You are on page 1of 6

1.

0 Italian Neo Realism

Italian Neo Realism mula bermula setelah perang dunia ke dunia, disini juga bermulanya juga penggerak dan pengasas filem selepas perang dunia tersebut. Disini juga tercetusnya idealogi Italian Neo Realism di dalam filem, pada zaman itu filem yang dilakukan hanya lah menggunakan barang teknikal yang tertentu dan banyak yang mempunyai unsur ekperimen tidak kira dari Shot yang dilakukan mahupun daripada barang teknikal semuanya digunakan sebaik mungkin. Disamping itu juga setiap penggambaran yang dilakukan menggunakan Budget yang rendah dan lokasi yang sebenar/ actual location, setelah perang dunia tersebut tiada studio pengambaran di naikkan, para penghasil filem terpaksa menjimatkan kos dengan membuat pengambaran di luar ataupun lokasi yang sebenar. Pada zaman itu juga, setiap filem yang dihasilkan bnyak menampilkan para pelakon yang berada dikalangan rakyat biasa ataupun boleh dikatakan bukan pelakon professional , yang tidak mempunyai sebarang asas lakonan di depan camera. Italian Neorealism dapat dikenal pasti berdasar filem yang bnyak menggunakan idea cerita berkenaan tentang kisah hidup rakyat kelas pekerjaan dan kemiskinan. Disini kita dapat lihat para penggerak filem pada zaman itu bergerak sendiri tiga kira dari segi kos pengambaran mahupun pencarian para pelakon. Filem pada era Neoralism kebanyakan bertemakan tentang kehidupan pada zaman itu tidak kira kehidupan seharian mahupun kehidupan social, kebanyakan filem banyak menyentuh aspek-aspek politik mahupun ekonomi, ini disebabkan mereka terpaksa menempuh era selepas perang dimana kemiskinan teruk melanda dan termasuk juga masalah ekonomi yang melanda dan keadaaan social yang buruk berlaku pada zaman itu.

2.0 Bicycle Thief Filem ini telah diadaptasi daripada sebuah novel daripada penulis Luigi Bartolini yang bertajuk Ladri Di Biciclette. Filem ini telah diarahkan oleh Vittorio De Sica. Filem ini telah pun dikeluarkan pada tahun 1948. File mini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang miskin pada zaman itu, dimana banyak menceritakan tentang orang klas bawahan di itali. Bagaimana seorang ayah yang kehilangan sebuah basikal yang merupakan punca mata pencarian untuk berkerja dan kenderaan utama orang klas bawahan pada waktu itu. Watak

utama dalam file mini adalah Antonio, bekerja sebagai pelekat poster filem. Antonio mempunyai sebuah keluarga yang sedarhana, Antonia hidup bersama seorang isteri dan seorang anak. Antonio pergi bekerja bersama basikalnya akan tetapi basikalnya itu telah dicuri, pada waktu itu Antonio menjerit untuk meminta pertolongan namun tiada sesiapa pun yang membantu Antonio, cara demi cara Antonio gunakan untuk mendapatkan kembali basikalnya.

3.0 Characteristic of the Italian neo realism in film Bicycle Thief

Sepertimana yang kita telah tahu filem pada era Italian Neo Realism banyak menceritakan tentang aspek kehidupan , sebagai contoh adalah dari filem Bicycle Thief menceritakan tentang seorang lelaki yang kehilangan kenderaanya yang merupakan satu-satunya harta yang ada, kenderaan yang hilang itu adalah sebuah basikal. Konsep neorealism yang dapat dilihat dalam filem ini adalah, menceritakan tentang orang kelas bawahan yang kehilangan barangnya. Filem ini juga turut memaparkan tentang kepayahan dan kemiskinan untuk mencari rezeki pada zaman itu, ini adalah konsep Italian neo realism yang pertama di dalam filem Bicycle Thief. Seterusnya adalah pelakon yang digunakan didalam filem ini bukan daripada kalangan pelakon lama, mereka hanya menggunakan pelakon yang terdiri daripada rakyat biasa di Itali. Pelakon yang tidak mempunyai sebarang asas lakonan dan bukan daripada khidmat pelakon professional. Perkara ini berlaku adalah disebabkan mereka tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk membayar pelakon professional di samping itu dengan cara ini dapat menjimatkan kos pengambaran. Setelah perang dunia kedua, sumber ekonomi di itali teruk merudum. Ketiga adalah lokasi dan teknik pencahayaan yang digunakan didalam filem ini, lokasi yang banyak digunakan adalah dikawan luar, sebagai contoh adalah rumah dan Bandar yang sebenar. Pada selepas perang tiada studio dibangunkan mereka terpaksa menggunakan lokasi yang sebenar sama ada dibandar ataupun dikawasan yang strategik. Disetiap lokasi yang mereka gunakan mempunyai risikonya yang tersendiri, kerana mereka terpaksa menempuh foktor cuaca yang tidak menentu, hujan ataupun panas terik terpaksa mereka tempuhi selain itu kesebokkan kawasan Bandar yang penuh dengan rakyat klas bawahan yang bekerja

terpaksa juga mereka tempuhi. Teknik pencahayaan pula hanya menggunakan cahaya matahari yang sebenar, tiada barangan teknik pencahayaan khas digunakan didalam filem ini. Factor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan factor peperangan dan kemeruduman ekonomi semasa menyebabkan kesulitan diantara kewangan mahupun darisegi semua aspek. Didalam filem ini mereka terpaksa menjimatkan kos pengambaran atas sebab yang diterangkan diatas. Dalam cerita unsur Italian Neo Realism lebih menitik beratkan sebuah cerita yang mempunyai kesan emosi yang tinggi seperti mood watak yang dibawa oleh pelakon tersebut, kesan emosi yang tinggi adalah konsep yang dilakukan pada zaman tersebut berbanding mengabstrakkan sesebuah cerita, dalam kerti kata lain mengembangkan sesebuah cerita. Pada waktu itu kebanyakan cerita lebih cenderong kepada politik dan isu-isu semasa yang berlaku pada zaman itu, mereka menggunakan konsep penceritaan visual bagi menyampaikan cerita lain kepada penonton. Para penggiat filem mahukan penonton juga berfikir dan menilai sendiri cara mereka menyampaikan hasil seni mereka sendiri. Dengan semangat demokrasi yang baru membolehkan mereka bergerak walaupuun dengan segala serba kekurangan, mereka banyak melakukan eksperimen tidak kira dari segi shot, mahupun dari segi visual storytelling, setiap shot yang digunakan membawa maksud yang tertentu, tinggal kepada penonton sahaja menilai ataupun paham apa yang cuba disampaikan. Pada zaman itu setiap pendapat diantara mereka mempunyai unsur belas kasihan dan mereka tidak setuju dalam membuat penghakiman moral, sebagai contoh di dalam filem bicycle thief pengarah cuba menyampaikan betapa susahnya pada waktu itu dan cuba menunjukkan lagi tentang kemiskinan untuk menempuh hidup dan hari-hari yang mendatang. Bagaimanakah seorang lelaki sanggup bertungkus lumus mencari hanya sebuah basikal bersama-sama dengan anaknya, pengarah cuba menyampaikan betapa susahnya waktu itu untuk mencari duit lebih-libih lagi pada waktu ekonomi pada masa itu menurun. Dari segi teknik camera pula, setiap shot yang dilakukan lebih kepada static, tidak banyak pergerakan yang dilakukan. Hanya shot-shot biasa yang dipamerkan didalam filem ini. Teknik camera yang digunakan berdasarkan konsep dokumentari style. Shot yang ringkas dan bersahaja. Dalam cerita ini, mereka juga mendapat masaalah dari segi teknikal iaitu disebabkan oleh lokasi dan cuaca tempat. Filem ini juga mempunyai masalah ketika melakukan proses editing. Filem ini juga tidak menggunakan sebarang alat audio, kerana alatan audio tidak ada. mereka menggunakan kaedah dubbing semula, semua dialog dalam

filem ini adalah dubbing. Dalam filem ini kita dapat lihat dan dengar amat jelas sekali bahawa audionya agak lari daripada sebutan. Namun filem ini Berjaya juga dikeluarkan dan disiapkan. Italian neorealism mempunyai cirri-ciri utama iaitu penggunaan actor yang tidak professional, kaedah pengcahayaan yang semulajadi, penggunaan lokasi luar ataupun lokasi yang benar, keinginan untuk mengangkat tema-tema kehidupan reality dengan lebih rapat, kehidupan selepas unsure perang, pertembungan antara kelas, ideology, dan juga harapan pembaharuan politik dan unsur-unsur pesimistik. Kesemua cirri-ciri utama ini bukan ditetapkan tampa sebab yang munasabah. Setiap satu cirri-ciri tersebut mempunyai sebab yang amat berbeza dan diantara cirri-ciri tersebut disebabkan oleh keadaan pada waktu itu, iaitu keadaaan selepas peperangan.

4.0Kesimpulan

Didalam filem Bicycle thief ini kita dapat lihat bagaimanakah konsep Italian Neo Realism diterapkan, melalui jalan cerita yang cuba disampaikan oleh pengarahnya sendiri. Kita dapat melihat pelbagai jenis lapisan masyarakat seperti masyarakat yang klas bawahan iaitu miskin dan masyarakat klas atasan iaitu golongan orang-orang kaya. Perwatakan masyarakat miskin yang dapat dilihat adalah seperti pencuri dan watak utama tersebut. Filem ini lebih dekat kepada unsure humanistic bersifat keperikemanusian yang teramat. Kerana keseluruhan file mini banyak mempamirkan tentang kehidupan masyarakat yang susah pada era selepas peperangan di itali. Idea pengarah jelas disampaikan kepada para penonton, dan kita dapat lihat bagaimanakah kesusahan pada zaman tersebut. Dengan mengangkat idea sebuah basikal merupakan harta yang paling penting pada seseorang pada waktu itu. Konsep Italian Nrealism jelas kelihatan didalam file mini dengan watak, lokasi, teknik camera dan juga teknik pencahayaan yang jelas menunjukan bahawa file mini dihasilkan dengan budget yang amat rendah serta ceritanya yang banyak isu kemasyarakatan. Filem Bicyle thief sesuai untuk dijadikan rujukan serta mendalami lebih lagi tentang era Italian Nealism.

4.0 Rujukan

Geoffrey Nowell Smith ( The Resilience of Neorealism ) David Bordwell/Kristin Thompson ( Film Art An Introduction )

Ahmad Zailani Bin Mat Seman CT111 CTS315 2011650114

You might also like