You are on page 1of 9

JENIS PENILAIAN BAHASA

AHLI KUMPULAN : NURUL NABILA BINTI SHARI NOR AMIRA BINTI MAT SHUKRI TIARA BALQIS BINTI YEOP AHMAD WAN NOR AMALINA BINTI WAN OTHMAN

UJIAN FORMANTI F UJIAN PENCAPAIAN JENIS PENILAIAN BAHASA UJIAN BAKAT UJIAN KEMAJUAN UJIAN SUMANTIF

UJIAN KEFASIHAN

Ujian Formatif
Dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.

Ujian sumatif
Bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya. Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan upsr, pmr, spm dan stpm.

Ujian Kefasihan
Tentukan setakat mana seseorang mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari. Penting untuk ukur kebolehan berbahasa seseorang.

Ujian kemajuan
Digunakan didalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. Ujian ini harus berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin diuji. Ia membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan seseorang murid dan kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

Ujian bakat
Khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Ujian bakat di dalam bahasa malaysia ialah ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu. Bakat untuk mempelajari bahasa sangat kompleks dan melibatkan berbagai faktor seperti kecerdasan, umur, motivasi kuasa ingatan, kebolehan mengenal pasti bunyi bahasa dan pola-pola tatabahasa. Dengan itu tidak mungkin dan tidak perlu diuji semua aspek bahasa di dalam satu ujian. Ujian bakat dibahagikan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang ingin dipelajari oleh pelajar, umpamanya kemahiran bertutur

Ujian Pencapaian
Disebut sebagai ujian sumatif Jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh. Ujian pencapaian lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah. Kebanyakan ujian pencapaian merupakan ujian umum seperti srp dan spm Ujian ini merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar. Pembentukan ujian itu berasaskan kepada sukatan pelajaran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dalam peperiksaan umum seperti ini, bahanbahan yang dibentuk biasanya dipra-uji dulu. Tiap-tiap butiran peperiksaan dianalisis melalui proses analisis butiran. Butir-butir yang sesuai dikekalkan dan lain-lain, sama ada dibuang, diubah atau diperbaiki, berasakan analisis tersebut.

-TAMAT-

You might also like