You are on page 1of 3

CARA NAK ROOT DAN INSTAL LINKS 2 SD.

Langkah 1: ROOT *sebelum root, pastikan mini anda sudah version 2.1Eclair ye.. a. Download SuperOneClick kat SINI (http://www.mediafire.com/?vicdc06dr6wlsd7) b. Extract kat mana2 sesuai. c. Run program superoneclick tu. biar dulu jangan wat ape2 lagi. d. Kat Phone, pergi Setting > Application > Development > USB debugging, tick.. Ok je. e. Sambung kabel USB phone kat pc. Pilih connect your phone. **Biar je skrin kat menu development tadi. ada sebabnya.. kalau step G berlaku la. f. Kat program pulak, pe lagi.. klik la button ROOT (paling kiri). ok apa yang patut, tunggu proses jalan. perati proses mesej betul2 sebab.. g. **kat sini depend pada phone, sesetgh org kena wat, ada tak perlu pun: KALAU LA dalam proses tu tetiba je ada mesej kluar "Waiting for Device.." dalam beberapa saat je tu.. so cepat2 pergi kat phone untuk untick balik usb debugging... dan cepat2 jugak tick on balik.. connect your phone lagi skali...tunggu mesej kata program OK dia akan continue proses install busybox, superuser, etc,etc... h. At last.. root sukses!! klik ok yang patut.. kalau dia mintak Donate, katakan tidak. wakakaka. ;D i. disconnect phone. simpan kabel ;D j. Off phone, tunggu dalam 5-10saat, Reboot semula. k. Cek dalam menu icon ada tak App lambang tengkorak lanun bernama SUPERUSER. kalau ada, sila gelak kuat-kuat... l. ANDA SUDAH ROOT! ! :D :D :D :D ..baiklah seperti yang dijanjikan ni sambungan untuk panduan stepbystep macam mana nak install app dalam SD kad: OK Phone sudah rooted. teruskan ke langkah ke dua. BAHAGIAN 2: Persediaan SD Kad. -Korang kena buat partition asing untuk apps yang akan dipindahkan ke SD kad. -Nanti dalam SD kad tu akan ada 1 main partition (PHONE CARD) berformat FAT, dan sec. primary partition berformat ext2. Order dia memang kena camtu. FAT dulu baru ext2 ok. *ext2 ni format partition dalam linux system, so windows korang takkan dapat detect partition ni walaupun dia ada sebenarnya. **kenapa pakai format linux? sebab system windows tak leh recognise second partition yang di buat dalam flash-type drive. nanti korang akan jumpa warning dia notice. ***max saiz ext2 ni = 1.4Gb je. Tapi serius tak abih pakai punyala.. Apps standed biasa baru 0.1~5mb satu. Bayangla brapa riban tu baru nak penuh. So macam aku buat 800Mb je cukup dah. Lagi satu

recommended ratio fat/ext2 dia at least 10%. Jadi kalau SD kad 8Gb, untuk FAT = 7.2Gb, ext2 = 800Mb.

untuk panduan ni aku bagi contoh kad saiz 4 Gb. Korang cuma kena bahagi saiz yang pertama 3 Gb untuk standed SD data, 800Mb+ lagi untuk apps data. Caranya: * Sebelum apa-apa, backup/copy segala data dalam SD kad tu dulu. Ingat, copy suma system-file yang hidden skali tu. Sebab kita kena format habis pasni. 1. Download dulu Tools ni untuk wat kerja2 mempartition: http://download.cnet.com/Partition-WizardHome-Edition/3000-2094_4-10962200.html 2. Install. 3. Sambungkan SD kad tu ke pc/laptop. Nak guna kad reader boleh, nak sambung pakai usb cable phone pun boleh. Ikut suka la janji detect kat my komputer. 4. Run : MiniTool Partition Wizard Home Edition (http://i1184.photobucket.com/albums/z325/casualand/main.jpg) 5. Pergi kat drive SD tu. Right-click > Delete. (http://i1184.photobucket.com/albums/z325/casualand/1.jpg) 6. Right-click situ lagi > Create. Isi macam gambar ni. Yang bulatan merah tu penting. Dah siap OK je. Setel Partition SD data. (http://i1184.photobucket.com/albums/z325/casualand/3.jpg) 7. Right-click kat unallocated/ baki space > Create. Ada kluar warning. Ok je. Follow macam gambar ni. > OK. Siap linux partition untuk Apps. (http://i1184.photobucket.com/albums/z325/casualand/4.jpg) 8. Klik button APPLY untuk finalize. Siap..!! 9. Remove SD kad pastu cucuk balik. Tengok saiz baru dah kurang ke tak. *Partition ext2 memang tak nampak. 10. Restore/copy balik data yang dibackup awal-awal tadi kat sd kad.

BAHAGIAN 3: Install Link2SD 1. On phone. 2. Bukak Market > Search : Link2SD > Download > Install (http://i1184.photobucket.com/albums/z325/casualand/marker.png) 3. Run App. First time run seingat aku dia akan aquired root access...config skit2 pastu kena reboot phone tu untuk detect 2nd partition baru tu. 4. Tahniah. Anda suda dapat apa yang anda mahu... :angel: - Part sini kira guna commonsense la tak perlu guide2 lagi. kat list tu apps yang boleh nak pindah masuk sd kad. klik je baca info skit pastu LINK 2 SD!! - masa link tu link suma part app/dex/lib tu skali. - sesetengah system app takleh link. nak cam senang je. dia awal2 lagi tak kasi button link huhuuhu **antara apps yang dah aku link kan.. (http://i1184.photobucket.com/albums/z325/casualand/main1.png) (http://i1184.photobucket.com/albums/z325/casualand/menu.png) Kesimpulanya...

Konsep app ni ialah : kita download apa2 apps > install cam biasa kat internal memori > run Link2SD > cari app tu > klik Link to SD > segala file app tu di move ke partition 2nd dlm SD kad...mengosongkan internal memori semestinya.
*kalau time nak uninstall apps tak yah risau. link2sd update secara automatik akan remove link, delete file dan clear space kad. setel. Tengok stats memori phone aku, dah dekat ratusan2 apps kat dalam...baru luak 147mb je.. internal pulak lapang je.. kekekek suma ni mustahil tanpa Link2SD waakakka~ :D :D (http://i1184.photobucket.com/albums/z325/casualand/info2.png)

You might also like