You are on page 1of 3

PERNYATAAN PROFESIONAL a)

Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum.Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa diInstitut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalamsituasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbingdan guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada matapelajaran major guru pelatih di IPG dengan waktu mengajar minimum adalah 8 jam dan maksimum 12 jam.Banyak perkara yang perlu dilakukan dan di selesaikan semasa praktikum disekolah. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri disetiap perjumpaan guru

guru selain perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan Port-Folio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang

menjalani praktikum ini.

Selain itu juga, saya perlu menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk jaga, tukang kebun mahupun pekerja kantin. Saya perlu memahami budaya di sekolah serta komuniti di situ selain perlu membiasakan diri dengan loghat kawasan tempat mengajar untuk saya terapkan bahasa baku kepada murid-murid semasa mengajar.Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing pada bila-bila masa sahaja. RPH

perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajarandan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik dengan lancar.

Saya perlu sentiasa bersedia lebih-lebih kerenah murid yang bising, nakal, kurang pandai dan lain-lain lagi. Matapelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan matapelajaran yang memerlukan pergerakan, jadi saya haruslah pandai mengawal kelas agar kelas sentiasa terurus dan mengenalpasti murid yang tidak melakukan kerja.

Kebiasaanya matapelajaran ini membolehkan murid meluahkan kreativiti serta dapat mengetahui tahap mereka didalam sesuatu pelajaran kerana hasilnya dapat divisualkan diatas kertas, kanvas atau bahan.

PERNYATAAN PROFESIONAL b)

Apa Yang Telah Dilalui Dan Dilaksanakan Sepanjang Praktikum merupakan titik perubahan yang ketara di dalam kehidupan saya sebagai guru pembimbing. Saya telah ditetapkan untuk menjalani praktikum ini bermula 13 9 Februari 2012. Saya telah menimba pelbagai pengalaman dalam tempoh terhad ini. Pada minggu pertama kami telah melaporkan diri dan menjalinkan hubungan mesra dengan kesemua warga sekolah. Meskipun terhadap beberapa masalahnya berkaitan fail praktikum, guru praktikum saya Puan Atifah banyak membantu dalam membetukan kesalahan saya. Pada minggu kedua, perjalanan waktu persekolahan berjalan seperti kebiasaanya. Masalah yang timbul semasa waktu pengajaran dan pembelajaran adalah masalah kawalan kelas. Masalah ini timbul kerana wujudnya masalah perbezaan individu iaitu golonga murid yang pandai, sederhana dan lemah. Murid yang telah menyiapkan kerja iaitu golongan murid cemerlang banyak menggangu murid lain meskipun saya telah menegur dan mengenakan hukuman keatas mereka.

Disamping itu, masalah ini juga wujud kerana sifat kurang tegas yang wujud didalam diri saya. Saya telah mengkaji beberapa teknik untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah saya perlu menjadikan diri saya lebih tegas agar murid menjadi takut dan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih baik. Saya juga akan merencanakan beberapa latihan tambahan bagi golongan murid yang pandai agar tidak menggangu murid lain agar bakat mereka sentiasa terasah. Saya turut akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada warga pendidik sekolah, guru pembimbing dan pensyarah pembimbing mengenai sistem kawalan kelas agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat tercapai dengan sempurna.

PERNYATAAN PROFESIONAL c)

Apa Yang Telah Dicapai Sepanjang Praktikum

Ternyata

Praktikum

sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap guru pelatih kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum 1 telah selesai dan pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Pendedahan pertama membawa kepada

penambahbaikan yang perlu dilakukan sebagai persediaan sebelum memasuki Praktikum 2 pada semester depan. Berkaitan dengan apa yang telah

dicapai sepanjang praktikum, dapat saya simpulkan bahawa menjadi tanggungjawab guru membentuk murid bukan sahaja dari segi akademik malah

sahsiah mereka. Walaupun ada masa seronok ketika bersama murid, tentu ada yang menguji kesabaran sehingga tangan ingin naik kemuka mereka. Semua telah saya lalui untuk Praktikum 1 ini. Pergaulan bersama warga sekolah boleh dianggap

memuaskan dan kesemua warga sekolah telah memuji kami berkaitan dengan pergaulan sosial saya dengan mereka. Saya juga telah menerapkan kemahiran saya dalam bidang seni visual iaitu dengan mencantikkan fasiliti sekolah dengan membuat mural, mengemas kembali bilik seni, menhias bilik guru dan banyak lagi sumbangan yang telah diberikan. Saya turut sentiasa bantu membantu terutamanya dalam menjayakan beberapa program sekolah. Dalam membentuk pasukan sekolah, saya telah cuba sedaya upaya saya namun masa yang diberikan tidak mencukupi untuk memberi kemahiran yang lengkap kepada mereka, kerenah mereka juga amat menguji kesabaran dan membuatkan saya perlu sentiasa memikirkan cara terbaik dalam melatih mereka dalam masa yang singkat. Budaya suka juga telah berjaya diterapkan sedikit demi sedikit kepada murid-murid. Kesimpulannya, Praktikum satu telah memberi gambaran kepada saya situasi sebenar sekolah. Saya perlu mempersiapkan diri sebelum menjadi guru berijazah dimasa hadapan kelak.

You might also like