You are on page 1of 14

PANEL PEPERIKSAAN SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT (1) KLANG PKSR 1 2010 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN EMPAT

T NAMA : ________________________ MASA : 1 JAM GRED : _______

KELAS : 4 ( MAWAR / MELUR ) MARKAH: ___________/60

______________________________________________________________________ ARAHAN : 1. Kertas ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A ialah soalan objektif dan bahagian B ialah soalan struktur. 2. Mengandungi 13 muka surat bercetak. Jawab semua soalan dan tulis dalam ruangan yang disediakan.

1. Pilih sikap yang menunjukkan perlakuan yang bertanggungjawab. A. Meninggalkan rakan yang kurang upaya bersendirian B. Menutup suis lampu apabila keluar bilik C. Menyapu bilik apabila disuruh D. Meminta rakan menyiapkan kerja sekolah

2. Bagaimanakah kamu dapat mengamalkan cara belajar yang betul? A. Belajar dengan tidak berhenti-henti B. Belajar sehingga lewat malam C. Berbincang dengan rakan D. Belajar cuma bila ada peperiksaan

[1]

3. Makanan seimbang ialah makanan yang___________. A. mempunyai khasiat sesuai untuk keperluan tubuh B. makanan yang mengenyangkan C. mengandungi banyak lemak D. mengandungi zat galian

4. Antara berikut yang manakah bukan merupakan anggota keluarga asas? A. Ibu B. Datuk C. Bapa D. Abang

5. Apakah tujuan menghasilkan profil keluarga? A. Memperkenalkan anggota keluarga kepada orang lain B. Memahami minat dan kegemaran anggota keluarga C. Mengenali anggota keluarga dengan lebih dekat D. Menyemak hal peribadi anggota keluarga

6. Pilih penyataan yang benar tentang cara-cara kita berinteraksi dengan komuniti sekolah. A. Bertutur dengan sopan B. Bercakap dengan kasar C. Tidak bersedia memberi bantuan D. Tidak memberi salam

[2]

7. Mengapakah kita perlu menghargai khidmat pengawal keselamatan? A. Mereka memerlukan penghargaan demi menjalankan perkhidmatan yang cemerlang. B. Mereka telah menjalankan tugas bagi memastikan sekolah dalam keadaan baik. C. Mereka mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada kita. D. Mereka menjalankan kerja-kerja pentadbiran.

8. Langkah yang perlu diambil oleh murid yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran ialah A. Menumpukan perhatian semasa guru mengajar B. Meminta ibu-bapa menolong membuat kerja sekolah C. Meniru jawapan daripada murid yang lebih pandai D. Membuat latihan semasa peperiksaan sahaja

9. Apakah tujuan kita memberikan kad ucapan hari ulang tahun kepada ibu atau bapa kita? A. Menghargai jasa dan pengorbanan ibu dan bapa. B. Menunjukkan kita anak yang boleh diharapkan C. Mendapat perhatian daripada ibu dan bapa D. Menerima pujian daripada ibu dan bapa. 10. Datuk dan nenek termasuk dalam golongan keluarga _____________ A. asas B. kecil C. besar D. kembangan
[3]

11. Apakah jasa yang telah diberikan oleh tukang kebun sekolah kepada sekolah kamu? A. Mengecat sekolah B. Menyapu sampah di kawasan sekolah C. Menanam pokok di kawasan sekolah D. Menjadikan kawasan sekolah bersih dan ceria

12. Seorang wanita bertanya kepada kamu arah ke kelas anaknya. Apakah yang perlu kamu lakukan? A. Melarikan diri kerana tidak mengenalinya B. Menyuruhnya bertanya kepada orang lain C. Menunjukkan kepadanya kelas tersebut D. Tidak menghiraukannya kerana tidak mengenalinya

13. Apakah peraturan di kantin sekolah yang perlu kamu patuhi? A. Makan dengan sudu dan garfu B. Mencuci pinggan yang telah digunakan C. Beratur ketika membeli makanan D. Tidak bercakap dengan rakan ketika makan 14. Ibu-bapa kamu sentiasa mendoakan kejayaan kamu dalam bidang pelajaran. Bagaimanakah kamu dapat menjadikan impian ibu bapa kamu suatu kenyataan. A. Tidak mempedulikan impian ibu bapa B. Belajar waktu peperiksan sahaja C. Menyertai aktiviti kokurikulum dengan bersungguh-sungguh D. Sentiasa mengikut nasihat guru dan ibu bapa
[4]

15. Perlakuan bertanggungjawab semasa di sekolah adalah seperti yang berikut, kecuali A. Membelanjai rakan-rakan untuk mendapat perhatian B. Membantu rakan sekelas yang mengalami masalah dalam pelajaran. C. Menolong guru membawa buku latihan ke bilik guru D. Memberi perhatian ketika guru mengajar

16. Apakah aktiviti yang perlu dilakukan selepas kita melakukan aktiviti riadah? A. Aktiviti menyejukkan badan B. Aktiviti memanaskan badan C. Aktiviti membina otot badan D. Memakan makanan ringan

17. Apakah kata-kata yang sesuai diucapkan oleh Aliya apabila menerima hadiah daripada ibunya itu? A. Saya tidak suka akan hadiah ini, ibu. B. Terima kasih, ibu. C. Saya tidak mahu menerima hadiah ini, ibu. D. Saya hendak dua hadiah ibu. 18. Apakah contoh kekuatan diri dari segi tingkah laku? A. Rajin B. Pemalas C. Pendendam D. Boros
[5]

19. Apakah kesannya jika murid tidak menghormati atau bersikap kurang sopan terhadap pelawat sekolah? A. Nama sekolah akan menjadi perbualan masyarakat setempat B. Imej dan nama baik sekolah akan terjejas C. Pelawat sekolah tidak mahu lagi berurusan dengan pihak sekolah D. Sekolah akan ditutup

20. Yang manakah antara berikut bukan terdiri daripada keluarga kembangan? A. Nenek B. Abang C. Sepupu D. Bapa saudara

21. Siapakah yang diberi tanggungjawab untuk membantu mengawal disiplin murid di sekolah? A. Pengawas B. Ketua kelas C. Bendahari D. Penolong ketua kelas

[6]

22. Ain Lin anak tunggal kepada pasangan Encik Ravi dan Puan Maria. Ain Lin boleh dianggap sebagai.. A. Anak emas B. Anak tiri C. Anak angkat D. Anak buah

23. Bagaimanakah cara terbaik untuk mengeratkan hubungan dengan anggota keluarga yang tinggal berjauhan. A. Saling menghubungi mereka B. Selalu bermimpi akan mereka C. Berjumpa mereka pada setiap bulan D. Memberi mereka wang

24. Apakah tindakan yang perlu dilakukan jika kamu ingin memberikan cadangan ketika mesyuarat? A. Meminta izin terlebih dahulu B. Mencelah ketika rakan sedang bercakap C. Meninggikan suara supaya cadangan dapat didengar. D. Menulis di dalam sehelai kertas

[7]

25. Apakah jenis pakaian yang sesuai dipakai apabila menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah. A. Pakaian tradisional kaum B. Kemeja-T dan seluar sukan sekolah C. Pakaian seragam sekolah D. Pakaian renang

26. Pilih ucapan yang bertatasusila. A. Terima kasih kerana membantu saya. B. Pergilah ambil pen itu sendiri. C. Malaslah saya nak ikut awak. D. Jangan ganggu saya,

27. Antara berikut, yang manakah bukan perlakuan bertanggungjawab di sekolah? A. Menolong guru membawa buku latihan ke bilik guru B. Membantu rakan sekelas yang memerlukan bantuan C. Bersama-sama dalam gotong- royong membersihkan kawasan perumahan D. Menghormati guru dan pekerja sekolah

28. Mengapakah kita perlu mengamalkan tingkah laku bersopan dalam pergaulan seharian? A. Memudahkan sesuatu urusan B. Membuatkan diri lebih dihormati C. Mendapat pujian daripada orang lain D. Mendapat lebih banyak kawan
[8]

29. Kepentingan protein dalam tubuh badan kita ialah... A. Membekalkan tenaga B. Membina tubuh badan C. Mempunyai daya ketahanan untuk melawan penyakit D. Membekalkan vitamin kepada tubuh badan

30. Apabila bercakap, kita perlu mengucapkan secara. A. Kuat B. Cepat C. Perlahan D. Bertatasusila

[9]

Bahagian B A. Selain daripada sekolah, setiap kelas juga perlu mempunyai peraturannya sendiri supaya guru dapat mengajar dengan baik dan murid-murid dapat belajar dalam suasana yang harmoni. Senaraikan lima peraturan yang boleh dijadikan sebagai peraturan dalam kelas kamu.

Bilangan 1.

Senarai peraturan _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

2. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ 3. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ 4. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 5. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

5 markah
[10]

B. Pilih makanan seimbang yang sesuai dimakan pada waktu tengah hari.

sekeping roti

sayur

burger

ais krim

ikan

dua ketul karipap

semangkuk nasi

sepotong buah

semangkuk mi

Tengah hari 6) _________________________________________ 7) _________________________________________ 8) __________________________________________ 9) __________________________________________

(4 markah)

[11]

C. Isi tempat kosong berdasarkan rajah di bawah.

Encik Khalid

Puan Rohana

Encik Musa

Puan Azizah

Encik Saiful

Puan Sarimah

Azri

Asri

Azlan

Khalif

Danial

10) Encik Khalid ialah ______________ kepada Puan Rohana. 11) Menantu-menantu Encik Khalid dan Puan Rohana ialah _____________________ dan __________________. 12) Puan Azizah ialah ______________ kepada Asri dan __________________ kepada Khalif. 13. _______________ ialah bapa saudara kepada Danial dan Azlan ialah ___________ kepada Danial.

(7 markah)

[12]

D. Soalan Struktur 15 . Senaraikan komuniti sekolah. a)______________________ b) _____________________ c)______________________ ( 3 markah) 16. Nyatakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi di perpustakaan sekolah a) ________________________________________________________________ b) ________________________________________________________________ c) _________________________________________________________________ ( 3 markah) 17. Nyatakan tiga cara kita berinteraksi dengan pelawat sekolah. a) _______________________________________________________________ b) _______________________________________________________________ c) _______________________________________________________________ ( 3 markah) 18. Nyatakan tiga sikap warga sekolah yang bertanggungjawab. a) ______________________________________________________________ b) ______________________________________________________________ c) ______________________________________________________________ ( 3 markah ) 19. Nyatakan dua cara kita menghargai khidmat tukang kebun sekolah. a) ______________________________________________________________ b) ______________________________________________________________ ( 2 markah )
[13]

[14]

You might also like