You are on page 1of 6

Al-Awaiq

Bab Satu.
Kumpulan Satu Hati. Janji yang saling ditepati, itulah perjanjian yang telah diiltizamkan oleh para duah, mereka tidak akan menyendiri dan memisahkan diri daripada saudara mereka yang lain . Mereka telah mengiklankan janji-janji mereka sejak langkah pertama: Genggam dalam genggaman, Maka saksikanlah janji kami, Tetap dalam barisan, kemenangan dan kekalahan. Sama ada ketika mendapat kemenangan atau kekalahan, duah yang faham tetap akan bergegas melaksanakan janjinya melalui jihad yang penuh kejelasan. Ia merupakan ketaatan yang penuh dengan kesedaran dan tetap hati di dalam barisan tanpa menghiraukan bisikan-bisikan yang tidak berfaedah. Sebagaimana keimanan kepada syurga mendorong para duah untuk berlumba-lumba di medan jihad, ia juga mendorong mereka untuk berlumba-lumba dalam; melaksanakan ketaatan, berkasih sayang, persaudaraan dan suci hati sesama anggota jamaah. Kesemua mereka ingin menjadi di antara golongan yang menjuarai perlumbaan dan menyertai kumpulan pertama yang memasuki syurga, dengan kesatuan mereka, sebagaimana sabda rasulullah saw: Maksudnya: " ..tiada perselisihan di antara mereka dan tidak ada saling bermasam muka, hati-hati mereka bagaikan satu. Riwayat al- Bukhari, 4/143.5 Ketaatan seumpama ini yang diharapkan dapat dicapai oleh kebersihan hati duah dan membawa mereka menyertai kumpulan yang berjaya. Berasaskan daripada keimanan mereka bergerak, dengan asas-asasnya mereka mengambil panduan dan kepadanya rujukan mereka. Ketaatan seumpama ini bukan bagai ketundukan kehinaan seorang rahib dan bukan juga kerana tamak kepada sesuatu kepentingan. Tetapi ianya merupakan ketaatan Islamiah yang tersendiri, bukan seperti ketaatan lain. Para duah menganggapinya sebagai salah satu rukun keimanan mereka. Tidak akan sempurna keimanan tanpa ketaatan malah mereka mengira tanpa ketaatan berkuranglah iman mereka. Mereka adalah satu kaum yang melihat adalah menjadi kewajiban membantu pimpinan mereka dan mereka melihat mentaati perintahnya adalah tuntutan iman'. Lantaran itu membawa mereka akan mengkeji akal mereka apabila berbeza ijtihad dan mengekang hati terhadap seruan keinginan demi menyelamatkan keimanan ini daripada hilang. Komitmen Yang Menurun dan Hati Yang Bercampur. Apabila ketaatan ini dikaitkan dengan iman, maka sifatnya seumpama sifat iman itu sendiri yang boleh bertambah dan berkurangan, sebagaimana yang disebut oleh ulama' hadis dan para fukaha'. Sebagaimana keadaan iman, ketaatan seseorang boleh meningkat sehingga ke puncak yang paling tinggi, dari segi keyakinan dan pelaksanaan. Malah kadangkala ketaatan seseorang itu akan menurun. Orang yang berjaya ialah mereka yang tidak melampau ketika dipuncak ketaatan dan tidak terlanjur apabila daya ketaatannya jatuh; dengan berpandukan sabda rasulullah saw: Maksudnya: " Setiap amalan ada kemuncaknya, setiap kemuncak akan menurun barang siapa yang menurun kepada sunnahku sesungguhnya dia mendapat petunjuk" Imam Ahmad. Kemuncak ialah, mencapai setinggi usaha dan kesungguhan dan memelihara kebaikannya.

Menurun ialah, menangguh-nangguh selepas bersungguh-sungguh, cenderung kepada malas, berdiam diri dan mengutamakan kerehatan. Dalam lafaz yang lain: bermaksud:"... barangsiapa yang kemuncaknya kepada sunnahku maka sesungguhnya dia mendapat petunjuk". Taat juga sebahagian daripada amalan yang mempunyai kemuncak dan penurunan dan gambaran tuntutannya boleh menjadi terang kepada mukmin atau boleh menjadi kabur. Ketaatan yang tinggi memuncak terikat dengan kemulian sunnah nabi s.a.w. yang menghalangnya daripada tunduk kehinaan, adalah suatu keindahan. Kemudian disempurnakan dengan keindahan lain; iaitu apabila dia memegang kekang keinginan untuk bebas, menahan dan menegah dirinya daripada pergi ke mana dia suka, menahannya daripada tersendiri dan terfitnah yang mengharamkannya daripada pahala amal jamaei seterusnya menghalangnya daripada memasuki syurga bersama kumpulan itu. Sentiasalah kedua-dua keindahan ini bercahaya sehingga wajah orang beriman yang bersama jamaah ini bagaikan bulan purnama, sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang sama. Oleh itu, sentiasa memeriksa hati merupakan satu kewajiban, supaya seorang mukmin itu mengetahui tangga peningkatan dan kekurangannya, lantas dia memuji Allah atau cepat-cepat merawatinya. Sebab itulah Al Junaid pernah menyeru dengan katanya: " Lihatlah apa yang mencampuri hatimu ?". Beliau menamakan percampuran, iaitu perkara yang mengotori dan mengeruhkan kejernihan hati yang menjadikannya tenang pada tempat yang tidak dikehendaki. Hati yang bercampur dengan kekotoran akan tertipu dan terpedaya. Ia akan memaparkan kepada kamu gambaran yang menipu kamu daripada hakikat. Ia akan melontarkan kamu jatuh ke bumi setelah kamu sampai ke puncak dan ia akan mencuri daripada kamu identiti kumpulan satu hati. Marilah mengenalinya bersama kami, dalam perjalanan ilmu. Kami akan mencukupi kepada kamu dengan ilmu keburukan kejahilan. * Kasih Sayang dan Kebersamaan.. Perkara yang membantu kamu mengetahui perkara dengan sebenarnya dan insaf apabila kamu menjadi seorang mujahid. Seorang mujahid adalah seorang yang merdeka dan menolak kehinaan maka dia akan bergerak. Bagi seorang yang merdeka mempunyai sifat dan tabiat iaitu; pertamanya berjalan kearah kemuliaan, sebagaimana dengannya seseorang yang merdeka itu dikenali. Setelah itu ia terhidar daripada sifat perhambaan yang berlebihan. Kemerdekaan juga seperti yang diisyaratkan oleh imam as Syafie apabila beliau berkata: " Kemerdekaan ialah sesiapa yang menghargai kasih sayang walau sejenak atau berintima bersama mereka yang pernah mengajarkannya walaupun satu lafaz". Kafilah Dakwah ini telah lama mengajar kamu erti kasih sayang dan mengajar kepada kamu keseluruhan lafaz bukan hanya satu lafaz. Maka sekiranya kamu seorang yang merdeka maka hargailah kasih sayangnya, ikhlaskanlah dirimu untuknya, jauhilah ia daripada fitnah yang sentiasa mengintainya. Sekiranya `sifat ingin memenangkan pendapat sendiri merampas kemerdekaan kamu, terserahlah kepada kamu dengan apa yang kamu pilih. Tidaklah seorang yang terjerumus ke lembah fitnah, malas, terputus hubungan dengan dakwah dan menukarkan sahabat dengan kawan yang lain melainkan disebabkan kurangnya sifat kemerdekaan pada dirinya dan beliau telah memakai sebahagian daripada pakaian pengabdian kepada dunia.

Begitu juga tidak seorangpun daei yang `sabat' di jalan dakwah, bertambah usaha dan `itsar' melainkan disebabkan oleh sempurnanya erti kemerdekaan, erti kesetiaan , sentiasa menghargai kasih sayang jamaah dan `intima' sebagaimana yang diisyaratkan oleh imam al-Syafie. Inilah akhlak dan kesucian hati yang kita akan dahulukan sebelum melihat kepada syarat-syarat keilmuan dan kepakaran mengurus. Ketaatan sekelian duah terdahulu kepada pimpinan mereka adalah mengambil kira kesucian hati pemimpin mereka sebelum mereka bertanya mengenai pengalamannya dalam pentadbiran. Seorang penyair berkata: " Tenanglah duah kepada pimpinan yang suci hati dan berakhlak Diberikan kepadanya sekukuh hati sebelum digenggamkan perjanjian yang kukuh." sejahtera, mulia. ketaatan,

Segalanya kita kehendaki, akhlak dan pengalaman. Tetapi neraca duah dalam meletakkan keutamaan, didahulu dan diakhirkan jauh daripada adat kebiasaan ahli politik. Mereka mengetahui bahawa akhlak itulah ketakwaan dan takwa merupakan pintu kesedaran. Dengan kewujudannya orang yang biasa akan mendapat pengajaran dan denganya akan mengilhamkan kebenaran. Seterusnya ianya merupakan pendidikan menyeluruh yang menuntut duah yang merdeka agar sentiasa `intima' bersama duah yang mendidik mereka. Berkata syair: " Sesungguhnya duah mendidik kamu dengan Melalui mereka Timur dan Barat mendapat Dalam perberadaban mereka, lahirnya Alangkah besarnya nikmat umurmu dengan didikan mereka". fikrah hidayah. generasi.

Sesungguhnya Al Quran telah menggesa anda supaya anda membandingkan adab memuliakan murabbi dengan adab orang Islam memuliakan rasulullah s.a.w. dalam firman Allah SWT: Maksudnya: Janganlah kamu memanggil al-rasul sebagaimana kamu memanggil sebahagian kamu Mestilah hati dipenuhi dengan penghormatan terhadap rasulillah s.a.w. sehingga anda merasai tenang dengan setiap perkataan dan setiap petunjuknya. Perkara ini merupakan suatu yang penting. Murabbi mestilah memiliki kemuliaan dan pimpinan mestilah meiliki kehaibatan. Adalah suatu perkara yang berbeza antara murabbi yang mesti bersifat tawadu' dengan mereka melupainya bahawa beliau adalah murabbi kepada mereka sehingga mereka memanggilnya sebagaimana mereka memanggil sebahagian daripada mereka. Mestilah kekal dijiwa mereka kedudukan murabbi . Beliau berada dikedudukan yang tinggi dijiwa mereka dan mereka malu untuk melampaui batas-batas menghormatinya.) Syed Qutb: Fi Zilal Quran 18/127. Janganlah kamu berkata: " sifulan sebaya denganku" atau " Dia lewat daripadaku dan tidak mendidikku". Kerana kemungkinan suatu hari dia pernah menasihatumu yang telah menyelamatkan kamu. Kemungkinan generasi baru yang hanya mengenali dakwah pada hari ini telah menggerakkan kamu dengan semangatnya dan mendorong kamu melakukan kebaikan. Segalanya ini merupakan tarbiyah yang menuntut kamu menunaikan kasih sayang. Pemimpin Mendahului Memberi Pandangan. Tidak diragui bahawa di sana terdapat kewajiban yang saling bertindih antara dua penjuru: Qiadah mendahului dan duah mengikuti. Qiadah mestilah sentiasa mendahului kumpulan duah dalam mengemukakan ijtihad bagi menangani perkembangan suasana dan menyelaraskan segala pengajaran yang diambil daripada pengalaman dakwah. Sesungguhnya sesiapa yang tidak dibantu dengan kefahaman yang jelas akan sentiasa berlegar dalam kesilapan dan di akan berpusing tempat yang sama. Ketika itu tidak berguna untuk dimarahi melainkan akan menambahkan kesusahan kepada mereka. Begitu juga qiadah mestilah segera memberi tugas kepada semua duah mengikut perkembangan kemampuan mereka, perkembangan cita-cita dan keluasan pemikiran mereka. Sebaliknya sesiapa

yang tidak digunakan tenaga mereka kepada kebaikan akan menghabiskannya sia-sia atau tenagatenaga itu berkumpul dan melemahkan kamu. Semuanya ini merupakan erti kepada kesempurnaan nasihat dan usaha yang wajib disempurnakan oleh sekelian qiadah sebagaimana sabda rasulullah saw: Maksudnya: " Tidak seorangpun daripada pemimpin yang memimpin urusan umat Islam kemudia beliau tidak berusaha bagi kepentingan mereka dan menasihati mereka melainkan beliau tidak akan memasuki syurga bersama mereka" Sahih Muslim. Ia merupakan tenaga yang besar yang terdiri daripada sekelian generasi duah, sama ada digunakan sebaiknya atau ia akan dimusnahkan oleh fitnah dan musuh. Ia bagaikan aliran sungai sekiranya kamu mengarahkan alirannya dan memandu di sisinya dia akan mengikutimu. Demikianlah keadaan tenaga yang tidak digunakan dan terkurung diibaratkan sebagai aliran sungai yang melimpah. Ia akan menjadi kebaikan kepada sesiapa yang bijak membuat aliran dan memanfaatkannya dan akan menjadi mudarat kepada sesiapa yang memmbiarkannya. Setiap generasi duah ialah ibarat aliran sungai maka ditangan kitalah sama ada hendak menjadikannya bermanfaat atau sebaliknya. Pergeseran Rumit. Seolah-olah inilah rahsia yang tersembunyi dalam kenyataan al Quran al Karim terhadap perpecahan umat Islam dan menjadikan persengketaan di antara mereka apabila mereka meninggalkan jihad. Kerana dengan jihad semua tenaga digunakan kepada kebaikan sebaliknya tenaga ini digunakan untuk merosakkan dirinya apabila ia tidak digunakan. Firman Allah SWT: Maksudnya: " Sekiranya kamu tidak berperang nescaya kamu akan dikurniakan azab yang pedih dan Dia menggantikan kamu dengan kaum yang lain" Ayat ini memberikan sindiran yang jelas terhadap pengertian tadi. Imam Ibnu Taimiyah dalam mentafsirkan ayat ini berkata: " Kemungkinan azab itu diturunkan daripada Allah dan kemungkinan azab itu dengan tangan manusia sendiri. Apabila manusia meninggalkan jihad di jalan Allah, kemungkinan Allah akan menguji mereka dengan menjadikan permusuhan dikalangan mereka sehingga mereka terjerumus kedalam fitnah sebagaimana yang berlaku. Kerana manusia apabila sibuk dengan berjihad di jalan Allah, Allah akan menyatukan di antara hati-hati mereka dan membina kasih-sayang antara mereka dan dijadikan kepedihan kepada musuh Allah dan musuh mereka. Apabila mereka tidak berangkat ke jalan Allah Allah akan mengazab mereka dengan menjadikan mereka berpecah-belah dan bermusuhan sesama sendiri." Perumpamaan lama ada berkata: " Tentera yang tidak mepunyai kerja pandai melakukan huru-hara". Bisikan syaitan sentiasa berlaku di ruang yang sejuk. Sekiranya Allah telah menyelamatkan orangorang yang mendirikan solat daripada menyebah syaitan tetapi Allah swt telah meninggalkan satu ruang kepadanya untuk melakukan bisikan sebagaimana sabda rasulullah saw: Maksudnya: " Sesungguhnya syaitan telah kecewa daripada disembah oleh orang yang bersembahyang di bumi Arab tetapi tidak kecewa untuk menggoda mereka". Syaitan tidak berkata kepada mereka: Ini adalah godaan dan aku adalah syaitan tetapi beliau akan memakai pakaian ahli zuhud dan bercakap dengan bahasa penasihat yang amanah sehingga apabila mereka tertipu, salah sangka dan berpecah dia akan meninggalkan mereka dengan ketawa sedangkan mereka menangis. Demikianlah cara syaitan sebagaimana al Ghazali berkata: " Dia mencadangkan keburukan ditempat yang baik dan untuk mebezakannya amatlah rumit maka kebanyakan manusia binasa kerananya. Ihya Ulumuddin.

Tiada Kebaikan Pada Ketaatan Nafsu. Syaitan tidak akan senang dengan usaha seorang duah untuk memperbaharui keazamannya untuk menunaikan kewajiban taat. Adalah menjadi kewajibannya untuk melaksanakan usaha ini kerana ke atasnya ditujukan arahan taat. Syaitan akan menimbulkan sangkaan kepadanya bahawa dengan ketaatannya itu akan menghilangkan kebenaran yang menjadi keyakinannya. Sesungguhnya sesuatu binaan jamaah, tentera dan negara tertegak di atas penyerahan majoriti kepada kelompok kecil yang melukis perencanaan dan menerajui sama ada Islam atau kafir pada kurun yang pertama atau akhirnya. Rencana yang terbaru yang telah kami baca ialah syarat kejayaan tentera yang ditulis oleh Montageri : " Sesungguhnya aku telah memsukkan satu unsur penting dalam sistem kerja, bahawa segala perintah pimpinan tidak boleh disanggah oleh pegawai-pegawai rendah sebagaimana aku lihat dibanyak keadaan, kerana apabila banyak cadangan sudah pasti akan menggagalkan tentera kerana mereka tidak akan meyakini ketepatan satu-satu cadangan. Banyak cadangan akan menyebabkan perselisihan, perdebatan, membazirkan waktu, perselisihan hati, menghilangkan semangat, lemah dan ragu-ragu. Ketika itu ketaatan akan mengikut keinginan, mereka mentaati terhadap perkara yang bersesuaian dengan pendapat mereka dan perkara itu adalah mudah bagi mereka. Mereka tidak mentaati terhadap perkara yang menyalahi pendapat mereka dan perkara itu menjadi berat kepada mereka. Mereka segera mentaati terhadap perkara yang mereka suka dan lembab mentaati terhadap perkara yang mereka tidak suka. Apabila mereka diuji terhadap perkara yang mereka tidak suka sedangkan ianya mempunyai manfaat kepada jamaah, mereka memohon perlepasan dan berpaling atau mereka mentaati dengan rasa benci atau melaksanakannya dengan rasa marah. Sesungguhnya kewajipan hendaklah ditunaikan sama ada dalam keadaan cergas atau malas. Hendaklah kamu melaksanakan perkara yang kamu sukai atau tidak dan kamu menerimanya sebagai suatu `azimah' yang tiada `rukhsah', segera tanpa ragu-ragu, bersungguh-sungguh dengan tiada luntur sehingga tidak berlaku ragu-ragu kepada pendapat atau mengikut hawa nafsu. Ianya merupakan kewajiban yang diterima dengan keredaan, membawanya kehadapan, memikulnya dengan kesabaran, ianya manis pada sisimu walaupun pahit, ianya bermanfaat walaupun memudaratkan kamu. Demikianlah seorang individu atau kelompok melaksanakan kewajiban mereka tanpa memohon keuzuran sehingga menuanikan kewajiban ini merupakan satu cara hidup yang tidak dapat dielakkan lagi dan telah menjadi keazaman yang tidak akan padam. Demikianlah ukuran kebenaran pada seseorang individu dan neraca keikhlasan sesuatu jamaah) Taat yang mengikut hawa nafsu adalah peninggalan akhlak bani Israil yang dijauhi oleh orang yang beriman daripadanya. Mereka telah meminta untuk berperang di jalan Allah, " .. maka apabila difardukan perang kepada mereka lalu mereka berpaling kecuali sedikit dari kalangan mereka". ( Adalah menjadi sifat khusus kepada bani Israil mereka memungkiri janji, meninggalkan ketaatan, lari daripada tanggungjawab, memecahkan kesatuan dan berpaling daripada kebenaran yang nyata. Akan tetapi ianya juga merupakan ciri-ciri setiap jamaah yang tidak masak tarbiyah imaniahnya. Ianya merupakan ciri-ciri manusia umum yang tidak akan berubah kecuali dengan tarbiyah imaniah yang sebenar, panjang masanya dan mendalam kesannya. Oleh itu ia merupakan ciri-ciri yang perlu diawasi oleh pihak pimpinan dan mengambilkira di perjalanan dakwah yang berliku ini. Segalanya ialah supaya mereka tidak dikejutkan denganya dan ketika itu permasalahan ini sudah besar. Ciriciri sebegini dijangka berlaku daripada kelompok manusia yang belum bebas daripada kekotoran, belum larut kedalam kumpulan iman dan belum dibersihkan daripada kekotoran. ( Al-Dzilal.) Oleh itu mentarbiyah supaya lahir sifat taat merupakan asas dakwah kita. Imam Al-Syahid telah menjelaskan bahawa jalan kita tertegak atas:

( At Takwin: dengan memilih anasir yang baik bagi memikul bebanan jihad kemudian disatukan mereka kepada sebahagian yang lain.) ( Mereka yang akan diajak kepadanya ialah kumpulan " khusus tidak akan mencapainya kecuali mereka yang benar-benar bersedia bagi memikul bebanan jihad yang panjang masanya, banyak bebanannya dan tanda yang pertama kepada persediaan ini ialah " ketaatan yang sempurna".) Syiar marhalah ini :( Sentiasa: " perintah dan taat", tanpa ragu- ragu, tanpa bertanya, tanpa teagak-agak dan tanpa merasa serba-salah). (Majmuah Rasail.)

Soalan Kefahaman:

1. Apakah sifat jamaah yang pertama memasuki syurga. 2. Bagaimanakah kedudukan sifat taat dalam kehidupan kumpulan ini. 3. Apakah punca lemahnya ketaatan. 4. Apakah maksud ketaatan sunnah dan ketaatan bid'ah. 5. Apakah hubungannya antara jiwa merdeka dengan sifat taat. 6. Apakah peranan pimpinan sesebuah jamaah bagi menjamin ketaatan generasi duah. 7. Apakah punca perbalahan antara umat Islam khususnya para duah. 8. Apakah ketaatan secara sedar dan nyatakan bezanya dengan taat kerana nafsu. 9. Tarbiah dan takwin merupakan asas gerekan Ikhwan, apakah syarat khusus yang melayakkan mad`u ditakwinkan.

10. Apakah akan berlaku kepadai jamaah yang tidak masak pentarbiahan ahlinya.

You might also like