You are on page 1of 6

SK TAMAN BUKIT SUBANG, SEKSYEN U16, SHAH ALAM MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MESYUARAT INDUK KEJOHANAN PIALA DYTM

RAJA MUDA SELANGOR KALI PERTAMA 2012

Nama Mesyuarat

: Mesyuarat Jawatankuasa Mesyuarat Induk Kejohanan Piala DYTM Raja Muda 2012 Edisi ke-25

Tarikh Masa Tempat Pengerusi 1 Pengerusi 2 Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari Pengurus Kejohanan Pentadbir Yang hadir

: 9 Februari 2012 : 1.00 tengah hari : Bilik Mesyuarat SK Taman Bukit Subang : Pn. Hjh Habibah Binti Mohamed Mohyudin (Guru Besar SK Taman Bukit Subang) : En. Saiful Yazan Bin Abu Hassan (YDP PIBG SK Taman Bukit Subang) : Pn. Rosmiyah Binti Saad (PK Kokurikulum SK Taman Bukit Subang) : En. Wan Mohd Ikram Bin Wan Daud : Cik Nur Rahimah Binti Abdul Rahim : En. Mohd Nizam Bin Ismail : Pn Latifah Binti Mohd Amin (Pen. Kanan Pentadbiran) Pn. Ellya Bt Mohamad Hilal (Pen Kanan Hal Ehwal Murid) Pn Hjh Eshah Bt Abdullah (Pen Kanan Pendidikan Khas) Pn. Saniah Bt Abdul Karim (Pen Kanan Petang)

Kehadiran 1. En Mazhaidi Bin Tohid 2. En Mohd Bakhtiar Bin Haspar 3. Pn Norhayati Bt. Alwi 4. Pn Norwahidah Bt. Yazid 5. Pn Ismawati Bt. Ibrahim 6. Cik Nur Azlifa Bt. Ihsan 7. En Mohd Nizam Bin Ismail 8. Pn Nik Zanita Bt. Nik Idris 9. Pn Noorillya Idura Bt. Rosdi 10. En Mohd Huzaini Bin Husin 11. En Mohammad Busri Bin Termizi 12. Pn Saidatul Sazaren Bt. Basri 13. En Azizan Bin Hussain 14. Pn Raja Asaudat Bt. Raja Muda 15. En Mohammad Zulkafli Bin Nor 16. En Azri@Azuar Bin Ahmad 17. En Mohd Ikhwan Bin Ali 18. Cik Nur Rahimah Bt Abdul Rahim 19. Pn Norhafizah Bt. Mokhtar 20. En Amin Syakhimi Bin Awang Soh@Yusoff 21. En Ros Anizam Bin Hussain 22. En Wan Mohd Ikram Bin Wan Daud 23. Pn Siti Umikalsum Bt. Mohamad Akib Tidak Hadir 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pn Hasnita Bt. Ibrahim Pn Fadzilah Bt. Zainu Hasri En Ahmad Rifaei Bin Salleh Pn Ima Nadia Bt. Abd Rahim Pn Norwahyu Bt. Abdul Wahab Pn Siti Nur Anisah Bt. Minhad

1. Ucapan Pengerusi

1.1. Puan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para pentadbir dan guru-guru ke Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana yang pertama. 1.2. Puan Pengerusi menyatakan bahawa tarikh Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor Edisi ke-25 dijangka bermula selepas peperiksaan UPSR iaitu sekitar bulan September hingga November. Beliau juga meminta kerjasama YDP PIBG SK Taman Bukit Subang iaitu En. Saiful Yazan Bin Abu Hassan supaya melantik Yang Berbahagia Dato Hj. Ahmad Nawawi Bin Dato Zin sebagai Penaung Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor Edisi ke-25.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan YDP PIBG SK Taman Bukit Subang

2.1 YDP PIBG SK Taman Bukit Subang iaitu En. Saiful Yazan Bin Abu Hassan, memaklumkan bahawa pihak PIBG bercadang untuk menggunakan khidmat pengurusan majlis (event management). 2.2 AJK guru yang dilantik akan bersama-sama memantau pengurus majlis (event manager) mengikut bidang tugas masing-masing.

Tindakan : Makluman

3. Ucapan Timbalan Pengerusi

3.1. Puan Timbalan Pengerusi membacakan nama-nama AJK Induk Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor Edisi ke-25 beserta tugas-tugas yang perlu dipikul sebelum dan semasa kejohanan.

3.2. Beliau menerangkan serba sedikit tentang bidang tugas serta tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh AJK Induk sebelum dan semasa kejohanan.

Tindakan : Makluman

4. Ucapan Pengurus Kejohanan (En. Mohd Nizam Bin Ismail)

4.1 En Mohd Nizam menyeru agar setiap AJK yang terlibat supaya bekerjasama dan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin supaya kejohanan berjalan dengan lancar. 4.2 Guru-guru perempuan diminta bekerjasama menghias tempat dengan sebaik mungkin supaya kawasan kelihatan cantik dan kemas. 4.3 Beliau juga telah mencadangkan supaya diwujudkan satu jawatankuasa protokol bagi urusan berkaitan pihak istana. 4.4 Beliau mencadangkan supaya dalam jawatankuasa teknikal mempunyai seramai 12 ahli guru lelaki untuk memudahkan kerja kelak. 4.5 Beliau memperingatkan supaya perbelanjaan untuk kejohanan perlu mencukupi dari segi bayaran kepada pengadil, tuntutan minyak dan makan guru dan sebagainya supaya tidak timbul isu berbangkit kelak. Beliau juga mencadangkan supaya setiap AJK yang terlibat membuat satu kertas kerja berkenaan dengan jumlah perbelanjaan yang perlu untuk dinilai. 4.6 Beliau memberikan cadangan agar pihak AJK mendapatkan baju rasmi kejohanan untuk dipakai oleh AJK yang terlibat. Ini akan menunjukkan semangat kerjasama antara ahli.

Tindakan : i) Makluman bagi setiap AJK

5. Perbincangan Tugas Jawatankuasa

5.1 Puan Timbalan Pengerusi membacakan senarai AJK induk bagi setiap bidang : 5.1.1 Ketua 5.1.1 Ahli Jawatan Kuasa 5.1.3 Bidang Bidang Tugas (Sila Rujuk Lampiran)

6. Hal-hal lain

6.1 Pn Norhafizah menyuarakan kekhuatiran beliau akan soalan yang akan ditanya oleh pihak penaja sebagai contoh apakah keistimewaan akan diperolehi sesebuah syarikat sekiranya menjadi sebahagian penaja kepada kejohanan ini?. Beliau meminta pihak AJK mendapatkan jawapan yang hendak diberikan. Beliau turut memberi cadangan supaya setiap AJK membuat perbelanjaan masing-masing untuk mengetahui kos keseluruhan kejohanan. 6.2 Pn. Rosmiyah memberikan cadangan supaya setiap AJK melibatkan pihak ibu-bapa seperti mendapatkan tajaan dan sebagainya dengan kerjasama YDP PIBG SK Taman Bukit Subang En. Saiful Yazan Bin Abu Hassan . 6.3 En Mazhaidi memberikan cadangan supaya En Mohd Zaki ditukarkan ke bahagian Keselamatan berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan program-program sebelum ini.

7. Ucapan Penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang dan dijangka bersidang semula selepas pertemuan dengan Yang Berbahagia Dato Hj. Ahmad Nawawi Bin Dato M.Zin.

Disediakan oleh : (WAN MOHD IKRAM B. WAN DAUD) Setiausaha Kejohanan Bola Sepak, Piala DYTM Raja Muda 2012, Edisi ke-25.

Disemak oleh: (PN. ROSMIYAH BT. SAAD) Timbalan Pengerusi Kejohanan Bola Sepak. Piala DYTM Raja Muda 2012, Edisi ke-25

Disahkan oleh : (PN. HJH HABIBAH BT. MOHAMED MOHYUDIN) Pengerusi Kejohanan Bola Sepak, Piala DYTM Raja Muda 2012, Edisi ke-25

You might also like