You are on page 1of 4

Pengertian sunnah Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau tidak; juga

suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik.

Jelaslah bahawa menurut hadith tersebut, perkataan sunnah itu diertikan dengan perjalanan, sama ada baik atau pun yang jahat, sebagaimana yang dimaksudkan oleh bahasa. Sunnah menurut istilah ahli hadith: ialah segala yang dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam baik yang merupakan perkataan, perbuatan, mahupun yang merupakan taqrir, sebelum nabi dibangkitkan menjadi rasul, mahupun sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith menetapkan bahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith. Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul: ialah segala yang dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam sama ada perkataannya dan perbuatannya, mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan hukum. Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabdanya ini: "Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik) 1. Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:

"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian ulama' hadith] 2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:

"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang." [Riwayat Bukhari dan Muslim] 3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi SAW membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya; (b) menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula. Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith: "Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang mendapat pertunjuk sesudahku." [Abu Daud & Tarmizi] Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari Nabi saw dengan tidak difardukan dan tidak diwajibkan dinamakan sunnah. Imbangannya ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah bid'ah;

talak yang dijatuhkan dalam haid menurut mereka dinamakan: talak bid'ah. Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu: ialah suatu yang dipahalai orang yang mengerjakannya, tidak disiksai orang yang meninggalkannya. Menurut ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu: ialah suatu yang disunnahkan Nabi saw atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti azan dan berjama'ah.
Peranan sunnah dalam syariah islamiah

1) al-Sunnah berfungsi untuk menguatkan nas-nas al-Quran Sebagai contoh yang berkenaan dengan solat, puasa dan zakat telah banyak dinyatakan kewajipan mendirikannya di dalam kehidupan seharian. Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasullullah S.A.W seperti: Islam didirikan di atas lima rukun, syahadah, sembahyang, zakat, puasa dan haji . Hadith ini berfungsi untuk menguatkan beberapa nas al-Quran yang lain.

2) al-Sunnah berfungsi untuk menerangkan nas-nas yang mujmal Terdapat ayat al-Quran yang diturunkan secara ringkas yang memerlukan keterangan dari al-Sunnah, antara contoh yang paling jelas adalah solat. Cara bertakbir, ruku, sujud tidak dinyatakan di dalam al-Quran, ini diterangkan hanya melalui sunnah Rasulullah S.A.W sebagaimana yang kita pekajari dalam tatacara solat tulisan alAlbani, sifat Solatun Nabi.

3) al-Sunnah berfungsi untuk mentakhsiskan( menentukan ) nas yang umum Terdapat bebrapa ayat al-Quran yang diturunkan dengan lafaz yang umum. Antaranya firman Allah S.W.T:

Allah perintahkan kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan( al Nisa:11 )

Ayat ini mungkin umum sifatnya, mungkin juga ayat ini ditujukan kepada Rasul dan anak-anak baginda, akan tetapi telah datang sunnah Rasul untuk mengkhususkan lafaz yang umum ini berdasarkan sabda baginda: Kami para nabi tidak dipusakai. Hadith ini telah mengkhusukan ayat sebelas surah nisa. Begitu juga Rsulullah S.A.W mengkhususkan kepada pembunuh yang juga tudak layak dipusakai, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W pembunuh tidak mendapat apa-apa dari harta pusaka orang yang membunuhnya.

4) As-Sunnah membatasi ( taqyiid ) nas al-Quran yang mutlak ( tidak terbatas ) Antara ayat al-Quran yang diturunkan secara mutlak ialah firman Allah S.W.T Lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri potonglah tangan mereka berdua ( almaidah: 38 ) Ayat di atas bersifat mutlak, kerana tidak dibatasi had yang perlu dipotong, ada hingga ke lengan, siku, atau adakah layak bagi pencuri itu dipotong hanya jika barang yang dicuri itu sedikit? Maka tentang had dalam isu potong tangan ini, sunnah telah membatasinya berdasarkan sunnah Rasulullah S.A.W dengan mengisyaratkan pergelangan tangan. Begitu juga dengan kadar barang yang dicuri juga telah dibatasi berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. Jangan memotong tangan pencuri melainkan ia mencuri sesuatu yang bernilai dinar atau lebih

5) As-Sunnah berfungsi menguatkan hukum-hukum yang terdapat asasnya di dalam alQuran Sunnah Rasulullah S.A.W juga berfungsi untuk menerangkan nas-nas yang sudah mempunyai asas di dalam al-Quran. Contohnya hadith Rasulullah S.A.W Pada hari khaibar, Rasulullah S.A.W melarang dari memakan binatang buas yang mempunyai taring dan burung yang berkuku panjang. Haiwan-haiwan yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W ini tidak dinyatakan di dalam alQuran, dan tidak termasuk ke dalam haiwan-haiwan yang disebut oleh Allah S.W.T yang haram dimakan di dalam al-Quran. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa sunnah Rasulullah S.A.W. mempunyai peranan yang cukup besar dan mempunyai ikatan yang kuat dalam mengintepretasikan( menterjemahkan ) isi al-Quran dengan lebih terperinci. Sesuai dengan firman Allah S.W.T:

Dan kami turunkan kepada kamu ( wahai Muhammad ) al-Quran yang mengandungi peringatan supaya kamu menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, moga-moga mereka memikirkannya. ( al-nahl: 44 )

You might also like