You are on page 1of 2

Minggu : 18 Hari : Khamis Tarikh : 17 Mei 2012 Matapelajaran : Bahasa Melayu Kelas : 1 Cabaran Tema / Tajuk : Diri Saya

/ Kenali Saya / Huruf Abjad Kemahiran : i. Menamakan dan membunyikan huruf vokal a, i, u. ii. Menamakan dan menulis huruf kecil a, i, u, b, d, l, t. iii. Menamakan dan menulis huruf besar A, I, U, B, D, L, T. Objektif : Kumpulan 1 : Menamakan dan membunyikan huruf vokal a, i, u sekurang-kurangnya 2 daripada 3 huruf dengan tepat. Kumpulan 2 : Mengenal bentuk huruf kecil a, i, u, b, d, l dan t sekurangkurangnya 5 daripada 7 huruf dengan tepat. Kumpulan 3 : Mengenal bentuk huruf besar A, I, U, B, D, L dan T, sekurangkurangnya 5 daripada 7 huruf dengan tepat. Aktiviti :

Set Induksi Murid menyanyikan lagu Abjad a, i, u, b, d, l, t Kumpulan 1 1. Guru tunjuk kad abjad contoh a, sebut nama huruf diikuti oleh murid. 2. Guru membunyikan huruf vokal a dan diikuti oleh murid. 3. Guru menunjukkan bahan bantu ICT bergambar yang bermula daripada awalan a. 4. Ulang aktiviti dengan menggunakan huruf vokal i dan u. 5. Lembaran Kerja berpandukan kad gambar Kumpulan 2 1. Imbas kembali huruf vokal, a, i, u dan bunyi huruf vokal tersebut Lembaran Kerja 2. Guru menunjukkan kad abjad huruf b dan memperkenalkan huruf tersebut. 3. Ulang langkah 2 dengan huruf d, l dan t. 4. Minta murid menulis huruf b, d, l dan t di udara. 5. Minta murid berpasangan dan menulis dibelakang badan rakan. 6. Rakan meneka abjad yang ditulis. 7. Guru tunjukkan kad gambar yang mempunyai awalan d, l dan t. 8. Latih tubi murid dengan sesi jawab huruf yang baru dikenali - d, l dan t.

9. Lembaran Kerja Kumpulan 3 1. Murid mengulang kembali huruf kecil a, i, u, b, d, l dan t. 2. Lembaran Kerja Murid menyalin pasangan huruf besar dan huruf kecil bagi a, i, u, b, d, l dan t. 3. Guru menunjukkan kad abjad huruf besar bagi huruf B dan memperkenalkan huruf tersebut. 4. Ulang langkah 3 dengan huruf , D, L dan T. 5. Tanya jawab bersama murid berkaitan huruf yang dipelajari - A, I, U, B D, L dan T. 6. Minta murid menulis huruf B, D, L dan T di udara. 7. Minta murid berpasangan dan menulis dibelakang badan rakan. 8. Rakan meneka abjad yang ditulis.

You might also like