You are on page 1of 2

Pendidikan awal kanak-kanak ditakrifkan sebagai pendidikan kanak-kanak yang bermula daripada saat kelahirannya hingga kepada umur

lapan tahun. Pendidikan ini termasuk program-program untuk bayi, untuk kanak-kanak yang boleh berlatih, untuk sekolah asuhan kanak-kanak, dan program prasekolah termasuk kindergarten dan peringat sekolah rendah. Kadang kala, pendidikan awal kanakkanak dirujuk kepada program-program yang diperuntukan kepada kanak-kanak dibawah umur enam tahun, atau kanak-kanak sebelum memasuki kindergarten. ( Azizah Lebai Nordin, 2002) Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanakkanak mencapai umur lima tahun. Pandangan ini sesuai dengan pendapat piaget bahawa perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor, iaitu semenjak kanak-kanak lahir hingga berumur dua tahun. Pada masa ini, kanak-kanak bnyak menggunakan deria motor seperti menghisap, menangis dan menggenggam. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak mengembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan dengan empat ciri iaitu, pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang dan masa. Froebel juga menganggap peringkat awal kanak-kanak merupakan tahap yang kritikal dan menjadi asas bag perkembangan seterusnya. Pada pendapat saya, pendidikan awal kanak-kanak ialah pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Ia merupakan satu jangka masa yang penting dalam proses pembesaran kanak-kanak. Pada masa kini, kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga kedunia sosial. Bagi negara kita, pendidikan Awal kanak-kanak melalui kurikulum yang formal telah bermula seawal usia 6 tahun, di mana pada usia ini kanak-kanak telah memasuki taman-taman didikan atau juga dikenali sebagai pra-sekolah atau tadika yang istilah ini telah digunakan dengan meluas di Malaysia.

You might also like