You are on page 1of 9

Contoh Kajian Prauniversiti 3

Thesis Tingkatan 6 -1BAB 1 PENGENALAN Menurut kajian Mohd.Dhiya Hafreez bin Kamil(2008),dalam tesisnya Pengintegrasian dan Model USLE Untuk Menganggar Hakisan Tanah Dalam Tadahan Di Kawasan Ladang(Miller,2005),Secara umum,hakisan tanah merupakan suatu proses semulajadi yang sentiasa berlaku akibat tindakbalas agen hakisan seperti angin dan air dan secara kasarnya kadar hakisan tanah adalah bersamaan dengan kadar tanah baru yang terbentuk dan dalam situasi ini hakisan tidak akan mendatangkan masalah yang besar.Proses hakiosan mula memberi impak apabila kadar hakisan melebihi kadar tanah yang terbentuk. Menurut Shazarina binti Hashim(2009) dalam tesisnya yang bertajuk Kajian Hakisan Tanah dan Keberkesanan Perangkap Sedimen di Tapak PembinaanMasalah hakisan tanah menyebabkan penurunan produktiviti tanah,masalah endapan sediment didalam sungai dan gangguan kestabilan tanah dari segi geoteknik yang mana seterusnya mengakibatkan kejadian banjir dan tanah runtuh.hakisan tanah biasanya berlaku pada peringkat awal aktiviti pembinaan iaitu pada peringkat kerja tanah.Hujan memainkan peranan penting dalam masalah hakisan tanah terutamanya bagi kawasan yang baru diterokai. Pengenalanpastian punca hakisan juga perlu untuk mencadangkan langkah mengatasi yang boleh diambil.Menurut Mohd. Dhiya Hafreez bin Kamil (dalam Nebel,1993), pada permukaan tanah terdapat stuktur tanah halus yang mempunyai kebolehan menyerap air dan apabila lapisan ini hilang maka kebolehan tanah untuk menyerap air juga turut berkurang dan hal ini boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanah akibat air larian permukaan tidak diserap oleh permukaan tanah. Antara masalah yang boleh dijangkakan daripada kajian ini adalah struktur tanah yang tidak stabil ikatan tanah yang longgar.Menurut kajian Mohd Dhiya Hafreez bin Kamil(Morgan,1986),ketika hujan lebat atau rebut ,tanah akan terpisah dan diangkat oleh air larian untuk membentuk mendapan yang tidak stabil.. Menurut kajian Prof. Dr. Noraieni Hj. Mokhtar, Dr. Nurly Gofar dan Azman Kassim (2006), hakisan tanah disebabkan oleh cuaca lembap dan kering sepanjang tahun .mekanisma hakisan tanah masih belum lagi difahami secara mendalam kerana jumlah kajian mengenai hubungan hujan, cerun, dan kestabilan cerun yang masih lagi sedikit .Analisis kestabilan cerun harus dijalankan dan kekuatan tanah pada struktur yang kuat dan lemah untuk mendapat bukti yang lebih kukuh. Kesimpulannya,punca sebenar hakisan juga boleh dikenalpasti dan dengan ini langkah mengatasi boleh diambil dengan berpandukan punca yang menyebabkan terjadinya hakisan tanah. PERNYATAAN MASALAH

Hakisan merupakan satu masalah yang perlu diatasi demi kepentingan keselamatan masyarakat sekeliling.Ianya adalah satu perkara yang tidak boleh di pandang enteng,kerana hakisan tanah boleh meragut nyawa dan merosakkan harta benda jika dalam kuantiti yang besar. Menurut kajian Shazarina binti Hashim dalam tesisnya Kajian Hakisan Tanah Dan Keberkesanan Perangkap Sedimen di Tapak Pembinaan hakisan tanah perlu dikawal dari peringkat tanah lagi.Sistem ESCP(Erosion and Sediment Control Plan)telah diperkenalkan dan dipraktikan dalam projek pembinaan.Sistem ini bertujuan untuk mengawal kuantiti dan kualiti sediment serta sisa memasuki sungai dan sistem saliran sedia ada.Walau begitu,hakisan tanah masih lagi berlaku,ini kerana reakbentuk perangkap yang tidak sesuai dan tidak menepati criteria yang ditetapkan disamping tiada kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan terhadap perangkap tersebut. Selain itu,kajian Mastura binti Amran(2009),menyatakan kerja-kerja pembukaan tanah melibatkan kerja menebang pokok,memotong kayu,mencabut tunggul membaris / melonggok, membakar kayu dan membersihkan kawasan . Menurut kajian yang dilakukan oleh Program Geologi Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi,Selangor.(2010)Tanah runtuh berpunca daripada tanah atau batuan yang lemah dan kedudukan yang tidak stabil. Jenis gerakan tanah runtuh boleh dikelaskan sebagai jatuhan, gelongsoran atau aliran. Bahaya tanah runtuh bergantung juga pada jenis dan saiz bahan yang mengalami kegagalan serta kepantasannya berlaku. Perbezaan bahan tanah runtuh yang dibawa juga memberi kesan dan impak yang berlainan. Faktor yang menyebabkan kejadian tanah runtuh boleh dibahagikan samada ia berlaku secara semulajadi atau susulan daripada aktiviti manusia. Faktor semulajadi seperti tindakan hakisan, hujan lebat berterusan menyebabkan aliran yang membawa bahan tanah, akibat gegaran gempabumi atau letusan volkano yang meruntuhkan struktur tanah dan memuntahkan aliran lahar. Akan tetapi manusia juga perlu sedar akan akibat aktiviti-aktiviti pembangunan yang tidak terancang. Penarahan bukit, penebangan kawasan tadahan hujan dan pembinaan bangunan di atas tanah tinggi mengundang risiko kemusnahan harta benda dan nyawa apabila tanah runtuh berlaku Menurut Augustine Towonsing(2009)dalam kajiannya Jenis-jenis hakisan tanah,kaedah dan kesan terhadap ekonom i negaraterdapat pelbagai jenis hakisan tanah dan juga kaedah hakisan terjadi. Kegiatan manusia paling banyak membawa kesan dan juga berjaya mempercepatkan proses hakisan tanah sekaligus hakisan tanah ini membawa kepada kerugian ekonomi negara OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini penting untuk mengkaji hakisan tanah di kawasan SMK Narinang,Kota Belud. Objektif kajian ini adalah seperti berikut : Objektif Umum ; 1. Mengkaji hakisan tanah di SMK Narinang Objektif Khusus ; 1. mengenalpasti faktor terjadinya tanah runtuh di SMK Narinang.

2. Mengenalpasti modus operandi atau langkah-langkah mengatasi masalah hakisan tanah di kawasan SMK Narinang. 3. Mengenalpasti impak masalah hakisan tanah di kawasan SMK Narinang.

SKOP KAJIAN Kajian ini dijalankan di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang Kota Belud sahaja.Responden-responden kajian ini adalah.........................Kajian ini dibataskan kepada pengumpulan data tentang hakisan tanah dengan menekankan mengenai faktor,impak dan langkah mengatasi masalah hakisan tanah di SMK Narinang.Kajian ini juga mengkaji tentang sejarah pembangunan SMK Narinang,namun ini hanya tertumpu kepada struktur tapak tanah di SMK Narinang. KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini penting kepada : 1. Pelajar SMK Narinang. Kajian ini menumpukan kepada hakisan yang berlaku di kawasan SMK Narinang oleh itu,para pelajar dapat memahami secara mendalam mengenai geomorfologi SMK Narinang, atau dalam kata yang lain,kajian ini boleh menjadi bahan rujukan kepada para pelajar di masa hadapan. 2. Pihak pentadbiran SMK Narinang. Kajian ini penting bagi pentadbiran kerana dengan memahami keadaan dan struktur tanah di SMK Narinang maka,segala pembaharuan terutama pembinaan bangunan-bangunan baru dapat dijalankan tanpa menyebabkan kesan negatif yang serius. 3. Kajian masa hadapan. Kajian ini penting bagi kajian masa hadapan kerana menyenangkan pencarian sumber rujukan serta pengaplikasian hukum-hukum,kaedah-kaedah dan fahaman dalam kajian ini juga dapat membantu.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Bab ini menbincangkan literatur berkaitan dengan hakisan tanah ,kestabilancerun,impak dan cara mengatasi hakisan tanah. Menurut kajian Prof.Dr.Noraieni Hj.Mokhtar,Dr.Nurly Gofar,Azman Kassim(2006),hakisan tanah merupakan pengalihan bahan (tanah,Lumpur, dan batuan) melalui agen seperti angin, air dan pergerakan cerun ke bawah yang disebabkan oleh graviti.Hakisan mengalihkan lapisan atas tanah, mengurangkan bahan organic dalam tanih ,dan menyumbang kepada pelonggaran struktur tanah.Terdapat hakisan yang teruk dan

terdapat juga hakisan yang ringan,hal ini dipengaruhi beberapa faktor termasuk tekstur tanah,kecerunan curam,dan lapisan tumbuhan yang menyeliputi lapisan atas tanah. Secara umumnya,hakisan tanah disebabkan oleh sebab-sebab berikut: i.Kekurangan perlindungan daripada hujan ii.Kurang kestabilan iii.Cerun yang curam iv.Kadar hujan yang tinggi 2.2 Analisis kestabilan cerun. Menurut kajian Prof.Dr.Noraieni Hj.Mokhtar,Dr.Nurly Gofar,Azman Kassim(2006),Lane dan Griffiths,1997,analisis kestabilan cerun selalunya dijalankan atas sebab berikut,untuk penilaian cerun semulajadi,untuk mereka benteng atau tambak,atau untuk cerun yang terhakis. 2.3 Bentuk Hakisan Menurut kajian Masturah binti Amran(2009),terdapat dua bentuk hakisan iaitu hakisan geologi dan hakisan tercepat.Hakisan geologi terjadi dengan sendiri yang disebabkan oleh keadaan semulajadi,prosesnya perlahan dan tanah terhakis adalah sedikit.Manakala hakisan tercepat berlaku daripada aktiviti pembangunan tanah terutama ika dibuat di kawasan curam.Walaubagaimanapun,pengawalan hakisan tanah adalah sangat perlu. Umumnya, setiap cerun tanah mengalami tekanan samada dari daya semulajadi(gravity) atau faktor luaran yang lain. Bahan batuan mungkin mengalami luluhawa menghasilkan retakan yang akhirnya membuka dan memisahkan batuan dari cerun.Partikelpartikel tanah juga boleh menjadi lebih longgar dan terurai mencetuskan pergerakan. Tiga prinsip mekanisma tanah runtuh iaitu jatuhan (falling), gelongsoran(sliding) dan aliran (flowing) yang membawa bahan tanah, batuan, atau campuran batuan dan tanah serta pergerakan tebing. 2.4 Pengawalan hakisan Menurut kajian Prof.Dr.Noraieni Hj.Mokhtar,Dr.Nurly Gofar,Azman Kassim(2006),hakisan tanah dapat dielakkan dengan mengamalkan perkara berikut : Mengekalkan lapisan perlindungan di atas tanah Membina penahan khas untuk agen hakisan seperti angina,dan hujan. Mengubah landskap untuk mengawal jumlah dan purata hakisan. Manakala, Menurut kajian Masturah binti Amran(2009),cara pengawalan hakisan adalah : i) Membina Struktur Pemuliharaan Tanah Struktur-struktur pemuliharaan tanah boleh mengawal hakisan dengan berkesan.Sistem perparitan dan struktur yang dibina dapat menyalirkan air dengan selamat. Kebanyakan struktur dibina dengan menggali. Parit dan laluan air bagi menyalir air hujan yang berlebihan. Dinding parit hendaklah ditanam dengan rumput.

i. ii. iii.

1.

2. 3. 4. 5. 6. 7.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Perangkap kelodak (silt/pits) Pentas untuk tapak pokok/tanaman Teres-teres bagi menyekat larian air Empangan kecil bagi menampan had laju air parit Pembentungan di bawah jalan (culvert) Gabion atau dinding konkrit pada cerun yang sangat curam (ii) Amalan Agronomi Untuk Mengawal Hakisan Banyak amalan agronomi bukan sahaja meningkatkan kesuburan tanah dan menambahkan hasil, tetapi turut juga memulihara tanah daripada ketandusan dan mengawal hakisan. Berikut ialah amalan agronomi yang dapat mengawal hakisan dengan berkesan Menanam penutup bumi seperti kekacang Membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah Menanam rumput di tebing-tebing Mengamalkan tanaman padat boleh melindungi permukaan tanah Membajak secara minimum supaya tidak banyak tanah yang terhakis Menanam mengikut kontor dapat menahan hakisan Menanam tanaman selingan antara tanaman jangka pendek dengan tanaman jangka panjang 2.5 Jenis Hakisan Tanah Menurut kajian Masturah binti Amran(2009),terdapat beberapa jenis hakisan tanah iaitu ; Hakisan Serata Hakisan Alur Hakisan Gaung Hakisan Tebing Sungai Tanah Runtuh 2.6 Faktor berlakunya hakisan tanah Menurut kajian Program Geologi Fakulti Sains dan Teknologi(2007) Faktor yang berpotensi menyumbang kepada hakisan tanah boleh dibahagikan kepadafaktor alam dan faktor manusia. Faktor-faktor alam adalah berkait dengan jenis bahan dan ketebalan, geomorfologi, pemendakan, dan pemototongan cerun. Faktorfaktor manusia termasuk pengubahsuaian cerun, puncak cerun overloading, pengubahsuaian saliran, dan pemindahan tumbuh-tumbuhan. Jenis ketebalan bahan Menurut kajian Program Geologi Fakulti Sains dan Teknologi(2007).Tanah runtuh dan semua jenis pergerakan jisim mengkhusus kepada bahan-bahan geologi yang rendah konsolidasinya (longgar penuh sesak) Penyiasatan aliran bumi (Keefer dan Johnson, 1978) menunjukkan terdapat pelbagai butiran pelbagai saiz iaitu pasir, kelodak, dan tanah liat. Kelodak dan tanah liat mendominasi dan bahan-bahan ini cenderung

i. ii. iii. iv. v.

2.6.1

mengurangkan kekuatan dan lebih senang berubah bentuk daripada bahan-bahan yang lebih kasar. Ketebalan sedimen atau ketebalan overburdenadalah satu faktor yang penting dalam memastikan potensi berlakunya kegagalan. Dengan bertambah ketebalan unit, maka penambahan muatan berlaku. Kegagalan berlaku apabila muatan ini melebihi kekuatan dalaman bahan. 2.6.2 geomorfologi Menurut kajian Program Geologi Fakulti Sains dan Teknologi(2007),Gelongsoran berlaku di mana satu cerun yang curam di atas satu permukaan yang mepunyai kekuatan bahan adalah rendah. Di mana cerun semakin landai, dasar cerun yang lebih berat membantu menghadkan tekanan di kedalaman. Dalam kejadian gelongsoran di Rockland, kegagalan berada pada dasar satu cerun agak curam di mana tekanan adalah tidak dapat menyokong berat bahan di cerun.

2.6.3 Pemendakan Menurut kajian Program Geologi Fakulti Sains dan Teknologi(2007),Pemendakan boleh memainkan satu peranan signifikan dalam permulaan bagi tanah runtuh. Musim sejuk menyebabkan pemendakan bertambah, pada akhir musim sejuk dan awal musim hujan, dan musim bunga menghasilkan kekuatan tanah berkurang akibat air berlebihan dalam semua sistem masalah-masalah tanah runtuh di North America (melihat, mengambil kias Pomeroy, 1982; Schultz dan Southworth, 1987; Keefer dan Johnson, 1983). Air berlebihan dalam sistem menjejaskan kestabilan dalam dua hala. Pertama, pertambahan berat air adalah pertambahan beban pada bahan dalam sistem. Kedua, tekanan liang adalah bertambah dengan pengurangan kekuatan bahan. Apabila kekuatan dikurangkan, daya-daya graviti melebihi geseran dan kegagalan cerun berlaku. 2.6.4 Pemotongan cerun. Menurut kajian Program Geologi Fakulti Sains dan Teknologi(2007),Anak sungai dan sungai berliku, cerun dipotong pada bahagian lengkung. Dalam kawasan air pasang, ombak, dan arus memotongan cerun bahan tak kukuh. Ini biasanya berlaku perlahan tetapi berterusan, proses-proses dan hakisan melemahkan kestabilan cerun. Hakisan tebing boleh banyak menghakis, paras air bagi sungai-sungai, sungai-sungai, atau lautan adalah dinaikkan di bawah tahap normal dan sedimen diubah dengan pesat.

2.6.5 Pengubahsuaian cerun. Menurut kajian Program Geologi Fakulti Sains dan Teknologi(2007), Oversteepeningdan pemotongan cerun biasanya berlaku di jalan raya, pembinaan kejuruteraan dan pembinaan landskap. Pemotongan cerun biasanya terjadi untuk membina bangunanbangunan atau laluan kenderaan. Amalan ini mengalihkan sokongan lateral dan

melemahkan cerun, ini akan membawa kepada tanah runtuh di banyak kawasan (Pomeroy, 1982; Schuster dan Krizek, 1978). Cerun oversteepening boleh berlaku sebagai isi adalah digunakan untuk menambah kawasan pamah dekat dengan puncak cerun. 2.6.6 Puncak cerun overloading. Menurut kajian Program Geologi Fakulti Sains dan Teknologi(2007),Berat isi dan struktur-struktur bahagian atas satu cerun diletakkan lagi memuatkan bahan-bahan di bawah. Jika muatan ditambah lagi menyebabkan jumlah muatan melebihi kekuatan bahan, kemudian gelongsoran boleh terjadi. Muatan berlebihan jenis ini telah dikenalpasti sebagai satu menyumbang faktor dalam gelongsoran. Faktor-faktor lain termasuk pengubahsuaian saliran, kebocoran air dan saliran pembentungan, sistem-sistem septik, resapan daripada takungan-takungan air, dan lainlain. Pengubahsuaian-pengubahsuaian ini boleh mengakibatkan muatan berlebihan daripada air yang akan mempengaruhi dan mengurangkan kekuatan bahan melalui pertambahan tekanan liang.

2.6.7 Pemindahan tumbuh-tumbuhan. Menurut kajian Program Geologi Fakulti Sains dan Teknologi(2007),Akar-akar tumbuhan akan menstabilkan cerun yang mengikat zarah-zarah tanah. Evapotranspirasi oleh tumbuh-tumbuhan juga boleh mengurangkan tekanan liang dalam jangka masa tertentu dengan menyingkir air tanah. Oleh itu, pemindahan tumbuh-tumbuhan dapat menyebabkan kestabilan terganggu. Bagaimanapun, ia adalah hanya bahagian atas tanah iaitu distabilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Di dalam hal pokok-pokok besar, pengukuhan cerun oleh akar pokok dan penambahan pemuatan di cerun oleh kuasa angin. 2.7 risiko Kawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibatketakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata. Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia. Fenomena ini boleh mengakibatkan kemusnahan insfrastruktur, pengangkutan danmerosakkan penempatan manusia. Terdapat pelbagai faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran di kalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku dengan lebih teruk lagi.

2.7

Kesan 2.7.1 Kemerosotan ekonomi negara

Tanah runtuh sudah tentunya menyebabkan kerosakan harta benda. Hal ini membawa kerugian kepada ekonomi sesebuah negara. Ekonomi juga diperlukan dalam membaik pulih semula kawasan yang telah mengalami tanah runtuh. Ini memerlukan kos yang banyak dan sedikit sebanyak menggangu ekonomi sesebuah negara. Contoh: 1. Secara puratanya, tanah runtuh ini menyebabkan kerugian yang bernilai $1-2 billion US dolar dan 25 kecelakaan setiap tahun di Amerika Syarikat. 2. Di Utah, U.S, pada tahun 1983, jumlah kos bagi membaik pulih kawasan tanah runtuh adalah sebanyak 500 juta dollar Amerika dan ianya merupakan pembiayaan kos yang paling mahal dalam sejarah tanah runtuh U.S. 3. Kerugian akibat tanah runtuh di United States dianggarkan sebanyak 1.5 billion dolar secara tahunan. 4. Gempa bumi the loma prieta pada bulan oktober 1989 menyebabkan beriburibu tanah runtuh meliputi kawasan 5400 persegi. Menyebabkan kerugian sekurangkurangnya 10 juta dolar ringgit. 2.7.2 Kerosakan infrastruktur. Tanah runtuh boleh membawa kepada kerosakan harta benda akibat daripada daya aliran tanah mahupun lumpur. Contoh: 1. 2. 3. 4.

Kemusanahan sesebuah bangunan dan juga penempatan. Tanah runtuh yang dahsyat boleh menyebabkan kemusnahan sesebuah bandar. Kerosakan jalan raya Terjejasnya sistem perhubungan jalan raya dan juga sistem komunikasi.

5. Gempa bumi the loma prieta pada bulan oktober 1989 menyebabkan beriburibu kawasan mengalami tanah runtuh dengan keluasan sehingga mencapai 5400 persegi.Menyebabkan sistem perhubungan jalan raya terjejas, kerosakan harta benda dan juga kemusnahan rumah. 6. Di Lembah Alpine, akibat daripada aliran Lumpur menyebabkan kerosakan jambatan akibat daripada daya aliran tersebut. 7. Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah banglo 2.7.3 Kehilangan nyawa. Kehilangan nyawa merupakan satu kesan yang berbahaya apabila berlakunya sesuatu tanah runtuh dan ianya sukar dielakkan. Banyak nyawa akan terkorban apabila berlakunya tanah runtuh. Contoh:

1. Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah banglo dan mengorbankan lapan nyawa sekeluarga. 2. Tanah Runtuh di Highland Tower, Ulu Kelang menyebabkan seramai 48 orang terkorban dan ramai yang tercedera. 3. Tanah Runtuh di Aberfan Wales di Uk melibatkan gelinciran puing jenis putaran yang berlaku pada cerun bukit telah meranapkan sebuah sekolah menyebabkan 144 orang terkorban termasuk 116 adalah kanak-kanak sekolah terbabit yang berusia antara 7 hingga 10 tahun. 4. Kejadian tanah runtuh di La Conchita, California iaitu di pinggir pantai California yang terletak 80 km ke barat laut Los Angeles menyebabkan 30 buah rumah musnah dan 10 nyawa terkorban. 2.7.4 Perubahan landskap permukaan bumi. Tanah runtuh meyebabkan perubahan landskap yang ketara terhadap permukaan bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur daripada kegiatan tanah runtuh menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan berair. Tanah runtuh juga boleh menyebabkan cerun tanah atau batuan menjadi semaki cerun dan tidak stabil.

You might also like