You are on page 1of 10

1.

MAKSUD HAJI :
mengunjungi Baitullahilharam di Makkah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada
masa tertentu dan syarat-syarat tertentu
.
2. MAKSUD UMRAH :
menziarahi ka’bah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu dengan
syarat-syarat tertentu

3. HUKUM MELAKSANAKAN HAJI :


Wajib :
§ bagi yang mampu dan cukup syarat
§ bernazar
Sunat :
§ bagi kanak-kanak yang belum baligh
§ haji kali ke-2

4. DALIL
5. UPAH HAJI
MAKSUD :
§ Melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain
SYARAT MEWAKILKAN HAJI
§ telah meningal dunia
§ tidak mempunyai keupayaan fizikal
HIKMAH DIHARUSKAN UPAH HAJI
§ memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat
mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
§ orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji
bagi pihaknya
§ memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu
bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia
6. HIKMAH HAJI
BAGI INDIVIDU :
§ menghapuskan dosa-dosa kecil
§ membersihkan jiwa daripada maksiat
§ meningkatkan keimanan
§ mengingati sejarah kecemerlangan tamadun islam
BAGI MASYARAKAT :
§ saling berkenalan sesama umat islam
§ membantu mempertingkatkan ekonomi umat islam
§ mengadakan perbincangan mengenai permasalahan umah
§ membentuk pakatan bersama menghadapi musuh islam

7. SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH :


1. Islam
2. Baligh
3. Akil
4. Merdeka
5. Berkemampuan :
§ Syarat-syarat berkemampuan:
- sihat tubuh badan
- cukup perbelanjaan pergi balik dan untuk keluarga
- kenderaan selamat
- terjamain keselamatan semasa perjalanan dan mengerjakan
haji
- dapat izin suami bagi isteri dan ditemani 2 muhram
8. RUKUN HAJI
1. Niat
· Niat melakukan haji dan dilakukan di miqat manani tertentu( tempat niat)
2. Wukuf di padang arafah pada 9 zulhijjah
· Berada di padang arafah walaupun sekejapm antara gelincir matahari hari
9 zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 zulhijjah
3. Tawaf di ka’bah 7 kali
· Mengelilingi baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu
· Dilakukan selepas wukuf di arafah bagi haji dan selepas niat ihram bagi
umrah
JENIS-JENIS :
1. Tawaf qudum
- Tawaf selamat datang
- Sunat dilakukan bagi yang baru sampai ke mekah
2. Tawaf ifadhah
- Tawaf rukun dan wajib
3. Tawaf widak
- Tawaf selamat tinggal
- Sunat dilakukan bagi hendak meninggalkan kota mekah
4. Tawaf sunat
- Tawaf yang boleh dilakukan bila-bila masa
5. Tawaf nazar
- Wajib dilakukan bagi yang bernazar untuk melakukan
tawaf
· SYARAT-SYARAT :
- Menutup aurat
- Suci daripada hadas
- Dilakukan sebanyak 7 kali mengelilingi ka'abah
- Dimulakan dengan penjuru hajar aswad
- Mengirikan ka'abah
- Dilakukan di dalam kawasan masjidil haram
4. Sa’i
· Berjalan berulang alik dari bukit safa ke bukit marwa sebanyak 7 kali
· Dilakukan selepas tawaf
· SYARAT-SYARAT :
- Dimulakan dari bukit safa dan berakhir di bukit marwa
- Dilakukan sebanyak 7 kali dengan yakin
- Dilakukan selepas tawaf rukun
- Dilakukan dengan perjalanan biasa
- Memulakan niat sai'e semasa mula di bukit safa
5. Bercukur
· Bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai
6. Tertib
· Rukun haji dan umrah yang dilakukan hendaklan dengan susunan yang
betul
9. RUKUN UMRAH
1. Niat
2. Tawaf di ka'bah 7 kali
3. Sa'i
4. Bercukur
5. Tertib

10. HIKMAH DIANJURKAN RUKUN-RUKUN HAJI DAN UMRAH


· Niat :
§ Dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada allah dengan mengetepikan
segala kemewahan hidup yang dinikmati sebelum
§ Dapat memikirkan kebesaran dan keagungan serta mengharapkan keredhan
allah
· Wukuf :
§ Mengingatkan semula tempat pertemuan nabi adam denga hawa setelah
mereka berpisah
§ Menimbulakan keinsafan kepada jemaah haji bahawa manusia adalah sama
disisi allah
· Sa'e :
§ Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku kepada siti hajar yang
berusaha mencari air untuk anaknya nabi ismail
§ Mendidik manusia supaya tabah dan cekal dalam melakukan sesuatu
· Bercukur :
§ Sebagai simbol membersihkan diri daripada segala sifat tercela yang
terdapat pada diri seseorang
§ Menghapuskan dosa
· Tertib :
§ Dapat melakukan ibadat samada ibadat wajib atau sunat dengan mengikut
susunannya

11. PERKARA WAJIB HAJI ( AMALAN WAJIB HAJI )


· MAKSUD PERKARA WAJIB HAJI:
- Amalan yang wajib dilakukan oleh setiap orang uang mengerjakan ibadat haji.
Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji, hajinya sah tetapi dikenakan
dam atau denda mengikut kadar yang ditentukan
· PERKARA / AMALAN WAJIB HAJI
1. Berniat ihram di miqat
2. Bermalam di muzdalifah
3. Melontar jamratul aqabah
4. Bermalam di mina
5. Melontar ketiga-tiga jamrah ( jamratul ula, jamratul wusta dan jamratul
aqabah )
6. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram

12. Perkara Wajib Umrah :


· berniat ihram di miqat
· meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram

13. PERKARA SUNAT HAJI :


· mandi ketika hendak berniat ihram dimiqat
· sembahyang dua rekaat sebelum berniat ihram
· memakai pakaian ihram berwarna putih
· memotong kuku dll.
14. PERKARA-PERKARA YANG DILARANG SEMASA BERIHRAM
· memakai pakaian yang berjahit (bagi lelaki)
· memakai wangi-wangian
· memotong kuku
· memotong rambut / menghilangkan mana-mana bulu anggota badan
· menutup kepala (bagi lelaki)
· menutup muka dan dua tapak tangan (bagi wanita)
· memakai minyak rambut di kepala atau janggut
· mencabut atau memotong tumbuh-tumbuhan di tanah haram
· berburu binatang buruan darat
· bernikah atau menikahkan
· melakukan prkara yang mendorong kepada persetubuhan
· bersetubuh

15. HIKMAH DIADAKAN LARANGAN IHRAM :


· manusia adalah sama sahaja disisi Allah
· memberi latihan kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain
· menguji keimanan dan kesabaran manusia dalam melakukan ibadat kepada Allah
· jemaah haji dapat menumpukan perhatian kepada ibadat haji

16. JENIS / CARA MENGERJAKAN IBADAT HAJI

1. HAJI IFRAD

MAKSUD :
• Mengerjakan amalan haji dan umrah secara berasingan, samada melakukan umrah
sebelum masuk bulan haji atau mengerjakan haji dahulu diikuti mngerjakan umrah.
KEBAIKAN / KEKURANGAN MELAKSANAKAN HAJI INI :
• lebih afdhal
• tidak dikenakan dam
• tetapi jemaah haji perlu mengambil masa yang panjang untuk mengerjakan haji
2. HAJI TAMATTUK

MAKSUD :
• Mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji.

KEBAIKAN / KEKURANGAN MELAKSANAKAN HAJI INI :


• memberi kelapangan dan keselesaan kepada jemaah haji dalam mengerjakan ibadat haji
• jemaah haji boleh meninggalkan ihram dengan segera
• tetapi dikenakan dam

3. HAJI QIRAN

MAKSUD :
• Mengerjakan ibadat haji dan umrah secara serentak.
KEBAIKAN / KEKURANGAN MELAKSANAKAN HAJI INI :
• memberi kesenangan dan kemudahan kepada jemaah haji
• mengambil masa yang singkat untuk mengerjakan haji dan umrah
• tetapi dikenakan dam

17. DAM
· MAKSUD :
Denda yang dikenakan kepada orang yang melakaukan kesalahan semasa mengerjakan
haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau wajib umrah atau
melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.

JENIS-JENIS DAM
1. TERTIB TAKDIL
MAKSUD :
- Dam yang dibayar mengikut susunan atau membayarnya mengikut nilaian harga dam
JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN DAM INI
a. Melakukan persetubuhan yang merosakkan haji sebelum tahallul awal

CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN


o Menyembelih seekor unta
o Menyembelih seekor lembu
o Menyembelih 7 ekor kambing
o Membeli makanan dengan nilai harga seekor unta dan diberi makanan tadi kepada
fakirmiskin di mekah
o Berpuasa mengikut jumlah bilangan cupak makanan yang dibeli dengan nilai
harga seekor unta

b. Dikepung atau ditahan sebelum masuk ke mekah setelah berniat ihram

CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN


o Menyembelih seekor kambing
o Membeli makanan dengan nilaian harga yang sama dan disedekahkan kepada
fakir miskin
o Berpuasa dengan bilangan hari sama dengan bilangan cupak makan yang dibeli
bagi harga seekor kambing

2. TERTIB TAKDIR
MAKSUD :
Dam yang dibayar mengikut susunan atau membayarnya mengikut kadar yang
yang ditentukan mengikut kemampuan

JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN DAM INI


• Mengerjakan haji tamattuk atau haji qiran
• Tidak wukuf di padang arafah
• Tidak melakukan perkara wajib haji seperti tidak melontar jumrah dan tidak
berihram di miqat
• Tidak melakukan tawaf widak

CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN


• Menyembelih seekor kambing
• Berpuasa selama 10 hari iaitu 3 hari di mekah dan 7 hari setelah pulang ke
kampung

3. TAKHYIR TAKDIL
MAKSUD :
Membayar dam dengan cara memilih mana-mana jenis dam yang
ditetapkan syarak dan boleh membayarnya mengikut nilaian harga dam

JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN DAM INI


• Memburu dan mengusir binatang buruan darat yang halal dimakan
• Memutung, menebang atau mencabut tumbuh-tumbuhan atau pokok di tanah
haram yang tumbuh sendiri

CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN


• Menyembelih binatan yang sama bandingan dengan binatang yang telah diburu
• Memberi sedekah makanan kepada fakir miskin mengikut nilai binatang yang
disembelih
• Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli mengikut nilai
binatang sembelihan

4. TAKHYIR TAKDIR
MAKSUD :
Membayar dam dengan cara memilih mana-mana jenis dam yang
ditetapkan syarak, atau membayarnya mengikut kadar yang ditentukan mengikut
kemampuan

JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN DAM INI


• Memotong / mencabut rambut / bulu pada mana-mana bahagian tubuh badan
• Mengerat kuku / menaggalkannya
• Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram
• Memakai minyak pada rambut / janggut / misai
• Memakai bau-bauan pada pakaian / badan
• Melakukan perkara-perkara yang boleh mendorong kepada persetubuhan
• Melakukan persetubuhan kali kedua selepas persetubuhan yang merosakkan haji
• Melakukan persetubuhan selepas tahallul pertama

CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN ( dibenarkan


memilih mana-mana cara berikut )
• Menyembelih seekor kambing
• Bersedekah kepada enam orang fakir miskin, tiap-tiap seorang 2 cupak
• Berpuasa selama 3 hari

18. HIKMAH DIANJURKAN DAM SEMASA MELAKSANAKAN HAJI


• melatih manusia sentiasa bertanggungjawab terhadap segala kekurangan dalam
ibadat
• supaya sentiasa menjaga disiplin semasa menunaikan ibadat haji
• supaya bersungguh-sungguh menumpukan perhatian semasa menunaikan ibadat
haji
• supaya dapat menunaikan ibadat haji dengan teratur

You might also like