You are on page 1of 12

Good morning to the judges,to the teachers and all my friends.

Today I am going to share a story named Diles,the helpful baby crocodile.

Once at the banks of a river,lived two crocodiles.lne was the mother named Croco,the other was the daughter named Diles.

Diles loved her mother very much but she was not very happy with some of her mothers acts.

Her mother was very fierce and she would swallowed other animals when she saw them.

Mama! Why do you always swallowed other animals? asked Diles.

Croco laughed and laughed.She then said ,You silly child! They are my food.If I dont eat them, what would I eat?

Diles was very sad because all the animals were her friends.

One day, Croco left Diles at home.She went looking for food.

She saw a reindeer. I will catch him!Croco said to herself.

She then got ready to catch the reindeer.

The reindeer was unlucky.It was caught by Croco.It screamed and screamed.

From far, diles heard the screams. She rushed to the scene.

She was sad to see her mother hurting the reindeer.

Mama! Thats my friend!Please release him! pleaded Diles.

She kept on pleading until her mother felt guilty.

Finally, Croco released the reindeer.She didnt want to cause sorrow to Diles.She loved Diles, her own child.

The reindeer was grateful to Diles for helping him.

One day, while Diles was eating lunch, a bone got stuck in her throat.

Help! Help! cried Diles.The reindeer heard the cries of help.

He rushed to the scene.He saw Diles struggling in the river.

The reindeer quickly called his mother to come and help.

The mother reindeer pulled the big bone out successfully. Diles was relieved.

Diles had saved the reindeers life a few months ago. Now the reindeer had saved him from chocking to death.They became very good friends.

There you are children, the moral value is:If I always help others,I will also receive help from others when I am in trouble.

1.0

PENGENALAN

Terdapat pelbagai teori mengenai proses perkembangan kanak-kanak . Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Jean Piaget adalah salah satu daripadanya. Nama sebenar pengasas teori ini ialah Jean William Fritz Piaget. Dilahirkan pada 9 Ogos 1896 dan meninggal dunia pada 16 September 1980 semasa beliau berumur 84 tahun. Perkahwinan Jean Piaget dengan isterinya Valentine Chatenay telah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Beliau pernah menuntut di University of Zurich ( Jerman ) dan University of Neuchatel ( Swirtzerland ). Beberapa jawatan penting pernah disandang oleh Jean Piaget seperti pengarah Rousseau Institute ( Swirtzerland, Geneva ) dan pensyarah Grange-Aux-Belles Street School for Boys ( Paris, Perancis ). Hasil pemerhatian beliau terhadap perkembangan kanak-kanak serta pemeriksaan mengikut peringkat umur terhadap kesilapan yang dilakukan oleh anak-anaknya, maka tercetuslah idea teori perkembangan kognitif ini. Menurut Ramlah dan Mahani (2002) dalam Haliza Hamzah et.al ( 2009 ), Jean Piaget ialah ahli psikologi Swirtzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan- perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Empat faktor telah dikenalpasti oleh Piaget yang saling berkait yang boleh mempengaruhi pemikiran individu iaitu :-

Pemikiran Lateral dan 6 Kaedah Berfikir Edward De Bono mengajarkan 6 kaedah berfikir dipanggil Six Thinking Hat. Ada topi hijau untuk percambahan idea kreatif. Ada topi kuning untuk pemikiran konstruktif. Topi putih untuk analisis dan objektif. Topi hitam untuk pemikiran negatif dan berisiko. Manakala topi merah untuk emosi. Dan satu lagi topi biru untuk pemimpin paling atas. Pemikiran Lateral gagasan De Bono memuatkan 6 kaedah berfikir. De Bono sangat mengkritik pemikiran secara kritikal semata yang menurutnya diwarisi dari tradisi Greek dan Yunani. Hanya ketika ini De Bono menggunakan tradisi pemikiran Greek dan Yunani hanya bersifat binari atau hitam putih. Benar atau salah. Jika kita mampu mebuktikan orang lain salah, maka kitalah yang paling benar. Kemenangan berpihak kepada pasukan atau individu yang paling mampu membuktikan orang lain salah. Pemenang dalam takrifan ini adalah orang yang mempu mengalahkan orang lain. We use our best brain to destroy other ideas Maka lahirlah pemegang sarjana dan doktoral yang hanya mampu mencantas dan mengkritik idea dan teori orang lain. Tugas dan kerja professor dan sarjana ini (kebanyakannya) keluar untuk memborngkar keduk dan kelemahan orang lain. Sedang idea dan teori ciptaan sendiri entah kemana.

Berlaku satu perbualan ahli akademik Indonesia dan ahli akademik dari Malaysia. Indonesia : Dosen (pensyarah) Malaysia bagaimana? Malaysia : Dosen Malaysia luar biasa. Banyak menulis kertas kerja dan juga menulis kulit buku (sedang bukunya tidak siapa-siapa). Dosen Indonesia pula bagaimana? Indonesia : Dosen Indonesia pula biasanya di luar. (merujuk kepada ahli akademik Indonesia sangat dimanfaatkan oleh masyarakat di luar kampus). Namun begitu agak janggal jika kita terus meninggalkan pemikiran secara kritis. Dalam topi kuning juga ada unsur kritis. Tapi kritis yang membina dan untuk memperbaiki. Dalam tradisi Islam ada disiplin ilmu yang dipanggil jarah wa tadil, membawa maksud kritik dan saran (ada yang terjemah puji). Dalam menilai sesuatu tulisan dan idea mahupun peribadi tokoh itu sendiri dua sisi bertentangan diberi penilaian yang adil. Tiada idea dan teori yang semuanya buruk-buruk belaka. Dan tidak ada juga naskah yang semuanya baikbaik dan benar-benar belaka melainkan Kitab Allah dan Hadith yang thabit. Contoh naskah besar yang dijarah dalam tradisi ilmu Islam ialah Ihya Ulumuddin tulisan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali rahimahullah. Kitab Ihya merupakan magnum opus AlGhazali selain naskah lain beliau yang banyak sekali mengkritik kesesatan ilmu kalam dan falsafah. Kitab ini dikritik hebat dari sudut beberapa bahagian dari kandungannya yang berbaur kesufian melampau dan kedudukan-kedudukan hadith yang dirujuk banyak sekali diragui sanadnya. Hinggakan Al-Iraqi membuat kajian khusus bagi menilai kedudukan hadith dalam Ihya yang nyata banyak sekali hadith yang lemah (dhaif) bahkan ada yang palsu (maudhu). Ihya walaupun lahir dari tangan tokoh ilmuan besar ianya tidak diterima bulat-bulat. Dan tidak juga ditolak bulat-bulat. Ternyata banyak sekali ilmu dan kajian mendalam Al-Ghazali yang dapat diambil manfaat. Di sini tadil berperanan. Sikap yang demikian juga perlu diambil ketika menaggapi karya-karya Ibn Taimiyyah di Nusantara ini. Walaupun semua maklum aliran pemikiran madrasah Ibn Taimiyyah dan Imam Al-Ghazali tidak pernah berhenti bertentang sejak ratusan tahun dahulu. Menurut Yusuf Al-Qaradhawi, konflik aliran sebegini jika tidak ditanggapi dengan kritik dan saran yang benar berlandaskan nas, nescaya akan merugikan institusi ilmu Islam, umat Islam dan dunia umumnya. Sudah sampai masanya kita beralih dari berfikir secara hitam putih kepada kaedah berfikir yang lebih dinamik. Nabi sendiri pun selalunya amat lambat menghukum sesuatu itu hitam ataupun putih sebelum mendapat keterangan yang lebih lanjut.

Perkembangan kretiviti kanak-kanak Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak Definasi Kreativiti Walaupun pada amnya perkataan kreativiti biasa dikaitkan dengan bidang seni, ia digunakan dalam berbagai cara dalam berbagai konteks. Akibat sifat kompleks konsep kreativiti, berbagai teori telah dikembangkan bagi tujuan menjelaskannya. Oleh itu terdapat berbagai definasi kreativiti yang berlainan. Ada kalangan yang mengatakan kreativiti adalah anugerah semulajadi tuhan yang tidak boleh dipelajari. Ada pula yang mengatakan kreativiti boleh dikembangkan dan mereka membentangkan cara-cara meningkatkannya. Kreativiti semestinya berhubung dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun terdapat berbagai pendapat mengenai a) proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan b) kemudahan mengembangkannya dalam manusia. Sebagai contoh, Pfeiffer (dalam Goetz, 1981:297) mendefinasikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memenyumbangkan terhadap bidang kreativiti adalah Professor Ellis Paul Torrance. Kerangka Pemikiran Kreatif Torrance Professor Ellis Paul Torrance dikenali kerana kajian pelopor beliau dalam bidang kreativiti. Dalam model beliau yang dinamakan "the threshold hypothesis, beliau cuba mencari perhubungan antara kreativiti dan kecerdasan. Dia mendapati bahawa orang yang berkreatif tinggi biasanya juga mempunyai kecerdasan yang tinggi. Walaubagaimana pun beliau berpendapat bahawa kecerdasan sahaja tidak memadai, terdapat factor-faktor lain yang mempengaruhi kreativiti. Torrance (1989) mendefinasikan kreativiti sebagai proses menjadi sensitif kepada masalah, kekurangan, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen, harmoni dan sebagainya; mengidentifikasikan masalah,

mencari penyelesaian membuat andaian atau mencipta hipotesis tentang kekurangan, menguji dan menguji semula hipotesis, cuba mengubahnya, menguji lagi dan akhirnya mengkomunikasikan dapatan. Torrance adalah orang pertama yang mencipta kaedah untuk menguji kreativiti pada tahun 1976 yang dikenali sebagai Torrance Tests of Creative Thinking. Ujian kreativiti Torrance meliputi empat aspek;

Kefasihan Fluency Kefasihan merujuk kepada kebolehan menghasilan idea-idea yang berbeza dan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aplikasi: Senaraikan beberapa kegunaan sebuah botol air mineral. Keanjalan Flexibility Penghasilan idea yang berpunca dari kebolehan melihat sesuatu dari perspektif-perspektif yang berlainan serta pengunaan berbagai kaedah dan pendekatan. Aplikasi: Bayangkan diri anda menjadi unta untuk sehari Keaslian Originality Keaslian bermakna penghasilan idea yang unik atau luarbiasa. Ia juga kebolehan menyusun semula maklumat tentang sesuatu topik dengan cara yang baru dan berlainan. Aplikasi: Fikirkan cara menunggang basikal yang berlainan dari yang biasa kamu lakukan. Huraian Elaboration Huraian merupakan kaedah memperbaikkan idea dengan menambahkan butir-butir lanjut supaya lebih jelas dan mudah difahami. Aplikasi: Ceritakan dengan terperinci hari pertama anda kesekolah. Gunakan sebanyak butir-butir yang anda boleh. . Ciri-Ciri Kreativiti Terdapat 4 ciri kreativiti iaitu; Pengunaan Imaginasi Aktiviti yang bersifat imaginative adalah proses menjanakan suatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa/dijangka. Ia melibatkan proses-proses berfikir dan perlakuan. Ia boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap suatu objektif yang kreatif dimana fokus adalah terhadap memperbaikkan sesuatu situasi mengunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku bila idea yang sedia ada digabungkan atau di interpretasi semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasa tidak ada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea atau objek yang sebelum ini belum pernah dilihat. Pada abad ke 15, Leonardo Da Vinci merupakan orang yang pertama yang mengkaji secara terperinci bagaimana manusia boleh membina sebuah jentera untuk terbang. Dia mendapat idea-idea penerbangannya dari mengkaji burung. Walaupun di tidak berjaya membina jentera terbangnya yang dinamakan Ornithopter, idea-ideanya dan lukisannya dikaji semula oleh pelopor-pelopor kajiterbang abad ke 19. Berikutan itu penciptaan helikopter zaman moden adalah berdasarkan konsep beliau.

2. Mempunyai Tujuan Imaginasi atau pemikiran kreatif bertujuan. Ia biasanya berlaku secara kebetulan bila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif lain. Objektif ini pada awalnya tidak semestinya berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihaslikan. Walau bagaimanapun disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru ini objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini bermaksud bahawa kreativiti adalah adalah gabungan aksi dan tujuan. Sebagai contoh, jika bot yang Samad naiki tenggelam dia akan cuba sedaya upaya memikirkan berbagai keadah untuk selamatkan diri.

Bersifat Asli Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ianya suatu idea yang dihasilkan secara unik oleh seseorang individu atau kumpulan. Terdapat tiga kategori keaslian Hasil kerja seorang individu mungkin asli bila dibanding dengan hasil kerjanya sendiri yang lama. Ianya juga boleh dikatakan asli bila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan sebayanya Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang Kategori keaslian pertama dan kedua lebih berfokus kepada perkembangan individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat secara global. Bernilai Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau objektif ditangan. Berikutan ini terpulang kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang terhadap objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna di kekalkan dan idea yang kurang berguna disingkirkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Sebagai contoh penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.

Aktiviti 2.0 Bincangkan ciri-ciri kreativiti serta berikan contoh-contoh anda sendiri Proses Kreatif Proses dan Penghasilan

Kreativiti adalah satu proses dan bukannya suatu produk atau peristiwa. Ia boleh dikembangkan dalam kanak-kanak dengan mengalakkkan mereka menulis cerita, bermain muzik, menjalankan ujikaji dan sebagainya. Disini kreativiti dikembangkan melalui aplikasi secara praktikel dimana mereka dilibatkan dalam suatu proses yang bertujuan menghasilan pemikiran secara kreatif. Walaupun terdapat kemahiran

dan teknik yang khusus kepada bidang-bidang yang tertentu, kanak-kanak harus diajak mengalami dan mengenali secara umum beberapa ciri proses kreativiti. Salah satu model proses kreativiti yang paling awal diperkenalkan oleh Graham Wallas pada tahun 1926. Mengikut Wallas, proses kreativiti boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu, (i) Penyediaan Pada peringkat ini, minda difokuskan terhadap isu atau masalah ditangan dan dimensi-dimensi masalah itu di dijelajah.Peringkat ini biasanya melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar, draf, soalan atau idea awal. (ii) Pengeraman Pada peringkat ini individu mengundurkan diri buat seketika dari proses tersebut dan membuat perkaraperkara lain lantas membiarkan idea tersebut mengeram dalam mindanya. Bila kembali semula kepada idea tersebut kemungkinan besar terwujud secara tidak langsung, tanpa disedari, perspektif-perspektif baru terhadap idea awal tadi. (iii) Intimasi Individu kreatif merasakan suatu perasaan breakthrough dimana dia merasakan dia sedang dalam perjalanan menyelesaikan masalah tersebut. Peringkat ini masih berada pada tahap tidak sedar. (iv) Illuminasi Individu kreatif dalam keadaan sedar, tiba-tiba mendapat idea bagaimana meyelesaikan masalah tersebut (v) Verifikasi Pada peringkat ini idea tersebut disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan.

Oleh itu boleh dikatakan model kreativiti Wallas pada dasarnya percaya bahawa pemikiran kreatif adalah juga suatu proses bersifat analitiks yang tidak disedari dan yang tidak boleh dikawal. Aktiviti 3.0 Mengikut teori Wallas apakah perbezaan antara peringkat intimasi dan illuminasi dalam proses kreativiti?

Pengujian Kreativi Apakah faedah menguji kreativiti? Pengujian kreativiti dilakukan untuk berbagai sebab dalam pelbagai kontek termasuk industri, sekolah, kerajaan dan organisasi-organisasi pengkajian. Pengujian kreativiti boleh digunakan untuk menapis calon-calon untuk pekerjaan, promosi atau tugasan-tugasan tertentu. Organisasi-organisasi boleh mengunakannya untuk mengecam individu-individu yang berpotensi tinggi. Disekolah ia boleh digunakan untuk mengenali murid yang berbakat atau berkebolehan untuk disertakan

kedalam program-program khas. Mengenali tahap kreativiti murid-murid juga boleh menolong guru lebih memahami kebolehan pelajar-pelajarnya. Dengan ini guru berpeluang merancang pengajaran supaya memaksimakan kebolehan-kebolehan ini. Kaedah Menguji Kreativiti Terdapat tiga kaedah utama untuk menguji kreativiti iaitu kaedah psikometric, kaedah historiometrik serta pendekatan biografi. Psikometrik Mengunakan alat perkakas (seperti banci, borang soal selidik,ujian) dan statistik untuk mengukur kreativiti secara saintifik. Ini biasanya dilakukan dengan mengaitkan tiga aspek kreativiti manusia iaitu perlakuan, personaliti dan kognitif Historiometrik Kaedah ini mengunakan maklumat dari dokumen-dokumen lama yang mengandungi ciri-ciri yang di miliki oleh individu-individu bersejarah yang berkreatif tinggi dalam pelbagai bidang contohnya Mozart, Newton, Monet dan sebagainya. Maklumat ini digunakan sebagai kriteria pengukuran kreativiti. Biografi Pendekatan biografi lebih kurang sama seperti kaedah historiometrik dimana dikaji dengan terperinci ciriciri pencipta-pencipta terkenal. Perbezaannya adalah dari segi kaedah pengukuran dimana historiometrik mengunakan kaedah berbentuk saintifik/empirik manakala pendekatan biografi mengunakan kaedah kes study yang lebih berbentuk narratif. Perhubungan antara konsep kreativiti, otak kiri dan otak kanak Otak kita terdiri dari hemisphera kiri dan hemisphera kanan yang disambung di tengah-tengah dengan sekumpulan saraf yang dinamakan corpus callosum. Hemisphera kiri mengawal bahagian kanan anggota badan kita manakala hemisphera kanan mengawal anggota kiri badan. Setiap hemisphera memproses maklumat dengan cara yang berbeza serta mempunyai fungsi yang berbeza. Sebelah kiri memproses maklumat secara rational dan logical dan bertanggungjawab terhadap pengunaan bahasa, penyelesaian masalah dan aktiviti-aktiviti yang berbentuk akademik. Sebelah kanan pula lebih cenderung kepada memproses maklumat dengan lebih spontan dan kreatif, terutama dalam bidang seni dan music. Sebagai contoh, seorang penulis mengunakan otak kanan untuk mrncipta dan otak kiri untuk mengurus dan menyusun apa yang dicipta dalam bentuk logikal Pada umumnya, semua orang mempunyai potensi menjadi kreatif. Walau bagaimanpun disebabkan nilainilai kehidupan moden lebih mengalakkan pengunaan fungsi-fungsi otak kiri, kita jarang mempunyai masa melibatkan diri dalam aktiviti otak kanan yang lebih kreatif seperti menulis novel atau melukis. Selari dengan ini belah kreatif kita pun menjadi kurang aktif disebabkan kurang pengunaanya. Tambahan pula dalam kebanyakkan manusia, otak belah kiri mereka lebih dominen. Oleh itu dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk kreatif kita perlulah mengalakkan otak belah kanan untuk lebih aktif. Ini boleh dibuat dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti masa lapang termasuk yang berbentuk seni. Terdapat bukti kajian yang menunjukkan bahawa terdapat pesakit (aphasia) yang hilang fungsi otak kiri, tetapi mereka masih boleh memproses aktiviti-aktiviti mental yang dikuasai oleh belah itu seperti bahasa

dan sebagainya. Baolehkan anda fikirkan apa agaknya penerangan untuk fenomena itu?

Konsep Kreativiti Berpandu

Konsep Kreativiti Berpandu diperkenalkan oleh Paul E. Plsek. Ia didefinasikan sebagai penghasilan dan pengunaan idea-idea kreatif berkaitan dengan suatu topik yang khusus. Penyokong konsep ini percaya bahawa semua orang mempunyai potensi untuk pemikiran kreatif tetapi ramai yang tidak tahu mengunakannya secara efektif. Mereka percaya bahawa jika anda boleh fikir anda mempunyai keupayaan berfikir secara kreatif.

Salah satu daripada perkara yang dianggap menyekat penghasilan idea-idea kreatif adalah pengalaman. Perspektik kita sering dipengaruhi oleh pengalaman kita yang membuatkan kita sukar membina perspektif-persktif baru. Bila kita bertembung dengan sesuatu situasi, kita dengan serta-merta cuba memadankan ciri-ciri situasi itu dengan pengalaman lampau kita yang menyerupai situasi tersebut tanpa cuba melihatnya dengan cara yang baru. Berikutan ini reaksi kita dipengaruhi oleh reaski-reaksi yang pernah kita gunakan dalam situasi yang sama. Secara tidak langsung kita menghalang diri kita dari menghasilkan aksi atau reaksi yang baru atau unik.

Rajah diatas menunjukkan model dan kitaran kreativiti berpandu. Bermula dari tengah kanan bulatan, kita hidup setiap hari living with it didunia ini seperti juga orang lain. Walau bagaimanapun, pemikiran kreatif bermula dari pemerhatian observation dunia itu dengan terperinci dan menganalisis analysis bagaimana sesuatu berjaya atau gagal. Melalui analisis ini kita menyimpan sekumpul konsep tentang benda-benda dan situasi-situasi dalam ingatan kita. Dengan mengunakan konsep-konsep ini dan hubungan diantara mereka, kita menghasilkan generate idea-idea baru untuk tujuan-tujuan spesifik. Berikutan ini kita mengumpulkan harvesting dan memperbaiki enhancement idea-idea bekenaan serta membuat penilaian evaluation yang praktikel. Akhirnya idea-idea tersebut di aplikasikan atau digunakan implemention. Seterusnya, aplikasi ini menberi kesan kepada dunia yang kita hidup dan kitaran pemerhatian dan analysis bermula semula. Untuk memudahkan pemahaman model kitaran ini dibahagikan kepada empat phasa iaitu, I. Penyediaan Preparation II. Imaginasi Imagination III. Perkembangan Development IV. Aksi Action

Aktiviti 4.0 Fikirkan tiga aktiviti yang boleh anda buat didalam bilik darjah untuk megembangkan pemikiran kreatif mereka

Rujukan

Edward de Bon (1994). (1992). Serious Creativity : Using the Power of Lateral Thinking to Create New Ideas. New York:Harper-Collins Gruber, H.E. (1981). Darwin on Man: A Psychological Study of Scientific Creativity. 2nd Ed, Chicago: University of Chicago Press. Harvey, O.J., Hoffmeister, J.K., Coates, C and White, J.B. (1979). A Partial Evaluation of Torrance's Tests of Creativity. American Educational Research Journal, Vol. 7(3) , pp. 359372. James M. Higgins.101 Creative Problem Solving Techniques: The Handbook of New Ideas for Business. New Management Publishing Company. Paul E. Plsek. (1997). Creativity,

You might also like