Wawasan 2020 yang berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 (Mahathir 1991). Oleh itu, perubahan yang berlaku pada abad inilah yang menjadi cabaran kepada pendidikan Bahasa Melayu masa kini. Perubahan yang berlaku pada masa ini sepatutnya memberi kesedaran kepada guru Bahasa Melayu terutamanya, agar sentiasa kreatif dan inovatif supaya dapat merancang dan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara berkesan, menarik dan menyeronokkan (Kementerian Pendidikan Malaysia). Oleh itu Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah diwujudkan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan P&P dengan berkesan. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ialah dokumen yang memperincikan sukatan pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi abad ke-21. cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi pada Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu pembelajaran yang merangkumi pendekatan berpusatkan murid, serta kepelbagaian teknik dan sumber. sekolah rendah ini merangkumi kemahiran bahasa, kemahiran bernilai tambah, konsep 5P dan sistem bahasa. Pendek kata, huraian sukatan pelajaran ini cukup lengkap untuk dijadikan panduan oleh guru bahasa Melayu. Kajian yang dijalankan lebih tertumpu kepada kemahiran bahasa dan kemahiran bernilai tambah. Kemahiran bahasa yang dimaksudkan ialah kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. seperti kemahiran Manakala kemahiran bernilai tambah pula ialah berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual.

2.0

PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu meliputi kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan seperti di bawah : 2.1 Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa ini wajib diajarkan kepada murid sekolah rendah untuk membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Kemahiran bahasa ini juga merupakan Kemahiran bahasa meliputi teras kepada penguasaan bahasa Melayu. kemahiran menulis. a) Kemahiran Lisan Lisan ialah pertuturan dan percakapan. Apabila seseorang bertutur, proses yang berlaku bukan sahaja melibatkan kemahiran bertutur tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. mendengar dan kemahiran bertutur. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua jenis kemahiran iaitu kemahiran Oleh itu bagi menguasai kemahiran lisan, seseorang itu perlulah menguasai kedua-dua kemahiran ini iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (2009), lisan merupakan percakapan atau pertuturan, iaitu kegiatan melahirkan bahasa secara verbal melalui suara atau sebutan. bahasa, tetapi untuk mencapai Menurut beliau lagi tujuan tahap kompetensi dalam menguasai kemahiran lisan bukan semata-mata untuk mempelajari berkomunikasi. Oleh itu, seseorang yang tidak dapat menguasai

kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan

kemahiran lisan dengan baik maka dia tidak akan dapat memahami pertuturan orang lain dan bertindak balas terhadapnya. Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi

menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain dalam apa jua situasi. Merujuk kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah kemahiran lisan yang terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur ini bertujuan untuk menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran lisan ialah berbual, bercerita, menyampaikan maklumat dan berbincang. Hasil Pembelajaran Bagi Kemahiran Lisan Kemahiran a.0 2.0 3.0 4.0 Hasil Pembelajaran Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami. Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan. Berbincang tentang tajuk-tajuk yang releven secara bertatasusila. Berbahasa 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6 2.1, 2.2 3.1, 3.2, 3.3 4.1, 4.2, 4.3, 4.4

b) Kemahiran Membaca Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan keduadua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), membaca merupakan proses kemahiran yang aktif bagi menginterpretasikan makna dan mendapatkan pengetahuan daripada bahasa tulisan dan visual. Hal ini bermakna membaca ialah proses penguasaan bahasa yang melibatkan aktiviti berkomunikasi dan berkongsi maklumat dan idea. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, kemahiran membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. menghayati teks. Hasil Pembelajaran Bagi Kemahiran Membaca Kemahiran 5.0 6.0 7.0 Hasil Pembelajaran Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai. Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks. Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca. Berbahasa 5.1, 5.2 6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5, 6.6 7.1, 7.2, 7.3 Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat, menaakul dan

c) Kemahiran Menulis Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul,

menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), menulis merujuk kepada aktiviti menzahirkan apa-apa yang ada di dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Penulisan haruslah menggunakan ayat Hasil yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul.

Pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan murid menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif serta membuat ulasan.

Hasil Pembelajaran Bagi Kemahiran Menulis Kemahiran 8.0 9.0 10.0 11.0 Hasil Pembelajaran Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan. Mencatat dan menyusun maklumat. Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca. Berbahasa 8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6 9.1, 9.2, 9.3 10.1, 10.2, 10.3 11.1, 11.2, 11.3, 11.4

2.2

Sistem Bahasa

Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Oleh itu, pelaksanaan sistem bahasa ini harus diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu agar murid dapat menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. 2.3 Pengisian Kurikulum

Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Antaranya ialah ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah. Kesemua elemen ini mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid apabila memasuki alam pekerjaan kelak. Kemahiran bernilai tambah merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum. Penekanan kepada unsur bernilai tambah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat membentuk murid-murid agar menjadi seorang yang lebih berkeyakinan untuk diaplikasikan dalam dunia pekerjaan kelak. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah :

a) Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan keratif semasa aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. merangkumi kemahiran murid Kemahiran berfikir idea, mengkonsepsikan

menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa hadapan.

b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat melalui internet.

c) Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar ini perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajarn seumur hidup.

d) Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Hal ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

e) Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

f) Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

g) Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran mengaitkan isi kontekstual pelajaran ialah dengan kaedah pembelajaran harian yang murid,

pengalaman

masyarakat, dan alam pekerjaan.

Pembelajaran ini disampaikan

dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevenan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

2.4

Konsep 5P

Konsep 5P yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan salah satu strategi pengajaran dan

pembelajaran yang disarankan kepada guru bahasa Melayu. Konsep 5P yang dimaksudkan ialah penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. a) Penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara : o Sekurang-kurangnya dua kemahiran bahasa o Antara kemahiran bahasa dengan tatabahasa o Antara kemahiran bahasa dengan kosa kata o Antara kemahiran bahasa dengan peribahasa

b) Penyerapan Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

c) Penilaian Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran.

Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan Oleh itu,

maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran. penilaian yang berterusan perlu dijalankan. terhadap seseorang murid Melalui penilaian yang

berterusan, guru dapat memastikan tindakan susulan yang perlu diambil

d) Pemulihan

Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. kadar kemampuan murid. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut

e) Pengayaan Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kepada murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam jangka masa yang telah ditetapkan diberikan tugasan atau aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. 3.0 DAPATAN KAJIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) GURU 3.1 Pengenalan

Strategi penggabungjalinan dan penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu telah diperkenalkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sejak tahun 1989. Melalui konsep penggabungjalinan yang diperkenalkan ini beberapa kemahiran bahasa dapat dikuasai oleh murid secara serentak dan juga dapat mengelakkan murid berasa bosan. Selain itu, strategi penyerapan juga dianggap sebagai satu penyatuan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam kemahiran bahasa dan aktiviti bahasa. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2000 (KPM 2000), kemahiran bernilai tambah adalah kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21 yang meliputi kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual.

Kajian ini akan menghuraikan dan membincangkan adakah konsep penggabungjalinan dan penyerapan yang telah termaktub dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dilaksanakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan bukti-bukti daripada kajian mendapati guru dapat memahami dan mengaplikasikan strategi yang telah ditetapkan namun masih terdapat beberapa aspek yang tidak digabungjalinkan dan diserapkan semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.2

Transkripsi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Guru

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 Tarikh Masa


Tahun :

: :

23 Mac 2011 60 minit


6A Bahasa Melayu Keluarga Ibu Yang Ku Sayang

Mata Pelajaran : Tema Tajuk : :

Hasil Pembelajaran: Fokus Utama 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan: 6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet. Aras 1 i. Merujuk kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat.

Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat : 1. membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. merujuk kamus untuk penggunaan perkataan yang tepat.

Sistem Bahasa: Tatabahasa : 1. Kata ganda 2. Peribahasa

Pengisian Kurikulum: Ilmu : Pendidikan Islam Nilai : Kasih sayang, bekerjasama Kemahiran Bernilai Tambah: kemahiran berfikir kecerdasan pelbagai

Bahan Bantu Mengajar : Gambar Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid boleh membaca. Murid-murid telah belajar tentang kata ganda.

Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan

Soalan: i. Apakah gambaran yang dapat dilihat daripada gambar tersebut?

i. Murid dipamerkan sekeping kad gambar. ii. Murid menyatakan gambar tersebut. .

BBM :
Kad gambar

KBT:
Kemahiran berfikir -Menjana idea

Langkah 1 (15 minit)

Petikan
Ibu Yang Ku Sayangi

i. Murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Murid bercerita semula apa yang telah dibaca. iii. Murid menyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan. iv. Murid menyenaraikan kata ganda yang terdapat dalam petikan. v. Murid memberikan contoh kata ganda.

BBM: Petikan teks

Soalan : Sebutkan jenis-jenis kata ganda? 1. Kata ganda penuh. 2. Kata ganda separa. 3. Kata ganda berirama. 4. Kata ganda

Kemahiran membaca KBT : Kemahiran berfikir

berimbuhan. Langkah 2 (20 minit) gambar : Kad i. Murid menyatakan kata ganda berdasarkan kad gambar yang ditayangkan. 1. Gambar sesiku L. 2. Gambar jalan raya yang bengkangbengkok. 3. Gambar murid berebut-rebut membeli makanan di kantin. 4. Gambar lelangit mulut. 5. Gambar orangorang. 6. Gambar kura-kura. ii. Murid menyebutkan semula jenis-jenis kata ganda yang dipelajari. iii. Murid menyatakan maksud perkataan yang terdapat pada perenggan terakhir petikan. iv. Murid menyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan. v. Murid menyatakan maksud peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut.

KBT:
Kecerdasan pelbagai - Interpersonal

Per enggan terakhir petikan Ibu Yang Ku Sayangi.

Soalan : 1. Apakah yang dimaksudkan dengan mengikut jejak langkah ibunya? 2. Berapakah peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut?

Langkah 3 (15 minit)

Lembaran kerja

i. Murid melengkapkan ayat dengan kata ganda yang sesuai.

BBM: Kertas lembaran kerja

Lengkapkan ayat dengan menggunakan kata ganda yang sesuai.

ii. Murid berbincang dengan guru tentang jawapan yang sesuai. iii. Murid menyatakan maksud kata ganda yang diisikan.

Soalan :

1. Muthu menanam tin-tin kosong agar ______tidak membiak. 2. Orang ramai _____untuk memasuki stadium. 3. Adik________ kegembiraan apabila melihat ibu pulang. 4. Kertas peperiksaan itu digubal oleh ______.

5. Anak Puan Suzie ______belaka. 6. Orang ramai ______ membeli tiket. 7. Tony dan Ahmad ______ untuk menyaksikan pertunjukkan itu. 8. _____anak kucing itu berwarna hitam. 9. Pak Hamid bekerja ______ untuk menyara keluarganya.

Penutup (5 minit)

Ibu Yang Ku Sayangi.

Ruj uk semula petikan

i. Murid menyatakan beberapa perkara yang telah dipelajari. ii. Murid merumus isi pelajaran dengan nilai murni.

KBT: Kemahiran berfikir

Nilai Murni: Soalan : 1. Ada berapakah perkara yang yang dipelajari pada hari ini? Kasih sayang

4.0

ANALISIS TRANSKRIPSI (RPH) GURU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Dari segi pelaksanaan pengajaran guru semasa proses P&P, guru ada melaksanakan konsep penggabungjalinan dan penyerapan dalam proses P&P seperti yang telah termaktub dalam Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu. digunakan oleh

Strategi penggabungjalinan dan penyerapan ini guru semasa proses P&P bagi menghasilkan Namun terdapat juga

pembelajaran yang bersepadu dan interaktif.

beberapa kelemahan dalam proses P&P guru tersebut. Berikut adalah analisis pelaksanaan P&P guru berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah ditranskripsikan :

4.1

Analisis Penggunaan Kemahiran Bahasa Dalam P&P

Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu, guru seharusnya menggabungjalinkan kemahiran bahasa dalam proses P&P agar murid-murid dapat menguasai beberapa kemahiran secara serentak. Hasil analisis terhadap transkripsi rancangan pengajaran harian guru adalah : a) Tiada Penggabungjalinan Antara Dua Kemahiran Bahasa Berdasarkan transkripsi rancangan pengajaran harian (RPH), guru telah memilih kemahiran membaca sebagai fokus utama dan fokus sampingan sebagai hasil pembelajaran. kemahiran bahasa. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana guru seharusnya menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua

Bagi aktiviti kemahiran membaca yang menjadi fokus utama, guru telah mengedarkan petikan cerita yang bertajuk Ibu Yang Ku Sayangi kepada setiap orang murid. Kemudian guru telah memilih beberapa orang murid untuk membaca petikan tersebut mengikut perenggan. Murid dikehendaki membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Sekiranya murid membaca dengan sebutan dan intonasi yang salah, guru mengajar semula membaca dengan cara yang betul dan diikuti semula oleh murid. Peneguran yang dilakukan oleh guru ini dapat meningkatkan lagi kemahiran sedia ada membaca murid agar bertambah baik.

Kemahiran membaca yang menjadi fokus sampingan tidak terlalu banyak diajarkan oleh guru iaitu merujuki kamus untuk mencari makna perkataan yang tidak difahami. Objektif pengajaran guru tidak tercapai kerana murid langsung tidak diajarkan cara merujuki kamus yang betul. Hal ini kerana tiada perkataan yang tidak difahami murid dalam petikan tersebut. Keadaan ini menunjukkan bahawa aras yang dipilih oleh guru tidak sesuai dengan tahap kecerdasan murid. Guru seharusnya bijak memilih aras yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu agar objektif pembelajaran pada hari tersebut tercapai.

b) Penggabungjalinan Kemahiran Bahasa Dengan Tatabahasa Guru telah melaksanakan penggabungjalinan kemahiran bahasa dengan aspek tatabahasa semasa proses P&P dijalankan. Guru telah memilih aspek kata ganda sebagai pengukuhan tatabahasa murid. Hal ini kerana setelah selesai guru meminta pendapat murid tentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan, guru telah meminta murid menyenaraikan kata ganda yang terdapat dalam petikan tersebut.

Konsep penilaian dalam penekanan 5P juga telah dilaksanakan oleh guru semasa menjalankan aktiviti ini. telah disenaraikan di papan hitam. Guru telah menilai tahap pengetahuan murid dengan meminta murid menulis kata ganda yang Daripada penilaian tersebut guru dapat mengetahui adakah murid masih mengingati semula topik kata ganda yang telah diajarkan sebelum ini. Selain itu, guru juga meminta murid menyatakan jenis-jenis kata ganda yang telah dipelajari.

Melalui penilaian tersebut guru dapat memastikan tindakan susulan yang perlu diambil terhadap seseorang murid. Sebagai tindakan

susulan, guru telah menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang berupa kad gambar. Kad gambar tersebut merupakan penambahan jenis-jenis kata ganda yang tidak terdapat dalam petikan. Murid diminta menyatakan kata ganda berdasarkan gambar tersebut dan jenisnya sekali.

Bagi mengukuhkan lagi pengetahuan murid tentang kata ganda, murid telah diedarkan dengan lembaran kerja. Murid dikehendaki melengkapkan ayat dengan kata ganda yang sesuai. Setelah itu, guru meminta seorang demi seorang murid menyatakan jawapan yang telah diberikan mereka dan dibincangkan. tatabahasa seperti yang dicadangkan. Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa guru telah menggabungjalinkan kemahiran bahasa dengan

c) Penggabungjalinan Kemahiran Bahasa Dengan Peribahasa Penggabungjalinan peribahasa semasa P&P dapat dilihat setelah murid selesai menjawab tugasan kata ganda, guru telah meminta murid mencari peribahasa yang terdapat dalam petikan Ibu Yang Ku Sayangi. Setelah murid menyatakan beberapa peribahasa yang terkandung dalam petikan, guru telah memberikan makna peribahasa tersebut dengan contoh yang mudah agar murid dapat menangkap apakah maksud sebenar peribahasa tersebut. Oleh itu kemahiran bertutur telah digabungjalinkan dengan peribahasa. Pelaksanaan penggabungjalinan yang diterapkan oleh guru telah dibuat secara berurutan dengan menggunakan bahan yang sama iaitu menerusi teks. Cara ini amat bagus untuk meningkatkan lagi kefahaman murid sekaligus dapat mengelakkan kekeliruan kepada murid.

4.2

Analisis Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah Dalam P&P

Kemahiran bernilai tambah haruslah diserapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu agar kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global. Berdasarkan transkripsi rancangan pengajaran harian, guru telah menyerapkan beberapa kemahiran bernilai tambah dalam P&P. Salah satu daripadanya ialah kemahiran berfikir. Jenis kemahiran berfikir yang digunakan ialah menjana idea. Buktinya ialah semasa set induksi lagi, guru telah bertanya kepada murid apakah gambaran yang mereka dapat berdasarkan kad gambar yang telah ditunjukkan. Murid menyatakan pelbagai pendapat masing-masing dan guru pula menerima semua pendapat tanpa membantutkan idea mereka dengan memberikan peneguhan yang positif. Jenis kemahiran berfikir lain yang digunakan oleh guru ialah merumus. Buktinya, pada akhir pembelajaran guru telah meminta murid merumus semula apa yang telah dipelajari pada hari tersebut. Murid telah merumus isi pelajaran yang telah dipelajari dengan nilai murni. Kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran komunikasi interpersonal juga telah diserapkan oleh guru semasa proses P&P dijalankan. Buktinya dapat dilihat ialah semasa guru bertanya kepada murid apakah maksud peribahasa yang terdapat dalam petikan. Guru telah memberi masa kepada murid untuk menyatakan pendapat masingmasing.

4.3

Analisis Penyerapan Ilmu dan Nilai Murni Dalam P&P Amalan nilai murni bermula di rumah dan diperkukuhkan lagi semasa di sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menentukan sebanyak 17 nilai murni dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan (2004), nilai murni menjadi tonggak kepada nilai kemanusiaan

yang mampu membentuk dimensi pembinaan sahsiah, kekuatan personal, kekuatan moral, sosial dan kerohanian. Manakala penyerapan ilmu mata pelajaran lain juga haruslah diserapkan dalam P&P Bahasa Melayu agar murid dapat memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan mereka. Semasa proses P&P dijalankan guru juga telah menyerapkan nilai murni melalui aktiviti pengajarannya. Sebagai contoh, guru telah Buktinya, menyerapkan nilai kasih sayang dalam pengajarannya.

setelah murid selesai membaca petikan Ibu Yang Ku Sayangi, murid telah menyatakan bahawa nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut ialah nilai kasih sayang. Dalam masa yang sama, guru juga telah menyerapkan ilmu Pendidikan Islam iaitu orang pertama yang harus kita sayang ialah ibu dan kemudian baharulah ayah. Selain itu, guru juga menyerapkan nilai bekerjasama semasa proses P&P dijalankan. Sebagai bukti, setelah guru mengedarkan lembaran kerja yang berkaitan kata ganda kepada murid, guru telah menyuruh mereka berbincang dengan rakan sekelas bagi menjawab soalan tersebut. Nilai kerjasama ini telah diterapkan oleh guru secara tidak langsung kepada murid.

4.4

Analisis Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam P&P Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting kerana tujuan utama menggunakan bahan bantu mengajar adalah untuk membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan mudah, tepat dan cepat. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan semasa guru mengajar, didapati bahawa guru telah menggunakan bahan bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Antara bahan bantu mengajar yang telah digunakan ialah gambar tegap, petikan teks, dan kertas lembaran kerja. Bahan bantu mengajar ini telah digunakan oleh guru sewaktu set induksi lagi. Buktinya semasa set induksi, guru telah mempamerkan satu gambar yang

menggambarkan

seorang

ibu

dan

anak

sedang

berpelukan. Pelbagai

Berdasarkan gambar tersebut guru telah bertanya kepada murid apakah yang dapat digambarkan berdasarkan gambar tersebut. pendapat yang telah dinyatakan oleh murid-murid. Hal ini menunjukkan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru amat berkesan bagi set induksinya. Bagi langkah pengajaran yang berikutnya, guru telah memberikan tumpuan kepada fokus utama hasil pembelajaran iaitu kemahiran membaca. Guru telah mengedarkan petikan teks kepada murid. Namun sebelum mengedarkan petikan teks kepada murid, guru terlebih dahulu telah menampal bahan bantu mengajar berupa gambar dihadapan bagi langkah pengajaran yang seterusnya selepas aktiviti membaca. Keadaan ini menunjukkan kelemahan penggunaan bahan Hal ini kerana bahan bantu mengajar bantu mengajar oleh guru. sahaja.

seharusnya ditunjukkan kepada murid hanya pada ketika yang perlu Gambar yang dipamerkan kepada murid terlalu awal telah menyebabkan murid hilang sedikit tumpuan mereka terhadap kemahiran membaca yang ingin diserapkan. Bahan bantu mengajar lain yang digunakan ialah lembaran kerja. Guru telah menjimatkan masa dengan memberikan lembaran kerja kepada murid. Hal ini kerana dengan memberikan lembaran kerja, murid hanya perlu melengkapkan latihan yang diberikan tanpa perlu menyalinnya semula. Setelah itu, lembaran kerja tersebut ditampal

dalam buku latihan mereka.

4.5

Analisis Pelaksanaan Komponen Kemahiran Mikro Dalam P&P a) Mempunyai set induksi Sebelum menjurus kepada isi pelajaran, guru memulakan set induksi dengan memaparkan gambar ibu dan anak yang amat bertepatan dengan tajuk pada hari tersebut iaitu Ibu Yang Ku Sayangi. Guru telah

bertanya kepada murid apakah gambaran daripada gambar ibu dan anak tersebut. Guru telah mengaitkan set induksi tersebut dengan isi pelajaran yang ingin dipelajari pada hari tersebut. Kekuatan yang terdapat dalam set induksi telah berjaya menarik minat murid untuk belajar pada hari tersebut kerana murid menjawab segala pertanyaan guru dengan penuh bersemangat. Set induksi yang dilaksanakan oleh guru amat sesuai Guru juga bijak dengan pengalaman, kebolehan dan umur pelajar.

memilih set induksi kerana amat berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Semasa set induksi ini juga guru telah menggunakan teknik soal jawab yang dapat menjana minda murid. b) Mempunyai Kemahiran Penutup Penutup pelajaran adalah bahagian akhir sesuatu pelajaran. Pada akhir pembelajaran guru telah membuat penutup dengan membuat perkaitan kognitif. Murid telah merumus isi pelajaran yang telah dipelajari dan Guru pula mengulangi semula isi-isi penting untuk menyatakan nilai-nilai murni semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. membantu pelajar mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari. Satu kelemahan semasa guru menutup sesi pelajaran ialah guru tidak menjalankan aktiviti-aktiviti pengukuhan atau mencadangkan aktiviti-aktiviti susulan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

5.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN P&P GURU Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, didapati terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru di dalam kelas. Cadangan penambahbaikan adalah seperti berikut :
d) Penggabungjalinan Antara Dua Kemahiran Bahasa

Guru dicadangkan agar menggabungkan sekurang-kurangnya dua kemahiran bahasa semasa proses P&P agar murid dapat menguasai beberapa kemahiran serentak. Sebagai contoh guru boleh menggabungkan kemahiran membaca dan kemahiran lisan dalam proses P&P tanpa mengubah bahan bantu mengajar yang telah disediakan. Fokus utama yang boleh digunakan ialah kemahiran membaca manakala fokus sampingan pula ialah kemahiran lisan.

Bagi aktiviti kemahiran membaca guru boleh mengedarkan petikan cerita yang bertajuk Ibu Yang Ku Sayangi kepada setiap orang murid. Kemudian guru memilih beberapa orang murid untuk membaca petikan tersebut mengikut perenggan. Murid dikehendaki membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Sekiranya murid membaca dengan sebutan dan intonasi yang salah, guru mengajar semula membaca dengan cara yang betul dan diikuti semula oleh murid. Peneguran yang dilakukan oleh guru ini dapat meningkatkan lagi kemahiran sedia ada membaca murid agar bertambah baik.

Bagi kemahiran lisan pula, berdasarkan petikan yang telah dibaca, guru meminta murid untuk menyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk menyatakan pendapat dan hendaklah sentiasa memberikan peneguhan positif terhadap idea-idea yang telah dikemukakan mereka.

e)

Membuat Aktiviti Pengayaan Di Rumah Berdasarkan rancangan pengajaran harian guru yang telah ditranskripsikan, aktiviti pengayaan bagi meningkatkan kemahiran murid dilakukan semasa berada di dalam kelas sahaja. murid-murid. Aktiviti pengayaan boleh juga ditambah dengan memberi latihan kepada Latihan tersebut diberikan dalam bentuk lembaran Perkara ini amat penting kerja dan harus disiapkan di rumah.

kerana dengan memberikan latihan kepada murid-murid, mereka

tidak akan melupakan pelajaran yang telah dipelajari pada hari tersebut selain dapat memantapkan lagi pengetahuan mereka.

f)

Guru Mencadangkan Aktiviti Susulan Selepas P&P Guru dicadangkan agar membuat aktiviti-aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan semasa sesi penutup pelajaran. Aktiviti-aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah sedikit sesi soal jawab antara guru dan murid agar murid dapat mengingat kembali apa yang telah dipelajari pada hari tersebut.

5.1

Penambahbaikan Rancangan Pengajaran Harian Guru

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 Tarikh Masa


Tahun :

: :

23 Mac 2011 60 minit


6A Bahasa Melayu Keluarga Ibu Yang Ku Sayangi

Mata Pelajaran : Tema Tajuk : :

Hasil Pembelajaran: Fokus Utama

5.3 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 ii. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan: 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai. Aras 3 ii. Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara analitis. Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat : 1. membaca petikan teks Ibu Yang Ku Sayangi dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. menyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan teks Ibu Yang Ku Sayangi yang telah dibaca.

Sistem Bahasa: Tatabahasa : 1. Kata ganda 2. Peribahasa

Pengisian Kurikulum: Ilmu : Pendidikan Islam dan Moral Nilai : Kasih sayang, bekerjasama Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran berfikir

Kecerdasan Pelbagai

Bahan Bantu Mengajar : Gambar Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid boleh membaca. Murid-murid telah belajar tentang kata ganda.

Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan

Soalan: ii. Apakah gambaran yang dapat dilihat daripada gambar tersebut?

iii. Murid dipamerkan sekeping kad gambar. iv. Murid menyatakan gambar tersebut. .

BBM :
Kad gambar.

KBT:
Kemahiran berfikir (menjana idea)

Langkah 1 (15 minit)

Petikan
Ibu Yang Ku Sayangi

vi. Murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. vii. Murid bercerita semula apa yang telah dibaca. viii. Murid menyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan. ix. Murid menyenaraikan kata ganda yang terdapat dalam petikan dengan menggunakan peta minda. x. Murid memberikan contoh kata ganda.

BBM:
Petikan teks

Soalan : Sebutkan jenis-jenis kata ganda? 5. Kata ganda penuh. 6. Kata ganda separa. 7. Kata ganda berirama. 8. Kata ganda berimbuhan.

Kemahiran membaca
Kemahiran lisan

KBT :
Kemahiran berfikir (peta minda)

Langkah 2 (20 minit)

gambar :

Kad

vi. Murid menyatakan kata ganda berdasarkan kad gambar yang ditayangkan. vii. Murid menyebutkan semula jenis-jenis kata ganda yang dipelajari. viii. Murid menyatakan maksud perkataan yang terdapat pada perenggan terakhir petikan. ix. Murid menyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan. x. Murid menyatakan maksud

KBT : Kecerdasan Pelbagai


-Interpersonal

7. Gambar sesiku L. 8. Gambar jalan raya yang bengkangbengkok. 9. Gambar murid berebut-rebut membeli makanan di kantin. 10. 11. Gambar lelangit Gambar orangmulut.

Kemahiran berfikir (memberi pendapat)

orang. 12. Gambar kurakura.

peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut.

Per enggan terakhir petikan Ibu Yang Ku Sayangi.

Soalan : 3. Apakah yang dimaksudkan dengan mengikut jejak langkah ibunya? 4. Berapakah peribahasa yang terdapat dalam Langkah 3 (15 minit) Lengkapkan ayat dengan menggunakan kata ganda yang sesuai. petikan tersebut. Lembaran kerja iv. Murid melengkapkan ayat dengan kata ganda yang sesuai. v. Murid berbincang dengan guru tentang jawapan yang sesuai. vi. Murid membuat catatan terhadap kesalahan jawapan yang dibuat. Soalan : KBT : Kemahiran belajar cara belajar -mencatat 10. Muthu vii. Murid menyatakan maksud kata ganda yang diisikan.

BBM: Kertas lembaran kerja

menanam tin-tin kosong agar

______tidak membiak. 11. Orang ramai _____untuk memasuki stadium. 12. Adik________ kegembiraan apabila melihat ibu pulang. 13. Kertas Kecerdasan Pelbagai -Interpersonal

peperiksaan itu digubal oleh ______. 14. Anak Puan Suzie ______belaka. 15. Orang ramai ______ membeli tiket. 16. Tony dan Ahmad ______ untuk menyaksikan pertunjukkan itu. 17. _____anak kucing itu berwarna hitam. 18. Pak Hamid bekerja ______ untuk menyara keluarganya.

Penutup (5 minit)

Soalan : 2. Ada berapakah perkara yang yang dipelajari pada hari

iii. Murid diberikan latihan tambahan sebagai kerja rumah. iv. Murid menyatakan beberapa perkara yang telah dipelajari.

Aktiviti pengukuhan

ini?

v. Murid merumus isi pelajaran dengan nilai murni.

KBT: Kemahiran berfikir

Nilai Murni: Kasih sayang

6.0

RUMUSAN Sebagai kesimpulan, penggunaan kemahiran bahasa dan

pengaplikasian kemahiran bernilai tambah semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu amat penting bagi melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Hal ini kerana dunia pendidikan kini lebih menuntut murid-murid agar lebih kepada kemahiran dan pengetahuan. Guru Bahasa Melayu haruslah mempunyai pendekatan baharu terhadap pengajaran dan pembelajarannya di bilik darjah agar murid dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian mereka juga pada masa akan datang. Guru seharusnya melaksanakan strategi pembelajaran yang berpusatkan murid agar suasana pembelajaran di dalam kelas tidak membosankan seterusnya dapat meningkatkan lagi potensi diri mereka dari pelbagai aspek.

BIBLIOGRAFI

Dr. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam.Selangor. Oxford Fajar Sdn.Bhd. http://www.scribd.com/doc/11351357/sukatan-kbsr diakses pada 5 Mac 2011 http://bobezani.tripod.com/teknik.htm diakses pada 5 Mac 2011 http://Www.Docstoc.Com/Docs/20628934/PELAKSANAAN-PENGAJARANDAN-PEMBELAJARAN-BAHASA-MELAYU-KAJIAN-KES diakses pada 6 Mac 2011

Idris Mohd Radzi. Dahlia Janan. (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu, Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjung Malim. Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah . Sekolah Kebangsaan Tahun 6. Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia. Juriah Long, (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin dan Hafza Mohamad Makki, Mac 2008. Faktor Kontribusi Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja. Jurnal Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sofiah binti Hamid et al. (1982). Ransangan 1. Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia untuk Pelaksanaan KBSR . Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah . (2003). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sulaiman Masri. Abdullah Yusof. Mohd Rain Shaari. (2006). Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Klang, Selangor. Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.

You might also like