You are on page 1of 15

1.

PENGENALAN Perkembangan sejarah Malaysia memperlihatkan proses pembentukan masyarakat

plural yang ada pada hari ini. Ianya bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar dunia seperti Arab Pra-Islam, Hinduisme, Buddisme, Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda dan British) telah melahirkan satu ciri fenomena social dalam masyarakat Melayu iaitu kewujudan kepluralitian budaya dan masyarakat Melayu.

Ciri pluralisme alam Melayu sebelum kedatangan orang Eropah adalah fleksibel. Walaubagaimanapun, ianya dirombak, diubah suai, dan sebahagiannya terhapus dengan kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah. Kuasa-kuasa besar ini seterusnya memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. Akibat daripada terlaksananya undang-undang kolonial dan wujudnya masyarakat pluralistik serta diikuti dengan terbentuknya negara bangsa, rangka, dan cara mengupas perkembangan baru turut mengalami perubahan.

Apabila penjajah British datang menjajah masyarakat Melayu khususnya di Tanah Melayu, Eropah telah mengalami perubahan Epistemologi iaitu pemisahan antara negara dan agama. Akibat daripada perselisihan antara para agamawan dan saintis di Eropah, ilmu pengetahuan terpisah kepada agama dan sains moden. Agama tidak lagi menjadi faktor penting dalam kehidupan duniawi manusia. Kesannya, agama berada satu pihak yang lain dan kehidupan duniawi berada pada satu pihak yang lain. Dasar ini diteruskan oleh British terhadap masyarakat Melayu.

1|Page

2.0

DEFINISI

Masyarakat Plural bermaksud masyarakat yang mengandungi dua atau lebih unsur atau peringkat sosial, terdapat saingan tetapi tidak bercampur. Unsur-unsur ini hidup dalam satu unit politik. Dalam konteks masyarakt di Alam Melayu, masyarakat plural merujuk kepada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina, dan India walaupun terdapat pelbagai lagi kaum di Malaysia. Masyarakat plural juga boleh di definasikan sebagai masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan keduadua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompokyang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri. Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun (J.S Furnivall, 1939:2).

2|Page

3.0

PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU 3.1 KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham Sultan telah menahan beberapa pedagang Potugis yang datang berdagang.Demi membebaskan para banduan Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi .Keengganan baginda sultan telah menyebabkan Melaka diserang dengan kehadiran 800 orang Portugis dan 600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika itu.Pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka ( 3.2 RAMPASAN TAKHTA OLEH BELANDA Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606 Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.Pada tahun 1636 kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe. 3.3 PENDUDUKAN BRITISH Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British. Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British. Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi 3|Page

barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil. Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sector ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah.Masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani. Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke-19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.

4|Page

4.0

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL

Pembentukan masyarakat plural atau majmuk melibatkan tiga perkara utama iaitu, yang pertama ialah masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan dan hidup secara bersama dengan norma dan aturan tersendiri, boleh bergabung dengan masyarakat lain di sekitarnya, secara tidak langsung berlaku penyesuaian dalam tuntutan budaya asal. Kedua ialah, pembentukan budaya melalui proses bertindak, berkelakuan dan berfikir yang diwarisi secara turun temurun. Ketiga ialah identiti yang dikekalkan dan dijadikan indikator asal atau tempat di mana pengenalan diri berpunca.

Sejarah pembentukan masyarakat majmuk ini bermula selepas campur Tangan British secara langsung dalam hal-ehwal politik negeri-negeri Melayu pada pertengahan kedua abad ke-19. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri pelbagai kaum iaitu kaum utama Melayu, Cina dan India. Selain itu, terdapat juga kaum minoriti spt Serani, Punjabi dan Orang Asli. Orang Melayu merupakan kaum terbesar dan penduduk asal tanah melayu (Bumiputera). Di Sabah, Kadazan, Bajau, Murut, Rungus dan Sarawak, Iban, Dayak, Bidayuh, Melanau dan Penan.

Kedatangan Imigran Cina Pembentukan masyarakat majmuk juga bermula selepas British membawa masuk imigran asing, antaranya kaum cina, dan india. Penghijrahan beramai-ramai org Cina ke Tanah Melayu berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Kemuncak kedatangan imigran Cina berlaku pada tahun 1891 di mana hampir separuh penduduk Perak, Selangor dan Sg. Ujong terdiri dari orang Cina. Antara 1895 1927 kira-kira 6 juta orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Orang Cina bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah yang awal di Lukut dan Sg. Ujong. Selain itu, mereka terlibat dengan perladangan gambir dan lada hitam di Johor melalui Sistem Kangchu, dan sistem tiket kredit.Melalui sistem tiket kredit orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai

5|Page

singkheh dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka (www.zapafly.com). Bilangan penduduk cina pada waktu tersebut yang terbesar ialah Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu (1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang kedua besar ialah Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh Hakka (18.6%), Teochew (11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%). Kemasukan orang Cina bertambah dengan pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Tanah Melayu, mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu yang merupakan 41% pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Mereka membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu (Z.Ruslan: 2005: 23) Kedatangan Imigran India Kaum India merupakan kaum kedua terbesar yang berhijrah ke Tanah Melayu. Kebanyakan berasal dari India Selatan (Negapatam dan Madras).Hubungan terawal bermula sejak abad pertama masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama Hindu di Nusantara, contohnya di Lembah bujang, Kedah. Selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, kerajaan British telah membawa masuk buruh tawanan India. Buruh tawanan dibawa ke Tanah Melayu untuk membina bangunan, jalan keretapi, jalanraya dan sebagainya. Peringkat kedua, org India dibawa masuk untuk mengusahakan ladang-ladang milik British seperti ladang tebu di Seberang Perai dan utara Perak , kopi di Selangor serta ladang teh dan getah apabila Inggeris kuasai NNM sekitar tahun 1880-an. Sistem popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India melalui Sistem Kangani dan Sistem Kontrak untuk bekerja di ladang-ladang getah, kopi dan tebu.

Jumlah orang India di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911 ialah 172465 orang dan di seluruh Tanah Melayu ialah 267159 orang. Pada tahun 1921, jumlah ini meningkat kepada 305219 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan 470099 di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah

6|Page

621847. Pada tahun 1921, 12% daripada penduduk India dilahirkan di Tanah Melayu dan pada tahun 1957, 62.1% yang lahir di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 juga, bilangan orang India di Tanah Melayu ialah 695985 orang 11% daripada penduduk Tanah Melayu (Z.Ruslan: 2005: 24).

7|Page

5.0

KESAN

PENJAJAHAN

EROPAH

TERHADAP

PLURALITI

MASYARAKAT

MALAYSIA 5.1 POLITIK Kesan penjajahan eropah terhadapa kewujudan pembentukan pluraliti masyarakat majmuk di Malaysia dapat dilihat dengan jelas dari segi aspek politik. Dari segi politik kita dapat melihat bahawa kedatangan eropah banyak membawa kepada perubahan dari segi politik atau pentadbiran dan juga perundangan pada masa itu,yang secar tidak lansung turut memberi kesan terhadap pembentukan masyarakat pluraliti di Malaysia.

Penjajahan British di tanah melayu telah membawa bersama dasar-dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan. Prinsip, sistem, struktur dan dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka adalah jauh berbeza dengan sistem dan dasar pemerintahan yang telah sedia ada dan diguna pakai di tanah melayu. Ini dapat dilihat dengan jelasnya melalui perubahan epistemologikal yang besar iaitu dari segi perpisahan diantara agama dan negara. Kesannya di alam melayu ialah pemerintahan negara telah dikawal secara lansung oleh penjajah, manakala segala perkara berhubung dengan agama dan adat istiadat telah diberi kuasa dan di bawah pengawasan sultan melayu sendiri.

Kesan penjajahn eropah juga telah membawa perubahan terhadap politik negara dimana telah wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tiga unsur penting iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman diperkenalkan. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali perubahan yang telah dibawa berdasarkan perbezaannya dengan pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada iaitu, sebelum penjajahn eropah, sistem pentadbiran adalah dibawah kuasa mutlak raja-raja dimana tiada pengagihan bidang kuasa. Seperti yang dapat kita lihat, perubahn didalam pentadbiran ini, iaitu pengagihan kepada tiga bidang kuasa iaitu eksekutuf, legislatif dan juga kehakiman telah diteruskan didalam operandi dan pentadbiran negara sehingga ke hari ini, dimana setiap unsur penting tersebut mempunyai bidang kuasa mereka yang tesendiri.

8|Page

Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh. Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.

Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi

9|Page

10 | P a g e

5.2

EKONOMI Kesan penjajahan Eropah dari aspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudan

sistem ekonomi dualisme. System ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik.

Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah. Penjajah Eropah telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian, manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga, dan orang India sebagai pekerja estet dan ladang.

Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan India. Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran, dan tenaga kerja didominasi oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar atau budaya Melayu tradisional.

Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor ekonomi moden pula, ianya didominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana mereka menceburi aktiviti perlombongan, perkilangan, dan perkhidmatan. Ketidakseimbangan antara etnik jelas dilihat dalam sektor ketiga di mana separuh daripada sektor ini didominasi oleh etnik cina manakala etnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja. Sektor ini menjadikan jurang etnik menjadi lebih luas lagi.

11 | P a g e

5.3

SOSIAL Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum penjajahan Eropah terbentuk

melalui proses semulajadi. Mereka datang bersama-sama keluarga secara sukarela untuk menjalani kehidupan serta mencari kekayaan. Kehidupan di Tanah Melayu yang berlandaskan kebebasan dan tanpa paksaan telah mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman itu. Mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan secara sukarela. Ini dapat dilihat melalui perkahwinan antara orang Cina dan masyarakat tempatan yang melahirkan masyarakat Cina Baba. Walaupun perkahwinan campur telah berlaku antara mereka tetapi mereka masih lagi mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu. Selain itu, budaya dan adat resam yang dibawa olah mereka juga turut diterima oleh penduduk tempatan dengan hati yang terbuka. Pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Eropah adalah berbeza dengan zaman sebelumnya. Ini dapat dilihat daripada imigrasi penduduk Cina dan India ke Tanah Melayu yang digalakkan oleh British untuk kepentingan ekonomi mereka. Oleh kerana tujuan kedatangan mereka adalah untuk memenuhi keperuan ekonoi British, maka interaksi antara kaum tidak berlaku. Mereka hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing. Namun begitu, kehidupan yang harmoni tetap wujud di mana mereka tetap menjalani hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satu sama lain. Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini Penekanan aspek ini juga menjuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar 12 | P a g e

pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah

13 | P a g e

6.0

KESIMPULAN Pluraliti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat Malaysia namun ianya juga bukanlah merupakan sesuatu yang mudah untuk diakhiri terutama sekali dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia yang masih kaya dengan adat budaya kaum masing-masing. Perpaduan dan gabungan tiga kaum yang terbesar di negara ini terutamanya pada zaman darurat yang memerlukan kaum-kaum utama bersatu padu dan bekerjasama dalam bidang politik telah member peluang besar etnik-etnik di Tanah Melayu untuk menilai hubungan etnik ketika itu. Perpaduan seperti ini telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan masih lagi kekal hingga kini. Kewujudan etnik-etnik yang berasingan kekal sehingga penjajah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu dan memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara-Bangsa. Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa. Identiti Negara-Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.

14 | P a g e

RUJUKAN BUKU Hubungan Etnik, Syamsul Amri Baharuddin Sejarah dan tamadun islam, dr Abdul Rahman Hj Abdullah, Edisi Kedua, Pustaka Darussalam, 2007

J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press. 1939.


Ruslan Zainuddin et.al (2005), Kenegeraan Malaysia, Kuala Lumpur : Oxford Fajar

LAMAN WEB www.scribd.com/.../Kuliah-2-3-PLURALITI-MASYARAKAT-ALAM-MELAYU-ZAMAN www.scribd.com/.../Kuliah-4-5-PLURALITI-MASYARAKAT-DI-TANAH-MELAYU-PADAZAMAN-PENJAJAHAN www.benmokhtar.com www.ums.edu.my/webv3/appl/downloadfiles/Kuliah%203.ppt

15 | P a g e

You might also like