You are on page 1of 3

PARTI-PARTI POLITIK SEBELUM KEMERDEKAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA 1.

PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)-1920

Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1920, yang mempunyai matlamat untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya dan hampir keseluruhan ahli PKM adalah berbangsa Cina. PKM bergerak aktif dalam gerakan-gerakan bawah tanah secara haram melalui sekolah-sekolah malam, sekolah-sekolah persendirian, persatuan-persatuan sekerja dan belia dan menjadi ancaman yang paling kuat kepada pentadbiran British.

Semasa pengunduran Jepun, PKM telah mengambil kesempatan sebelum tentera British kembali selama tiga minggu menguasai beberapakawasan dan menjalankan pemerintahan komunis melakukan kekejaman dan mengadili rakyat yang dirasakan bekerjasana dengan pihak Jepun dengan dijatuhi hukuman mati. Ahli-ahli PKM yang dikenali sebagai Bintang Tiga melakukan kekejaman sewenang-wenangnya. Selepas perang dunia kedua, PKM lebih berpengaruh dan muncul dari hutan dan pihak British mengikhtiraf PKM sebagai parti politik kerana jasanya menentang Jepun. Namun, pihak British berunding dengan PKM agar membubarkan MPAJA dengan memberi sagu hati dan bekalan beras. Semasa rancangan Malayan Union, PKM menukarkan taktik perjuangan kepada kekerasan. PKM turut membentuk Barisan Bersatu melalui golongan kiri PUTERAAMCJA dan pada tahun 1948, PKM melancarkan pemberontakan tetapi gagal. parti ini pada tahun 1948. Akibat kegiatan PKM yang semakin keras

menyebabkan kerajaan British mengambil tindakan untuk mengharamkan

2. CENTRAL INDIAN ASSOCIATION OF MALAYA (CIAM)-1936

Central Indian Association of Malaya (CIAM) telah ditubuhkan pada tahun 1936 yang merupakan gabungan 12 buah persatuan dan empat buah dewan perniagaan India. memelihara Tujuan utam parti ini ialah untuk memajukan dan politik orang India di Tanah Melayu kepentingan

(asaratnam,1975). CIAM berperanan menjaga kebajikan kaum pekerja India seperti menentang pemotongan upah oleh pihak majikan, menghentikan system penghijrahan buat sementara waktu dan tidak membenarkan penjualan todi. Namun, sebelum Perang Dunia Kedua masyarakat India Selepas menghalakan minat dan kegiatan politik terhadap Negara India.

perang CIAM lebih aktif dalam politik, malah semasa pendudukan Jepun CIAM bekerjasama dengan Indian Independence League (IIL) dan India Nasional Army (INA) untuk menjatuhkan kerajaan British di India, manun usaha ini gagal menyebabkan masyarakat India mula memberi tumpuan terhadap keadaan politik di Tanah Melayu. Seperkara lagi, kaum buruh daripada masyarakat India begitu tertarik dengan perjuangan PKM, maka beribu-ribu buruh India terutama di kawasan perladangan menyertai kesatuan buruh yang dibayangi PKM.

3. MALAYAN INDIAN CONGRESS (MIC)

Selepas perlaksanaan kerajaan Malayan Union serta wujudnya pelbagai isu kenegaraan, telah mendorong masyarkat India menubuhkan sebuah pertubuhan politik. Malayan Indian Congress (MIC) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1946 dan tujuannya ialah untuk menjaga kepentingan orang India

di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama dengan kaum lain. Penubuhan Malayan Union telah menimbulkan banyak masalah, justeru masyarakaqt India menyedari bahawa mereka perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. MIC mendapat sambutan di kalangan masyarakat India apabila pertubuhan ini menyertai Perikatan dan menyertai pilihan raya Persekutuan tahun 1955 (P.Ramasamy, 15 November 1994).

4. MALAYAN CHINESE ASSOCIATION (MCA)- 1949

Parti Malayan Chinese Associating (MCA) telah ditubuhkan pada tahun 1949 untuk menghadapi permasalahan yan timbul akibat pengaruh PKM yang semakin meluas di kalangan masyarakat Cina. Pihak British mengalu-alukan penubuhan MCA kerana ia dapat membantu British menentang PKM. Penubuhannya adalah untuk menyekat masyarakat Cina daripada menyertai Parti Komunis Malaya. Matlamat penubuhan MCA ialah untuk melindungi kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu serta bekerjasama dengan kerajaan British dalam menentang keganasan komunis.

Pada tahun 1952, MCA telah membentuk pakatan kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur. Seterusnya, kerjasama tersebut digabungkan dengan Malayan Indian Congress (MIC) dalam pilihan raya Persekutuan 1955. Akhirnya MCA telah menjadi parti utama bagi mewakili masyarakat Cina ketika itu.

You might also like