You are on page 1of 20

TUTORIAL 15

Elvina Jimmy Ling Yun Chern

Pengenalan
Sebelum merdeka: Dasar pendidikan negara 5 jenis sistem persekolahan: 1. Sekolah Melayu 2. Sekolah Inggeris 3. Sekolah Cina 4. Sekolah Tamil 5. Sekolah Agama 1946 Rancangan Cheessmen mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan.

Dasar pendidikan sebagai asas perpaduan rakyat pelbagai kaum.

ERA DASAR WAWASAN NEGARA (2001 - 2010)

Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur

Meningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi Malaysia

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Terkandung dalam Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 Semakan semula ordinan yang menghasilkan Penyata Rahman Talib 1960 kemudian dimaktubkan sebagai Akta Pelajaran 1961 Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan supaya mencapai objektif perpaduan dan memenuhi keperluan negara. Laporan Jawatankuasa itu telah diterbitkan pada tahun 1979

BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957ialah untuk menubuhkan satu sistempendidikan yang akan dapat memenuhikeperluan negara dan menggalakkanperkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi,dan politiknya...

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan


Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik Berpandukan Penyata Razak 56 & Rahman Talib 60 : mentafsirkan sbg penyatuan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja dlm bidang ekonomi.

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan 1. Bahasa Kebangsaan sbg bahasa pengantar 2. Mengadakan kurikulum yang sama berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah 3. Sistem peperiksaan yang sama 4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan


11. Mempertingkat aspek kerohanian, moral dan disiplin 12. Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris wajib yang diajar di sekolah dan memberi peluang pembelajaran bahasa lain (Tamil & Mandarin) 13. Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan


Memperkenalkan sekolah wawasan RIMUP - Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Objektif RIMUP : 1) Menggalakkan penyertaan guru dan murid dlm kegiatan bersama 2) Mewujudkan sikap kerjasama 3) Melahirkan persefahaman atr murid pelbagai kaum 4) Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran dlm kegiatan khas

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)


merupakan jalinan antara dua agensi utama iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Intergasi Nasional serta Jabatan Pelajaran Negeri bagi membentuk pelajar saling berkomunikasi dan bekerjasama antara pelbagai kaum serta dapat mempelajari beberapa kaedah cara hidup dan permainan tradisi kaum masingmasing melalui silang budaya.

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan


Menawarkan pembelajaran bhasa Tamil & Mandarin di sekolah kebangsaan PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan **Secara jelas banyak dasar dan sistem pendidikan memberi ruang kepada penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)


Apa itu PIPP?
PIPP merupakan satu dokumen perancanganpembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh PIPP tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum.

Objektif PIPP
o PIPP dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia

KPM telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-2010 yang akan menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMKe-9. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Agenda utama KPM adalah untuk membangunkan SK sebagai aliran perdana kerana majoriti pelajar berada di SK. Walau bagaimanapun, KPM tidak akan meminggirkan SJKC, SJKT dan SABK dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah tersebut. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia.

Enam Teras (PIPP)


1. 2. 3. 4. 5. 6. Membina negara bangsa Membangunkan modal insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan jurang pendidikan Memartabatkan profesion keguruan dan Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Strategi (Membina Negara Bangsa)


1.Memperkasa bahasa Melayu sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu dengan menggiatkan aktiviti kebahasaan,kesusasteraan,pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan 2.Memantapkan perpaduan negara dan intergrasi nasional dengan meningkatkan aktiviti seperti RIMUP,kelab rukun negara,kempen cinta akan warisan bangsa dan negara

Menerapkan warisan budaya dan kesenian bangsa dengan membina sekolah seni dan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Memperkukuh budi bahasa dan adab Membentuk sahsiah pelajar melalui: -pemantapan kurikulum -pemantapan program kokurikulum dan sukan -pengukuhan program3K (Keselamatan,Kebersihan,Kesihatan) -pengukuhan displin pelajar melalui JK Induk dan JK Bertindak bagi Menangani Gejala Disiplin Murid JK=Jawatankuasa Kerja

Strategi: (Membangunkan Modal Insan)


Mengadakan lebih banyak pilihan dalam pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar
KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat(SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan matapelajaran vokasional (MPV) di sekolahsekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan

Strategi: (Memperkasakan Sekolah Kebangsaan)


Peluasan program sekolah Pemantapan Kokurikulum Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil Memperluaskan program j-QAF Memperluas pendidikan Teknik dan Vokasional termasuk MPV Meningkatkan pencapaian 3M Pembestarian sekolah Pemantapan program kokurikulum dan sukan Penambahbaikan sistem sokongan Peningkatan prestasi SK Peningkatan kualiti prasarana SK Pemantapan Kepimpinan sekolah Peningkatan kualiti guru Pengukuhan budaya sekolah

Strategi: (Merapatkan Jurang Pendidikan)


Menyediakan infrastruktur dan kemudahan pendidikan serta guru mencukupi di luar bandar Merapatkan jurang digital Meningkatka kadar penyertaan Penguasaan 3M Pengurangagn kadar keciciran Penyediaan pendidikan OKU Penyediaan pendidikan bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat Memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin,berkeperluan khas dan suku minoriti

Strategi: (Memartabatkan Profesion Keguruan)


Menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru Memperketat syarat dan kriteria ambilan calon Menambah baik perjawatan dan naik pangkat untuk PPP (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN) di KPM(Kementerian Pelajaran Malaysia)/JPN(Jabatan Pelajaran Negeri)/PPD(Pejabat Pelajaran Daerah) Penyediaan persekitaran kerja yang kondusif Menambah baik kebajikan guru Penempatan guru mengikut opsyen dan keperluan

Strategi: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan


Memperkenalkan standard dan penandaarasan Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan Peningkatan jalinan antara sekolah cemerlang dalam dan luar negara Penggalakan penubuhan institusi pendidikan swasta dan antarabangsa Mempelbagaikan pilihan aliran bagi memenuhi keperluan pelajar

You might also like