You are on page 1of 2

Kesan pembalakan haram Terdapat kesan-kesan kepada pembalakan tanpa terancang. Kesan yang pertama adalah hakisan tanah.

Keadaan struktur tanah yang longgar dan tidak stabil ekoran daripada kehilangan cengkaman akar pokok yang berfungsi untuk meneguhkan kestabilan struktur tanah di kawasan tanah tinggi contohnya kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antara Bangsa di Kuala Lumpur, Bukit Canada di Miri Sarawak dan sebagainya. Kepupusan habitat alam flora dan fauna. Sekiranya, aktiviti pembalakan berleluasa dan tanpa kawalan, ekologi dan ekosistem hidupan liar terganggu. Seterusnya, haiwan liar akan melarikan diri ke tempat lain ataupun wujud kematian akibat daripada habitatnya terganggu. Kesan seterusnya adalah kesan rumah hijau (penipisan lapisan ozon). Lapisan ozon bertindak sebagai memusnahkan larutan karbon dioksida kepada organik karbon di udara dan peningkatan pemekatan karbon dioksida di udara akan mengakibatkan masalah pemanasan di dunia. Malahan, kawasan tadahan air hujan juga akan terjejas. Seperti yang diketahui umum air merupakan keperluan asas kepada kesemua hidupan di muka bumi. Kandungan air bersih yang terkandung di permukaan bumi adalan sedikit jumlahnya jika dibandingkan dengan jumlah air yang tidak bersih.Oleh itu,takungan air hujan di bukit-bukit boleh menjadi sumber air bersih kepada penduduk-penduduk yang tinggal di kawasam pedalaman

Langkah mengatasi pembalakan haram Langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut adalah mengadakan aktiviti-aktiviti seperti pameran,kempen-kempen,pertandingan dan lain-lain lagi. Pihak yang berkenaan boleh mengadakan pameran pencemaran alam. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam atau di aktiviti-aktiviti awam. Langkah seterusnya ialah membuat penghutanan semula. Program ini dapat mengurangkan kejadian hakisan dan menjamin bekalan kayu-kayan pada masa depan. Pokok akan ditanam selepas penebangan pembalakan dilakukan. Kerajaan juga boleh mewartakan hutan menjadi hutan simpan. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kawasan tadahan air supaya bekalan air terjamin pada musin kemarau dan mengekalkan habitat pelbagai spesies flora dan fauna. Contoh hutan simpan yang terdapat dalam negara ialah Hutan Simpan Templer dan Taman Negara Kuala Tahan. Selain itu, kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang. Ini perlu agar pihak yang tidak bertanggungjawab menerima hukuman yang setimpal dengan kesan buruk yang mereka hasilkan. Penguatkusaan undangundang ini akan menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan aktiviti ini.

You might also like