You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANGGAR, 06500 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN

E-mail : kea2095.ppdkotasetar@gmail.com

No.Telefon : 04-7876390

No. Fax : 04-7876391

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA MATEMATIK KALI KETIGA 2012 Tarikh Masa Tempat : 01 Ogos 2012 : 2.30 petang : Makmal 3 SMKL

KEHADIRAN Pn Nor Zamzila Binti Ahmad (Guru Kanan Sains & Matematik) Pn Hanizah Binti Mat Noor (Ketua Panitia Matematik) Pn Aslina Binti Asmuni En Ahmad Nizar Bin Abdul Hamid Pn Norzihan Binti Md Isa Pn Sabariah Binti Ismail Pn Suhaina Binti Ismail Pn Syahrul Azrin Binti Ghafar Pn Zalinda Binti Ab Aziz

I.

ALUAN PENGERUSI 1. Mesyuarat dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah 2. Mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 3. Minit mesyuarat kedua tahun 2012 dibentangkan oleh Pn. Syahrul Azrin Binti Ghafar. Cadangan Pengesahan : Pn Suhaina Binti Ismail Sokongan : Pn Aslina Binti Asmuni

II.

III.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4. Perkara 3a (PBS) 5. Perkara 17 (Analisis Item) - Pn Syahrul Azrin diberikan tanggungjawab untuk menyediakan template bagi analisis item bagi matapelajaran Matematik 6. Perkara 30 (Kelas Tambahan) - Dicadangkan teknik menjawab kali ke 2 bagi Tingkatan 3 diadakan diperingkat dalaman oleh Pn Norzamzila

IV.

LAPORAN PENGETUA 7. Lawatan Nazir Jemaah Nazir seramai empat orang telah datang ke sekolah pada 23-24 Julai 2012 yang lalu untuk menjalankan pemantauan khusus untuk P&P berkaitan SKPM dan melihat kemenjadian murid. 8. Laporan Nazir Dalam laporannya, nazir telah mencerap 8 orang guru. Beberapa teguran telah dibuat demu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas antaranya; a) P&P berpusatkan guru sepatutnya lebih berpusatkan pelajar dan guru bertindak sebagai fasilitator b) Guru tidak menulis refleksi dalam rekod mengajar c) Buku Rekod Mengajar tidak akur dengan Perancangan Tahunan guru. Antara kekuatan yang didapati oleh Jemaah Nazir: a) Guru SMKL mengajar dengan penuh semangat b) Kaedah pengajaran guru bersifat keibuan Makluman : Semua guru panitia

V.

ANALISIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK MENGIKUT TINGKATAN 9. Pengerusi membentangkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Makluman : Semua guru panitia 10. Dapatan daripada analisis peperiksaan Faktor ramai pelajar gagal; a) Pelajar kurang penguasaan terhadap topik-topik tingkatan 1 dan 2 bagi pelajar Tingkatan 3. b) Penguasaan kurang terhadap topik Algebra Penyelesaian: o Dicadangkan agar memanggil Dr Abdul Malek untuk mengadakan bengkel bijak algebra kepada pelajar Tingkatan 3 dan 4. 11. Analisis Item perlu disediakan bagi setiap kali peperiksaan.

VI.

PROGRAM PERANCANGAN PENINGKATAN PRESTASI PMR / SPM 12. Pengerusi memaklumkan bahawa teknik menjawab Matematik PMR telah dijalankan dan teknik menjawab Matematik SPM akan dijalankan selepas ini. 13. Pecutan PMR akan diadakan dan beberapa set soalan akan diberi kepada pelajar. Tindakan : Ketua Panitia

VII.

PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI (PKB) 14. Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Semua guru dikehendaki menghantar buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran mengikut jadual iaitu pada hari Khamis setiap minggu. Tindakan : Semua Guru panitia 15. Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran Pencerapan boleh dilakukan oleh pengetua, penolong kanan, guru kanan dan rakan sekerja. Tindakan : Semua Guru panitia

VIII.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 16. Pengerusi memaklumkan Puan Norolhudda dilantik sebagai Setiausaha PBS 17. Setiausaha PMR mengarahkan markah mesti diisi bermula 29 Julai 2012 18. Markah PBS untuk SPM perlu dimasukkan sebelum 31 Ogos 2012 19. Markah PLBS Tingkatan 3 belum lagi dihantar kerana sehingga hari ini belum lagi diminta untuk berbuat demikian. Makluman : Semua guru panitia HAL-HAL LAIN 20. Pengerusi mengharapkan agar guru akan sentiasa memberi kerjasama yang baik untuk membangunkan prestasi pelajar terutamanya dalam matapelajaran Matematik Tindakan : Semua guru panitia

IX.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Dicatat oleh : . (SYAHRUL AZRIN BINTI GHAFAR) b/p Setiausaha, Panitia Matematik, SMK Langgar, 06500 Alor Setar, Kedah

Disemak oleh : (HANIZAH BINTI MAT NOOR) Ketua Panitia Matematik SMK Langgar 06500 Alor Setar, Kedah

You might also like