You are on page 1of 13

Tekanan Di Kalangan Guru Pendidikan memainkan peranan yang besar dalam pembangunan sesebuah negara.

Mutu pendidikan yang baik secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembentukan generasi yang gemilang dan terbilang dalam sesebuah negara yang mampan, produktif dan sihat. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada produktiviti yang tinggi di kalangan ahli-ahli pendidik terutama sekali para guru memandangkan guru menyumbang sebahagian besar daripada pekerjaan di dalam bidang pendidikan Guru merupakan elemen terpenting dalam pedagogi untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Kualiti pengajaran guru pada hari ini atau masa-masa yang akan datang jika dibandingkan dengan hari-hari yang lepas adalah tidak sama atau sukar untuk dipiawaikan. . Ini menjadikan kerjaya guru kian mencabar. (AdminBlog Tips Kerjaya, 2011). Kepuasan kerja dan faktorfaktor yang boleh mengakibatkan tekanan boleh mempengaruhi kualiti pengajaran guru dan seterusnya mempengaruhi pula produktiviti, prestasi dan kecekapan guru. Kebanyakkan guru melaporkan mereka mengalami tekanan dalam pekerjaan mereka dan mengalami burnout pada peringkat terntu dalam pengalaman pekerjaan mereka. Selain daripada itu, selain daripada mengalami masalah burnout atau ketandusan upaya, mereka juga berpotensi menghidap penyakit barah payu dara, darah tinggi, sakit jantung dan ada juga yang sedang mendapatkan rawatan psikiatri daripada doktor. (Utusan Malaysia,2006) . 'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar. Namun begitu, tekanan melampau yang berlaku di kalangan guru adakalanya memakan diri sendiri. Seorang guru sekolah rendah terkejut mendapati anaknya yang berusia lima tahun tidak bernyawa selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam. Gara-gara mengejar waktu untuk mengimbas kad perakam waktu di sekolah, dia telah terlupa bahawa anaknya masih lagi berada di dalam kenderaan. (Sinar Harian, 2012). Kejadian itu telah membuka mata banyak pihak. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menegaskan bahawa guru-guru di Malaysia ini bekerja dalam keadaan tekanan atau tekanan yang melampau lebih-lebih lagi apabila jemaah nazir dari Kementerian Pelajaran memantau guru-guru di sekolah. Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 Februari 1998, mencatatkan bahawa guru merupakan anggota perkhidmatan awam yang paling ramai menerima rawatan mental. Kenyataan ini bertepatan dengan pepatah Melayu yang menyatakan bahawa guru ibarat lilin yang menerangi orang lain, tetapi membakar dirinya sendiri. Terdapat banyak contoh yang berkaitan dengan tindakan disiplin yang berdasarkan emosi yang dilakukan oleh para guru. Antaranya ialah kejadian di mana 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak telah dihukum dengan cara berendam di dalam sebuah kolam kotor oleh Warden Asrama mereka disebabkan masalah disiplin. (Utusan Malaysia,2007). Pada tahun 2006 pula, seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Kelantan telah bertindak memukul seorang pelajar berulang kali di kawasan sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Berita Harian, 2006). Sementara itu, pada tahun 2008, seorang pelajar Tingkatan Lima di Kuching, Sarawak telah ditumbuk dan ditampar oleh guru disiplin sekolahnya atas tuduhan mencuri wang dan pendrive milik rakannya sendiri. Akibat perlakuan guru displin tersebut, pelajar terbabit mengalami trauma untuk ke sekolah kerana takut kejadian yang sama akan berulang kembali (Berita Harian, 2008) Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan di kalangan guru pada masa kini. Antara faktor tekanan yang dapat dikesan ialah sistem kepimpinan dan komunikasi yang teruk, sistem autokratik dan gaya kepimpinan yang bersifat buli. Kuehn (1993) dalam kajiannya

mendapati faktor-faktor penyebab tekanan dikalangan guru ialah kerana kurangnya masa untuk merubah pelajar yang bermasalah dan tidak dapat membuat keputusan yang berkaitan dengan mereka. Pada masa kini, di samping bertindak sebagai agen penyampai di dalam kelas, guru-guru juga ada yang bertindak sebagai Guru Disiplin di sekolah. Ini bermaksa mereka memikul bukan satu tanggungjawab di sekolah, tetapi dua atau malahan lebih lagi tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Jarnagin (1997) dalam kajiannya pula mendapati para guru sering menghadapi masalah dengan kertas kerja yang banyak, red tape, kecewa dengan ibu bapa dan masyarakat, mereka merasakan diri mereka tidak dihargai, faktor gaji yang rendah daan tertekan apabila dinilai ke atas perkara-perkara yang tidak dapat dikawal. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.. Demikianlah juga dengan isu ini.Pihakpihak tertentu harus mengambil langkah untuk menyelesaikannya. Sebagai langkah pertama, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa langkah pencegahan seperti menganjurkan bengkel, seminar serta kursus-kursus berhubung dengan masalah tekanan yang berlaku di kalangan guru. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Selain daripada itu, pihak pentadbir juga perlu memainkan peranan mereka. Mereka boleh memberi dorongan dan menunjukkan keyakinan kepada guru bahawa mereka mampu melakukannya walaupun sebelum ini guru tersebut tidak pernah mengajar subjek itu. Selain daripada itu, pembelajaran yang seratus peratus berpusatkan kepada guru perlu dihindarkan. Guru perlu menggalakan murid-murid menjalankan aktiviti yang mana guru hanya bertindak sebagai pembimbing sahaja. Ini secara tidak langsung menyokong kepada Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Kesimpulannya ialah, tekanan adalah sebahagian dan sentiasa melingkari kehidupan seharian manusia. Justeru setiap daripada kita menghadapi tekanan cuma yang membezakan adalah pada peringkat manakah tekanan memberi kesan dalam kehidupan Dengan ini, guru juga turut menghadapi tekanan dan adalah penting bagi guru yang menghadapi tekanan mengetahui kemahiran pengurusan tekanan. Ini supaya tekanan yang dihadapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada guru sehingga menjejaskan imej mereka serta organisasi pendidikan itu sendiri. Diharapkan dengan tugas guru yang semakin mencabar kini, beberapa kajian lain tentang tekanan guru dapat dlakukan lagi dan kenal pasti tindakan yang boleh diambil agar matlamat pendidikan untuk menghasilkan guru dan murid yang cemerlang tercapai. Posted by my guru at 09:01 Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook http://mygurubm.blogspot.com/2012/08/tekanan-di-kalangan-guru.html RENCANA
ARKIB : 23/07/2007

Pendidik mesti bijak kawal emosi


Oleh: SAPORA SIPON

ISU pendidikan seringkali menarik perhatian ramai apatah lagi apabila ia melibatkan persoalan nilai, moral dan salah laku di kalangan warganya. Justeru apabila sahaja berita mengenai seorang warden asrama yang dikatakan mengarahkan ramai pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan berendam di dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan, ia menjadi isu besar. Dasar Kementerian Pelajaran tentu sekali menolak sebarang bentuk deraan tanpa mengira siapa. Dasar ini juga menjelaskan tiada seorang pun warga pendidik yang boleh melakukan sesuka hati mereka di sekolah. Pihak Kementerian juga sudah mempunyai garis panduan berhubung tindakan disiplin. Masalah disiplin sememangnya boleh menggugat emosi guru. Jika tidak ditangani dengan baik, mudah saja guru cenderung untuk bertindak di luar emosinya. Perguruan adalah profesion membantu yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya. Tekanan yang dihadapi oleh pihak guru disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang paling ketara ialah ketidakupayaan guru untuk berdaya tindak ke atas isu-isu pendidikan yang berlaku dalam dunia yang pesat berubah. Ini kerana gelombang pembangunan pesat yang berlaku di negara ini dan juga seluruh dunia menyaksikan cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh guru semakin meningkat. Banyak kajian menunjukkan isu-isu pendidikan seperti masalah disiplin pelajar yang berleluasa, bebanan tugasan, masalah kekurangan guru, kekurangan bilik darjah, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan sistem sokongan sosial yang kuat dan rangkaian masalah yang lain yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan boleh menggugat kesejahteraan guru. Sekiranya isu-isu tersebut tidak diatasi segera ia boleh menyebabkan guru merasa dan memohon untuk meletak jawatan atau memohon untuk bersara awal. Warga pendidik memang perlu bijak menangani isu pendidikan agar dapat mengawal emosi. Oleh itu, satu aspek penting yang perlu diberi perhatian yang berkaitan tekanan ialah aspek strategi berdaya tindak dan bagaimana mengawal emosi. Mengawal emosi dan berdaya tindak terhadap tekanan kerja di kalangan guru kini menjadi semakin penting kerana kegagalan guru untuk berdaya tindak boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru. Tekanan mempunyai hubung kait dengan sokongan sosial dan juga bantuan yang diterima. Sokongan sosial yang kuat boleh mengurangkan tahap tekanan. Kewujudan sistem sokongan yang kuat membolehkan guru-guru untuk berkongsi permasalahan antara satu sama lain di mana ia boleh menyumbang kepada cadangan yang membantu. (Woods & Weasmer, 2004).

Individu akan berupaya untuk berdaya tindak ke atas tekanan secara lebih efektif jika beliau mempunyai perhubungan sosial yang lebih berkesan. Kajian dalam bidang tekanan menunjukkan sokongan sosial sangat efektif dalam meningkatkan kesejahteraan kesihatan mental individu. Mempunyai kaedah berdaya tindak dan mempunyai sokongan sosial adalah amat penting dan ini selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran sekarang iaitu mendidik guru-guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian mendera pelajar dapat dielakkan. Berbalik dengan isu merendam pelajar dalam kolam ikan, tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap individu terlibat. Sememangnya gelombang pembangunan pesat yang berlaku di negara ini dan juga seluruh dunia menyaksikan cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh guru semakin meningkat. Oleh itu, warga pendidik perlu mempunyai mekanisme dalam berdaya tindak ke atas isu-isu pendidikan yang berlaku. Jika ini gagal dilakukan, warga pendidik mungkin menghadapi masalah ketidakupayaan mengawal emosi. Jika emosi tidak dapat dikawal dan diri merasa tekanan, kecenderungan untuk melakukan perkara yang tidak diingini boleh sahaja berlaku. DR. SAPORA SIPON, Pengarah Perhubungan Korporat Universiti Sains Islam Malaysia.

Artikel Utusan Melayu (M) Bhd

Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz2YrMI37kB

http://utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Guru perlu kendali emosi dengan baik tangani bebanan, tekanan kerja Read more: http://www.theborneopost.com/2013/06/24/guru-perlu-kendali-emosi-dengan-baiktangani-bebanan-tekanan-kerja/#ixzz2YrMhet9R
Guru perlu kendali emosi dengan baik tangani bebanan, tekanan kerja Posted on June 24, 2013, Monday LIMBANG: Guru alaf baharu berdepan dengan cabaran getir untuk mengendalikan emosi dengan baik bagi menangani bebanan dan tekanan kerja dalam mengharungi tanggungjawab sebagai pendidik. Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, kecemerlangan seorang guru dalam pengajarannya tidak mungkin mampu dicapai jika mereka tidak mampu mengawal emosi sendiri. Beliau berkata, warga pendidik perlu memahami bahawa mereka berdepan dengan tanggungjawab dan bebanan tugas yang banyak. Seandainya mereka tidak dapat berfikir dengan waras, maka timbullah perasaan tertekan terhadap bebanan kerja yang sebenarnya merupakan tanggungjawab pendidik sendiri, katanya pada Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Limbang di SMK Kubong di sini malam kelmarin. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Tadbir Pembangunan, Pejabat Residen Saiful Bahri Alwie. Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Limbang Mohamad Tangah, Timbalannya Annuar Naim, Pengerusi Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak Cawangan Limbang Jeffry Mail, Temenggung Ang Kheng Su dan jemputan lain.

Hasbi menjelaskan lagi guru perlu bijak dalam menghadapi beban kerja yang pelbagai dan strategi harus disusun rapi. Pembahagian kerja hendaklah dilaksanakan dengan efektif. Kerjasama dan sikap membantu dalam kalangan guru semasa menjalankan tugas sedikit sebanyak membantu meringankan cabaran dan kesulitan yang dihadapi,katanya. Ujarnya, amat mustahak golongan pendidik di negara ini sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran alaf baharu serta meningkatkan kewibawaan keilmuan sebagai pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Sememangnya guru juga adalah insan biasa. Adakalanya berdepan dengan keadaan pelajar yang agak keterlaluan tindak tanduknya. Sikap tabah dan cekal para guru dalam menempuh segala dugaan baik datangnya daripada pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekitar merupakan perisai untuk guru terus menabur bakti kepada nusa dan bangsa, jelasnya. Menurut Hasbi lagi, selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesion di negara ini perlu direformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi ejen perubahan budaya literasi teknologi. Read more: http://www.theborneopost.com/2013/06/24/guru-perlu-kendali-emosi-dengan-baik-tangani-bebanan-tekanankerja/#ixzz2YrMbcfVu http://www.theborneopost.com/2013/06/24/guru-perlu-kendali-emosi-dengan-baik-tangani-bebanan-tekanan-kerja/

Sunday, 12 August 2012 Guru Mencabul Emosi Pelajar? Artikel ini merupakan satu pendedahan berkaitan penderaan emosi kanak-kanak oleh tingkahlaku guru dalam bilik dajah yang jarang dibincangkan dalam kalayak umum. Artikel ini cuba menjelaskan definisi penderaan emosi oleh guru dalam bilik darjah, yakni tingkahlaku atau respon dari guru yang memberi kesan negatif terhadap murid-murid sehingga ada dalam kalangan mereka yang kemurungan, menyembunyikan diri dari kawan-kawan sebaya lain, tekanan dan mendiamkan diri sepanjang waktu. Ini suatu kecederaan emosi yang serius walaupun ramai yang tidak perasan guru juga mampu memberi penderaan samada sengaja atau tidak terhadap para pelajar. Pencabulan emosi tertumpu pada tiga perkara utama iaitu, fizikal, emosi dan seksual. Berasaskan tiga komponen inilah ramai pengkaji membuat definisi terhadap pencabulan emosi secara umum dan spesifik. Saya berpandangan, ia merupakan satu titik mula untuk guru-guru memahami konsep kaunseling dalam bilik darjah. Jurnal yang telah diambil oleh saya dalam membuat refleksi ini ialah dari Journal Of Counseling And Development diterbitkan pada musim sejuk tahun 2008. Jurnal ini berjilid (Vol) ke-86 dan ia diambil dari sumber Proquest Education Journal yang dilanggan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk artikel jurnal ini ialah Emotional Abuse In Classroom: Implication And Intervention For Counselor (Penderaan Emosi Dalam Bilik Darjah: Implikasi Dan Intervensi Untuk Kaunselor). Artikel ini ditulis secara bersama oleh tiga panulis iaitu Adriana G. Mceachern, dari Jabatan Kajian Pendidikan Dan Psikologi, Kolej Pendidikan, Universiti Antarabangsa Florida. Penulis kedua pula ialah Oyaziwo Aluede dari Jabatan Asasi Pendidikan Dan Pengurusan, Universiti Ambrose Alli, Ekpoma, Nigeria dan penulis artikel yang ketiga pula ialah Maureen C. Kenny dari Universiti Antarabangsa Florida, Universiti Park. Satu contoh kes yang boleh menjelaskan perihal maksud diatas yang dikemukan dalam atikel ini ialah Sarah yang merupakan kanak-kanak sindrom down yang berada dalam aliran perdana sepenuhnya. Kes ini di kendalikan oleh seorang kaunselor bernama Jason. Disebabkan Sarah seorang kanak-kanak sindrom, ia dilayan secara kasar oleh gurunya bila dia lambat menyiapkan tugasan yang diberikan.

Nada suara yang digunakan gurunya juga dikatakan terlalu jelas menunjukkan tidak suka kepadanya dan kasar. Sarah dipaksa gurunya supaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan sekiranya tidak siap dia tidak boleh berehat. Ini memberi tekanan kepada Sarah dalam mendepani tingkahlaku guru sebegini. Akhirnya Sarah nekad untuk meluahkan kepada guru kaunselor sekolahnya. Itulah seringkas mungkin yang dapat digambarkan perasaan kanak-kanak bila tertekan. Menurut Conle (1986), bahawa setiap peringkat darjah, pelajar-pelajar pernah berpengalaman mengalami tekanan atau gangguan emosi dari tingkahlaku guru dalam persekitaran bilik darjah. Kajian orang ramai mendapati 50-60% pada sekurang-kurangnya sebuah sekolah menyatakan berpengalaman mengalami masalah psikologi dan trauma (Hyman & Snook, 1999) dan serangan emosi ini berlaku disebabkan oleh diskriminasi, interaksi lisan dan bukan lisan, grad pemarkahan latihan, dan layanan tidak suka dari guru. Artikel ini telah membuktikan bahawasanya memang wujud pencabulan emosi terhadap para pelajar oleh guru dalam bilik darjah. Cuma perkara ini tidak dikaji dengan teliti kerana menjaga kredibiliti guru. Walau bagaimanapun, tidak kesemua guru terlibat dalam pencabulan emosi para pelajar tetapi ia sebahagian dari guru yang mungkin secara sengaja atau tidak, dan samada perasan atau tidak melakukannya. Kajian terperinci berkaitan perihal ini telah dilakukan di Negara lain selain Amarika Syarikat. Antara tingkahlaku guru yang boleh menimbulkan masalah emosi kepada para pelajar ialah, pertama tidak memahami, kedua diskriminasi, bias, dan prejudis. Ketiga mendominasi dan mengawal. Keempat, intimidasi dan tidak yakin pada pelajar. Kelima, emosi yang tidak membina. Keenam, mengungkit yang lalu. Selain dari yang disebutkan tadi, menghina, melebalkan pelajar, verbal put-down, melaung (menengking) kepada pelajar, kaedah yang tidak seseuai untuk mengawal bilik darjah, membiarkan pelajar-pelajar lain untuk mengkeji pelajar lain (guru tidak endah pun) dan menggunakan kerja rumah sebagai satu kaedah untuk menghukum para pelajar. Kesan dari tindakan guru yang mencabul emosi para pelajar ialah akademik para pelajar kemungkinan merosot. Ini disebabkan emosi para pelajar untuk belajar mulai pudar dan tidak bermotivasi untuk berjaya dalam subjek berkenaan, selain itu juga dapat dikatakan bahawa kesan para pelajar akan berterusan hingga membawa kesan dalam pergaulan dengan masyarakat, tingkahlaku yang dizahirkan dan juga emosi para pelajar semakin celaru. Kesan ini terlalu serius sekiranya tidak ditangani dengan serius oleh kaunselor. Kesimpulanya ialah pencabulan terhadap kanak-kanak dalam bilik darjah tidak boleh dibiarkan terus. Kelak membawa kesan yang sangat negatif terhadap perkembangan seseorang pelajar. Saya berkeyakinan "mendewakan guru" atau "guru adalah sempurna" menjadikan perbezaan pendapat tidak boleh berl;aku, sebab semua apa yang guru cakap adalah betul. Ini adalah sindom bahaya,. walaupun kajian jurnal ini di sekolah, saya merasakan di peringkat universiti juga turut berlaku. Biarkan mahasiswa membawa pandangan, pensyarah mahupun guru perlu membimbing bukan mengugut bila ada benda yang tidak dirasakan bertepatan dengan kehendak diri. Kajian lebih spesifik terhadap guru dan para pelajar perlu dilakukan. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kedua-dua pihak bahawa guru hari ini bukan dilihat sebagai bebas dalam melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hatinya tanpa melihat kesan yang bakal berlaku terhadap persekitaranya. Selain itu, strategi psikologi dan kaunseling perlu diberikan supaya

mampu memberi penjelasan dan positif dalam persekitaran membina ketika Proses Pembelajaran dan Pengajaran. sumber: http://muhammadabduh889.blogspot.com/ Posted by Cikgu Triple A at 22:00 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Friday, 10 August 2012 Seksa Jadi Cikgu KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Bernama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain. NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan. Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya. Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi, katanya. Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan. NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat, katanya. Sumber: Berita Harian Online Posted by Cikgu Triple A at 02:05 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Tuesday, 7 August 2012 Program I-Think : Satu Transformasi Pendidikan KUALA LUMPUR Transformasi kepada sistem pendidikan negara perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, corak pendidikan sebelum ini yang menekankan kepada hafalan perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar agar mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri mereka.

Kita perlu melakukan transformasi pendidikan yang mana intipatinya untuk menggalakkan pelajar berfikir kerana kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis, mampu menyelesaikan masalah, mempunyai fikiran bernas dan luar dari kotak. Ini kerana dunia sekarang sudah berubah, jadi keperluan kita untuk menyediakan generasi kini untuk menghadapi dunia akan datang yang pastinya berbeza daripada hari ini, katanya ketika merasmikan Program I-Think di bangunan Parlimen di sini semalam. Sumber : Kosmo! Online Posted by Cikgu Triple A at 02:36
http://cikgutriple-a.blogspot.com/

Tekanan berpunca daripada kecelaruan, kelemahan jiwa

April 16, 2012 | By zegxro | Reply TEKANAN fitrah kehidupan kerana selagi bernama manusia dan dalam kehidupan moden serba mencabar ini, tekanan menjadi sebahagian makanan serta pakaian kita. Suka atau tidak, tiada satu hari pun yang berlalu tanpa perlu berdepan situasi boleh mencetuskan tekanan. Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi Sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Surah al-Baqarah, ayat 155) Tekanan perasaan atau keluh kesah biasanya akan dialami oleh orang yang dalam dirinya ada sifat dengki, iri hati, cemburu, benci, berprasangka buruk pada orang lain, suka menjaga tepi kain orang, tidak pernah berasa puas dengan apa dimiliki. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang sudah berlaku kepada orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Surah al-Baqarah, ayat 214) Allah SWT mengingatkan, dalam kehidupan kita tidak akan sunyi daripada ujian dan kesusahan. Ia bukan saja dilalui kita bahkan oleh umat terdahulu. Segala bentuk ujian dan kesusahan itu akan membentuk tekanan kepada manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud: (Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah al-Raad, ayat 28) Tekanan kadang-kadang memberikan impak positif seperti membuatkan seseorang itu bekerja keras, membina daya kreativiti, lebih berkeyakinan diri atau membentuk peribadi mantap dan berdisiplin. Tetapi jika tekanan itu tidak dihadapi dengan baik atau berlebihan maka, ia akan memberi kesan buruk terhadap individu berkenaan hingga mungkin mengganggu emosi dan fizikalnya. Sejauh mana seseorang itu dapat menghadapi tekanan, itulah ganjaran pahala diperolehnya. Semakin besar tekanan dihadapi semakin besar nilai pahala di sisi Allah SWT. Iman juga akan bertambah serta berkurang dengan tekanan yang pergi dan datang. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala dari apa yang mereka sudah kerjakan. (Surah an-Nahl, ayat 97) Muslim yang cemerlang ialah Muslim yang berjaya menghadapi setiap tekanan dalam kehidupan sama ada membabitkan masalah kerja, kesihatan, keluarga, masyarakat dan negara. Kita tidak dapat lari ujian Allah SWT maka caranya sekarang ialah belajar menghadapi dan menangani tekanan. Allah SWT sudah menamakan tujuh golongan yang terkecuali daripada mengalami penyakit keluh kesah, kesusahan jiwa dan tekanan iaitu mereka yang mengerjakan solat, bersedekah, meyakini hari pembalasan, menjaga faraj dan kehormatan diri, menjaga amanah dan janji, menjadi saksi yang adil dan jujur serta memelihara solat.

Islam tidak melihat punca tekanan dikaitkan dengan tekanan mental semata-mata. Tekanan sebenarnya berpunca daripada kecelaruan, kelemahan hati, roh, nafsu dan akal. Kelemahan hati menyebabkan rapuhnya hubungan individu dengan Allah SWT sehingga dirasakan hidup menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar bagi setiap inci masalah. Islam menganjurkan beberapa cara untuk menangani tekanan antaranya tadabbur al-Quran, tafakur, banyakkan sedekah, taqarrub, berwuduk, bersangka baik terhadap Allah SWT, bijaksana dalam pengurusan masa dan tenaga, banyakkan berzikir, bersyukur, memberi kemaafan dan tawakal. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang yang beriman. (Surah Yunus, ayat 57) Lantaran itu, tekanan memang fitrah bagi manusia. Setiap dugaan yang datang adalah ujian daripada Allah SWT bagi menaikkan darjat dan martabat seseorang di sisi-Nya. Hanya kembali kepada Tuhan dapat mengubat segala gundah-gulana dalam hati manusia. Hati manusia adalah milik Allah SWT. Mohonlah kepada pemilik hati itu untuk mendapat kebahagiaan, ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang bijak menangani tekanan. Credit bharian.com.my / Syed Abi Ghufran al-Idrus Syed Ahmad al-Idrus http://berita-harian-online.com/tekanan-berpunca-daripada-kecelaruan-kelemahan-jiwa/

GAYA HIDUP
ARKIB : 13/01/1999

'Hilang semangat' Ramai guru letak jawatan


Dalam satu kajian peringkat kedoktoran (Ph.D) yang dilakukan oleh penyelidik Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsan Malaysia (UKM), Zubaidah Aman, di enam buah sekolah di Selangor mendapati 41.5 perartus guru mengakui mereka tidak mendapat kepuasan bekerja dalam profesion itu. Sebanyak 23.9 peratus lagi menyatakan mereka bercadang meletak jawatan, dan 52.8 peratus mahu bersara awal. Dapatan beliau juga menunjukkan sebanyak 62 atau 38.9 peratus guru mengalami tahap keletihan yang tinggi. Dua penyelidik Fakulti Pendidikan UKM, Prof. Madya Dr. Faridah dan Dr. Zubaidah sendiri, ketika membentangkan kerta kerja Implikasi Burnout Di Kalangan Guru Terhadap Sistem Pendidikan baru-baru ini, mengakui implikasi burnout di kalangan guru terhadap sistem pendidikan adalah serius. Berdasarkan kajian awal oleh para sarjana Barat seperti Maslach dan Pines, sindrom burnout mempunyai tiga dimensi iaitu: * Keletihan emosi - dijelaskan dengan perasaan kelesuan dan kehabisan tenaga. * Depersonalisasi - Ia dijelaskan seperti sikap emosional dan melayakkan pelajar (klien) seolah-olah mereka (para pelajar) sebagai objek yang tidak berguna, serta melabel pelajar dengan istilah-istilah tertentu atau technical jargon.

* Kekurangan pencapaian peribadi. Menurut kajian sarjana di Barat, burnout akan hanya dialami oleh pekerja-pekerja yang bermotivasi tinggi, berdedikasi, kuat bekerja dan komited. Prosesnya bermula apabila sikap dan tingkah laku golongan profesional berubah kepada negatif disebabkan oleh ketegangan dan tekanan kerja yang tinggi. Menurut kedua-dua penyelidik itu, terdapat segolongan guru yang mengucapkan ''selamat tinggal'' kepada profesion perguruan dan menceburkan diri dalam profesion lain yang boleh memberikan mereka kepuasan bekerja dan jaminan kewangan. ''Merujuk kepada data yang diperoleh oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan, terdapat peningkatan yang mendadak ke atas peratusan guru yang meletakkan jawatan selepas tahun 1993. ''Ini berlaku selepas Kementerian Pendidikan mengetatkan syarat-syarat persaraan awal guru. ''Guru yang pada awalnya bercadang untuk memohon bersara awal, tetapi tidak dibenarkan menukar haluan kepada meletak jawatan pula,'' kata mereka. Utusan Malaysia pada 27 dan 28 Februari lalu pernah mendedahkan tentang permasalahan kronik yang sedang melanda segelintir guru di seluruh negara. Menurut laporan tersebut, terdapat 600 guru yang sedang mengalami 'tekanan perasaan' atau masalah 'sakit jiwa' yang serius. Bagaimanapun, jumlah 600 (0.21 peratus) itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan guru yang sedang berkhidmat, iaitu kira-kira 280,000 orang. Terdapat juga guru yang mengalami masalah psikosis sejenis penyakit mental yang serius pemulihan - dan neurosis - sejenis penyakit mental yang kurang serius dan disebut juga sebagai kerisauan atau kebimbangan. Pengurangan bilangan guru yang bersara awal semakin berkurangan setiap tahun. Aliran itu adalah selepas Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan menahan guru bersara awal secara pilihan pada umur 45 tahun bagi wanita, dan 50 tahun bagi lelaki. Pada pandangan kedua-dua pensyarah itu, menyekat guru untuk bersara awal bukanlah satu penyelesaian terbaik. Dengan membekukan permohonan mereka untuk bersara awal akan hanya membuat guru-guru merasa terperangkap atau 'entrapment' di dalam profesion yang sudah membosankan mereka.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=1999&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm#ixzz2YuYAxi6a Utusan Melayu (M) Bhd

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=1999&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm

Seksa jadi cikgu 2010/04/01 - 02:40:19 AM Oleh Khairul Azran HussinCetakEmel Kawan 180

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin

Yassin (dua dari kiri), bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. Foto Bernama Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru: Muhyiddin KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar. Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain. NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan. Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya. Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi, katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan. NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat, katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seksajadicikgu/Article/

You might also like