You are on page 1of 8

LATIHAN 4 KONSEP 5P DALAM KBSR/ KSSR ASPEK KONSEP KBSR

Proses asas pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilainilai murni secara bersepadu. Pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid.

KSSR
Memberi peluang kepada murid membentuk daya imaginasi melalui seni visual berasaskan budaya setempat dan persekitaran. Mewujudkan pembelajaan yang mencetuskan kreativiti dan keseronokkan kepada pelajar dalam 4 bidang yang digariskan

TUJUAN

PROSES

1. Penggabungjalinan Kemahiran
Satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh Tujuannya untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu;1. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, 2. Penggabungjalinan kemahiran daripada 1

STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni. STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.

mata pelajaran lain dan 3. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Implikasinya :1. Kemahiran objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. 2. Pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. 3. Membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran fokus. 4. Menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan seharian.

STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni. STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.

2. Penyerapan Pengetahuan
- Melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar Tujuannya proses penyerapan pengetahuan akan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran. Implikasinya :1. Murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain.

2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. 3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih produktif serta efektif dan penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham 4. Meransang minat murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.

3 Penerapan Nilai Murni


Merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum yang melibatkan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dua pendekatan :Pendekatan implisit dan juga pendekatan eksplisit. 1. Pendekatan implisit digunakan apabila guruguru secara tidak langsung telah menerapkan sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran 2. Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan ssesuatu peraturan, arahan, pekeliling dan 3

sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan - Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu: 1. Baik hati 2. Berdikari 3. Berhemah tinggi 4. Hormat-menghormati 5. Kasih sayang 6. Keadilan 7. Kebebasan 8. Keberanian 9. Kebersihan fizikal dan mental 10. Kejujuran 11. Kerajinan 12. Kerjasama 13. Kesederhanaan 14. Kesyukuran 15. Rasional 16. Semangat bermasyarakat 17. Semangat kewarganegaraan - Implikasinya :1. Penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan sendirinya. 2. Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh Berlangsung pada bilabila masa dan di manamana yang difikirkan sesuai. 3. Penyerapan nilai murni adalah lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang jelas. 4

4. Pemulihan
Melaksanakan aktivitiaktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M.

- Bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. - Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan muridmurid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan tahap mereka. - Faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran:1. Wujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. 2. Sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. 3. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.

- Lima kaedah aktiviti pemulihan :1. Pengajaran individu, 2. Pengajaran kumpulan kecil, 3. Pengajaran kumpulan besar, 4. Pengajaran bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif.

- Implikasinya :1. murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding murid lain 2. Membolehkan muridmurid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental mereka. 3. Murid dapat mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. 4. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta samasama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

5. Penggayaan
Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktivitiaktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Konsep ini mengambil kira murid-murid yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.

- Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. - Implikasinya :1. Meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. 2. Membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat. 3. Membuatkan murid berminat untuk belajar sendiri dan 7

mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.

Kesimpulannya

Pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa kearah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Tumpuan utama Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: a. Pemerhatian secara aktif b. Iinteraksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. Apresiasi seni visual secara mudah d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

You might also like