You are on page 1of 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

1. Ketaksamaan Peluang Pendidikan. Huraikan ciri ketaksamaan peluang pendidikan di negara kita, dan kesannya terhadap pelajar di kawasan pedalaman. 2. Budaya ( a ) Bincangkan budaya sekolah dengan merujuk kepada komponen budaya. ( b ) Huraikan empat cara guru mewujudkan budaya membaca dalam sekolah. 3. Komunikasi ( a ) Guru memainkan peranan penting mewujudkan persekitaran komunikasi yang kondusif dalam bilik darjah. Bincangkan ciri persekitaran komunikasi yang kondusif untuk bilik darjah muridnya pelbagai latar belakang. ( b ) Bincangkan empat masalah komunikasi yang biasa berlaku dalam bilik darjah, dan cadangkan bagaimana guru dapat menangani setiap masalah komunikasi tersebut. 4. Kelompok masyarakat Setiap masyarakat akan terdiri daripada beberapa kelompok masyarakat. ( a ) Huraikan faktor yang mendorongkan pembentukan kelompok masyarakat. ( b ) Dalam masyarakat majmuk di negara kita persefahaman dan kerjasama antara kelompok-kelompok masyarakatnya amatlah penting. Bincangkan peranan sekolah dalam mencapai matlamat di atas. 5. Perpaduan Perpaduan antara pelbagai kaum dalam masyarakat majmuk negara kita akan menjamin masa depan negara. ( a ) Bincangkan bagaimana persekitaran bilik darjah menyumbang kepada pencapaian matlamat perpaduan di negara kita. ( b ) Bincangkan bagaimana mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan suasana persefahaman dalam kalangan muridnya.

You might also like