You are on page 1of 16

DISEDIAKAN OLEH: Mohd Shafik b Abd Rahman Mas Atikah bt Mashod Norhanira bt Mokhtar Nurul Hazwani bt Mohd Nasrumi

Menurut Kamus Dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara berikut:


Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.

Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap kaedah dan teknik mengajar yang telah disusun. Pengagihan bahan pelajar mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar. Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang sesuai dipilih.

Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusun dan mengurus sesuatu dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum.

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperlihatkan daripada beberapa contoh berikut:

Strategi penggabungjalinan kemahirankemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis. Strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagaibagai mata pelajaran.

Strategi gabungan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan. Strategi gabungan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum.

Pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

Pendekatan membawa maksud yang paling global dan paling abstrak.

Pandangan Pendirian Pegangan Falsafah

Pendekatan adalah satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara.

Pendekatan bercorak abstrak kerana falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat teoritis.

Pendekatan dalam pengajaran bahasa, memerlukan kaedah kaedah tertentu.

Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya boleh dilihat dan dinilai selepas dilaksanakan secara emparikal. (pengajaran bahasa di bilik darjah.

Pada amnya, pendekatan bercorak teoritis, iaitu satu andaian, tanggapan atau falsafah tentang sesuatu tugas pengajaran bahasa

Namun begitu, sesuatu pendekatan itu dianggap pendekatan yang baik kerana telah terbukti keberkesanannya dalam bidang bahasa.

Pendekatan dibina berasaskan:-teori bahasa

- teori linguistik

Cara yang digunakan dalam suatu proses pembelajaran. Dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran sesuatu kemahiran membaca.

KAEDAH MENGAJAR

KAEDAH INDUKTIF

KAEDAH DEDUKTIF

KAEDAH ELEKTRIK

KAEDAH GABUNGJALIN

Konsep kaedah lebih konkrit.

Cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar kemahiran bahasa

Dilaksanakan untuk menyokong pendekatan mengajar untuk menjayakan suatu teori bahasa.

Cara yang lebih khusus/spesifik yang digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran atau aspek bahasa.

Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran.

A. Teori

Bahasa

Pendekatan Pengajaran

B. Pendekatan
Pengajaran

strategi Pengajaran

C. Strategi D.

Pengajaran

Kaedah Pengajaran
Teknik Pengajaran

Kaedah Pengajaran

Teori Bahasa

Pendekatan Pengajaran

Strategi pengajaran

Kaedah Pengajaran

Teknik Pengajaran

STRATEGI
berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar

PENDEKATAN
Bercorak abstrak

KAEDAH
Bersifat konkrit

TEKNIK
Lebih khusus atau spesifik

rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan

Satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara

Cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar kemahiran bahasa 1. Kaedah tubi 2. Kaedah terus 3. Kaedah dengar dan sebut 4. Kaedah bersiri 5. Kaedah terjemahan 6. Kaedah tentera

Wujud dalam bentuk aktiviti,strategi atau taktik,dan bahan atau alat yang berkaitan.

1. Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis.

1. Pendekatan empirisis 2. Pendekatan rasionalis (mentalis) 3. Pendekatan komunikatif

2. Strategi penyerapan nilainilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran.


3. Strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran.

1. Teknik imlak 2. Teknik kloz 3. Teknik bacaan nyaring 4. Teknik bercerita 5. Teknik Drama 6. Teknik korus 7. Teknik dialog

Abdul Aziz Abdul Talib,2000.Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip,Kaedah dan Teknik.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ( 1998 )


RUJUKAN INTERNET http://www.Myschoolnet.com (PPK- Strategi dalam P&P ) www.google.com

You might also like